• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, August 15, 2024

Pengalaman Beli Produk SK-II di SOGO KL

Minggu lepas aku pergi ke SOGO sebab nak beli Facial Treatment Essence SK-II (FTE). Aku guna FTE ni sejak kena chicken pox setahun sebelum pregnant anak pertama. Ada promoter dekat KLCC suggest guna FTE untuk hilangkan parut chicken pox dekat muka aku, so aku pun beli la sebotol sebab malu giler turun kerja dengan muka berparut. Dalam masa 2 bulan je, parut chicken pox dekat muka aku hilang. Sebotol FTE 75ml tu tahan lama, lepas 2 tahun baru aku beli yang baru. Orang kata, alah membeli menang memakai. Macam tu la persepsi aku dengan produk SK-II. 

Mula-mula niat aku nak beli FTE je untuk gantikan yang dah habis tu. Tapi promoter dekat SOGO bagitau lebih baik aku beli trial kit sebab harganya sama dengan harga sebotol FTE (75ml). Dalam trial kit tu pun ada sebotol FTE 75ml. Lebih berbaloi la sebab dapat 2 ekstra produk dengan harga yang sama.

Lepas tu promoter tu tanya lagi, nak jadi member tak? Dia bagitau first-time member dapat skin analysis percuma dan beberapa produk sampel percuma. Eh, mesti la nak kalau boleh dapat lagi banyak sampel percuma 🤭. Hasilnya, hmm... takyah la citer, buat malu je hihi.

Oh ya, trial kit ni namanya "SK-II Ultimate Aura Essential Trial Kit". Dalam kit ni selain dari FTE, ada spot brightening serum (GenOptics Spots Essence) dan cleanser muka. Aku pernah cuba pencuci muka SK-II sebelum ni (dapat sampel percuma) dan aku suka sebab cukup lembut dan tak mengeringkan kulit. 

Jom tengok apa yang aku dapat selain trial kit yang aku beli tu:


SK II
Free gift untuk new member - dapat 5 produk sampel. Berbaloi sungguh daftar jadi member

SK-II Ultimate Aura Essential Trial Kit
What do I get? Sebotol toner, sebotol FTE, satu tiub kecik krim muka Skinpower Advanced Cream dan dua jenis essence dalam envelope (GenOptics UltraAura Essence dan SKINPOWER Essence)

SK II free sample
GenOptics UltraAura Essence dan SKINPOWER Essence 

SK II Ultimate Aura Essential Trial Kit
Trial kit unboxing

Mula-mula pakai FTE ni aku tak suka baunya, tapi lama-lama dah boleh terima la. Walaupun agak mahal tapi bagi aku produk ni berkesan mengurangkan garis-garis halus (dah umur 40an ni kena bertukar kepada skincare yang merawat masalah aging skin 🤭). 

Tak disangka-sangka lepas tu, Suami Terchenta setuju nak sponsor beli krim muka pulak 🥰. Yalah, taknak bini cepat nampak tua, kena la invest sikit skincare untuk bini kan? 😜 Plus, krim muka ni agak pekat teksturnya, calit sikit je dah cukup. Harap-harap dapat bertahan 1-2 tahun sebelum habis.


SK II
SKINPOWER Advanced Cream untuk menangani masalah penuaan kulit

Macamana dengan korang pulak? Apa produk dan jenama skincare korang guna yang korang rasa sangat-sangat berbaloi beli dan sangat berkesan mengatasi masalah kulit muka korang? Cuba kongsi di komen 😊

Read more »
on Thursday, August 15, 2024 26
Share this!
Tags
Beauty & Fashion
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 14, 2024

Tandas Oh Tandas!

Entry ni bukan nak cerita pasal tandas yang kotor tapi nak cerita pasal tandas kayangan yang pernah aku masuk. Yang menariknya, tandas-tandas ni tak dikenakan bayaran masuk hehe. Pendek kata, tandas awam la.

