Aku ingatkan bila balik awal dari hari sukaneka dah boleh terus gerak ke Melaka tapi tidak ye, kawan-kawan. Semua gara-gara Suami Terchenta masih stuck dengan kerjanya. Sudahnya kiteorang cuma boleh gerak selepas Zohor. Masa ni perut masing-masing dah berkeroncong. Ingatkan nak singgah Seremban kejap berhenti makan tengahari di restoran Hardwood Kafe yang kiteorang pernah try sebelum ni.
![]() |
Exit di Seremban kejap nak makan tengahari di Hardwood Kafe tapi malangnya tutup tengahari tu! |
Tapi tutup la pulak! Nak pergi Salomak Sampodeh pulak takut tak sempat sebab dah pukul 3.30 masa tu. Last-last Suami Terchenta decide singgah makan di AEON Seremban je la sebab tak jauh dari situ. Paling senang dan cepat, Sushi King. Tinggal sambar pinggan dari conveyor belt je 😂 (lapar sangat lettew...)
![]() |
Dua orang budak kat belakang tu lapar tak toleh kiri-kanan lagi. Masuk-masuk je sambar 2 pinggan seorang 🤭 |
Lepas makan, kiteorang meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang. Plan asal nak singgah di Pantai Pengkalan Balak terpaksa dibatalkan sebab tak cukup masa. Bawak mak ke Pantai Klebang sebab saja nak bagi dia merasa kemeriahan suasana di sini.
![]() |
Pantai Klebang |
![]() |
Ramai orang lepak di Pantai Klebang menikmati suasana petang dan angin laut di tepi pantai |
Tapi yang paling seronok ialah anak-anak la sebab dapat main ATV buat pertama kali. Kiteorang sewa sebuah ATV untuk dieorang berdua je. The girls gilir-gilir bawak ATV pusing-pusing kat situ, sementara aku bawak mak meninjau gerai-gerai di tepi pantai.
![]() |
Mak first time jumpa tongmoh jadi aku pun belikan untuk dia. Dagingnya agak kenyal dan mak pulak takde gigi, sudahnya kiteorang yang habiskan 😅 |
![]() |
Singgah gerai kopi sebab mak hantu kopi |
![]() |
Ambik gambar family kiteorang sekali |
Syok sangat menikmati suasana di Pantai Klebang tu sampai tak sedar dah nak habis waktu Asar. Singgah kejap di Masjid Al-Aminin Kg Batang Tiga untuk solat Asar sebelum meneruskan perjalanan ke hotel untuk check-in, refresh sekejap dan solat jamak Maghrib dan Isya'.
Alhamdulilah masa check-in staff hotel bagitau dia tolong upgrade bilik kiteorang dan bagi connecting room sekali. Suami Terchenta awal-awal lagi suruh tempah bilik sekali dengan breakfast, tapi sebab ada additional guest, kena tambah breakfast untuk seorang. FYI, rate breakfast di Courtyard Melaka ni agak murah - RM35nett untuk dewasa. Tapi hotel bagi complimentary je sebab tengok aku ahli Silver Marriott Bonvoy.
![]() |
Pilih hotel Courtyard Melaka lagi sebab tengah nak kejar elite nights untuk promosi 15k elite points yang berakhir hujung bulan ni |
Lepas berehat sekejap dan solat jamak, kiteorang pun bersiap-siap keluar sebab mak awal-awal dah request nak naik Melaka River Cruise. Tiket kiteorang beli online siap-siap sebab malas nak beratur di kaunter. Tapi tiba-tiba Waze bengong bawak kiteorang ke seberang sungai padahal dah pilih 'Kaunter Tiket Melaka River Cruise'. Satu kerja lagi nak pusing dan lalu traffic light kat Melaka ni yang semua sedia maklum negeri paling banyak traffic light! 😅 Dengan jem lagi nak masuk kawasan tu. Huhu sabar je la. Rasanya dekat sejam jugak kiteorang nak sampai ke situ. Suami Terchenta kalau jalan kaki dari hotel agaknya dah sampai dulu. Tapi kesian pulak dengan my mom takkan nak suruh dia jalan kaki kan hehe.
![]() |
Selfie dulu sementara tunggu giliran naik bot |
![]() |
Atas bot |
Alhamdulillah mak happy sangat sebab tercapai hasratnya dapat menyusuri sungai Melaka menikmati pemandangan waktu malam Bandaraya Melaka. Dia kata sebelum ni asyik tengok kat FB je.
Lepas tamat cruise, masing-masing kelaparan balik kecuali Khadeeja. Kesian dia, dah la pagi tu terlibat dengan sukaneka, petang pulak bermain ATV dan malam dibawa berjalan-jalan, sudahnya dia flat habis malam tu! Masa kiteorang singgah makan di Asam Pedas Claypot, dia tertidur kepenatan di kerusi meja makan. Fries yang dia order tu pun terpaksa bungkus bawak balik ke hotel sebab tak sampai hati nak kejutkan dia untuk makan.
![]() |
Singgah Melaka wajib la try asam pedas |
Bagusnya tempat ni selain dari asam pedas claypot ada menu lain jugak sebab tak semua orang boleh / pandai makan asam pedas. Sejak mak buat kimo beberapa tahun lepas, mak dah tak boleh makan makanan pedas. Jadinya mak order nasi goreng kampung. Khayla pulak order roti cheese dan Khadeeja order kentang goreng. Cuma aku dan Suami Terchenta je order set asam pedas claypot. Kecewa sikit bila diberitahu telur ikan mayong dah habis. Sudahnya aku order asam pedas daging tetel dan Suami Terchenta order asam pedas ikan pari.
![]() |
Hmm... rasa macam kuah asam pedasnya agak cair. Tapi dah lapar, ngap je la. |
Nasi goreng kampung mak sedap sangat! Menyesal pulak ambik set asam pedas haha! Tak pe la, lain kali datang sini aku order nasi goreng kampung je la.
Bila kiteorang dah habis makan, jam menunjukkan dekat pukul 11 malam. Masa untuk balik ke hotel untuk berehat. Nanti sambung pulak kisah Melaka Trip 2024 keesokan harinya.