Untuk bahagian sebelumnya, baca di sini:

 

Perjalanan ke Abu Dhabi mengambil masa 7 jam 25 minit tapi disebabkan zon masa berbeza, jadi nampak macam 4 jam je kiteorang dalam flight. Berlepas pukul 6.35 petang waktu Malaysia dan tiba di Terminal A Abu Dhabi International Airport (AUH) pada pukul 10 malam waktu tempatan. 


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Shuttle bus dah menunggu untuk bawak penumpang ke bangunan Terminal A

Satu perbezaan ketara yang aku tengok antara KLIA dengan AUH ialah bila mana penumpang kena turun tangga dan naik shuttle bus untuk ke bangunan terminal sedangkan di KLIA, kapal terbang dari luar negara akan terus parking dekat aerobridge, yang mana lebih selesa untuk penumpang. 


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Sampai-sampai je terus tangkap gambar buat kenangan dah jejakkan kaki ke Abu Dhabi

Benda pertama yang kiteorang cari bila dah sampai di bangunan terminal ialah surau sebab nak jamak Maghrib dan Isya'. Alhamdulillah, suraunya tak jauh dari gate penerbangan kiteorang seterusnya iaitu ke Istanbul. Depan surau tu pulak siap ada kerusi yang selesa untuk penumpang berehat sementara menunggu connecting flight


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Tempat duduk sementara menunggu penerbangan

Terminal A Abu Dhabi International Airport
Lepas solat, kiteorang lepak di kerusi ni, memang selesa untuk melelapkan mata sementara tunggu flight ke Istanbul pukul 2.20 pagi (masa ni rasa menyesal sebab check-in kan kot tebal, sebab airport sejuk giler!)

Satu benda yang aku puji, surau di AUH sangat-sangat selesa dan wangi macam dalam bilik hotel. Ada gak terfikir nak tidur kat surau je tapi takut hanyut dibuat mimpi sampai terlepas flight! 😂 Jangan buat hal ye Carneyz. Kita tidur dekat kerusi malas kat luar je.


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Surau airport yang selesa dan wangi

Since Khadeeja mengadu telinga dia berdesing disebabkan air pressure dalam flight (dia selsema sikit masa ni), lepas solat aku dan Suami Terchenta pergi mencari gula-gula getah untuk dia kunyah masa dalam flight ke Istanbul. Sempat la kiteorang merayau sekejap tengok airport Abu Dhabi ni.


Terminal A Abu Dhabi International Airport
Kalau tak silap Terminal A ni baru je siap so bangunan dia nampak moden dan futuristic. Ada banyak tempat makan dan kedai dekat airport ni, dah serupa dalam mall pulak

Terminal A Abu Dhabi International Airport
Tak dapat jumpa unta hidup, kita posing dengan patung unta pun jadi la 😜

Dah jumpa gula-gula getah yang dicari (tanjat kita harga sepeket chewing gum AED5 = RM5+!), apa lagi moh ler sambung tidur dekat kerusi malas tadi, sebab ikutkan waktu Malaysia masa tu dah pukul 2 pagi. Patut la mengantuk giler time ni. Sempat lena dalam 2 jam sebelum alarm berbunyi untuk bergerak ke pintu perlepasan ke Istanbul pulak. Bersambung seterusnya...