• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, December 19, 2023

Khayla Kena Covid

Semalam Khayla bangun tidur terus mengadu badannya panas. Dia pun check suhu badan guna termometer kat rumah ni. Tinggi, 39℃. Terus aku suruh dia buat ujian kendiri Covid. Ada 2 jenis dalam kotak Covid kit di rumah ni, jenis lollipop dengan jenis swab hidung. Dia buat yang jenis lollipop letak bawah lidah tu. Hasilnya negatif.

Tapi aku macam tak berapa sedap hati, so aku suruh dia duduk dalam bilik je. Ubat, makanan semua aku hantar masuk bilik. Lepas ambik panadol, suhu badannya turun sikit tapi 3-4 jam lepas tu naik balik. Then dia mengadu sakit tekak pulak dan start batuk-batuk. Aku bagi Strepsil lepas tu dia pun tidur sepanjang hari. Kebetulan minggu ni dia memang tak boleh solat jadi aku biarkan dia tidur je.

Malam tu suhu badan dia naik balik. Aku cakap kat dia kena repeat test Covid sebab simptom-simptom dah ada. Kali ni swab hidung pulak. Terbersin-bersin dia masa aku swab hidung dia. Dan akhirnya, memang betul sangkaan aku yang dia kena Covid huhu...


Covid test
Positif Covid akhirnya...

Result mula-mula pagi tu nampak macam negatif (guna air liur)

Terus Suami Terchenta angkut penapis udara masuk dalam bilik Khayla. Aku suruh Khayla pakai pelitup muka setiap masa kecuali masa makan dan tidur. Tingkap bilik pun kena bukak luas-luas dan pasang kipas untuk bagi udara bergerak keluar. Aku syak Khayla dapat jangkitan di sekolah sebab biasanya incubation period 3-5 hari sebelum timbul simptom. 

Alhamdulillah hari kedua ni nampak suhu badan dah turun ke 36℃. Sakit tekak tu masih ada tapi dah kurang. Ada baki 3 hari lagi untuk dia habiskan kuarantin dalam bilik. Harap-harap hari ke-5 keputusan dah negatif, Ameen YRA. Semoga kiteorang yang lain ni tak dijangkiti oleh Covid jugak huhu.

Pagi ni aku mop satu rumah guna Dettol. Lepas habis kuarantin nanti memang kena bersihkan pulak cadar, lantai dan semua permukaan dalam bilik Khayla pulak. Macamana la tiba-tiba virus Covid ni naik mencanak-canak. Semoga kita semua terlindung dari virus Covid ni. Take care ye korang!

Read more »
on Tuesday, December 19, 2023 32
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, December 19, 2023

Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 3)

Untuk bahagian sebelumnya, baca di sini:

  • Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 1)
  • Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 2)

 

Perjalanan ke Abu Dhabi mengambil masa 7 jam 25 minit tapi disebabkan zon masa berbeza, jadi nampak macam 4 jam je kiteorang dalam flight. Berlepas pukul 6.35 petang waktu Malaysia dan tiba di Terminal A Abu Dhabi International Airport (AUH) pada pukul 10 malam waktu tempatan. 


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Shuttle bus dah menunggu untuk bawak penumpang ke bangunan Terminal A

Satu perbezaan ketara yang aku tengok antara KLIA dengan AUH ialah bila mana penumpang kena turun tangga dan naik shuttle bus untuk ke bangunan terminal sedangkan di KLIA, kapal terbang dari luar negara akan terus parking dekat aerobridge, yang mana lebih selesa untuk penumpang. 


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Sampai-sampai je terus tangkap gambar buat kenangan dah jejakkan kaki ke Abu Dhabi

Benda pertama yang kiteorang cari bila dah sampai di bangunan terminal ialah surau sebab nak jamak Maghrib dan Isya'. Alhamdulillah, suraunya tak jauh dari gate penerbangan kiteorang seterusnya iaitu ke Istanbul. Depan surau tu pulak siap ada kerusi yang selesa untuk penumpang berehat sementara menunggu connecting flight. 


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Tempat duduk sementara menunggu penerbangan

Terminal A Abu Dhabi International Airport
Lepas solat, kiteorang lepak di kerusi ni, memang selesa untuk melelapkan mata sementara tunggu flight ke Istanbul pukul 2.20 pagi (masa ni rasa menyesal sebab check-in kan kot tebal, sebab airport sejuk giler!)

Satu benda yang aku puji, surau di AUH sangat-sangat selesa dan wangi macam dalam bilik hotel. Ada gak terfikir nak tidur kat surau je tapi takut hanyut dibuat mimpi sampai terlepas flight! 😂 Jangan buat hal ye Carneyz. Kita tidur dekat kerusi malas kat luar je.


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Surau airport yang selesa dan wangi

Since Khadeeja mengadu telinga dia berdesing disebabkan air pressure dalam flight (dia selsema sikit masa ni), lepas solat aku dan Suami Terchenta pergi mencari gula-gula getah untuk dia kunyah masa dalam flight ke Istanbul. Sempat la kiteorang merayau sekejap tengok airport Abu Dhabi ni.


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Kalau tak silap Terminal A ni baru je siap so bangunan dia nampak moden dan futuristic. Ada banyak tempat makan dan kedai dekat airport ni, dah serupa dalam mall pulak

Terminal A Abu Dhabi International Airport
Tak dapat jumpa unta hidup, kita posing dengan patung unta pun jadi la 😜

Dah jumpa gula-gula getah yang dicari (tanjat kita harga sepeket chewing gum AED5 = RM5+!), apa lagi moh ler sambung tidur dekat kerusi malas tadi, sebab ikutkan waktu Malaysia masa tu dah pukul 2 pagi. Patut la mengantuk giler time ni. Sempat lena dalam 2 jam sebelum alarm berbunyi untuk bergerak ke pintu perlepasan ke Istanbul pulak. Bersambung seterusnya...

Read more »
on Tuesday, December 19, 2023 20
Share this!
Tags
International, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 18, 2023

Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 2)

 Untuk bahagian sebelumnya, baca di sini:

  • Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 1)

Aku post ikut susunan gambar dalam galeri foto phone, jadi sebelum cerita pasal jalan-jalan di Istanbul, cerita dulu pengalaman naik flight Etihad Airways. Harap bersabar ye hehe.

Kiteorang booking flight melalui laman web Etihad Airways. Cuma sedikit ralat time booking tu aku dah buat akaun ahli Etihad Airways tapi bila nak masukkan membership number masa register penumpang, boleh pulak sistem kata nombor ahli tak wujud! Jadi malas nak peningkan kepala, aku masukkan je la Enrich membership sebab Etihad Airways ni partner airlines dengan MAS, jadi sekurang-kurangnya boleh la kumpul Enrich points. 

Sepanjang tempoh booking flight bulan September dengan tarikh penerbangan bulan November, 3 kali dapat e-mel bagitau flight cancelled! Part ni bikin berdebar betul, sebab kiteorang dah book penginapan di Istanbul dan UK, rugi la kalau tiba-tiba flight kena cancel. Setiap kali dapat e-mel tu, aku terpaksa pilih masa penerbangan lain dan end up, kiteorang terpaksa fly awal sehari dari yang dirancang sebab tarikh yang kiteorang pilih tu dibatalkan penerbangan. Terpaksa la cari pulak Airbnb untuk sehari lagi di Istanbul sebab akan tiba sehari awal dari yang dirancang. Mujur jumpa harga yang berpatutan (RM200+ di kawasan Fatih).

Sebelum berlepas, ada beberapa pertanyaan yang aku cuba dapatkan penjelasan dari customer service Etihad Airways di Malaysia. Jadi aku pun contact nombor dieorang di Malaysia. Tiap-tiap kali call customer service, mesti masuk voicemail dan mesin je yang jawab. Senang cerita, pengalaman aku dengan customer service Etihad Airways di Malaysia ni sangat tak mesra pelanggan. Mujurlah bila tarikh fly, takde masalah untuk check in di kaunter. 

OK, now part service dalam penerbangan pulak.

Benda pertama yang aku nampak dekat kerusi tersedia di kerusi ialah fleece blanket, bantal, flight kit dan headphone untuk in-flight entertainment.


in-flight amenities
Kemudahan yang disediakan untuk keselesaan penumpang Etihad Airways

Seingat aku kali terakhir aku naik MAS ke luar negara lebih dari 12 tahun lepas, dalam penerbangan MAS pun tak disediakan selimut dan bantal untuk setiap penumpang. Flight kit pun rasanya MAS bagi untuk penumpang kelas perniagaan ke atas je. Sekarang tak pasti la servis MAS dah ada improvement ke tak, maybe Kak Ret yang baru balik dari Korea boleh komen. Cuma selimut MAS lebih selesa la ngeh2...

Jom tengok apa ada dalam flight kit pouch Etihad Airways:


flight kit
Dalam setiap pouch disediakan penutup mata, krim tangan, penutup telinga (kot2 ada orang sebelah yang berdengkur), sanitising wipe dan pouch tu sendiri sebenarnya bila dibuka ialah reusable bag

Rasanya pouch ni Etihad Airways bagi untuk penerbangan lebih dari 4 jam kot, sebab flight kiteorang dari Abu Dhabi ke Istanbul tak dapat pulak. Still, it's a useful kit untuk keselesaa penumpang.

Next, in-flight entertainment system Etihad Airways pulak. Sama macam flight MAS, belakang kerusi penumpang hadapan ada skrin tv dan game console yang ada skrin jugak. Flight MAS pun ada game console, tapi takde skrin macam ni la so nampak Etihad Airways ni lebih moden dari MAS. Dari segi paparan di in-flight entertainment system pulak, bukan setakat boleh tengok movie dan main video games, penumpang boleh juga buat pesanan minuman, baca berita secara langsung, dengar radio, buku audio dan baca Quran. Kesimpulannya, banyak pilihan yang ada dalam flight entertainment system ni untuk habiskan masa sepanjang penerbangan.


in-flight entertainment
Antara paparan skrin in-flight entertainment system

Akhir sekali, part yang paling aku suka - makannnn! Hehe. Ni aku berani cakap - makanan dalam flight Etihad Airways sedap-sedap woo... Benda ni aku rasa MAS kena belajar dengan Etihad Airways how to make their guests happy. Bukan setakat makanan sedap, sudu garpu pun dieorang tak bagi jenis plastik - dia bagi silver cutleries ye. 

Sepanjang penerbangan 8 jam KL - Abu Dhabi, makanan dihidangkan sebanyak 2 kali - makan malam dan supper. Aku pesan kids meal untuk Khadeeja, yang didatangkan dalam pek bertemakan Warner Bros (di Abu Dhabu ada studio Warner Bros, so agaknya ni sebahagian dari promosi pelancongan dieorang kot).


in-flight meals
Kids meal (KL ke Abu Dhabi): Dapat nugget, potato wedges, biskut, cheese, yogurt, dessert, bun, coklat dan minuman kotak

in-flight kids meals
Kids meal (Abu Dhabi ke Istanbul): Pasta, biskut, puding, yogurt, jus epal, coklat, bun

Warner Bros in-flight meals
Kids meal (Abu Dhabi ke KL): waffle, jem, biskut, yogurt, coklat nesquick, buah-buahan potong, muffin, jus oren, keju

Ni pulak makanan yang aku pilih masa flight ke Abu Dhabi:


in-flight meals
Nasi lemak dengan rendang daging, telur dadar dan sambal nasi lemak, kerabu mihun, dessert (macam oat tapi bukan, yang penting sedap!), bun, mentega, air kosong

in-flight meals
Untuk supper, semua orang dapat makanan yang sama - calzone dhal dan sayur-sayuran (ok la, tapi kering sikit) dan puding

Yang ni pulak makanan aku dan Suami Terchenta dalam perjalanan dari Abu Dhabi ke KL. Kalau compare makanan pergi dengan balik, aku rasa makanan flight dari Malaysia sedap lagi kot hihi. Maybe prepare kat Malaysia so lebih ikut tekak orang Malaysia kan.


in-flight meals
Kiri: teriyaki chicken noodle, buah-buahan, oat, croissant; kanan: omelette, sosej ayam, hash brown, buah-buahan, croissant, oat

Bab makanan ni, memang sangat puas hati dengan makanan dalam penerbangan Etihad Airways ni. Tak de istilah kebulur dalam flight sebab porsi makanan dah la banyak, lepas tu tak sempat habis hadam lagi dieorang dah hidang pulak meal seterusnya haha!

Read more »
on Monday, December 18, 2023 32
Share this!
Tags
International, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 18, 2023

KLAF 2023

Semalam pagi-pagi lagi kiteorang menghantar Khadeeja ke Pusat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Bangsar sebab Khadeeja terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan 'Joy of Creating and Building'.


KLAF 2023
Bangunan PAM yang memaparkan konsep lestari / low-energy consumption

KLAF 2023
Maklumat pertandingan

Sebanyak 9 buah sekolah telah layak ke peringkat akhir bagi kategori sekolah rendah tahun ni, termasuklah sekolah Khadeeja. Bulan lepas, Khadeeja dan kawan-kawannya kena siapkan projek merekabentuk bangunan yang berkonsepkan kelestarian (sustainability) dan kena present depan wakil PAM. Minggu ni tiba-tiba cikgu Khadeeja mesej bagitau kumpulan dieorang terpilih dan dieorang kena present sekali lagi depan juri pertandingan pulak. Memang tak sempat la nak rehearse speech, hentam saja la labu...

Alhamdulillah, dieorang dapat present dengan baik pagi tu kata cikgu. Ada sekolah yang siap mintak nak present sekali lagi agaknya kali pertama tu dieorang gugup dan tak berapa bersedia jadi tu yang mintak peluang kedua. Tapi juri kata tak adil la buat sekolah lain.


KLAF 2023
Kiri & tengah: bangunan yang direkabentuk oleh Khadeeja dan kawan-kawan; Kanan (atas dan bawah): Antara kreativiti yang ditonjolkan oleh kategori sekolah rendah menggunakan bahan-bahan terpakai

Sementara tunggu pemarkahan dari juri, dieorang join jugak mini-contest iaitu pertandingan merekabentuk jambatan. Kalau tak silap, hasil dinilai dari segi kestabilan jambatan, nilai estetik dan penggunaan bahan yang disediakan.


KLAF 2023
Khadeeja dan kawan-kawan sibuk merekabentuk jambatan

KLAF 2023
Antara hasil kerja peserta kumpulan

Alhamdulillah, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan merekabentuk bangunan! Kalau tengok sekolah lain, bukan main ramai pelajar dalam satu kumpulan tapi kumpulan Khadeeja ada 3 orang je. Jadi memang bangga la sebab walaupun hantar 3 orang wakil tapi masih tetap dapat tempat 3 teratas 😊.


KLAF 2023
Tempat ketiga rekabentuk bangunan lestari kategori sekolah rendah

Khadeeja dengan 'piala' yang dimenangi

Seterusnya untuk pertandingan rekabentuk jambatan yang disiapkan dalam tempoh satu jam, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul naib johan! Alhamdulillah, satu kemenangan yang tak terduga sebab bila tengok design jambatan dieorang sempoi je (tapi kukuh dan praktikal) 😄.


Naib johan pertandingan merekabentuk jambatan

As parents, kiteorang tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian anak-anak sebab ni kali pertama dieorang join pertandingan rekabentuk senibina ni, dengan takde basic design nya hihi. Tapi dieorang berjaya buatkan juri kagum dengan susun atur bangunan dan bangunan dieorang ni multi-purpose selain menekankan konsep lestari (dengan penggunaan kincir angin, panel solar dan rain catchment dalam merekabentuk bangunan). Cuma mungkin sebab dari segi praktikal tu yang lemah sikit sebab tu tak berjaya dapat tempat pertama atau kedua 🤭 .

Apapun tahniah buat anak-anak semua, terutama Khadeeja yang tak habis jetlagged lagi dah kena present rekabentuk bangunan hihi. 

Tahniah anak-anak KLC!
Read more »
on Monday, December 18, 2023 18
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 15, 2023

15.12.2023 | Ulangtahun Perkahwinan & Hari Lahir Anak-anak

Blue Mosque, Istanbul
Kenangan di Blue Mosque, Istanbul

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Hari ni genap 17 tahun usia perkahwinan aku dan Suami Terchenta 💕.  Tahun ni sambutan cukup bermakna bila Suami Terchenta belanja percutian keluarga ke Istanbul, Turkiye dan selit sekali trip ke UK menziarahi sahabat baik aku di sana. Syukur kepada Allah sebab menunaikan impian aku ke 2 buah negara di Eropah ni 😊. Maaf belum sempat nak sort out gambar-gambar percutian sebab tu belum upload lagi cerita jalan-jalan di sana. Nanti penat dah hilang dan rumah pun dah tak macam tongkang pecah, Insha Allah ceritanya akan menyusul hihi.

Hari ni jugak anak-anak menyambut hari lahir ke 13 dan 11 tahun. Bila aku tanya tahun ni nak hadiah apa? Dua-dua jawab - we want peace and freedom for Palestine! 🥹 Lepas tu si adik menambah, 'Oh, nak celebrate birthday kat sekolah jugak 🤭'. Adik ni masih kebudak-budakan tapi si kakak dah matang. Cepatnya awak membesar, kakak! Walaupun agak mustahil untuk mommy dan Bapak bagi hadiah yang korang mintak (kecuali beli kek birthday untuk hantar ke sekolah adik), tapi kami tetap tak putus asa mendoakan keadilan untuk rakyat Palestin di dunia ni. Sepanjang bermusafir, aku ambik kesempatan untuk mendoakan Palestin sebab salah satu doa mustajab ialah doa seorang musafir 🤲🏻. Insha Allah, takde yang mustahil untuk Allah. So your wish will come true!

Mohon doa rakan-rakan blogger semua untuk kebahagiaan yang berpanjangan buat keluarga kecil kami, dan semoga rakyat Palestin beroleh kebebasan dari kekejaman yang dihadapi mereka, Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-17 kepada Suami Terchenta dan selamat hari lahir buat anak-anak!

Read more »
on Friday, December 15, 2023 42
Share this!
Tags
Celebrations, Family
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • .:: My Life & My Loves ::.
    42 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • Drawing the Words
    12 hours ago
  • SURIA AMANDA
    13 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    13 hours ago
  • a m m i
    20 hours ago
  • orangbukit
    21 hours ago
  • My Small World
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.