Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Testing Template Baru

Salam Rabu kawan-kawan,

Minggu lepas tak menyempat nak blogging sebab sibuk cari template baru. Korang rasa template yang baru ni lagi laju tak loading? Harap-harap ye la. Kalau 2x5 je dengan template lama, mungkin aku akan revert balik ke template lama. Sayang sebenarnya dengan template lama tapi kalau lambat sangat nak loading lagi-lagi kalau bukak dekat hp, tak guna jugak.

So minggu ni aku akan test template ni. Kalau template blog aku lari, korang bagi feedback ye. Sebab aku cuma test dekat Safari dan Google Chrome je.

Hmm... minggu ni perbualan di meja makan dengan anak-anak berkisar isu-isu di sekolah sekarang ni. Honestly, kes dekat sekolah makin membimbangkan. Bermula dari kes arwah Zara Qairina, pelajar tahun 4 meninggal di tandas sekolah, pelajar kena r*g*l kat sekolah dan hari ni lagi mengejutkan - kes tikam kawan sekolah sampai mati, semuanya berlaku dalam kawasan sekolah.

Rata-rata mangsa ialah pelajar perempuan. Sebagai mak kepada dua orang anak perempuan, memang aku tak tenang bila baca kisah-kisah macam ni. Sekolah ni sepatutnya tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Tapi nampaknya sekarang ni sekolah pun dah tak selamat.

Aku pernah share doa ni sebelum ni, tapi aku nak share sekali lagi buat kita semua:



Semoga keselamatan anak-anak kita sentiasa terpelihara, Ameen Ya Rabbal Alameen 🤲🏻.

Ada Sesiapa Yang Rindu Kiera Tak?

Persian cat

Amboi kemain dia tengok kita. Kepala lentok la, kepala terpusing macam Noor Kumalasari dalam filem Misteri Rumah Tua la (YTJT hihi...). Sejak bawak dia & Louis pegi klinik haiwan bagi ubat cacing dan ubat kutu, bulu dia dah makin sihat dan tebal ala-ala bulu patung teddy bear.

Lepas tu dia ni kan, pantang kalau tengok kita pegang sikat kucing. Mula la dia tergedik-gedik atas lantai mintak disikat. Suka nau dia dengan sikat tu. Hobi dia sekarang ni ialah duduk menyandar kat dinding. Tempat dia pilih nak duduk tu pulak kawasan lalu-lalang yang sempit. Risau je kiteorang sebab takut terpijak perut dia yang gebu-gebas tu. Apa-apa je la, asal bahagia ye Kiera 😄.

Nota kaki: Belum berkesempatan nak update blog sebab sekarang kalau bukak laptop je akan pergi blogwalking ke blog kawan-kawan yang dah lama tak dijengah. Mana-mana kawan-kawan yang aku belum sempat jengah dan tinggalkan komen kat blog korang tu, mintak maaf ye. Tengah buat satu persatu sekarang ni 😅. Ambik masa sikit sebab aku baca blog entry yang lepas-lepas jugak dekat setiap blog.

Dapat Hadiah Dari Anies! 🌸

Tengahari semalam aku dapat mesej dari abang Poslaju bagitau ada parcel untuk diambil di bilik parcel. Aku pun macam pelik sebab aku rasa aku tak de order apa-apa pun recently. Ke abang Poslaju salah nombor? Entah-entah scammer ni, kata aku dalam hati.

Tup-tup tak lama lepas tu, dapat mesej dari Anies bagitau dia ada hantar parcel kat aku. Laaaa... Anies rupa-rupanya yang hantar parcel tu. So tengahari tadi lepas hantar Khayla ke sekolah, aku drop by dekat bilik parcel untuk ambik kiriman dari Anies.


Ini betul-betul, bukan cobaan...

Tadaaaa! Ni la hadiah yang Anies bagi, siap dengan kad comel lagi 😍. Semua hadiah ni aku suka sangat! Ni tudung Fazura kedua yang aku terima dari kawan-kawan blogger, tak sabar nak pakai tudung ni sebab coraknya sweet sangat. Scrunchy warna bendera Palestin tu cantik teruk, bak kata gen Z sekarang, 'very demure', 'very mindful' 😄.  Baru nak tambah stok face mask, dah ada Anies kasi. Tapi yang paling ajaib tu, camane Anies tau aku tengah cari lip balm ni? Akan kupakai setiap hari dan setiap malam sebelum tidur supaya bibir sentiasa lembap. Suka sebab ada SPF20, PA++ dan yang paling penting, bau vanila yang lembut!


Terima kasih Anies, atas pemberian yang cukup lumayan!

Terima kasih Anies, semoga Allah murahkan rezeki Anies sampai mencurah-curah dan mengalir tanpa henti. Terharu sangat dapat hadiah yang tak disangka-sangka ni 💕.

Kalau sesiapa yang belum kenal dengan Anies, boleh la melawat blog dia dekat sini: https://aniesandyou.blogspot.com/ 

Anies ni seorang kaki travel dan juga peminat bola sepak (team favourite dia ialah Liverpool FC). Boleh follow blog dia sebab dia suka bercerita tentang kisah jalan-jalan di luar negara, review makanan best dan macam-macam lagi.

Sekat Iklan Tak Sopan Yang Keluar di Blog

Semalam sis Ezna mesej bagitau dia ternampak iklan Google yang tak sepatutnya keluar dekat blog aku. Sempat dia screenshot dan share iklan yang keluar tu.


Apakehal keluar iklan minyak pengasih kat blog aku? 😡😡

Rasanya aku dah blocked kategori iklan yang berbaur politik, s*ksual, judi dan sebagainya. Tapi kenapa masih ada iklan yang macam ni keluar? Hmm... pening sis dengan Google Adsense ni.

Sekali lagi terpaksa la aku godek Google Adsense check kot-kot ada iklan tak sopan yang terlepas dari filtered ads:

Langkah pertama: Login akaun Google Adsense > Brand Safety > Content > Blocking Controls > Sensitive Categories:



Langkah kedua: Brand Safety > Content > Ad Review Centre: 

Dekat sini kena check satu-persatu iklan yang keluar di blog kita. Mana yang tak sopan dan tak sesuai dengan blog aku, aku terus block macam iklan-iklan kat bawah ni:




Terima kasih buat Sis Ezna yang tolong alert kan pasal iklan tak sopan yang lalu-lalang dekat blog aku yang family-friendly ni. Dah la iklan benda khurafat, lepas tu tak sesuai langsung dengan blog aku yang innocent ni 😤

Lunch & Hi-Tea dengan Teman-teman Bloggers

First time jumpa Fanny tahun lepas masa dia turun ke KL dengan geng jalan-jalan dia. Tahun ni bila dia bagitau dia akan ke KL lagi, mestilah aku tak nak lepaskan peluang berjumpa dengan Fanny sekali lagi. 

Plan asalnya nak jumpa dengan Fanny dan Kak Retna masa hi-tea je sebab nak celebrate birthday kiteorang bulan ni (kiteorang bertiga June a.k.a Gemini babies!). Tapi bila Fanny bagitau tengahari tu dia jumpa dengan sis Suzi (atau nickname Mama Zharfan @ MZ) & sis Ezna, aku pun rasa nak join sekali sebab dieorang ni antara bloggers yang aku selalu lawat blog dieorang dan pernah jumpa sekali (MZ masa dia datang beraya di rumah bulan lepas, sis Ezna pulak masa sama-sama menghadiri jemputan kenduri kahwin blogger Suria Amanda). 


Lunch dengan Fanny & Sis Ezna

Awalnya, aku tak confirm kan lagi dapat join lunch sebab nak kena sediakan makanan tengahari untuk Khayla sebelum dia turun ke sekolah. Aku takut lambat dan buat orang lain tertunggu-tunggu pulak. Tapi Alhamdulillah, dapat siapkan makanan awal dan make sure Khayla makan dulu sebelum aku bersiap dan keluar.

On the way naik LRT nak ke tempat perjumpaan di KLCC, Fanny bagitau MZ tak dapat join sebab keretanya masuk bengkel. Allahu, simpati dengan dugaan MZ di hari Jumaat. Sempat jugak aku bermesej-mesej dengan MZ masa tu. Nampaknya takde rezeki jumpa MZ kali ni. 

Mula-mula Fanny bagitau nak berjumpa di O'Briens, tapi penuh pulak. So kiteorang try nasib ke Two Sons On The Park @ KLCC. Mak aih, sama jugak panjang barisan nak masuk ke Two Sons ni. Tapi kiteorang decide nak beratur je la, kalau dalam 10 minit tak dapat meja baru kiteorang fikirkan alternatif lain. KLCC masa lunch hour memang mencabar sikit nak cari tempat makan kosong 😅 Dari zaman aku bekerja kat situ lagi dah faham sangat suasana di KLCC pada tengahari Jumaat.

Tapi tak sampai 10 minit beratur, ada tempat duduk kosong. Wah, rezeki Fanny la tu, sebab teringat dia pernah komen teringin nak cuba chilli butter cream clams dekat situ. Terus Fanny update dekat sis Ezna yang kiteorang dah tukar tempat ke Two Sons sebab masa ni dia dengan anaknya Dania masih dalam perjalanan dari Putrajaya ke KLCC lagi. Katanya kelas Dania habis lewat sikit sebab tu dieorang lambat sampai. 

Bila sis Ezna dan Dania sampai, auto meriah meja kiteorang hehehe. Sis Ezna ni sangat la peramah orangnya, buatkan kiteorang rasa macam dah kenal lama bila berborak-borak dengan dia. Tak kekok langsung. Macam-macam topik keluar - dari topik travel, makanan, sekolah di Indonesia dan Malaysia, kehidupan seharian sampai la perbezaan mazhab agama di Indonesia dan Malaysia pun masuk dalam perbincangan ye 😅. Nampak tak betapa senangnya flow perbualan kiteorang walaupun baru first time duduk bersembang hehe. Dania pulak malu-malu sikit, tapi asyik senyum je. Manis betul orangnya. 


bloggers Malaysia dan Indonesia
Bersama Fanny, Dania dan sis Ezna

Since dekat Two Sons ni kebanyakan menunya for sharing, jadi tak banyak variety menu yang kiteorang pesan - macam biasa aku pesan specialty dekat sini iaitu chilli butter cream clams (big pot) untuk kongsi makan, dengan mantou goreng (order ekstra sebab 4 keping je tak cukup!). Sis Ezna dengan Dania pulak pesan margherita pizza. Fanny pulak pesan laksam sebab dia tak pernah lagi cuba laksam. To be honest ya Fanny, saya pun belum pernah makan laksam! 🤣 Tapi bila orang Indonesia tanya aku pasal laksam, terpaksalah aku buat-buat tahu berdasarkan apa yang aku dengar pasal laksam hehe. Fanny kata dekat Indonesia pun ada hidangan yang mirip rupa laksam, tapi di Palembang dikenali sebagai laksan.


Two Sons On The Park @ KLCC
Dari atas kiri ikut arah jam: Laksam, pizza margherita, mantou goreng dan chilli butter cream clams

Lepas lunch, kiteorang beralih ke Gula Cakery for dessert pulak. Biar banyak post Fanny pasal tempat makan kat KL ni hihi. Gula Cakery ni rasanya baru bukak kat KLCC. Rezeki kiteorang sekali lagi masa sampai tu ada satu meja kosong (sebelum tu memang packed betul tempat tu).


Keylime tart, berry pavlova
Keylime Tart (bawah) & Berry Pavlova (atas)

Gula Cakery KLCC
Muka kenyang tapi tak puas bersembang sebab tu cari kedai dessert pulak 🤭 (foto kredit: Sis Ezna)

Dalam pukul 3.30 petang macam tu, baru la masing-masing kena gerak (aku kena ambik Khadeeja di sekolah dan sis Ezna dan Dania pulak kena ambik KLIA transit balik ke Putrajaya). Anyway, seronok sebab dapat jumpa dan kenal rapat dengan sis Ezna dan Dania. Hopefully lepas ni ada peluang berjumpa lagi macam ni. Terima kasih buat sis Ezna sudi belanja kek di Gula Cakery, semoga murah rezeki sis sekeluarga 🤲🏻.


Hi-Tea dengan Fanny & Suami, Kak Retna dan Zuwien

Petang tu agak kelam-kabut sikit sebab hujan. Singgah solat di stesen MRT HKL dan terus ke sekolah Khadeeja. Lepas hantar dia balik ke rumah dan ambik ole-ole dan hadiah untuk Fanny dan Kak Retna, kena berkejar balik ke KLCC. End up sampai lambat di Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL, dekat-dekat pukul 6 petang baru sampai. Sebab dah sampai lambat sangat tak sempat ambik gambar makanan kecuali makanan diri-sendiri je hehe.


mushroom risotto
Mushroom & truffle risotto

Kalau tadi lunch dengan circle the mommies (sebab kiteorang bertiga ibu-ibu rumahtangga 😅), kali ni hi-tea dengan circle banking pulak (sebab dieorang ni masing-masing bekerja / pernah bekerja dalam sektor banking kecuali aku. Tapi Suami Terchenta pun pekerja bank jugak, so boleh la masuk sikit2 kan? Hehe). So topik kali ni banyak berkaitan dengan budaya kerja dalam sektor banking. Tapi ada la jugak selit-selit topik tempat-tempat menarik di Malaysia dan Indonesia.


Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Suami Fanny, Raka pun sama macam Fanny jugak, peramah dan ringan mulut. Yang belakang Uyum tu kawan Kak Retna, Zuwien. Pun first time jumpa dan kelakar jugak orangnya.

Sebelum balik, kiteorang bertiga bertukar-tukar hadiah birthday. Terima kasih Fanny dan Kak Retna atas pemberian hadiah yang menarik (lupa nak ambik gambar tote bag motif batik dari Kak Retna, siyes cantik!). Tahun lepas Fanny bagi hadiah telekung Siti Khadijah, tahun ni pulak dia bagi telekung travel 😍. Alhamdulillah, semoga pahala ibadahnya mengalir ke Fanny jugak, Ameen YRA 🤲🏻.

Suka sangat sebab telekung ni jenis kain ringan dan design ala-ala jubah hoodie. Telekung travel aku beli kat Shopee pun jenis kain ringan jugak tapi masalahnya bila solat bawah kipas angin, boleh terselak sampai tertanggal telekungnya time solat! Telekung yang Fanny bagi ni Insha Allah takde masalah telekung terselak lagi. Selain telekung travel, ada brooch yang cantik, sejadah travel, fridge magnet dan beg kait yang comel. Semuanya aku suka 🥰.


Indonesia
Hadiah / ole2 dari Fanny

Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Berfoto sekali lagi sebelum balik.

Anyway, thank you kepada siapa yang belanja hi-tea merangkap makan malam tu (boleh tak lupa nak tanya siapa gara-gara dan lewat & nak cepat balik sebelum habis waktu Maghrib 😅). Semoga murah rezeki orang yang belanja makan petang tu, Ameen YRA! 🤲🏻

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Mendapat jemputan dan titah perintah dari Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa untuk join Giveaway ni. Hehe. Kreatif betul seketul budak bernama Cuya ni. Memandangkan dah dapat jemputan, maka aku pun memeriahkan ruangan komen blog beliau dengan penyertaan jugak. Kawan-kawan yang lain, jom la sama-sama kita support GA Cuya!



Syarat-syarat penyertaan:



Pemenang bertuah akan menerima hadiah dari Kerajaan Kelapa:


Segmen Review Bersama Cuya Si Primadonno

 Bila kawan blogger buat segmen review, kita kena la support kan 🤗. So here it is...



Jom tengok syarat-syarat penyertaan:



Senang je kan?

Buat sesiapa yang belum pernah melawat blog Cuya, silalah lawat blog dia di SINI.

Cuya ni dari first impression lagi dah tau dia seorang yang ceria, happy-go-lucky dan memiliki fun character. Dari gaya dia bercerita dekat blog dia, kita boleh tau yang dia cepat mesra dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sekeliling. Dia jugak suka melukis kartun-kartun yang comel hehe. Semoga Cuya terus aktif blogging dan melukis ye!

Next, review tentang 2 lagi blog pilihan aku.

My first one is blog Puan Hazel. Blog Puan Hazel berkisar tentang kehidupan sehariannya, keluarga dan anak-anak yang soleh dan solehah, jiran tetangga yang baik-baik, masakan dan aktiviti keluarga PH. Pernah jumpa PH dua kali sebelum ni, seorang yang sangat friendly dan cepat mesra. Aku suka mengikuti blog PH sebab aku kagum dengan cara PH dan suami mendidik anak-anak yang aktif di sekolah dan hebat dalam pelajaran. Salute!

Blog pilihan seterusnya ialah blog Kak Ujie. Kalau korang follow blog Kak Ujie, korang tau la Kak Ujie selalu travel ikut suaminya outstation dari utara ke selatan tanahair. Dia suka bercerita tentang tempat-tempat yang dieorang singgah sepanjang perjalanan. Dieorang jugak selalu travel ke negara-negara jiran dan Kak Ujie tak lokek berkongsi cerita tentang perjalanan dieorang dari tempat penginapan, pengangkutan dan pengalaman yang dilalui di tempat orang. Jadi sesuai la dengan nama blog Kak Ujie - Titian Perjalanan.



Sebenarnya banyak lagi blog yang aku suka singgah. Kalau scroll blog aku dekat bawah tu ada senarai pautan blog favourite yang aku akan singgah hampir setiap hari antaranya blog Sislin, Kak Retna, Fanny, Kakmim, Anies, Suria Amanda, Seri Kandi Tanah Jauhar, Mama Zharfan, Ezna, Uncle Gedek dan lain-lain. Itulah salah satu sebab aku suka blogging - boleh jumpa ramai kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama dalam penulisan blog dan berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 

Semoga satu hari nanti ada rezeki jumpa dengan kawan-kawan blog yang lain 🤗. OK, tu je la. Korang jangan lupa join jugak segmen Cuya ni tau!

Selamat Pengantin Baru Blogger Suria Amanda

Lepas sejam perjalanan dari KL, akhirnya kiteorang selamat sampai ke alamat dalam kad jemputan SA. Memandangkan aku, Kak Retna dan Sislin janji nak tiba ke kenduri sama-sama, jadi kiteorang duduk menunggu dalam kereta sampai la Sislin bagitau yang dia dan Abang Sabar dah sampai. Tak lama lepas tu, Kak Retna pun sampai jugak.

Timing kiteorang sampai memang cantik sebab masa tu, pengantin dah duduk kat pelamin. Terus ambik gambar pengantin dekat pelamin. Lepas tu baru la ke meja di pintu masuk sebab nak serahkan hadiah yang kiteorang bawak dekat tuan rumah.


Selamat pengantin baru SA dan Haidy

Berseri-seri muka pengantin, bagai pinang dibelah dua
 

Masa kiteorang sampai, tetamu memang dah agak ramai jadi kena tunggu ada meja kosong sebelum dapat duduk dan menjamu selera. Sambil-sambil tu, aku ambik gambar makanan dan bahagian depan khemah pengantin:


Bahagian depan khemah
 
Lauk kenduri - ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging hitam, pajeri nanas, dhal, kuih-muih, buah oren dll.

Alhamdulillah sedap-sedap makanan dekat kenduri SA. Paling suka teh tariknya yang cukup kaw. Anak-anak aku pulak suka aiskrim kon, 2 kali dieorang ambik aiskrim hehe.

Lepas makan, kiteorang berdiri dekat tepi khemah sambil berbincang kat mana nak mengopi lepas tu. Tiba-tiba terpandang susuk tubuh yang macam familiarrrrr aje… Eh, eh, tu sis Ezna. Terus pergi sapa dia yang tengah mencari tempat duduk.

Kemain excited dia jumpa rakan blogger terus ajak ambik gambar. Masa nak panggil Sislin dan Kak Ret bergambar sekali, Puan Hazel pulak menyapa aku. Eh, apa lagi ajak la bergambar sama-sama. Gambar PH tu kena blur sebab aku tau dia pemalu orangnya hehe.


Kiteorang bergambar dengan Pak Zain dan Mak Pah sekali sebab SA selalu cerita pasal dieorang dekat blog dia

Seronoknya dapat bersua muka dengan rakan-rakan blogger. Selalu saling jenguk dan tinggalkan komen, akhirnya dapat jugak berjumpa. Puan Hazel aku dah pernah berjumpa sebelum ni, tapi sis Ezna baru pertama kali. 

Sebelum balik, ambik peluang bergambar dengan pengantin dekat pelamin pulak. Tak sempat nak berborak-borak dengan pengantin sebab ramai yang nak bergambar dengan pengantin.


Geng KAMIE dengan pengantin baru

Terima kasih SA sudi jemput kiteorang ke kenduri kahwin dia. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke hujung nyawa, ameen ya Rabbal Alameen 🤲🏻.

Sebelum balik, sempat lepak di ZUS Coffee Bandar Prima Senawang. Biasalah dah lama tak jumpa mesti la ambik peluang ni nak lepak sama-sama.


