Jemputan Kenduri Kahwin Staff Suami Terchenta

Sabtu lepas kiteorang menghadiri majlis perkahwinan staff Suami Terchenta di Putrajaya. Majlis ni dibuat di Wilqadry Grandeur Hall, IOI Resort City. Kiteorang bertolak dari rumah lepas Zohor dan sampai dalam pukul 2 petang.

Alhamdulillah makanan sedap-sedap semuanya, lagi-lagi daging masak hitam yang dihidangkan dengan nasi beriani. Suka tengok deko bunga tengah-tengah meja tu.


Wilqadry Grandeur Hall
Makan kenduri - ada dalca, pajeri nenas, ayam masak merah, daging masak hitam dan buah oren


Wilqadry Grandeur Hall
Masa kiteorang sampai, dah tak ramai tetamu mungkin sebab lepas waktu lunch jadi ramai yang dah balik. 


pasangan pengantin
Bergambar dengan pasangan pengantin. Pengantin lelaki tu ialah staff Suami Terchenta. Anak Datukhumble orangnya

Wilqadry Grandeur Hall
Jarang-jarang dapat sedondon dengan Suami Terchenta 😜

Alhamdulillah, nampaknya majlis berjalan lancar, makanan semua sedap, deko cantik dan doorgift pulak dapat pinggan lawa. Kepada pasangan mempelai Firdaus dan Khadijah, Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khairSemoga Allah memberkati kalian berdua, dan keberkatan-Nya turun kepada kalian berdua, dan Dia menyatukan kalian berdua dalam kebaikan 💞. 


Nota kaki: Kisah jalan-jalan dengan Geng Kamie terpaksa park tepi kejap sebab banyak sangat gambar nak kena pilih 😅 .

Testing Template Baru

Salam Rabu kawan-kawan,

Minggu lepas tak menyempat nak blogging sebab sibuk cari template baru. Korang rasa template yang baru ni lagi laju tak loading? Harap-harap ye la. Kalau 2x5 je dengan template lama, mungkin aku akan revert balik ke template lama. Sayang sebenarnya dengan template lama tapi kalau lambat sangat nak loading lagi-lagi kalau bukak dekat hp, tak guna jugak.

So minggu ni aku akan test template ni. Kalau template blog aku lari, korang bagi feedback ye. Sebab aku cuma test dekat Safari dan Google Chrome je.

Hmm... minggu ni perbualan di meja makan dengan anak-anak berkisar isu-isu di sekolah sekarang ni. Honestly, kes dekat sekolah makin membimbangkan. Bermula dari kes arwah Zara Qairina, pelajar tahun 4 meninggal di tandas sekolah, pelajar kena r*g*l kat sekolah dan hari ni lagi mengejutkan - kes tikam kawan sekolah sampai mati, semuanya berlaku dalam kawasan sekolah.

Rata-rata mangsa ialah pelajar perempuan. Sebagai mak kepada dua orang anak perempuan, memang aku tak tenang bila baca kisah-kisah macam ni. Sekolah ni sepatutnya tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Tapi nampaknya sekarang ni sekolah pun dah tak selamat.

Aku pernah share doa ni sebelum ni, tapi aku nak share sekali lagi buat kita semua:



Semoga keselamatan anak-anak kita sentiasa terpelihara, Ameen Ya Rabbal Alameen 🤲🏻.

Cuba Teka Di Mana?

Pagi tadi rasa agak down dengan khabar berita tentang peserta-peserta bantuan kemanusiaan GSF yang telah diculik oleh pengganas Isra3l di perairan Gaza. Nampak sangat Isra3l tu takut orang luar tengok kebenaran tentang jenayah perang yang tentera rejim tu dah buat di G4za. Sebab tu dieorang seboleh-bolehnya tak nak orang luar sampai ke sana. Dan-dan tu jugak la terjumpa 'bukti' dokumentasi yg GSF ni ada kaitan dengan H4m4s. Tebusan dieorang kemain lama lagi cari tak jumpa-jumpa, tapi 'bukti' macam ni senang-senang pulak jumpa bawah runtuhan bangunan katanya. Propa betul. Huh.

Jadi pagi-pagi lagi aku dah keluar brisk walk sebab aku rasa kalau aku duduk diam je mesti la darah aku akan naik makin tinggi lagi. Selepas brisk walk sejauh 5.3km kemudian dengan pace 12" (laju untuk aku sebab tengah marah kan? 😜) dan 8 ribu langkah terkumpul, baru rasa lega sikit.

Cuba teka kat mana aku brisk walk ni?


Tasik Titiwangsa

Anyway, esok aku akan travel lagi dengan geng KAMIE pulak. Kemanakah? Jeng... jeng.. jeng... Nanti dah balik Insha Allah aku update kat blog ye.

Take care korang.

Teruskan berdoa untuk keselamatan peserta bantuan kemanusiaan GSF & rakyat 🇵🇸 🤲🏻.

Bawak Khayla Makan Tengahari di Oriental Kopi @ Sunway Putra

Salam Khamis kawan-kawan,

Semalam aku bawak Khayla ke Sunway Putra untuk makan tengahari lepas dia balik dari sekolah. Saja nak cuba makanan di Oriental Kopi yang famous tu. Masa awal-awal tempat ni bukak, panjang betul queue nak masuk ke restoran ni. Tapi mungkin sebab kiteorang pergi lepas lunch hour, jadi tak de queue tapi restoran boleh dikatakan agak penuh dengan pelanggan.


Sunway Putra
Khusyuk betul Khayla membelek buku menu

 

Bagi aku servis di sini boleh dikatakan memuaskan sebab bila kiteorang masuk je terus staff hantarkan buku menu ke meja. Masa nak bayar pulak staff kat kaunter tanya feedback kiteorang tentang makanan kat situ. Masa menunggu makanan sampai pun tak terlalu lama walaupun restoran agak sibuk. 

