Mencuba Kafe Baru @ Splash Cupcakes

Semalam balik dari klinik, aku singgah dekat sebuah kafe dekat Taman Sri Rampai. Nama kafe ni Splash Cupcakes, owner Muslim. Kafe ni baru buka rasanya, interior kafe ni nampak selesa, moden dan bersih. Selain dari menjual kek, pastri dan dessert, kafe ni jugak ada menjual makanan panas macam laksa Johor, lontong, soto, nasi lemak dan set nasi berlauk.


kafe halal
Kafe Splash Cupcakes

menu hidangan panas
Menu minuman dan set makanan panas

Splash Cupcakes cafe
Kaunter kek, dessert dan pastries

Kalau korang tengok pilihan kek, pastri dan dessert dekat kafe ni mesti korang rambang mata macam jugak. Semua nampak menarik dan sedap! Harga tu, aku tak pasti la sama ada memang standard harga kek potong sekarang ni ke atau harga kayangan, sebab aku jarang-jarang beli kek.


Splash Cupcakes cafe
Pelbagai pilihan kek potong di kafe ni

Splash Cupcakes cafe
Ada jugak kek yang dijual dengan harga diskaun

Splash Cupcakes cafe
Antara kek yang menarik perhatian aku

Splash Cupcakes cafe
Ni pulak pilihan pastri

Splash Cupcakes cafe
Dessert dan biskut

Splash Cupcakes cafe
Dessert sejuk untuk peminat dessert

Splash Cupcakes cafe
Suka tengok croissant ni walaupun tak beli

Splash Cupcakes cafe
Siapa minat Pistachio, boleh la cari kek ni

Aku pesan laksa Johor. Dari segi garnishing, semua cukup lengkap. Dari segi rasa, ok la sedap tapi aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Entah la, aku masih lagi rasa kuah laksa Johor dekat Pak Tam Laksa Johor yang paling sedap aku pernah rasa. Aku boleh bagi rating 3.5 / 5.


Splash Cupcakes kafe
Laksa Johor

Sebelum balik, aku tapau mini Pavlova untuk si adik, kek batik coklat cheese untuk si kakak dan kek snickers untuk diri-sendiri. Kek Snickers tu sedap, ada rasa kacang dan peanut butter. Kek coklat pulak moist je. Kek batik coklat cheese tu aku rasa jugak, tapi kurang suka sebab manis yakmat. Sejak aku kurang makan benda-benda manis dan dessert, rasa cepat muak pulak bila makan benda terlalu manis ni.

Overall, aku rasa worth untuk repeat. Lain kali aku nak cuba set nasi berlauk pulak la.


Splash Cupcakes Cafe
Alamat: 29, Jln 46B/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 10 pagi - 9 malam
IG: @splashcupcakes

Sarapan Roti Canai di Q Bistro Semarak

Minggu lepas Suami Terchenta ajak aku breakfast jauh sikit dari tempat biasa 🤭. Katanya kari ikan dekat Q Bistro sedap. Selalu kiteorang lalu je tempat ni otw nak ke KLCC tapi tak pernah singgah. Ada sekali tu Suami Terchenta singgah makan kat sini masa aku pergi berpoya-poya berjalan-jalan dengan Geng Kamie. Jadi bila aku balik dia terus ajak aku ke sini hehe.


Q Bistro
Q Bistro Semarak di Jalan Tun Razak. Selalu lalu tepi restoran mamak ni tapi tak pernah singgah sebelum ni

Aku Google, restoran ni sebenarnya ada banyak cawangan. Nampak sangat kiteorang ni ketinggalan hehe. Selalu sarapan dekat restoran mamak dekat dengan rumah je.

Kiteorang pilih untuk duduk dekat bahagian dalam restoran sebab ada aircond dan nampak lebih selesa. 


Q Bistro Semarak
Deko restoran mamak ni nampak moden dan ceria

Q Bistro Semarak
Bahagian dalam restoran mamak ni tak nampak macam dekat kedai mamak tapi macam dalam restoran kopitiam. Aku suka tingkap bentuk melengkung tu, nampak klasik sangat


Q Bistro Semarak
Ada kemudahan bilik surau dan tandas jugak

Q Bistro Semarak
Robot penghantar makanan

Macam biasa kiteorang pesan roti kosong dengan kuah kari ikan dan teh tarik kurang manis. Teh tarik dia betul-betul kurang manis ye 😂. Selalu aku pergi mamak bagitau nak teh tarik kurang manis dapat teh tarik yang manisnya berpatutan (kalau tak, manisnya melampau-lampau 😅), tapi kali ni dapat yang betul-betul kurang manis. Bagus untuk orang yang ada kencing manis hihi.


Q Bistro Semarak
Roti kosong dengan kuah kari ikan. Kuah kari ikannya memang pekat dan sedap. Roti kosong pun boleh tahan sedap tapi bagi aku roti canai paling sedap aku pernah makan ialah di Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral

Q Bistro Semarak
Untuk hidangan protein, aku pesan telur separuh masak

Overall, boleh repeat lagi ke sini walaupun jauh sikit dari rumah. Parking pun senang kalau pergi weekdays. Korang pernah cuba tak makanan kat Q Bistro cawangan lain?

