• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, April 29, 2025

Ziarah Madinah Al-Munawwarah (Bahagian 1)

Salam semua,

Dah lama bebenor meninggalkan blog ni senyap dan sepi... Sorry korang, mood blogging aku lately memang kelaut. Tapi hari ni aku tetiba rasa rajin pulak hehe. Lagipun aku dah janji nak update pasal trip umrah bulan 2 hari tu. So, get ready nak hadap banyakkkkk gambar ok! 

Entry aku ni cuma fokus dekat beberapa tempat yang kiteorang ziarah sepanjang di Madinah sebab kalau nak cerita detailed aktiviti setiap hari di sana, panjang sangat pulak. Aku sendiri pun bosan nak baca nanti haha. So here goes:

#1: Pengalaman menaiki penerbangan AMAL by Malaysia Airlines

Kiteorang bertolak pada 28 Januari 2025 dari KL ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 10 jam 45 minit, dan tiba di Madinah lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan. 

Alhamdulillah, suasana dalam flight cukup selesa. Kiteorang dapat seat 2 orang - kakak aku duduk dengan mak dan aku pulak duduk dengan adik.


Selfie sebelum flight berlepas

Setiap penumpang diberi beg pouch berisi kelengkapan ibadah percuma. Jadi aku sarankan kalau naik flight AMAL nak ke Mekah untuk ibadah umrah, korang tak payah cari botol wudu', sejadah travel dan beg untuk letak kasut sebab akan dapat percuma dalam flight nanti.


Dapat beg pouch percuma berisi kelengkapan ibadah

In-flight entertainment sangat membantu untuk jemaah mengulangkaji cara-cara menunaikan ibadah umrah melalui panduan ibadah umrah, cara-cara berwudu' menggunakan air dalam botol wudu', cara menunaikan solat dalam penerbangan dan sebagainya. Selain tu ada bacaan Quran dan ceramah agama untuk mengisi masa sepanjang penerbangan.


Refresh apa yang dipelajari masa kursus umrah dalam flight

Makanan dalam flight dihidangkan sebanyak dua kali iaitu makan tengahari dan makan malam. Dua-dua not bad di tekak aku.


Makanan yang dihidangkan dalam flight


Selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah

#2: Penginapan di Hotel Ruve Al-Madinah

Aku tak tau kenapa aku tak ambik gambar bilik kiteorang langsung haha. Mungkin sebab bila sampai tu, dah penat dan mengantuk. Plus, bilik yang kiteorang sepatutnya masuk tak boleh nak masuk malam tu sebab jemaah dari Turkiye belum daftar keluar lagi. Part ni mutawif dah siap-siap bagitau memang ada kemungkinan akan berlaku bila sampai di Madinah. Kita akan bertemu pelbagai ragam orang di sana, jadi hadap je la. End up dapat bilik untuk 4 orang tapi kecik sikit. Kiteorang tak kisah sangat, janji ada tempat nak letak kepala atas bantal je 😅.  Sepanjang berada di sana kiteorang banyak menghabiskan masa di Masjid Nabawi. Yang penting jarak hotel ni memang dekat sangat dengan pintu pagar 338 Masjid Nabawi, kira-kira 200m dan 5 minit je jalan kaki.

Ada orang kata Hotel Ruve ni dulu dimiliki oleh orang Malaysia sebab tu nama restoran hotel ni dalam bahasa Melayu (Restoran Cempaka). Makanan pun makanan Malaysia dan Indonesia - sup tomyam, kari ayam, ayam masak merah etc.


Nak ke Masjid Nabawi, lintas jalan dan lalu celah-celah bangunan tu dan jalan straight je dah sampai

Dari celah-celah ni dah nampak payung masjid. Convenient masuk dari pintu gate 338 ni sebab dekat dengan pintu masuk masjid untuk jemaah wanita

#3: Lawatan ke Masjid Quba

Keesokan harinya, lepas solat Subuh di Masjid Nabawi dan sarapan pagi, kiteorang dibawa ke sekitar kota Madinah menaiki bas. Sepanjang perjalanan tu, mutawif kiteorang, Ustaz Amir tunjukkan beberapa landmark di sekitar Madinah dari dalam bas. Tempat pertama yang kiteorang berhenti ialah di Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang dibina di Madinah dan Rasulullah SAW sendiri yang membina masjid ni dengan tangan baginda. Dekat sini kiteorang berpeluang menunaikan solat sunat. Masjid ni tak besar sangat, sebab tu tak digalakkan nak berlama-lama dalam masjid untuk bagi laluan dekat jemaah lain menunaikan solat di sini.


