Bawak Mak Jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh

Hari kedua lepas mak sampai, kiteorang bawak dia jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh. Mak memang suka pergi pasar pagi, setiap pagi lepas Subuh dia akan jalan-jalan di pasar pagi Bintulu. Jadi bila dia datang ke sini, apa lagi kiteorang bawak la dia pergi pasar pagi terpanjang di Pahang! 🤭


Pekan Sehari Temerloh, pasar pagi terpanjang di Pahang

Seawal jam 7 pagi lagi kiteorang bertolak dari KL ke Temerloh. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sampai sana dalam pukul 9 pagi, nampak dah ramai orang dan jalan pun sesak. Mujurlah masa kiteorang sampai tu, terus nampak parking kosong depan deret kedai tak jauh dari Masjid Temerloh Lama (Masjid Abu Bakar). 


Masjid Abu Bakar / Masjid Temerloh Lama. Ramai jugak yang parking kenderaan di pekarangan masjid

First time sampai ke Temerloh. Cantik dan bersih bandarnya

Mak sampai sini terus mintak ambik gambar untuk kenangan dah sampai ke Temerloh

Eh, terus nampak pempengaruh Cina Muslim dari China ni tengah interview makcik penjual di sini 😅 Akaun IG dia: @eatai_halalfoodie

Pasar pagi ni panjangnya lebih dari 1km kalau tak silap. Memang menarik! Tapi jujurnya kiteorang tak dapat nak cover dari hujung ke hujung sebab terlalu ramai orang. Bukan setakat penduduk tempatan yang berkunjung ke pasar ni, pelancong luar macam kiteorang pun ramai jugak. 


Nasib baik mak pakai topi warna pink terang ni sebab senang nak nampak di celah-celah orang ramai

Pasar pagi ni jadi tumpuan sebab ada macam-macam benda yang dijual di sini dari sayur-sayuran dan bahan dapur, ikan segar, daging segar, kuih-muih, nasi dan lauk-pauk, tempoyak sampai la ke hasil kraftangan, pakaian dan lain-lain.


Kiri: First time jumpa orang jual paku midin di Semenanjung ni. Baru aku tau orang Semenanjung pun makan paku midin tapi dekat Sarawak kiteorang ambik pucuk midin muda je untuk buat sayur tumis makan dengan sambal belacan dan linut 🤤
Kanan: Kulat sisir / cendawan kukur. Tak pernah cuba lagi cendawan ni. Selalu masak apa ye?

Tak sah kalau ke Pahang tak beli puding raja ni

Kuih tradisional dan kuih moden. Gerai jual tempoyak ni jadi tumpuan - ada tempoyak manis, tempoyak masam, pais tempoyak dan sambal tempoyak

Comel giler!

Titik tengah Semenanjung Malaysia ialah di Temerloh. Ada jugak nukilan sejarah awal Pekan Sehari di sini

Dekat 2 jam jugak la kiteorang habiskan masa di Pekan Sehari Temerloh ni. Belinya tak banyak, lebih kepada cuci mata je. Destinasi kiteorang seterusnya ialah ke Kuantan tapi sebelum tu plan nya nak singgah sarapan pagi di Kedai Kesidang. Tapi takde rezeki sebab kedai penuh dan kena tunggu 45 minit. Lagipun masing-masing tak lapar sangat sebab dah beli kuih-muih dan keropok lekor di pasar pagi sebelum tu. Jadi sudahnya kiteorang terus bertolak ke Kuantan.


Lain kali kalau ke Temerloh lagi boleh cuba singgah makan di sini

Selamat Hari Ibu!

Salam Selasa semua,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat semua yang bergelar ibu / ummi / emak / mama / bonda 😊. Pengorbanan seorang ibu dari mengandung sampai la membesarkan dan mendidik anak-anak cukup besar dan takkan dapat terbalas jasanya. 

Dan... menjadi seorang ibu ialah satu rahmat yang tak terhingga. 

Kenapa aku kata menjadi ibu ialah satu rahmat? Sebab tak semua wanita direzekikan dengan zuriat dari rahim sendiri. Ada yang senang 'lekat' rezeki anak, ada yang terpaksa berhabis wang ringgit untuk rawatan kesuburan sebelum dapat bergelar ibu dan ada jugak yang masih lagi berjuang untuk mendapatkan dua garis.

Ambik contoh aku dan mak aku la. Mak aku ada ramai anak - lima orang yang masih hidup dan seorang anak syurga (premature baby dan meninggal dunia tak lama selepas lahir). Boleh dikatakan jarak umur kiteorang adik-beradik pun dekat-dekat (beza setahun atau dua tahun je). 

Aku pulak, alhamdulillah Allah bagi aku rezeki anak jugak. Bezanya aku dan Suami Terchenta kena bersabar, berdoa dan berusaha berubat dulu barulah aku dapat mengandung. Tu pun kandungan pertama cuma bertahan 3 bulan sebelum gugur. 2 tahun kemudian, barulah lahir Khayla, diikuti Khadeeja. Lepas Khadeeja, aku beberapa kali mengandung dan keguguran lagi. Tapi aku tetap bersyukur sebab kalau ikutkan tak semua wanita yang menghidap PCOS macam aku dapat mengandung.