Cilok gambar dari blog Kak Retna 😜

Minum-minum sambil bincang aktiviti camping yang bila entahhhhhhh nak jadi 🤭:


Gambar terakhir sebelum bergerak ke haluan masing-masing

Nota kaki: Ke manakah destinasi kami seterusnya? Tungguuuu…

Menggayakan Tudung Pemberian Rakan-Rakan Blogger

Sepanjang aku blogging ni, aku beruntung sebab terima hadiah tudung dari rakan-rakan blogger yang baik hati. Sebagai menghargai hadiah dari dieorang, aku siap ambik selfie lagi hehe.

Tudung pertama yang aku dapat ialah dari blogger Fanny D'cat Queen masa dia berkunjung ke KL beberapa bulan lepas. Aku sebenarnya jarang pakai tudung bawal sebab aku sejenis malas nak iron tudung 😂. Tapi bila dapat tudung cotton bawal, aku terus tersuka. Apa lagi bila dapat tudung purple, my favourite colour hihi.


tudung bawal cotton
Warna tudung ni cantik and kena dengan tona kulit aku

Rabu lepas pulak aku merasmikan tudung hadiah pemberian dari Suria Amanda sempena terpilih sebagai top komentator bulan lepas kot? SA hadiahkan tudung jenama Fazura. Pun jenis cotton bawal. Warna pink tu masuk dengan baju blous pink yang aku beli untuk lunch date tema Barbie baru-baru ni 


tudung bawal cotton
Saja letak tangan kat dahi sebab nak cover jerawat iolls yang besar kat situ! 😂

Dua-dua tudung ni aku suka sebab pemberian dari rakan-rakan blogger 🥰. 

Terima Hadiah Top Komentator dari SA

Hari ni hari terakhir exam untuk Khadeeja, subjek Matematik. Khadeeja ni bab mencongak tambah tolak dia memang laju tapi bab hafal sifir ni dia agak lemah. Jadi aku harapkan dia dapat buat yang terbaik. Pagi tadi sempat lagi aku duduk dengan buat soalan latihan sama-sama. Sebelum Khadeeja pergi sekolah pagi tadi, aku cium ubun-ubunnya dan berdoa, 

Ya Allah, berikan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.

Memandangkan dah paper terakhir jadi aku dah boleh duduk hadap blog dan berjalan-jalan ke blog kawan-kawan hehe.

Bercakap pasal blog kawan-kawan, awal bulan ni blogger SA (Suria Amanda) ada buat pengumuman top komentator di blognya. Tak sangka kali ni rezeki nama aku yang naik. Alhamdulillah. Terima kasih SA sebab pilih sis jadi pemenang untuk bulan ni! 🫶🏻

Aku memang suka follow blog SA sebab dia rajin share apa yang dia dengan Pak Zain masak. Jarang kaum bapa ni pandai memasak, untung kan SA sebab ayah dia bukan setakat pandai masak tapi rajin ke dapur jugak.

Anyway, semalam dah selamat sampai pun hadiah dari SA tu. Dapat tudung retis Fazura 😍. Aku belum ada lagi tudung retis ni. Boleh la pakai masa keluar outing dengan BFF ke. Hari-hari aku memang tak rajin nak iron tudung jenis bawal, so kalau harian aku pakai tudung sarung je biasanya 😜.


tudung Fazura

Buat SA, semoga murah rezeki SA lepas ni dan dipermudahkan urusan majlis perkahwinannya yang dah makin dekat. Ameen Ya Rabbal Alameen.... 🤲🏻

Kepuasan Bagi Seorang Blogger...

blog visitor counter

 ... ialah bila nampak jumlah pelawat 2 angka macam ni hehe. Aku lettew... Walaupun masih jauh lagi nak mengejar blogger-blogger tersohor macam Sislin, Sunah Sakura, Mamapipie dan lain-lain yang PV dieorang mencecah berjuta-juta tu, tapi aku masih happy sebab orang singgah dan baca penulisan aku kat blog ni. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi melawat blog 🥰. 

Sebenarnya minggu lepas aku down sikit sebab dapat email dari Google Adsense tentang prestasi merosot Google Adsense bulan lepas. Padahal bulan lepas paling banyak aku tulis kat blog tapi hasilnya kurang. Tak tau kat mana silapnya. Ke sebab aku tukar template? 


google adsense
Mobile PV naik, CTR naik, tapi impressions menurun...