Kat sini agak old school sikit sistem pesanannya iaitu tulis atas kertas. Mungkin nak mengekalkan vibe old school kedai kopitiam kot.


Sunway Putra
Oriental Kopi ni ala-ala Old Town White Coffee cuma aku rasa menu OK ni lagi banyak variety

Selepas membelek buku menu dari depan ke belakang, akhirnya Khayla pilih nasi ayam Hainan / Hainanese chicken rice untuk hidangan makanan tengahari:


Oriental Kopi
Hainanese chicken rice (RM18.90)

Memandangkan aku tak lapar sangat, jadi aku ambik roti bakar dengan mentega dan kaya:


Oriental Kopi
Double butter kaya toast (RM5.80)

Ni pulak minuman yang aku pesan, teh cincau ais:


Oriental Kopi
Teh cincau ais (RM10.90)

Khayla pulak pesan air soya (RM7.90).

Overall, bagi aku makanan kat sini not bad la. Standard makanan kopitiam. Cuma aku tertanya-tanya kenapa roti kaya ni dipotong memanjang macam ni? Patutnya potong dua lagi, baru la tak meleleh kaya sampai tumpah ke meja dan baju aku. Aku rasa jugak nasi ayam Khayla tu sesuap, rasa halianya agak kuat. Lepas tu, siapa yang tak suka taugeh jangan menangis tau dapat taugeh bawah ayam tu. Pandai-pandai la asingkan sendiri ye kalau terlupa pesan taknak taugeh.

Favourite aku ialah teh cincau ais ni. Tak terlalu manis, kaw dan rasa cincau yang segar. Kesimpulannya boleh repeat lagi ke sini tapi cuma waktu weekdays dah bukan waktu breakfast / lunch hour 😄.

Program CR merangkap Family Day

Salam Rabu kawan-kawan,

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Oktober ye. Tinggal 2 bulan je lagi nak melabuhkan tirai tahun ni. Apapun, alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2025 ni dan semoga yang baik-baik aje untuk kita semua terutama buat saudara-saudara kita di Gaza yang masih lagi menghadapi ujian yang berat yang akan memasuki tahun ke-2 bulan ni 🤲🏻. Teruskan berdoa buat mereka di sana dan jugak kumpulan kemanusiaan yang menyertai Sumud Flotilla, semoga Allah membuka jalan untuk dieorang menyampaikan bantuan buat penduduk di Gaza. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Sabtu lepas, department Suami Terchenta buat event CR (Corporate Responsibility) merangkap Family Day. Selama bertahun-tahun dia bekerja kat situ, ni first time kot ada event yang involve ahli keluarga 😅. Selalunya apa-apa event syarikat cuma staff je yang terlibat. Jadi walaupun kena bertolak awal pagi nak ke tempat event ni, kiteorang semangat nak pergi sebab lepas ni tak tau akan ada lagi tak peluang nak join event macam ni.


Muka ceria kami sebab julung kali dapat join event syarikat Suami Terchenta

Nampaknya bukan kiteorang je yang semangat, ramai lagi yang bersemangat datang sebelum pukul 8 lagi! Sampai terpaksa parking dekat tepi jalan sebab kat dalam kawasan pusat latihan tu dah penuh.


Dieorang buat dekat pusat latihan syarikat. Meriah tengok staff dengan ahli keluarga masing-masing

Lepas Suami Terchenta register kehadiran, kiteorang terus pergi jenguk gerai-gerai makanan yang dibuka di situ. Ada gerai yang jual roti, snek, kuih-muih, nasi lemak, bihun Singapore, minuman dan macam-macam lagi. Setiap hasil jualan ni akan didermakan kepada wad salah sebuah hospital di Selangor (aku lupa kat mana).


Meriah gerai jualan hari tu, dah macam kat bazaar Ramadhan pulak suasananya 😆

Tepat pukul 8, acara perbarisan kumpulan mengikut warna tema pun dimulakan. Bermacam-macam gaya siap ada maskot lagi. Team hijau dengan maskot katak, team kuning dengan maskot harimau dan team biru dengan maskot Power Ranger. Team merah takde maskot tapi dieorang ada orang yang boleh buat backflip! Kiteorang terhibur tengok bermacam-macam gaya dieorang ni masuk ke padang.


Acara perbarisan kumpulan mengikut warna tema

Lepas perbarisan dan berzumba, ada beberapa acara padang yang dibuat iaitu walkathon dan tarik tali. Tapi Suami Terchenta tak ikut pun acara-acara tu, menyebabkan aku membebel sekejap sebab aku dah semangat nak bersorak untuk team Suami Terchenta 😆.

End up kiteorang duduk tengok pertandingan bola tampar dekat sebelah dalam sambil bersorak untuk team Biru (team Suami Terchenta).


Ni la masa untuk mencungkil bakat terpendam masing-masing bermain bola tampar...

Lepas menonton pertandingan bola tampar, kiteorang pergi ke bilik training untuk aktiviti keluarga. Setiap aktiviti ni dikenakan bayaran yang akan disumbangkan dekat wad hospital untuk program CSR hari tu.


Acara masukkan bola pingpong dalam cawan kertas

Khadeeja la semangat sikit bermain aktiviti-aktiviti kat sini. Khayla kurang minat, biasalah dah teenagers kan.

Harap-harap lepas ni ada lagi aktiviti macam ni yang melibatkan keluarga staff jugak. Sebabnya hujung minggu sepatutnya masa untuk bersama keluarga jadi bila ada program yang melibatkan keluarga, dapat la staff spend time dengan keluarga sambil join program anjuran syarikat jugak. Betul tak?