Masjid Quba, masjid pertama dibina umat Islam

Bergambar kenangan depan Masjid Quba

Di masjid ni ada banyak kucing, cantik-cantik pulak tu! Geram tengok, rasa nak bawak balik hihi...

#4: Lawatan ke Ladang Kurma

Dari Masjid Quba, kiteorang dibawa pulak ke ladang kurma. Tapi yang ni aku agak disappointed sikit la sebab aku ingatkan boleh la tengok buah kurma atas pokok kurma tapi tidak yaaa 😅. Tempat ni rupa-rupanya pasar membeli buah kurma. Selain dari kurma, ada coklat dan pelbagai barangan cenderahati dijual di sini.


Dari pintu masuk lagi penjual dah memanggil-manggil suruh beli barang kat pasar ni 🤭


Suasana di dalam. Kat mana-mana penjual offer kurma / coklat sambil sebut, "Hajjah, halal!" maksudnya halal untuk kita makan percuma hihi

Macam-macam jenis kurma boleh dapat dekat sini

Ini je laaa pokok kurmanya... Yang belakang kiteorang tu ialah kawasan lepak untuk siapa yang nak merasa lepak bawah pokok kurma 😄

#5: Lawatan ke Bukit Uhud (Jabal Uhud)

Dari ladang kurma, kiteorang ke destinasi seterusnya iaitu salah satu tempat di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud. Masa Ustaz Amir cerita balik peristiwa Perang Uhud ni, rasa sedih sangat sampai mengalir air mata. Bayangkan masa ni Rasulullah SAW cedera parah sampai orang kafir Quraisy dan sebahagian tentera Islam menyangka baginda telah terkorban, tapi baginda berusaha supaya darah baginda tak menitik ke tanah sebab kalau darah baginda jatuh ke tanah, para malaikat akan turun dan membinasakan Uhud. Bukan setakat tu, ramai sahabat yang terkorban dalam perang Uhud termasuk pakcik Rasulullah SAW sendiri iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib yang terkena tombakan lembing yang dilemparkan oleh seorang hamba iaitu Wahsyi. Selepas perang Uhud, Wahsyi dibebaskan tuannya sebab berjaya bunuh Hamzah RA dan beliau memeluk Islam. Tapi walaupun Rasulullah SAW memaafkan Wahsyi, akibat terlalu sedih dengan kehilangan pakcik baginda, baginda berkata, "Bolehkah kamu sembunyikan wajahmu dari pandanganku?" sebab bila pandang Wahsyi je, baginda teringat macamana pakciknya syahid di medan perang. Bayangkan kita kalau berada di tempat Wahsyi, nak sangat jumpa Rasulullah SAW tapi Rasulullah SAW tak sanggup nak tengok wajah kita 😭.

Bukit Uhud di mana berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera kafir Quraisy

Masjid Sayyid al-Shuhada

Makam 70 sahabat Nabi SAW yang gugur dalam perang Uhud

#5: Melawat The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Muzium ni memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW dari salasilah baginda, peristiwa penting dalam hidup baginda, perwatakan dan ciri-ciri fizikal baginda dan gaya hidup Rasulullah SAW. Lokasi muzium terletak dalam pekarangan Masjid Nabawi. Harga tiket masuk ialah SAR40. Vibe dalam muzium ni moden dan canggih, dengan kebanyakan pameran yang ditunjukkan bersifat interaktif, siap ada teknologi AR (augmented reality).


The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Boleh beli tiket online atau dari kaunter. Kiteorang pilih tour bahasa Inggeris

Salasilah Rasulullah SAW dari Nabi Adam SA

Ni video salah satu paparan menggunakan teknologi AR dalam muzium yang aku rakam:


#6: Makam Rasulullah SAW

Ni la tempat yang paling dirindui bila di Madinah... makam Rasulullah SAW. Bila ke sini, perasaan nak jumpa Rasulullah SAW tu lebih terasa bila pandang kubah hijau ni.


Dari luar makam Rasulullah SAW. Rindu nak berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah berkesempatan beri salam dekat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar al-Khattab RA di sini.

Dipetik dari hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, diceritakan oleh Abu Hurairah RA yang baginda Nabi SAW pernah bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memberi salam kepadaku, Allah akan mengembalikan jiwaku kepadaku dan aku menjawab salam itu." (Hadis riwayat Abu Dawud). Dari hadis ni, pendapat Imam Nawawi bahawa Rasulullah SAW menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepada baginda dari makam baginda. Wallahualam.

Sampai sini je dulu bahagian 1. Bersambung di bahagian 2 nanti 😄.

Read more »
on Tuesday, April 29, 2025 12
Share this!
Tags
International, Places, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, February 13, 2025

Kisah dari Mekah...

Alhamdulillah, 10 hari berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah terlalu dan teramat bermakna bagi kami semua. Walaupun kiteorang semua balik dalam keadaan kurang sihat disebabkan perubahan cuaca / kurang tidur / kurang minum / kurang rehat, tapi semua balik dengan hati yang gembira dan bersyukur dengan pengalaman umrah kiteorang.

Aku masih lagi belum sihat sepenuhnya (pergi dalam keadaan batuk, balik pun batuk jugak) tapi aku just nak coretkan dekat sini satu pengalaman yang tak dapat dilupakan masa dekat Mekah tempoh hari.

Pernah dengar tak hadis ni?

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.” (Sahih Al-Bukhari 7405)


Sepanjang berada di Mekah, aku dah betul-betul berniat nak jaga lisan, jaga hati dan jaga fikiran supaya tak mengganggu ibadah sepanjang berada dekat sana. Dekat sana kiteorang berpeluang buat ibadah umrah sebanyak 4 kali. 3 kali yang pertama, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. 

Pengalaman yang aku nak ceritakan ni pulak ialah berkaitan dengan ibadah umrah yang ke-4 dan berkait dengan hadis dekat atas. Sebelum keluar menunaikan ibadah umrah, aku sempat video call dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Macam biasa aku tanya apa doa yang dieorang nak aku sampaikan depan Kaabah? Bila tiba giliran anak sulung aku, dia minta aku doakan semoga dia, Khadeeja dan Suami Terchenta pun dapat pergi menunaikan umrah dengan aku jugak dalam masa terdekat.

Lebih kurang macam ni la perbualan kiteorang:

Khayla: Mommy tolong doakan supaya Khayla, Khadeeja & Bapak pun boleh pergi umrah jugak.
Aku: Insha Allah. Tapi kan Khayla, ibadah umrah ni susah. Jadi Khayla kena belajar dulu macamana ibadah umrah ni dan kena rajin buat senaman kaki dulu sebagai persediaan.

Haa... dekat sini la aku dah buat silap dan terlepas cakap. Aku terlupa niat aku nak jaga lisan, jaga hati dan jaga fikiran. Bila aku kata ibadah umrah ni susah, seolah-olah aku ni dah bersangka buruk dengan aturan Allah.

Apa yang terjadi lepas tu ialah ibadah umrah yang ke-4 ni jadi SANGAT susah bagi aku dan adik aku sebab kiteorang berdua pergi sama-sama. Disebabkan terlampau ramai orang, jadi kiteorang kena tawaf dekat bahagian atas dengan jarak yang lebih jauh dalam keadaan bersesak dengan orang ramai dan kiteorang pulak mengejar masa nak menghabiskan tawaf sebelum masuk waktu Maghrib. Tapi by the time masuk waktu Isya' pun kiteorang masih tak dapat nak habiskan pusingan tawaf. Kena berhenti untuk solat Isya' kemudian baru teruskan balik tawaf. 

Tengah-tengah tawaf, terpijak pulak batu kecik 2x dekat tapak kaki yang sama. Sudahnya aku berjalan terencot-encot. Kaki sebelah pulak melecet. Akibat terlepas cakap, memang betul-betul aku melalui ibadah umrah yang sangat susah sesuai dengan apa yang aku sangkakan. Dan adik aku pun ikut sama susah sebab dia buat sama-sama dengan aku. Tapi yang ajaibnya (time tawaf tu, entah macamana adik aku yakin dia baru buat 6 kali pusingan tapi aku yakin dan 7 pusingan, jadi dia pun sambung satu lagi pusingan supaya dia tak was-was), pusingan terakhir adik aku buat sorang-sorang, tiba-tiba jadi mudah pulak. Sekejap je dia dah habis dan join aku dekat ruangan tepi untuk solat sunat tawaf. Aku baru baca sehelai muka surat Al-Quran, eh ehhh dia dah muncul balik! Aku tanya, sekejapnya? Dia jawab, tak tau tapi tiba-tiba macam lancar pulak pergerakan tawaf padahal sebelum tu memang sesak sangat-sangat. Subhanallah.

Sebab terlalu susah sangat nak menghabiskan pusingan tawaf, kiteorang end up tak larat nak buat saie dengan berjalan. Sudahnya kiteorang terpaksa buat keputusan menghabiskan saie dengan naik buggy (kena bayar SAR50 seorang). Tapi Alhamdulillah, walaupun pengalaman umrah ke-4 tu susah, tapi dengan izin-Nya berjaya jugak disempurnakan. Cuma aku rasa bersalah dekat adik aku sebab dia temankan aku buat umrah ke-4 ni jadi dia pun terkena tempias sekali.

Kisah ni aku catatkan di sini buat peringatan kepada diri-sendiri untuk ibadah umrah yang akan datang supaya sentiasa jaga lisan, jaga hati dan jaga fikiran sepanjang masa. Jangan buat statement seolah-olah buruk sangka dengan Allah lagi-lagi bila berada di Tanah Haram. Itu baru sikit Allah nak tegur, Masha Allah. Hebat kuasa Allah nak bagi sedar hamba-Nya yang lalai ni.

Ada masa nanti aku akan kongsi lagi pengalaman trip umrah dengan travel agent kiteorang, Insha Allah. Buat masa ni aku masih lagi jetlag / kurang sihat. Apapun, masa kat sana aku doakan supaya kawan-kawan yang lain pun mendapat jemputan dari Allah untuk ke sana menunaikan ibadah umrah/haji. Secara jujurnya, aku pun tak sangka aku akan menunaikan ibadah umrah tahun ni. Kiranya ni plan mengejut la. Tapi bila Allah dah panggil, terus terbuka hati ni nak menyahut panggilan-Nya ke sana walaupun takde dalam perancangan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Pemandangan yang dirindui - Baitullah.

Read more »
on Thursday, February 13, 2025 19
Share this!
Tags
Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 28, 2025

Hiatus again: Going on holy day (holiday)

Assalamualaikum kawan-kawan,

Alhamdulillah, kiteorg adik-beradik dan mak akan bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Mohon doa semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga dan pahala ibadah umrah kami diterima oleh Allah SWT 🤲🏻.


Semoga selamat pergi dan selamat tiba di Tanah Suci...

Nota kaki: maaf lama tak update blog busy sikit. Macam susah sikit nak update guna hp ni 😅.
Read more »
on Tuesday, January 28, 2025 12
Share this!
Tags
Family, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 21, 2025

Ubat Batuk Perisa Coklat Vanila?

PENAFIAN & PERINGATAN: Entry ni BUKAN bertujuan untuk promote atau iklankan ubat batuk, tapi sekadar berkongsi pengalaman ambik ubat batuk jenama dalam gambar dekat bawah ni ✌🏻. Sebelum ambik ubat-ubatan, dapatkan nasihat dari doktor perubatan bertauliah dulu lagi-lagi pesakit on long-term medication dan anak-anak bawah usia 12 tahun. Ubat ni TAK sesuai untuk semua golongan terutama kanak-kanak bawah 2 tahun dan sesiapa yang ada komplikasi kesihatan. Ubat ni mungkin boleh mendatangkan ALAHAN dan KESAN SAMPINGAN yang boleh membahayakan kesihatan seperti tertera dalam pamphlet dalam kotak ubat.

