Salam Khamis kawan-kawan,

Semalam aku bawak Khayla ke Sunway Putra untuk makan tengahari lepas dia balik dari sekolah. Saja nak cuba makanan di Oriental Kopi yang famous tu. Masa awal-awal tempat ni bukak, panjang betul queue nak masuk ke restoran ni. Tapi mungkin sebab kiteorang pergi lepas lunch hour, jadi tak de queue tapi restoran boleh dikatakan agak penuh dengan pelanggan.


Sunway Putra
Khusyuk betul Khayla membelek buku menu

 

Bagi aku servis di sini boleh dikatakan memuaskan sebab bila kiteorang masuk je terus staff hantarkan buku menu ke meja. Masa nak bayar pulak staff kat kaunter tanya feedback kiteorang tentang makanan kat situ. Masa menunggu makanan sampai pun tak terlalu lama walaupun restoran agak sibuk. 

Kat sini agak old school sikit sistem pesanannya iaitu tulis atas kertas. Mungkin nak mengekalkan vibe old school kedai kopitiam kot.


Sunway Putra
Oriental Kopi ni ala-ala Old Town White Coffee cuma aku rasa menu OK ni lagi banyak variety

Selepas membelek buku menu dari depan ke belakang, akhirnya Khayla pilih nasi ayam Hainan / Hainanese chicken rice untuk hidangan makanan tengahari:


Oriental Kopi
Hainanese chicken rice (RM18.90)

Memandangkan aku tak lapar sangat, jadi aku ambik roti bakar dengan mentega dan kaya:


Oriental Kopi
Double butter kaya toast (RM5.80)

Ni pulak minuman yang aku pesan, teh cincau ais:


Oriental Kopi
Teh cincau ais (RM10.90)

Khayla pulak pesan air soya (RM7.90).

Overall, bagi aku makanan kat sini not bad la. Standard makanan kopitiam. Cuma aku tertanya-tanya kenapa roti kaya ni dipotong memanjang macam ni? Patutnya potong dua lagi, baru la tak meleleh kaya sampai tumpah ke meja dan baju aku. Aku rasa jugak nasi ayam Khayla tu sesuap, rasa halianya agak kuat. Lepas tu, siapa yang tak suka taugeh jangan menangis tau dapat taugeh bawah ayam tu. Pandai-pandai la asingkan sendiri ye kalau terlupa pesan taknak taugeh.

Favourite aku ialah teh cincau ais ni. Tak terlalu manis, kaw dan rasa cincau yang segar. Kesimpulannya boleh repeat lagi ke sini tapi cuma waktu weekdays dah bukan waktu breakfast / lunch hour 😄.

5 comments:

  1. terliur roti bakar tu! saya suka taugeh so if dpt taugeh bersama2 ayam pun okay ajerrrr. minggu ni i lom singgah mamak lagi...biasanya ada lah singgah once a week utk mkn2 lps amik boys from school

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita MZ. I pun suka taugeh hihi. To me OK ni sama dgn OTWC dari segi vibe and rasa makanannya tapi OK lagi banyak hidangan dari OTWC.

      Delete
  2. Selaku orang yang tak suka makan taugeh, akak akan ambil ayam letak dalam pinggan nasi. Taugeh sepiring tu tolak kat suami 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nasib baik ada org tolong makan taugeh 🤭

      Delete
  3. tk pernh try lg mkn kt oriental kopi tp time viral ada la tgk org beratur pjg tp laju katanya...ada baca menu kt sini lebihkurang ngan tea garden dan harga lebih murah..nanti ada rezeki try mkn kt oriental kopi plak

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .