Sisters' Day Out

Hari Raya Aidiladha lepas, aku keluar dengan kakak dan adik aku. Mula-mula kiteorang jalan-jalan cuci mata di Publika. Ternampak kedai kosmetik baru, clef. Cantik betul dekor siling kedai ni, nampak macam dalam gua berombak. Apa lagi, kiteorang singgah cuci mata kat dalam kedai ni.

Kebetulan kakak aku terjumpa losyen badan yang wangi macam dekat spa. Terus dia tanya aku nak jugak ke, sebab dia nak belanja sempena birthday aku bulan lepas. Macam orang mengantuk disorong bantal, aku setuju je hehe. Tak sangka pulak lepas tu adik aku pun belanja krim mata sekali. Tak sangka langkah kanan bila keluar dengan my sisters, dapat unexpected birthday gift 😍.


clef Publika Mall
Cuci mata di kedai kosmetik clef


Keluar dari Publika, adik kata nak tengok pameran perabot dari CUURA Space di Rumah Tangsi. Since parking terdekat ialah di Menara CIMB Jalan Raja Laut, kiteorang terpaksa menapak dalam 1km lebih ke Rumah Tangsi. 

Yang menariknya, pertama kali kiteorang tau kewujudan Jejak Warisan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Heritage Trail) iaitu laluan terowong bawah tanah nak melintas ke seberang Jalan Kinabalu dari Dataran DBKL. Mula-mula takut jugak nak turun sebab dari atas nampak gelap je terowong tu. Macam-macam kiteorang bayangkan, terjumpa sarang penagih dadah la, perompak la. Tapi takde apa-apa pun. Cuma sayangnya laluan tu tak dijaga dengan bersih dan ada beberapa tempat yang berbau hancing, mungkin malam-malam orang gelandangan tumpang berteduh di situ kot.


KL Heritage Trail
Pertama kali lalu di Jejak Warisan KL

Kalau aku tau la nak kena berjalan jauh hari ni, aku salin baju siap-siap kat rumah. Bayangkan menapak pakai jubah hitam, mak aih! 😂 Nasib baik pakai kasut yang selesa. Tapi berbaloi la jalan kaki sampai ke sini sebab tempat ni cantik giler. Bertahun-tahun duduk KL baru tau pasal Rumah Tangsi ni.

Sedikit sejarah tentang Rumah Tangsi. Rumah agam ni asalnya milik Loke Chow Kit (Jalan Chow Kit tu sempena nama ahli perniagaan ni), tauke perlombongan terkenal di KL awal kurun ke-20. Rekabentuk Rumah Tangsi dipengaruhi oleh elemen British dan Eropah dan pernah dijadikan sebagai hotel. Sekarang, Rumah Tangsi dijadikan sebagai event space untuk majlis-majlis tertentu atau galeri pameran.


Rumah Tangsi KL
Posing sakan kiteorang kat Rumah Tangsi

Mula-mula kiteorang tak jumpa galeri pameran perabot tu. Nasib baik terjumpa dengan pengawal keselamatan yang tunjukkan lokasinya. Bila kiteorang masuk tempat ni, rupa-rupanya galeri pameran perabot ni tak besar sangat dan bukanlah dalam bangunan utama. Ada pintu di tepi bangunan menuju ke galeri tu. Kalau tak jumpa pengawal keselamatan, mesti kiteorang ingat galeri tutup hari tu.


CUURA Space exhibition show
Galeri ruang tamu

CUURA Space exhibition show
Ziarah raya di rumah kawan ❎
Ziarah raya di pameran perabot ✅

Semestinya harga perabot kat sini di luar kemampuan, tapi adik kata saja-saja nak tengok. Kiteorang kakak-kakak layankan je la perangai adik bongsu ni.

Dah puas jalan-jalan kat sini, kakak ajak kiteorang ke Pavilion Bukit Jalil pulak. Haha. Memang sakan berjalan-jalan kiteorang adik-beradik hari tu. End up ke situ cuma pergi makan. Kebetulan Suami Terchenta pun bawak anak-anak ke Pavilion Bukit Jalil jugak sebab Khayla nak pergi ke Kedai Buku Tsutaya. Ada buku kesukaannya yang dia nak cari kat situ. So lepas makan, aku balik dengan Suami Terchenta dan anak-anak, kakak dan adik pulak continue jalan-jalan di situ. 