Baru-baru ni aku dan Khadeeja kena batuk dan selsema. Selsema ni ok lagi, bila sekali dengan pakej batuk ni tak boleh nak rilek langsung. Nak tidur pun asyik terjaga je sebab batuk.

So pergi la farmasi nak beli ubat batuk. Kebetulan pernah ternampak IG story sorang influencer ni bagitau ada ubat batuk perisa coklat vanila, jadi aku pun tanya ada tak ubat batuk perisa coklat dekat farmasi? Ahahaha! Sebabnya part paling tak best la makan ubat batuk. Kalau ada ubat batuk perisa coklat ni, mau ler aku cuba.

Sekali hadoo ye jual kat farmasi tu! Ni dia... ubat batuk perisa coklat vanila. Harga sebotol ni RM10. Bila aku cuba ubat batuk ni, memang ye la rasa coklat vanila! Tapi versi yang manis leting walaupun katanya takde gula. Wah, kalau semua ubat rasa coklat, ramai la tak takut sakit agaknya 😅. 

Efek ubat ni agak power jugak la bagi aku. Kalau ikut sukatan, untuk dewasa 10-20ml. Aku ni selamba la teguk 20ml. Sekali haa... hambik ko! Terus pengsan berjam-jam dibuatnya! Lepas bangun tidur pun masih rasa lalok / drowsy. Malam tu aku ambik 10ml je tapi still dapat tidur lena sampai ke pagi tanpa gangguan batuk. 

Nasib baik takde anak-anak kecik kat rumah ni. Kalau tak kena simpan dekat tempat tersorok takut dieorang ingat ni chocolate syrup bukan ubat batuk 🫣.

 

mucoprom syrup
Ubat batuk paling sedap pernah aku cuba

Read more »
on Tuesday, January 21, 2025 14
Share this!
Tags
Daily Life, Products
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, January 17, 2025

Cara Menyemak Nombor Akaun atau Nombor Telefon Scammer

Sekarang ni isu scammer belum setel lagi walaupun dah masuk tahun 2025. Macam-macam cara dieorang nak dapatkan duit dengan cara menipu orang awam. Lagi-lagi sekarang ni sesiapa je boleh beli ruang iklan kat media sosial, lepas tu buat iklan jual barang / kutip dana. 

Untuk melindungi orang awam dari penipuan scammer, elok la sekiranya sebelum buat pembayaran dalam talian korang semak dulu sama ada akaun bank tu pernah dilaporkan ke pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM ke tak.

Berikut ialah cara-cara menyemak kesahihan nombor akaun bank sebelum buat pembayaran:

1. Pergi ke portal CCID (Commercial Crime Investigation Department) / Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM : https://semakmule.rmp.gov.my/.

2. Masukkan nombor akaun bank / nombor telefon / nama syarikat yang ingin disemak.

3. Pilih kategori mengikut maklumat yang diisi.

4. Lengkapkan pengesahan 'Captcha'. 

5. Tekan butang 'Semak Maklumat':


detect scammer
Tangkap layar dari portal CCID

Kalau ada laporan dalam rekod pihak polis, bermakna akaun / nombor telefon / syarikat tu mungkin kepunyaan scammer. Kalau takde pulak, tak bermaksud ianya selamat. Teruskan berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu menarik untuk dipercayai (too good to be true), terlalu murah dan tak masuk akal walaupun nampak macam betul / legitimate. Ni bukan zaman ahlong edar flyer macam dulu-dulu, scammer pun dah bijak sekarang ni. Jadi, berhati-hatilah dalam urusan yang melibatkan wang kita.


detect scammer

Boleh tonton video ni untuk cara-cara semak melalui aplikasi Semak Mule pulak:


Read more »
on Friday, January 17, 2025 20
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Miles of smiles
    42 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    9 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    16 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    16 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    16 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    17 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    18 hours ago
  • Anies♥You
    19 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    20 hours ago
  • orangbukit
    20 hours ago
  • Travel My Way
    21 hours ago
  • My Small World
    21 hours ago
  • Aku Sis Lin
    22 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    22 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    23 hours ago
  • KakmimDotCom
    23 hours ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.