Bila teringat peristiwa minggu lepas, aku tersenyum geli hati. Kisahnya, hujung minggu tu Louis hilang sekejap. Puas kiteorang cari Louis sebab dia takde kat tempat-tempat yang biasa dia lepak dalam rumah ni.

Port lepak Louis:
Belakang katil - takde.
Tepi tingkap bilik tidur aku dan Suami Terchenta (tempat tido favourite) - takde.
Bawah sofa - takde.  Ada Kiera je.
Dalam bilik ofis (dalam troli dokumen) - nada
Atas katil Khayla - takde jugak. 
Dalam almari Khadeeja (tempat favourite menyorok) - pun takde.
Dalam sangkar dekat balkoni - illek πŸ€”

Kiteorang panggil-panggil pun tak menyahut. Ah sudah... Manalah pergi anak bujang seekor ni. Takkan terlepas keluar rumah kot?

Akhirnya aku terfikir untuk buka kabinet-kabinet dapur. Bila bukak kabinet tempat simpan periuk-periuk, tiba-tiba ternampak ekornya yang kembang ni.

La... mesti masa aku memasak tengahari tu, dia senyap-senyap masuk dalam kabinet ni. Lepas tu aku pun tutup kabinet tu tak perasan dia kat dalam tu. Dia pulak chill je dalam tu tak berbunyi pun. Kiteorang panggil pun tak mengiau. Dia tak tau ke satu rumah kecoh cari dia! πŸ˜‚

Louis, Louis!


Louis The Chomnky Cat
Terkantoi menyorok dalam kabinet periuk

26 comments:

  1. tengok muka louis tu macam cakap alaaa cepatnya mummy jumpa sy haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak dia menghilang kiteorg je tak sedar, rasanya ada la dekat 3 jam dia lepak dalam kabinet tu haha

      Delete
  2. amboi, bukan main lagi relax dia kat dlm tu yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak muat dalam periuk, kalau tak jadi gulai kucing! πŸ˜‚

      Delete
  3. he hee amboiii dia
    sama dgn yoyen ciknur ni pandai betul menyorok
    kadang tempt x dijangka dia duduknya.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. muat2 je ruang tu untuk dia landing! πŸ˜‚

      Delete
  5. Dialog Louis.... (alamak... kantoi..!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyapppp je dia dalam tu. Dipanggil2 tak menyahut rupa2nya... πŸ˜‚

      Delete
  6. Replies
    1. Haha pandai la dia nak cakk cakkk... picit perut montel si Louis tu baru tau πŸ˜†

      Delete
  7. Diam-diam je Louis kat dalam tu ye.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak Sue, dia ingat main nyorok2 agaknya πŸ˜‚

      Delete
  8. Garfield ammi pun pernah terperangkap dalam tempat periuk. Panggil dia sebab dah malam tak nampak bayang tak menyahut. Alih2 kat dapur dengar bunyi tudung periuk berlaga-laga. Dengar suara kita panggil dia baru dia gelabah. Kalau tak tu senyap je kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saspen tak Ammi, mesti ingat tikus yg berlari2 dalam tu rupa2nya 'tikus' besar ek hehehe

      Delete
  9. Wah....koq cepet amat ketemunya...mungkin begitu pikir si kucing😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia santai2 saja dalam kabinet, di luar ribut mencari Louis yang hilang πŸ˜…

      Delete
  10. Entah siapa yang salah, ku tak tahu, kata Louis dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh dia senyap2 masuk dalam tu haha πŸ˜‚

      Delete
  11. Yeay louis DAH ADA PORT BARU YANG LAGI BEST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dah SA. Saya pastikan terus tutup pintu kabinet lepas ni. Habis nanti penuh dgn bulu dia kat dalam kabinet tu πŸ˜†

      Delete
  12. Hahahahha untung lemari lebar yaaa,, jadi tak sempit sangat dia di dalam 🀣. Jangan kayak salah satu kucing teman, masuk dalam rice cooker. Selesai dicuci periuknya, lupa ditutup rice cooker. Masuk kedalam, tertutup pula tingkapnya tuh 🀣. Heboh 1 rumah cari dia. Nasib baik masih bisa selamat 😡‍πŸ’«

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lagi bikin gempar ya Fanny πŸ˜‚ aneh2 perangai kucing ni.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .