Melaka Trip 2024 (Part 4)

Destinasi terakhir kami sebelum balik ke KL ialah ke Malaysia Heritage Studios. Entri ni sambungan dari:


Dulu masa awal-awal kahwin pernah singgah ke sini tapi masa tu namanya Taman Mini Malaysia / ASEAN kalau tak silap. Tapi masa tu bosan la sebab semua rumah tak boleh masuk. Boleh ambik gambar dari luar je.

Tapi kali ni tempat ni dah berubah wajah, nampak lebih komersil dan menarik untuk dikunjungi. Dan kali ni boleh naik setiap model rumah tradisional di Malaysia untuk tengok bahagian dalam rumah. Maka berdozen-dozen la gambar yang aku ambik di sini, sila layanzzz....

 
Malaysia Heritage Studios
Kat luar lagi dah menarik dengan replika globe macam dekat Universal Studios

Malaysia Heritage Studios
Dari luar dah nampak cantik dan gah. Tiket kaunter dekat tepi tu je. 

Dalam taman studio ni ada 13 buah replika rumah tradisional dari setiap negeri dan setiap rumah tu menempatkan galeri yang berbeza mengikut tema. Susunan rumah di sini mengikut geografi Malaysia bermula dari utara sampai ke selatan, pantai timur dan Malaysia Timur. Rumah pertama dan paling dekat dengan pintu masuk ialah rumah Perlis yang menempatkan galeri busana tradisional (House of Busana). Menariknya patung-patung yang memakai busana tradisional ni sebenarnya ialah patung muzikal. Depan setiap patung ni ada kunci yang bila kita putar, patung-patung ni akan berpusing dan ada lagu-lagu Malaysia macam lagu Dato' Siti Nurhaliza yang akan keluar.


Rumah Perlis
Galeri House of Busana dalam rumah Perlis

Malaysia Heritage Studios
Bahagian luar dan dalam rumah Perlis

Seterusnya kiteorang naik pulak rumah Pulau Pinang (House of Silver Screens). Dekat sini ada rekod-rekod dan replika tv dan radio lama.


Malaysia Heritage Studios
Rumah Pulau Pinang


Sebelah rumah Pulau Pinang ialah rumah Kedah (House of Cultural Belief). Rumah Kedah ni paling menarik la bagi aku. Dalamnya ada pemandangan 'sawah padi' dari lampu LED (simbolik kepada negeri Kedah yang terkenal sebagai pengeluar padi negara atau mangkuk nasi Malaysia) dan jugak lampu LED pelita. Suasana dalam rumah Kedah ni terasa sangat magical dengan kilauan dari beribu-ribu lampu LED.


Malaysia Heritage Studios
Sawah padi

Malaysia Heritage Studios
Lampu pelita

Seterusnya ialah rumah Perak (House of Music), yang menempatkan galeri alat muzik tradisional. Rumah Perak paling tak menarik bagi aku haha.


Malaysia Heritage Studios
Kalau pameran alat muzik ni dibuat secara interaktif, mungkin menarik la.

Seterusnya ialah rumah Selangor (House of Merdeka). Dekat sini pun menarik untuk ambik gambar.


Malaysia Heritage Studios
Rumah Selangor

Malaysia Heritage Studios
Replika bunga kebangsaan (bunga raya) dan Jalur Gemilang yang dipancarkan pada ribuan kristal kaca 

Oleh sebab kiteorang ambik masa yang agak lama dari rumah Perlis sampai ke rumah Selangor, end up tak sempat nak meneroka setiap buah rumah dekat sini. Jadi aku ambik gambar dari luar je la.


Malaysia Heritage Studios
Ikut pusingan jam: Rumah Negeri Sembilan (House of Wood Crafts), Rumah Pahang (House of Hope), Rumah Johor (House of Festivities), Rumah Terengganu (House of Aquamarine), Rumah Selangor dan Rumah Kelantan (House of Performance Arts)

Tempat ni memang menarik dan kaya dengan budaya Malaysia untuk kita perkenalkan dengan anak-anak kita. Dapat la dieorang tengok dan terokai setiap rumah tradisional dan warisan tradisional dari setiap pelusuk negeri di Malaysia dari satu lokasi je iaitu taman studio ni. Selain dari tu banyak sudut menarik untuk ambik gambar, tu yang terpaling penting! Hehe.

Gambar-gambar di bawah ni antara contoh-contohnya 🤭:


Malaysia Heritage Studios
Mak posing di Rumah Melaka

Malaysia Heritage Studios
Rumah Panjang Iban Sarawak. Boleh posing dekat tangga je sebab dekat atas tu ada signage 'Under Maintenance'


Malaysia Heritage Studios
Antara gambar-gambar menarik yang lain buat kenangan percutian dengan mak 🥰


Dengan tu berakhir la perjalanan kiteorang ke Melaka tahun ni. Short but sweet gittew... Tak pasti akan datang ke Melaka lagi ke tak tahun ni hehe. 

Pekena Teh Masala di Tea Thambi

Khamis lepas, mak ajak jalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India. Lepas tu singgah beli coklat di Haniffa. Aku baru tau tempat ni jadi tumpuan orang ramai untuk beli coklat dengan harga yang murah. Mak yang duduk di Sarawak tau dulu dari aku hehe.

Lepas mak beli coklat yang dia nak, kiteorang ternampak basikal yang diparkir di depan Haniffa. Oh, ni la Tea Thambi yang terkenal dengan teh, kopi panas dan kuih India seperti vadai dan lain-lain. Apa lagi, ajak la mak mencuba teh dan kopi masala ni. Harga secawan pun murah - RM1 je.


masala tea
Tea Thambi yang diasaskan oleh seorang graduan jurutera berbangsa India selepas pandemik Covid19

Aku memang sangat tertarik dengan kisah pengasas Tea Thambi ni, Kavievanan Subramaniam. Dia merupakan seorang graduan kejuruteraan dan disebabkan peluang pekerjaan sangat terhad lepas pandemik, dia memutuskan untuk membuka bisnes menjual teh masala dengan mengayuh basikal di Brickfields. Disebabkan teh masalanya sedap dan harga pun murah (RM1 satu cawan) jadi bisnesnya pun laku. Sekarang ni dia dah bukak kedai di Jalan Tun Perak dan dengarnya akan bukak sebuah lagi kedai di Masjid India. Seorang anak muda yang patut dikagumi dan dicontohi sebab tak duduk diam dan tanam anggur di rumah sementara cari pekerjaan.

Back to our story, mak ambik kopi masala dan aku pulak ambik teh masala. Tehnya sedap dan ada rasa buah pelaga yang wangi. Mak kata kopi masala tu pun sedap. Patut la ramai orang suka.


teh masala
Teh masala yang sedap

Lain kali kalau lalu kat sini lagi aku nak try jugak vadai dan karipap. Mesti sedap makan dengan teh masala ni. Siapa yang dah pernah cuba teh masala dari Tea Thambi ni?

Nota kaki: Semoga makcik India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India berjaya ditemui dengan selamat.

Resipi Aglio Olio Mudah

Tengahari biasanya aku akan masak yang simple je untuk diri-sendiri sebab anak-anak dah ke sekolah. Antara resipi yang simple giler ialah aglio olio. Untuk resipi aglio olio aku ni, the less, the better. Kebetulan masa ni, ada lebihan spaghetti lepas buat spaghetti bolognese malam sebelumnya jadi aku pun decide buat aglio olio untuk makan tengahari sebab nak menghabiskan spaghetti tu.


aglio olio ringkas
Aglio olio ringkas

Kalau ikutkan resipi asal aglio e olio, takde udang dan capsicum. 'Aglio' (bawang putih) 'olio' (minyak zaitun) cuma menggunakan 4 bahan je - bawang putih, minyak zaitun, spaghetti dan chilli flakes (peperoncino). Tapi aglio olio pertama yang aku pesan di kedai makan ada letak udang dan capsicum, dan rasanya sangat flavorful so bila aku belajar buat resipi aglio olio ni, aku pun letak dua bahan ni jugak.


Aglio Olio

Bahan-bahan:

  1. 2 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis)
  2. 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus) - ikut suka kalau nak rasa garlic tu kuat, boleh letak banyak lagi
  3. 3 ekor udang saiz besar (buang kulit)
  4. 1 biji capsicum (dihiris memanjang)
  5. 2 sudu besar chilli flakes
  6. 3 sudu besar serbuk keju parmesan (kalau takde pun takpe, tapi lagi sedap bila ada rasa cheese)
  7. Anggaran 2 cawan besar spaghetti yang telah direbus
  8. Garam secukup rasa 

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sampai kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan udang dan capsicum.
  2. Tumis lagi hingga udang masak kemudian masukkan spaghetti. Gaul sebati dalam kuali. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti (dalam setengah senduk) supaya tak kering sangat.
  3. Taburkan serbuk keju parmesan dan chilli flakes kering dan gaul sebati. Perasakan.
  4. Sebelum dihidang, boleh jugak taburkan daun parsli yang telah dicincang halus. Kalau takde, takpe.

Senang kan? Selamat mencuba!

Melaka Trip 2024 (Part 3)

Salam Jumaat semua,

Semalam tak sempat nak blogwalking sangat sebab aku temankan mak keluar brunch dan lepas tu jalan-jalan cuci mata di KL East Mall. Sempat jugak kiteorang tengok movie "Takluk: Lahad Datu" lepas baca entri di blog sis Ezna dan Mulan. Bagi aku, not bad cuma permulaannya agak celaru sebab timeline yang confusing. Korang kena tonton sendiri baru faham apa yang aku maksudkan ni 😅.

OK la, aku sambung entri pasal jalan-jalan ke Melaka dengan mak. Entri ni ialah sambungan dari:


Lepas makan tengahari di Makan Avenue, kiteorang melintas jalan ke Galeri Hantu / Ghost Museum Melaka. Ni kali kedua kiteorang masuk dalam Muzium Hantu - kali pertama dulu di Pulau Pinang. Anak-anak memang pantang la benda-benda ngeri dan pelik macam ni memang dieorang suka nak explore. Layankan je la...


Galeri Hantu
Masa untuk jumpa 'hantu' pulak

Galeri Hantu
Bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri hantu ni. Memandangkan kiteorang pergi pada hujung minggu, jadi bayaran masuk ialah RM29 untuk dewasa, dan RM19 untuk kanak-kanak/student dan warga emas

Masuk tempat ni takde la seram pun, bak kata staff kat kaunter - 'ni muzium ye, bukan rumah hantu' 😂. It's actually an educational gallery sebab kita boleh belajar tentang asal-usul dan jenis-jenis hantu-hantu di Malaysia dan luar Malaysia melalui penerangan yang ditampal di dinding.


Galeri Hantu
Kalau rajin boleh baca maklumat pasal hantu di dinding

Tapi yang buatkan anak-anak teruja dan seronok ialah boleh posing dengan prop yang disediakan dan dieorang ambik banyak gambar untuk tunjuk dekat kawan-kawan dieorang 😅. Jangan mengigau kawan-kawan sudah!

Jom layan gambar-gambar dieorang dalam galeri hantu ni:


Galeri Hantu
Tak tau apa kaitan Sherlock Holmes dengan hantu. Janji boleh posing hehe

Galeri Hantu
Aksi kena tangkap hantu berlidah panjang

Galeri Hantu
Pengantin hantu

Galeri Hantu
Si adik beriya-iya pakai costume bagai nak tangkap gambar

Galeri Hantu
Khadeeja posing jadi penjaga neraka dalam kepercayaan orang Cina

Galeri Hantu
Dari China ke Mesir pulak

Galeri Hantu
Aksi dalam piramid

Galeri Hantu
Aksi kena terkam mumia

Galeri Hantu
Ni pulak jadi hidangan Werewolf

Galeri Hantu
Aksi kena tangkap hantu

Dalam galeri ni ada banyak bilik dengan tema berbeza. Sambil kita berjalan tu, boleh dengar sound effect seram dan visual multimedia yang bagi kita nampak macam real je, contohnya potret gambar muka cantik berubah jadi hodoh, hantu intai di tingkap dan sebagainya. Buat peminat hantu, ok la berbaloi masuk tempat ni sebab ada banyak photo opportunity kat sini. Tapi dia macam pergi sekali je la that's it. Nak pergi berkali-kali mesti bosan hehe.


Galeri Hantu
Pocong bergantungan

Seterusnya kiteorang meneruskan perjalanan ke Malaysia Heritage Studios. Tu aku cerita dekat next entry ye.