My first moment dalam perjalanan bergelar seorang ibu ialah aku pernah bermimpi didatangi oleh dua orang budak perempuan yang comel memakai baju sedondon setahun sebelum aku pregnant kan Khayla. Dalam mimpi tu, dieorang pegang tangan aku dan ajak bergambar. Lebih kurang macam ni la kiteorang bergambar:


Seorang duduk sebelah kiri dah seorang lagi duduk sebelah kanan aku


Bila aku terjaga dari tidur, aku terus catat mimpi tu dalam diari (masa tu masih rajin menulis diari hihi). Setahun kemudian, aku mengandungkan Khayla. Masa aku pregnant, Suami Terchenta pulak bermimpi dia kat hospital sebab dalam mimpi tu aku dah melahirkan anak. Bila dia pergi tengok baby, dia tengok anak kiteorang perempuan. Dua tahun selepas Khayla lahir, Khadeeja pulak lahir dan tarikh lahir dieorang pun 'sedondon'.

Sampai sekarang aku wonder sama ada mimpi-mimpi tu datang dari Allah atau kebetulan je. Wallahualam. Apapun, aku berterima kasih kepada Allah sebab bagi aku peluang menyambut Hari Ibu setiap tahun. Perjalanan aku menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang sangat berharga. Kalau aku kena repeat moments mengandung, melahirkan dan menjaga dieorang masa kecik dulu - I would do it in a heartbeat! Sebab moments tu la yang buatkan aku jadi seorang ibu ♥️.

Lastly, alhamdulillah tahun ni berpeluang menyambut Hari Ibu dengan mak 🥰. Kebetulan 2 minggu lepas aku terjumpa tiket murah (pergi balik Bintulu-KL cuma RM139), terus aku belikan tiket untuk mak datang ke KL. Ni pun sebenarmya kiteorang baru balik dari Temerloh dan Kuantan bawak mak jalan-jalan sempena Hari Ibu sebab tu la lambat sikit nak wish Selamat Hari Ibu dekat kawan-kawan. Sibuk kita bawak mak berjimba di Pahang 🤭.

Berbaloi rasa penat mengharung jem 5 jam nak balik ke KL semula malam tadi sebab mak kata dia enjoy sangat pergi ke Pekan Sehari Temerloh, lepak di Teluk Cempedak dan beriadah di Pantai Cherating. Minggu ni pun mungkin aku akan jarang-jarang update blog sebab nak bawak mak jalan-jalan di KL pulak.


Me & the queen of my heart 💓

Untuk kawan-kawan yang bergelar ibu - apa moment pertama korang yang paling tak boleh dilupakan? Cer kongsi di ruang komen 😉.

Ghibli Style AI vs Realiti

Salam Jumaat semua!

Eh, sekejap je dah hari Jumaat kan. Tak sabar nak tunggu Sabtu sebab my mom is coming! Yeaayyy lepas ni ada geng jalan-jalan dekat taman atau window shopping dekat mana-mana.

Korang pernah dengar tak "Ghibli style"? "Ghibli style" ni merujuk kepada gaya seni lukis animasi tersendiri yang dihasilkan oleh Studio Ghibli, yang diasaskan oleh  Hayao Miyazaki dan Isao Takahata. 

Ghibli style ni jadi trending bila ChatGPT boleh meniru gambar yang dimuatnaik dan menukarkan gambar tu mengikut seni lukis Ghibli style. Mesti ramai yang buat gambar raya hari tu jadi Ghibli style guna ChatGPT kan? Hehe. Kiteorang pun try buat benda yang sama tapiiiiii....

Haa... korang tengok la apa yang tak kena dengan gambar Ghibli style yang dibuat oleh ChatGPT ni 😂 😂:


Gambar diolah oleh ChatGPT

Gambar sebenar

Dah tangkap apa yang tak kena? Hehe

Kesimpulannya, teknologi AI ChatGPT masih belum cukup power lagi 'berfikir' dengan logik hehe.

Tempat wajib singgah bila balik ke kampung Suami Terchenta

Tempat wajib singgah bila balik kampung

Semalam terbaca komen Suria Amanda dekat entry balik kampung:


Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.


Mee sapi Hj Salleh


Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh 🤭.

Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.

My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh. 

Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.

April - Birthday Month Suami Terchenta

Tarikh 12 April ialah tarikh istimewa Suami Terchenta. Selamat Hari Lahir, Suami Terchenta! Semoga dengan bertambahnya umur, semakin bertambah juga ketaqwaan kepada Allah, kasih sayang kepada keluarga dan rezeki yang berkat, Ameen2x Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻


Sanah Helwah, habibi!


Macam biasa, birthday dalam keluarga ni disambut dengan staycation di hotel 😄. Tapi entry pasal hotel tu aku akan buat berasingan (harap-harap mood blogging tu masih ok hihi).


Bersama dengan dua orang anak kesayangan

Pandai Khadeeja ambik angle gambar ni, nampak la mommy dia kurus sikit! 🤣

Tahun ni alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit jadi dapat la aku hadiahkan kerusi idaman Suami Terchenta iaitu kerusi ergonomik ni. Kerusi lama dah teruk nau kena cakar si Kiera 🫣. Suka betul si kenit tu mengasah kuku dekat kerusi kerja Suami Terchenta. Kerusi lama kiteorang dah letak dekat ruang tamu asalnya nak hantar ke tong sampah besar kat bawah tapi tak sampai hati pulak sebab Kiera dah buat macam kerusi dia sendiri. Sekarang dia lepak dan tidur dekat kerusi tu. Pagi-pagi masuk rumah je mesti mengasah kuku dulu dekat kerusi lama hihi. Suami Terchenta siap bagitau kat dia kalau Kiera berani cakar kerusi baru, dia akan jual kerusi tu dengan designer nya (Kiera) sekali! 😂


Semoga Suami Terchenta lebih selesa bila kena standby kerja malam ❤️