Tandas di Menara Exchange 106 sebelah TRX Mall

Masa aku keluar brunch dengan BFFs di Opera Cafe & Lounge, kiteorang singgah la masuk ke tandas kat sini. Bila tengok tandas yang canggih ni, masing-masing kecoh sebab tandas kat sini macam tandas kat Jepun wooo... Ada butang-butang canggih dekat tepi tandas ni untuk membersihkan diri lepas buang air. Bukan setakat tu, boleh adjust tekanan air, keringkan dan kalau taknak orang sebelah tau tengah buat bisnes besar, siap ada butang mainkan muzik lagi! 🤣 Member aku siap tekan butang tu lepas tu kiteorang ramai-ramai tergelak bila keluar lagu classical music mengiringi aktiviti dalam tandas 😆.


Menara Exchange 106
Tandas berteknologi tinggi

Tandas di HGH Convention Centre, Sentul

Yang ni pulak beshe-beshe je, tapi yang tak boleh tahan, mangkuk tandasnya warna gold! Siapa yang buat bisnes kat sini mesti rasa macam CEO Megah Holdings sebab mampu membuang atas mangkuk emas.


HGH Convention Centre Sentul
Tandas CEO Megah Holdings

OK tu je la perkongsian pasal tandas kayangan 🤣. Semoga semua tandas di Malaysia ni akan improve macam standard tandas-tandas ni. Tapi kalau perangai pengotor dan suka rosakkan harta benda awam segelintir rakyat Malaysia ni tak berubah, memang sampai bila-bila pun tandas kita akan jadi tandas negara dunia ketiga 😒. Buatlah tandas yang canggih dan kayangan macamana pun, yang penting sikap dan mentaliti tu kena ubah jugak. Renung-renungkan dan selamat menjaga kebersihan tandas awam!

Read more »
on Wednesday, August 14, 2024 38
Share this!
Tags
Daily Life, Lifestyle, Malaysia, Places, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 13, 2024

Gajet Dapur Baru - Sandwich / Waffle Maker

Selepas sekian lama Khadeeja dok bagi hint 'best nya kalau kita boleh buat waffle sendiri kat rumah', akhirnya apa yang diidam-idamkan anak no. 2 aku ni pun tercapai! 😅


Kenwood
Gajet baru selepas lama Khadeeja bagi hint mintak belikan

 

Pagi semalam sebelum turun ke sekolah, aku buatlah waffle untuk dia. Aku guna pancake mix instant je (pagi Isnin rasa malas sikit nak bancuh tepung buat waffle batter), campur susu segar ikut kepekatan yang sesuai dengan resipi dan lepas tu sapu minyak atas acuan waffle maker ni. Bila dah cukup panas, baru tuang adunan dalam waffle maker.


homemade waffle
Tunggu 5 minit dah siap waffle

waffle maker
Sarapan pagi Khadeeja

Kemain dia happy dapat makan waffle dengan maple syrup pagi tadi. Untuk kakak pulak, buat grilled cheese sandwich. Nice, cheese dia meleleh je dalam sandwich tu. 😋

Rupa-rupanya banyak jugak resipi yang boleh buat guna sandwich maker ni. Nanti ada masa nak cuba buat salah satu resipi aku jumpa kat YouTube:


Read more »
on Tuesday, August 13, 2024 26
Share this!
Tags
Daily Life, Food, Products
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, August 12, 2024

Kedai KKV Yang Membuatkan Kami Rambang Mata!

Minggu lepas, kiteorang bawak anak-anak ke kedai KKV yang sekarang ni tengah viral di IG. KKV ialah rangkaian kedai gaya hidup (lifestyle) dari China. Konsepnya lebih kurang Miniso, Daiso dan Muji yang bergabung haa gittew... Barang-barang dalamnya memang menarik dan berwarna-warni, kalau korang masuk sini  rasanya 2 jam pun tak cukup nak belek-belek barang-barang dalam KKV 😅. Semuanya comel dan buatkan rasa geram je nak borong semua!


Lifestyle store
Dari jauh dah nampak bangunan KKV yang berwarna kuning terang. Kedainya tak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang

Dalam kedai ni ada 4 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan dari pewangi rumah, barangan kosmetik dan kecantikan; permainan macam lego dan plush toys; alat tulis yang comel dan barangan DIY; pakaian dan peralatan rumah termasuk aksesori hiasan dan barang kemas, beg dan topi; travel essentials (e.g. botol mesra travel untuk gel mandian/syampu/ubat gigi dll., tuala muka pakai buang, dll.), dan snek.