Melaka Trip 2024 (Part 2)

Baca entri sebelum:

Lepas Melaka River Cruise, ke manakah destinasi seterusnya? Jeng, jeng, jeng...! Mestilah ke tempat wajib terjah di Melaka ni, Jonker Street:


Melaka Trip 2024
Bukti mak dah sampai di Jonker Street

Tapi sebelum keluar ronda-ronda Melaka, kenalah isi perut dulu. Sebenarnya aku masih kenyang sebab makan lewat malam sebelumnya jadi pagi tu aku ambik breakfast yang ringan sikit:


courtyard by marriott melaka
Mula-mula ambik salad dan yogurt

curry mee
Lepas tu ambik semangkuk kecik mee kari. Sedap kuah mee kari ni walaupun tak pekat sangat

Lepas breakfast dan bersiap-siap, kiteorang pun menuju ke destinasi pertama - Jonker Street. Masa ni cuaca memang panas lit-lit, nasib baik aku dah standby payung lipat dalam beg.


Melaka Trip 2024
Bergambar bawah replika naga. 

Lepas tu aku teman mak jalan-jalan tengok deretan kedai di sepanjang Jonker Walk ni. Sesekali kiteorang singgah masuk tengok barang-barang yang menarik perhatian mak.


Melaka Trip 2024
Walaupun hari panas lit-lit, mak tetap bersemangat posing ambik gambar

Dah habis cover Jonker Walk, kiteorang gerak pulak menuju ke gereja merah ikonik di Melaka, Christ Church Melaka. 


Melaka Trip 2024
Berhenti kejap ambik gambar berlatar belakangkan Sungai Melaka

iconic red church Melaka
Tempat wajib ambik gambar. Disebabkan cuaca panas jadi lighting pun jadi helok sangat 😍

Dekat depan gereja ni, ada beberapa buah beca berbaris menunggu pelanggan. Mak kata teringin naik beca, jadi sewa la beca dalam 15 minit (RM25) bawak sampai ke A Famosa.


Melaka Trip 2024
Kagum dengan tukang beca sebab gigih cari rezeki mengayuh basikal bawak penumpang sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas ni

Melaka Trip 2024
Ambik gambar naik beca buat kenangan

Sampai di A Famosa, tukang beca tu bagitau dia tunggu kiteorang ambik gambar di A Famosa dalam 10 minit macam tu sebelum balik semula ke tempat gereja tadi. Aku malas nak ambik gambar sebab panas oi! Bagi peluang kat mak je la ambik gambar hehe.


Melaka Trip 2024
Kebetulan masa ni takde orang kat belakang, cepat-cepat ambik gambar mak

Lepas puas bersiar-siar di Jonker Street sampai ke A Famosa, kiteorang pun balik ke hotel bagi mak berehat sampai lepas Zohor. Lepas check out, baru sambung aktiviti berjalan. Kali ni agenda untuk anak-anak pulak - dieorang nak pergi ke dua tempat, Muzium Hantu dan Malaysia Heritage Studios.

Tapi sebelum tu, singgah makan tengahari di Makan Avenue tak jauh dari Muzium Hantu.


Melaka Trip 2024
Makan Avenue

Melaka Trip 2024
Konsep macam food court tapi instead of kita pergi ke gerai-gerai nak buat pesanan, staff yang datang bawak menu ke meja kita dan lepas buat pesanan, boleh terus scan QR code untuk bayar harga makanan yang dipesan

Melaka Trip 2024
Arahan pesanan terpampang besar di dinding

Ada macam-macam gerai kat sini. Anak-anak pilih makan shawarma, aku pulak ambik nasi goreng kampung kongsi dengan Suami Terchenta dan mak pulak ambik satay. To be honest makanan kat sini so-so je. Nasi goreng kampung tu agak mengecewakan dari segi rasa dan sebab hidang dalam pinggan plastik dan bagi sudu dan garpu plastik 🤨. Shawarma tu pun erm... anak-anak tak dapat habiskan sebab tak kena dengan tekak dieorang. Satay yang mak order pulak ok je la, nak kata sedap pun tak tak sedap pun tak jugak. Satay daging agak liat. Not recommended.


makan avenue
Nasi goreng kampung ni rasa macam nasi goreng biasa, agak hambar rasanya

Melaka Trip 2024
Total damage RM67.75

Nanti sambung cerita masuk Muzium Hantu dalam entri seterusnya.