Wordless Wednesday - Rupa-rupanya Kat Sini Louis Menyorok!

Bila teringat peristiwa minggu lepas, aku tersenyum geli hati. Kisahnya, hujung minggu tu Louis hilang sekejap. Puas kiteorang cari Louis sebab dia takde kat tempat-tempat yang biasa dia lepak dalam rumah ni.

Port lepak Louis:
Belakang katil - takde.
Tepi tingkap bilik tidur aku dan Suami Terchenta (tempat tido favourite) - takde.
Bawah sofa - takde.  Ada Kiera je.
Dalam bilik ofis (dalam troli dokumen) - nada
Atas katil Khayla - takde jugak. 
Dalam almari Khadeeja (tempat favourite menyorok) - pun takde.
Dalam sangkar dekat balkoni - illek 🤔

Kiteorang panggil-panggil pun tak menyahut. Ah sudah... Manalah pergi anak bujang seekor ni. Takkan terlepas keluar rumah kot?

Akhirnya aku terfikir untuk buka kabinet-kabinet dapur. Bila bukak kabinet tempat simpan periuk-periuk, tiba-tiba ternampak ekornya yang kembang ni.

La... mesti masa aku memasak tengahari tu, dia senyap-senyap masuk dalam kabinet ni. Lepas tu aku pun tutup kabinet tu tak perasan dia kat dalam tu. Dia pulak chill je dalam tu tak berbunyi pun. Kiteorang panggil pun tak mengiau. Dia tak tau ke satu rumah kecoh cari dia! 😂

Louis, Louis!


Louis The Chomnky Cat
Terkantoi menyorok dalam kabinet periuk

Bila Anak Nak Exam...

Minggu ni mungkin aku akan kurang sikit melawat blog kawan-kawan. Si adik, Khadeeja ada exam pertengahan tahun minggu ni. Macam biasa, kalau anak-anak exam, emaknya la yang kena duduk di sebelah pantau dieorang ni buat ulangkaji. Kalau dibiarkan je, memang sampai ke sudah tak buat ulangkaji 😅.

Sementara tu, jemput singgah baca blog dan tinggalkan komen. Nanti Khadeeja dah habis exam Insha Allah aku akan buat lawatan balas ke blog korang pulak ye.


mutiara kata

Nota kaki: Gambar dijana menggunakan teknologi AI (freepik.com image generator). Diolah semula dalam Canva.

Lirik Lagu 'Old Love' (Yuji feat. Putri Dahlia)

Terbaca somewhere yang lagu ni cecah 162 juta penstriman (streaming) di Spotify. Secara tak langsung menjadi lagu paling banyak terima strim di Spotify Malaysia dan menerima anugerah Malaysia Book of Records.

Putri ni sebenarnya anak kepada artis terkenal satu masa dulu, Datuk Nora Ariffin. No wonder suara dia pun sedap macam suara mak dia. 

Secara jujurnya aku rasa liriknya kurang sesuai apa lagi penyanyinya tu anak muda Melayu Muslim (part 'first kiss' dan 'let's keep drinking' tu tak menggambarkan budaya timur) tapi melodi lagu ni sedap dan santai. Kita abaikan je la liriknya, layan melodi lagu je la.




'Old Love'
Yujikyunn feat. Putri Dahlia

When you were here
The stars disappear
Nothing can outshine the dress that you wear

We should be dancing 
'cause girl you look stunning
Let's spend the night together till reach the morning

Up and above 
Never enough
I wanna hold your hand and show what is love
When you are smiling 
and when you are laughing
We should keep dancing to treasure the feelings

Like it's the old love 
(it's the old love)
This is the way that we both wanna feel
Under the moonlight we made our first kiss
'Cause this is the moment that you made me feel
Like it's the old love 
(it's the old love)
Come on and hold me, I want you right here
Stay close to me, so you don't feel the fear
I'll never let go 'cause I'm just right here

When I'm with you 
Feels like déjà vu
I realized that dreams really come thru
We keep on talking 
for the moment we live in
Let's just keep drinking till moon disappear

You are the one
The one that I want
The one that will stay by my side till I'm gone
The love of my life 
and I'll sacrifice
Just for the moment we last long forever

Like it's the old love 
(it's the old love)
This is the way that we both wanna feel
Under the moonlight we made our first kiss
'Cause this is the moment that you made me feel
Like it's the old love
Come on and hold me, I want you right here
Stay close to me, so you don't feel the fear
I'll never let go 'cause I'm just right here
Like it's the old love

It's the old love
This is the way that we both wanna feel
Under the moonlight we made our first kiss
'Cause this is the moment that you made me feel
Like it's the old love

Sarapan Pagi di Karim Roti Canai @ Pusat Penjaja Jalan TAR

Hujung minggu, aku dan Suami Terchenta ke Pasar Chow Kit membeli barang-barang basah. Dalam perjalanan, kiteorang singgah di Pusat Penjaja Jalan TAR untuk bersarapan pagi di Karim Roti Canai. Aku tau kewujudan kedai ni melalui IG @abucarimakan. Nampak menarik roti tsunami kat sini, jom kita cuba.


Karim Roti Canai
Mula-mula sesat jugak mencari lokasi Karim Roti Canai sebab tak Waze 'Pusat Penjaja Jalan TAR', jadi Waze bawak ikut lorong belakang tepi Balai Bomba Titiwangsa. Sebenarnya kiteorang dah lalu bahagian depan Pusat Penjaja ni tapi terlepas pandang.


Karim Roti Canai
Gambar kiri (atas) - Kata-kata hikmat di salah satu tiang di luar Pusat Penjaja, (bawah) - Pusat Penjaja ni menempatkan beberapa gerai makanan yang lain. Kanan (atas) - luas dan bersih ruang makan dalam tempat ni (bawah) - ramai pengunjung gerai Karim Roti Canai jadi kena datang awal sikit kalau tak tunggu penuh tempatnya


Pak Karim
Ni la Pak Karim, ramah orangnya sambil-sambil mencanai roti sempat lagi dia tegur aku suruh singgah makan

Bila dah dapat tempat duduk, kiteorang panggil pekerja kedai dan buat pesanan. Aku pesan roti tsunami, Suami Terchenta pulak roti canai 2 keping. Bungkus sekali roti bom dan roti milo untuk anak-anak di rumah. Tak sampai 5 minit minuman kiteorang pun sampai. Rupa-rupanya tu strategi gerai ni nak track siapa yang dah buat pesanan. Kalau nampak ada minuman atas meja maksudnya pesanan dah diambil. Selain daripada Pak Karim, ada 2 orang lagi yang mencanai roti di bahagian luar tapi aku perhati dieorang cuma buat roti canai kosong je. Maksudnya, roti-roti selain roti canai mungkin Pak Karim yang siapkan.


menu Karim Roti Canai
Senarai menu makanan dan minuman kat sini

Sementara tunggu pesanan disiapkan, aku ambik sebungkus nasi lemak dibalut dalam daun pisang yang ditinggalkan atas meja buat alas perut dulu.


nasi lemak daun pisang
Nasi lemak bungkus dan teh tarik kurang manis

Aku kongsi sebungkus dengan Suami Terchenta. Rupa-rupanya sedap nasi lemak tu. Rasa nak ambik lagi tapi takut tak habis pulak roti tsunami yang aku pesan tadi.


Karim Roti Canai
Nasi lemak yang simple berlaukkan ikan bilis, kacang dan telur tapi sambalnya sedap

Lepas lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya sampai jugak roti tsunami 3 rasa (kuah dhal, kuah kari daging dan sambal).


Karim Roti Canai
Roti tsunami umpama lepas diserang tsunami dalam pinggan ni 😆

Verdict - sangat sedap. Kesimpulannya, apa-apa makanan yang ada telur gedik atasnya memang masuk kat tekak aku 😄. Aku suka gabungan mantap kuah dhal yang pekat, kari daging, sambal dan kuning telur cair dimakan dengan roti canai yang lembut bawahnya. Patutlah ramai orang singgah makan di gerai Karim Roti Canai.

Satu je benda yang aku rasa kurang selesa kat situ ialah kehadiran beberapa makhluk yang merokok di kedai makan. Aku rasa dah bertahun-tahun larangan merokok dalam kedai makan ni dah dikuatkuasakan tapi masih lagi ada yang buat-buat tak reti bahasa. Hmm. Terpaksa makan laju-laju sebab nak cepat-cepat keluar dan jauh dari makhluk perokok tu.

Nampaknya dah jumpa port sarapan pagi sebelum pergi ke pasar Chow Kit. Mungkin lepas ni akan repeat singgah bersarapan roti canai setiap kali kiteorang ke pasar Chow Kit.