Jemputan Kenduri Kahwin Staff Suami Terchenta

Sabtu lepas kiteorang menghadiri majlis perkahwinan staff Suami Terchenta di Putrajaya. Majlis ni dibuat di Wilqadry Grandeur Hall, IOI Resort City. Kiteorang bertolak dari rumah lepas Zohor dan sampai dalam pukul 2 petang.

Alhamdulillah makanan sedap-sedap semuanya, lagi-lagi daging masak hitam yang dihidangkan dengan nasi beriani. Suka tengok deko bunga tengah-tengah meja tu.


Wilqadry Grandeur Hall
Makan kenduri - ada dalca, pajeri nenas, ayam masak merah, daging masak hitam dan buah oren


Wilqadry Grandeur Hall
Masa kiteorang sampai, dah tak ramai tetamu mungkin sebab lepas waktu lunch jadi ramai yang dah balik. 


pasangan pengantin
Bergambar dengan pasangan pengantin. Pengantin lelaki tu ialah staff Suami Terchenta. Anak Datukhumble orangnya

Wilqadry Grandeur Hall
Jarang-jarang dapat sedondon dengan Suami Terchenta 😜

Alhamdulillah, nampaknya majlis berjalan lancar, makanan semua sedap, deko cantik dan doorgift pulak dapat pinggan lawa. Kepada pasangan mempelai Firdaus dan Khadijah, Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khairSemoga Allah memberkati kalian berdua, dan keberkatan-Nya turun kepada kalian berdua, dan Dia menyatukan kalian berdua dalam kebaikan 💞. 


Nota kaki: Kisah jalan-jalan dengan Geng Kamie terpaksa park tepi kejap sebab banyak sangat gambar nak kena pilih 😅 .

Testing Template Baru

Salam Rabu kawan-kawan,

Minggu lepas tak menyempat nak blogging sebab sibuk cari template baru. Korang rasa template yang baru ni lagi laju tak loading? Harap-harap ye la. Kalau 2x5 je dengan template lama, mungkin aku akan revert balik ke template lama. Sayang sebenarnya dengan template lama tapi kalau lambat sangat nak loading lagi-lagi kalau bukak dekat hp, tak guna jugak.

So minggu ni aku akan test template ni. Kalau template blog aku lari, korang bagi feedback ye. Sebab aku cuma test dekat Safari dan Google Chrome je.

Hmm... minggu ni perbualan di meja makan dengan anak-anak berkisar isu-isu di sekolah sekarang ni. Honestly, kes dekat sekolah makin membimbangkan. Bermula dari kes arwah Zara Qairina, pelajar tahun 4 meninggal di tandas sekolah, pelajar kena r*g*l kat sekolah dan hari ni lagi mengejutkan - kes tikam kawan sekolah sampai mati, semuanya berlaku dalam kawasan sekolah.

Rata-rata mangsa ialah pelajar perempuan. Sebagai mak kepada dua orang anak perempuan, memang aku tak tenang bila baca kisah-kisah macam ni. Sekolah ni sepatutnya tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Tapi nampaknya sekarang ni sekolah pun dah tak selamat.

Aku pernah share doa ni sebelum ni, tapi aku nak share sekali lagi buat kita semua:



Semoga keselamatan anak-anak kita sentiasa terpelihara, Ameen Ya Rabbal Alameen 🤲🏻.

Cuba Teka Di Mana?

Pagi tadi rasa agak down dengan khabar berita tentang peserta-peserta bantuan kemanusiaan GSF yang telah diculik oleh pengganas Isra3l di perairan Gaza. Nampak sangat Isra3l tu takut orang luar tengok kebenaran tentang jenayah perang yang tentera rejim tu dah buat di G4za. Sebab tu dieorang seboleh-bolehnya tak nak orang luar sampai ke sana. Dan-dan tu jugak la terjumpa 'bukti' dokumentasi yg GSF ni ada kaitan dengan H4m4s. Tebusan dieorang kemain lama lagi cari tak jumpa-jumpa, tapi 'bukti' macam ni senang-senang pulak jumpa bawah runtuhan bangunan katanya. Propa betul. Huh.

Jadi pagi-pagi lagi aku dah keluar brisk walk sebab aku rasa kalau aku duduk diam je mesti la darah aku akan naik makin tinggi lagi. Selepas brisk walk sejauh 5.3km kemudian dengan pace 12" (laju untuk aku sebab tengah marah kan? 😜) dan 8 ribu langkah terkumpul, baru rasa lega sikit.

Cuba teka kat mana aku brisk walk ni?


Tasik Titiwangsa

Anyway, esok aku akan travel lagi dengan geng KAMIE pulak. Kemanakah? Jeng... jeng.. jeng... Nanti dah balik Insha Allah aku update kat blog ye.

Take care korang.

Teruskan berdoa untuk keselamatan peserta bantuan kemanusiaan GSF & rakyat 🇵🇸 🤲🏻.