Bawak Mak Jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh
Hari kedua lepas mak sampai, kiteorang bawak dia jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh. Mak memang suka pergi pasar pagi, setiap pagi lepas Subuh dia akan jalan-jalan di pasar pagi Bintulu. Jadi bila dia datang ke sini, apa lagi kiteorang bawak la dia pergi pasar pagi terpanjang di Pahang! ðŸ¤
 |
Pekan Sehari Temerloh, pasar pagi terpanjang di Pahang |
Seawal jam 7 pagi lagi kiteorang bertolak dari KL ke Temerloh. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sampai sana dalam pukul 9 pagi, nampak dah ramai orang dan jalan pun sesak. Mujurlah masa kiteorang sampai tu, terus nampak parking kosong depan deret kedai tak jauh dari Masjid Temerloh Lama (Masjid Abu Bakar).
 |
Masjid Abu Bakar / Masjid Temerloh Lama. Ramai jugak yang parking kenderaan di pekarangan masjid |
 |
First time sampai ke Temerloh. Cantik dan bersih bandarnya |
 |
Mak sampai sini terus mintak ambik gambar untuk kenangan dah sampai ke Temerloh |
 |
Eh, terus nampak pempengaruh Cina Muslim dari China ni tengah interview makcik penjual di sini 😅 Akaun IG dia: @eatai_halalfoodie |
Pasar pagi ni panjangnya lebih dari 1km kalau tak silap. Memang menarik! Tapi jujurnya kiteorang tak dapat nak cover dari hujung ke hujung sebab terlalu ramai orang. Bukan setakat penduduk tempatan yang berkunjung ke pasar ni, pelancong luar macam kiteorang pun ramai jugak.
 |
Nasib baik mak pakai topi warna pink terang ni sebab senang nak nampak di celah-celah orang ramai |
Pasar pagi ni jadi tumpuan sebab ada macam-macam benda yang dijual di sini dari sayur-sayuran dan bahan dapur, ikan segar, daging segar, kuih-muih, nasi dan lauk-pauk, tempoyak sampai la ke hasil kraftangan, pakaian dan lain-lain.
 |
Kiri: First time jumpa orang jual paku midin di Semenanjung ni. Baru aku tau orang Semenanjung pun makan paku midin tapi dekat Sarawak kiteorang ambik pucuk midin muda je untuk buat sayur tumis makan dengan sambal belacan dan linut 🤤 Kanan: Kulat sisir / cendawan kukur. Tak pernah cuba lagi cendawan ni. Selalu masak apa ye? |
 |
Tak sah kalau ke Pahang tak beli puding raja ni |
 |
Kuih tradisional dan kuih moden. Gerai jual tempoyak ni jadi tumpuan - ada tempoyak manis, tempoyak masam, pais tempoyak dan sambal tempoyak |
 |
Comel giler! |
 |
Titik tengah Semenanjung Malaysia ialah di Temerloh. Ada jugak nukilan sejarah awal Pekan Sehari di sini |
Dekat 2 jam jugak la kiteorang habiskan masa di Pekan Sehari Temerloh ni. Belinya tak banyak, lebih kepada cuci mata je. Destinasi kiteorang seterusnya ialah ke Kuantan tapi sebelum tu plan nya nak singgah sarapan pagi di Kedai Kesidang. Tapi takde rezeki sebab kedai penuh dan kena tunggu 45 minit. Lagipun masing-masing tak lapar sangat sebab dah beli kuih-muih dan keropok lekor di pasar pagi sebelum tu. Jadi sudahnya kiteorang terus bertolak ke Kuantan.
 |
Lain kali kalau ke Temerloh lagi boleh cuba singgah makan di sini |
Lamanya tak pergi pekan sehari temerloh ni. Dari lipis 2 jam. Kat situ macam2 makanan rare ada jual. Dulu masa abang Cie duk temerloh cie selalu la pi pasar tu dengan kakak ipar memang dari hujung ke hujung kami jalan. Kuaters abang duduk tu dekat je dengan pasar tu kami jalan kaki je.
ReplyDeleteBaru pergi bulan Feb hari tu...
ReplyDeleteMemang rambang mata nak membeli. Esp ulam² kampung, macam² ada kan