Tapi Alhamdulillah pelan-pelan aku tengok angka makin naik dan naik bulan ni. Memang kena sabar ye bila blogging ni. Akan ada masa naik dan turunnya, yang penting kena istiqamah menulis. Ni pesanan yang aku akan pegang sampai bila-bila.

Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan selamat kembali ke dunia blogging buat Sodep, Shai dan Topek! Bila tengok kiteorang berkumpul dengan blogger-blogger lain masa wedding si Nas, terus dieorang semangat balik nak hidupkan balik blog masing-masing. Harap lepas ni makin meriah la kawan-kawan di alam maya ni. Kalau kita buat aktiviti berkumpul dengan rakan-rakan blogger macam suatu ketika dulu lagi best. Barulah semua bersemangat nak menulis dan komen kat blog kawan-kawan yang lain kan?

Bila Geng KAMIE Buat Rombongan Ke Majlis Perkahwinan Anak Sislin (Part 2)

Baca juga:

Amaran: Post ni banyak gambar!

Ni la akibatnya bila jarang-jarang berjumpa, bila berjumpa je kena la ambik gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, tak tau bila dapat berjumpa lagi lepas majlis ni.


Dari kiri: Amat (anak Sislin), Shai, Che Mat, Kak Siti, Kak Ret, aku dan Suami Terchenta

Amat anak bongsu Sislin ni dah dekat sama tinggi dengan Suami Terchenta. Lepas ni kita tunggu jemputan majlis Amat pulak baru kumpul ramai-ramai lagi agaknya. Sebenarnya geng kiteorang ni tak cukup korum sebab Sodep tak dapat datang pulak. Kalau tak lagi havoc.


Ni sorang lagi geng lama dari zaman Msjbox dulu, Kak Diella (Bondarock) dengan suami dan anaknya Iman

Hubungan kiteorang rapat dari dulu lagi. Dari zaman bujang sampai dah berkahwin dan beranak cucu. Haa, nampak tak lamanya persahabatan kiteorang. Banyak kenangan manis dengan Geng KAMIE - dari kejadian khemah bocor kena ribut,  jalan-jalan di KL, Melaka dan Pulau Pinang, buat event berbuka puasa sama-sama dan berkaraoke sampai tengah malam!  


Dengan Sislin sebelum mak pengantin sibuk melayan tetamu yang lain 🤭

Ni pulak lepas habis melantak

Mula-mula tak ingat siapa dia ni, tapi Kak Ret bagitau ni la Kandryx yang rajin join event buka puasa dulu-dulu. Sorry Kandryx, maklumlah dah tua makin hilang ingatan 😂

Bergambar dalam dewan pulak, kali ni without the men

Selain berjumpa blogger-blogger lama, aku berpeluang berjumpa dengan Sunah Sakura, Nona dan JDT Bloggers yang lain (maaf sebab tak kenal yang lain-lain). Selalu BW tinggalkan komen kat blog dieorang, kali ni baru dapat berjumpa depan-depan.


Dengan Nona dan Sunah

Alamak, yang tengah-tengah Sunah dan Nona tu tak cam pulak siapa tapi muka familiar...

Sambung sesi mengopi (dan mengeteh) lepas habis majlis. Banyak gosip nak kena catch up ni 😂 (takdelah, sekadar berborak kosong je sambil konon-konon buat plan aktiviti seterusnya)

Kita tunggu giliran Amat pulak naik pelamin baru dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan!

Setel cerita pasal berjumpa bloggers yang baru kenal dan bloggers yang dah lama kenal, next entry baru cerita pasal majlis kahwin Nas anak Sislin yang gilang-gemilang! Everything was perfect dari mula sampai akhir. Tahniah buat Sislin dan Abang Sabar sekeluarga sebab majlis tu takde cacat-cela (ala setakat sikit-sikit tu biasalah), tapi bagi aku majlis tu wow sangat, lain dari majlis kahwin Melayu yang aku pernah aku hadiri. Nantikan ceritanya ya!

Berjumpa dengan Teman Blogger Dari Indonesia!

Minggu lepas Kak Ret bagitau Fanny nak turun ke KL dan ajak berjumpa. Eh, tetiba aku pun nak join sekali! Bukan selalu dapat jumpa rakan-rakan blogger ni.

Jadinya kiteorang setuju berjumpa di Dotty's KLCC. Ada gak terfikir nak ajak jumpa di Little Penang Cafe tapi memandangkan kiteorang berjumpa lepas waktu makan tengahari, sudahnya tukar fikiran minum petang di Dotty's je.

Kesian Fanny dan kawannya Farah, sebab dah lama tak ke KL jadi dieorang tersesat jalan pulak 😅. Nasib baik Kak Ret sampai tak lama lepas aku duduk dalam kafe ni. Adalah teman bersembang.

Akhirnya Fanny dan Farah pun sampai. Finally, ketemu juga sama Fanny! Salam kenal ya. Cantik orangnya, tak nampak macam mak anak dua hehe. 


Dotty's KLCC
Dari kiri: Farah, Fanny, Kak Ret & aku
 

Selama ni saling meninggalkan komen di blog masing-masing, kali ni baru ada kesempatan bertemu muka. Buat pengetahuan korang, Fanny ni kaki travel dan foodie, jadi blognya selalu bercerita tentang negara-negara yang dilawati dan tempat-tempat makan menarik di Jakarta dan tempat-tempat yang dilawati. Farah ni ialah geng travel Fanny. 

Walaupun first time berjumpa, tapi kiteorang bersembang macam dah kenal lama. Dari topik jalan-jalan, keluarga sampai la ke topik kerja. Kelakarnya dieorang cerita plan jalan-jalan cari makan di Melaka ni idea kawan dieorang, tapi end up kawan tu tak dapat cuti dan terpaksa ambik flight lambat sikit. Sebab tu dieorang buat keputusan jalan-jalan di KL dulu. 

Sempat jugak mengabadikan kenangan pertemuan pertama di depan menara berkembar Petronas.


KL Twin Towers
Blogger Malaysia sama blogger Indonesia

Suria KLCC
Kredit foto: Kak Retna

Akhir sekali sebelum berpisah, kiteorang bertukar-tukar buah tangan. Sebenarnya tak expect pun Fanny akan bagi buah tangan kat aku sebab kira last minute jugak aku bagitau nak ikut jumpa Fanny. So sweet kamu Fanny, terima kasih ya 🥰. Kalau datang ke KL lagi, bagitau je la nanti boleh bawak jalan-jalan cari makan laksa Sarawak 😉.


hadiah telekung
Alhamdulillah, macam tau2 je aku memang niat nak beli telekung baru 😍

Kenapa Aku Tukar Template Mobile ke Template Dynamic Blogger?

Kalau korang perasan, aku stop letak template desktop untuk mobile version blog ni.


mobile blog version
Mobile version blog sekarang

Lepas aku test semua template termasuk template desktop untuk mobile version, kesimpulan yang aku boleh buat ialah template dynamic blogger ni menunjukkan peratusan SEO tertinggi setakat ni.


pagespeed score

Performance tu aku tak boleh buat apa sebab aku selalu upload gambar dari Google Photos atau laptop (sejenis malas nak resize gambar / nak cepat update blog). Jadi developer site punya suggestion untuk naikkan performance (kelajuan) blog ialah aku kena resize banyaaaaakkkkkk gambar! Idok ler aku sanggup huhu. Belum datang tahap kerajinan macam tu. Setakat ni tahap lagging nak display gambar kat blog aku ni masih lagi boleh diterima (walaupun performance gagal teruk kihkih).

Lagipun posting dan gambar dari berbelas tahun lepas pun takde description dan satu effort yang besar jugak nak letak description dan keyword di setiap gambar dan posting yang lama.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang cara-cara nak meningkatkan Google Adsense income tapi bak kata Suria Amanda, slow-slow ok 😅 Aku masih lagi merangkak bab Google Adsense ni walaupun dah berbelas tahun dalam dunia blogging (tu la siapa suruh hiatus lama sangat?). 

Yang penting kena enjoy menulis blog sebab kalau tak enjoy dan rasa macam benda ni macam KPI kat ofis, lama-lama motivasi nak berblogging tu pun terjejas. Betul tak?


keep calm and write blog
Kredit foto: writerightwords.com

So to all noob macam iolls ni, keep on writing and networking dengan blogger-blogger lain! Lagi ramai rakan blogger, lagi banyak organic visitors yang datang singgah melawat blog kita. Kita pun kena la rajin-rajin jugak singgah blog kawan-kawan ✌🏻