Jom tengok apa yang menarik dalam KKV ni:


home products
Tingkat 1 ada snek, pewangi rumah dan plushies

stationeries
Tingkat kedua pulak ada alatulis dan permainan. Semestinya anak-anak aku paling lama melekat di sini sebab rambang mata tengok pen berwarna pelangi kat dinding, stickers yang comel dan notebooks (dieorang ni gila buku nota sebab suka melukis)

KKV Bukit Bintang
Permainan lego yang comel. Susun atur kedai ni memang interesting sebab pandai menggunakan warna yang terang dan menarik perhatian pelanggan

homewares
Yang ni pulak di tingkat 3 kalau tak silap. Ada bermacam-macam barangan rumah dalam pelbagai warna yang cantik 😍

bath bombs
Bath bombs ni berbentuk pastries dan cupcakes 🤤 Tetiba rasa nak cari hotel yang ada bathtub semata-mata nak cuba bath bombs!

bath bombs
Comel kan? Jangan bagi anak kecik nampak takut dieorang ingat makanan pulak 😜 Yang macam aiskrim batang tu pulak ialah sabun

snacks
Ni pulak ialah snek macam lollipop, biskut, gula-gula dan minuman. Gambar background Khadeeja posing ni ialah tempat yang paling ramai orang ambik selfie

ramen and noodles
Yang ni pun sama, dinding ni penuh dengan pelbagai jenis mee segera dan ramen

Kalau anak-anak 'melekat' di tingkat 2, emak dieorang pulak 'melekat' di tingkat 4 🤭. Apa yang menarik di sini ialah barang-barang beauty products dan penjagaan diri. 


lip gloss
Comel giler lip gloss bentuk aiskrim ni

beauty products
Antara barangan kecantikan yang ada ialah facial mask, body mask, pencuci muka, losyen badan, gel mandian, makeup sponges, barangan makeup dan macam-macam lagi

Hasil tangkapan aku pada hari tu ialah gel mandian yang baunya seakan-akan gel mandian hotel, beberapa keping facial mask (sebab murah!) dan makeup brushes (padahal pakai makeup pun jarang-jarang!). Tapi itulah sifat perempuan yang kalah bila tengok barang-barang kecantikan yang murah-murah ni 🤣. Banyak-banyak hasil tangkapan tu, aku paling suka gel mandian tu (lupa ambik gambar dah buang pun kotaknya) sebab lepas pakai kulit tak rasa kering pun. Lepas mandi wangi satu bilik air dibuatnya 👍🏻. Nama gel mandian tu ialah 'Dear Irean' - Saipan Holiday.

Siapa lagi yang pernah masuk ke kedai KKV ni? Cer kongsi apa barang yang korang beli yang paling berbaloi dan tak menyesal beli 😊.

Read more »
on Monday, August 12, 2024 30
Share this!
Tags
Lifestyle, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 09, 2024

Update Tahap Kesihatan Selepas 2 Bulan

Semalam hampir seharian aku ada temujanji hospital, dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Last aku jumpa doktor ialah pada bulan Jun lepas, jadi nak tengok la hasilnya ada improvement ke tak.


KPJ Ampang Puteri
Setiap kali ke sini mesti berdebar-debar sebab ada je berita kurang enak setiap kali dapat result lab

Mula-mula sampai aku kena pergi ke makmal untuk ambik sampel darah dan air kencing. Lepas tu kena tunggu result lab keluar baru boleh jumpa doktor pakar diabetologist.


Jumpa Pakar Diabetologist / Endocrinologist

Diringkaskan hasil ujian darah dan urine:

  • Bacaan gula dalam darah stabil (HbA1c) dan pada tahap pre-diabetes 
  • Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah) 
  • Fungsi buah pinggang improve (dari tahap 3 ke 2) tapi tak banyak (eGFR dari 57% ke 62%). 
  • Bacaan kolesterol naik! (apakah?? Padahal aku dah kurangkan makan daging merah!)

Doktor pun tak boleh nak fikirkan punca fungsi buah pinggang aku ni merosot dengan mendadak sebab masa awal-awal aku ke sini tahun lepas, bacaan buah pinggang aku ialah 86% (masa ni memang dah merosot sebab buah pinggang normal sepatutnya bacaannya above 90%. Tapi dalam masa 5 bulan je, turun dengan drastik ke 57%. Dia confuse sebab ubat-ubatan yang dia bagi tu katanya 'supposed to protect your kidneys and heart'. Akhirnya dia suruh aku minum lagi banyak air (4L pulak kali ni 🤨) dan 2 bulan lagi kena scan buah pinggang pulak. 

Doktor pakar takde pilihan kecuali prescribe ubat kolesterol sebab dah cuba kawal tanpa ubat tapi tak berjaya huhu 😖. Selain dari tu, aku request untuk dirujuk ke pakar pemakanan (dietitian) supaya aku boleh tau apa makanan yang perlu aku elakkan dan perlu aku ambik untuk improve tahap kolesterol. 


Jumpa Pakar Pemakanan (Dietitian)

Pukul 4 petang, aku jumpa dengan pakar pemakanan pulak. Mula-mula sekali dia catat apa rutin pemakanan aku seharian (makan apa, pukul berapa, portion banyak mana). Lepas tu dia pun explain untuk tingkatkan fungsi buah pinggang aku, aku kena improve tahap kolesterol dan turunkan bacaan gula. Sebab dua-dua ni berkait rapat dengan fungsi buah pinggang.

Overall, dietitian rasa pola pemakanan harian aku dah OK (kecuali part cheat days bila kawan-kawan ajak keluar makan atau bila keluar makan dengan family, yang tu dia kata cuba cari menu sihat contohnya salad ke. Tak boleh bayangkan orang lain makan sedap-sedap aku pulak boleh makan salad je 😅). Dia cuma nasihatkan tabiat aku minum Vico satu sachet sehari kena kurangkan lagi kepada 1 sachet sebulan. Sarapan oat dan chia seed tu kalau boleh jangan letak brown sugar tapi letak la buah kurma kalau nak manis sikit atau campur susu rendah lemak. 

Antara tips-tips dari dietitian yang aku sempat catat tadi:

  1. Cholesterol is not only from eating red meat, seafood or oily food! Minum minuman dan makan makanan manis macam pastries dan air bergas, ice blended coffee etc. pun boleh naikkan kolesterol! (new knowledge for me)
  2. Pilih cara masakan rebus, stim, bakar atau panggang. Nak masak masakan bergulai boleh tapi jangan ambik kuah bila makan. 
  3. Banyakkan sayur-sayuran dalam diet sebab serat sangat membantu turunkan kolesterol jahat.
  4. Amalkan diet suku-suku-separuh (DSS). Jangan ambik lebih dari 3 portion karbohidrat setiap kali makan atau 3 sudu rata senduk nasi setiap kali makan atau segenggam penumbuk tangan sendiri.
  5. Waktu tengahari ambil protein (ayam/daging/ikan/dll.) sebesar tapak tangan tapi sebelah malam pulak kurangkan kepada separuh tapak tangan.
  6. Buang kepala udang sebelum memasak sebab kepala udang banyak kolesterol, walaupun dalam masakan rebus.
  7. Gantikan Vico dengan susu rendah lemak dan tabur sedikit serbuk koko untuk rasa coklat.
  8. Pilih yogurt perisa asli atau Greek yogurt perisa asli
  9. Cheat days (biasanya hujung minggu aku cheat days sebab keluar makan dengan family) akan menyusahkan penurunan berat badan. So selagi belum nampak perubahan berat badan, no cheat days!
  10. Fokus pada senaman kardio dulu sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Maksudnya dalam sehari, aku kena buat senaman kardio selama 30 minit (brisk walk, zumba, jogging, senamrobik dan seangkatan dengannya). Senaman kardio ni rupa-rupanya bagus untuk menaikkan bacaan HDL (kolesterol baik). Aku baru tau... Bila dah nampak penurunan berat badan, baru tambah senaman lain macam strength training.

Harap-harap tips ni pun membantu mana-mana kawan-kawan lain yang tengah berusaha menurunkan tahap kolesterol dan turunkan berat badan. Semoga aku berjaya follow tips-tips dietitian ni. Doakan aku ye kawan-kawan... 💪🏻

Read more »
on Friday, August 09, 2024 36
Share this!
Tags
Daily Life, Journal, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    46 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    50 minutes ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 hour ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    7 hours ago
  • a m m i
    8 hours ago
  • orangbukit
    8 hours ago
  • My Small World
    10 hours ago
  • Miles of smiles
    11 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    13 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    19 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    21 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.