Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak

Salam Jumaat korang,

Mesti ramai yang seronok sebab hari ni last day bekerja sebelum berehat di hujung minggu kan. Weekend ni Insha Allah aku takde kat KL, kakak aku bawak bercuti sempena birthday aku bulan ni hehe. So weekend ni aku "me time" dengan kakak sementara anak-anak mungkin lepak di rumah adik aku kalau Suami Terchenta kena masuk ofis sekali lagi hujung minggu ni.

Bukan selalu dapat "vacation time" ni. Biasanya kalau cuti sekolah pun kiteorang tak kemana-mana sebab jadual kerja Suami Terchenta yang sibuk sekarang ni. Cuti sekolah yang lepas kiteorang habiskan di KL, even staycation birthday pun dalam KL jugak. Kalau boleh memang nak bawak anak-anak bercuti tapi tunggu la Suami Terchenta free (bila la agaknya tu). 

Sepanjang cuti sekolah lepas, aku hantar Khadeeja ke kelas coding di Mont Kiara. Sedar tak sedar, dah setahun dia enrol kursus coding ni. Sekarang ni dia tengah belajar programming menggunakan bahasa programming Python yang digunakan oleh Google sebagai bahasa pengaturcaraan rasmi. Semoga satu hari nanti kemahiran ni bakal membantu dia mencapai cita-cita dia nak jadi scientist engineer 🤲🏻.


kidocode
Dia berkampung di sini dalam setengah hari untuk menyiapkan satu modul latihan coding (ada 20+ latihan dalam satu modul). Sebenarnya boleh jugak buat dari rumah tapi motivasi tu ke laut sikit 🤣

kidocode
Kena ambik gambar untuk hantar ke bapak dia sebagai bukti

kidocode
Lepas 4 jam menunggu, dia berjaya habiskan satu modul latihan coding

Selain dari hantar Khadeeja ke kelas coding, kiteorang ke Perpustakaan KL jugak sebab nak galakkan dieorang lebih banyak membaca buku dari tengok gajet. Biasanya kiteorang lepak di bahagian kanak-kanak dalam 2-3 jam sebelum dieorang pilih buku-buku untuk dipinjam. Dari rumah, kiteorang naik LRT lepas tu berhenti di Masjid Jamek dan menapak ke Perpustakaan KL.

 
Dataran Merdeka
Suka pemandangan ni sebab takde kereta / orang lalu depan Dataran Merdeka time ni

Sekarang aku dah jarang bawak dieorang jalan-jalan ke shopping mall sebab dieorang lebih suka terperap di rumah dari cuci mata di shopping mall. Kalau ajak keluar rumah je mesti dieorang akan tanya, "Lama ke? Nak cari apa? Perlu ke?" Eh, eh... kita ni bukan main tunggu cuti sekolah supaya ada teman jalan-jalan dan window shopping, dieorang pulak tak berminat langsung. Kadang-kadang bila dah bosan aku jawab la perlu, supaya boleh buat senaman kaki 🤣 Kalau tak, hmm.. memang macam-macam alasan dieorang nak duduk lepak di rumah je. Kalau pergi cuci mata pulak, bila aku tanya, "Cantik tak baju tu? Cantik tak kasut tu?" Jawapan dieorang, "Hmm.. biasa je." Aku envy betul dengan mak-mak yang boleh keluar window shopping dengan anak-anak perempuan yang minat window shopping jugak. Tak pe la, fikir positif at least jimat duit aku! 😜

Birthday Staycation: W Hotel (Part 2)

Masa kiteorang masuk bilik, benda pertama yang kiteorang tengok dekat ruang tamu ialah belon-belon metalik dan hadiah dari pihak hotel atas meja sempena birthday aku.


Birthday staycation
Birthday decor dan hadiah dari W Hotel


Birthday staycation
Close up hadiah

Birthday staycation
Hadiah dari pihak hotel yang paling best setakat ni

Berbanding hotel-hotel yang aku pernah stay, hadiah dari W Hotel paling best setakat ni. Biasanya hotel lain akan bagi sekeping kek je. Ada yang buat decor sekali, ada yang takde. Tapi W Hotel bukan setakat bagi kek, dieorang bagi biskut dan coklat jugak. Kek tu pun bukan sebarang kek, tapi smash cake dalam bentuk coklat yang kita ketuk sampai lapisan coklat kat atas tu pecah, lepas tu boleh nampak isi dalam smash cake tu. 


Birthday staycation
Kiri ke kanan: Sugar biscuit berbentuk nenas, smash cake (dalam tu ada kek red velvet), kad birthday dan coklat berbentuk bibir dalam pelbagai perisa

Birthday staycation
Khadeeja yang terlebih excited memandangkan dia dah lama teringin smash cake ni sebab nampak seronok katanya. So aku bagi dia je la pecahkan kek birthday aku tu hehe.

Birthday staycation
Kek red velvet

Birthday staycation
Paling bahagia main belon yang pakai tudung putih tu. Tetaplah dengan perangai anak bongsu 🤭

Birthday Staycation: W Hotel (Part 1)

Untuk birthday aku setiap tahun Suami Terchenta tak tanya nak hadiah apa sebab dia tau asal birthday aku je, aku nak staycation bersama keluarga. Tahun ni dia tanya hotel rangkaian Marriott Bonvoy mana lagi yang kita belum pergi? Eh, dia dah sedia maklum jenama hotel yang akan aku pilih! 😂 Selagi belum dapat lifetime Silver Elite member, bertabah la ye memang kena pilih hotel jenama Marriott je la untuk tujuan staycation.

Sambil mengumpul jumlah malam untuk tahun ni, sambil tu mengumpul bonus points sebab bonus points ni boleh redeem untuk penginapan di hotel, villa / apartment bawah Marriott Bonvoy macam yang kiteorang buat masa stay di Istanbul tahun lepas

Tahun ni aku pilih W Hotel di tengah-tengah bandaraya KL dan tak jauh dari KLCC. Antara sebabnya selain dari kiteorang tak pernah lagi try staycation di sini, W Hotel ada promosi 5000 points untuk penginapan semalam, which is a lot. Selalunya satu malam dapat la kumpul 1000-2000 points je, bergantung dengan harga bilik hotel. Jadi bila ada offer dapat 5000 points semalam memang berbaloi sangat.


Pemandangan W Hotel dari luar sebelah malam


Lobi hotel di tingkat bawah (ground floor) dan tingkat 8 (kaunter daftar masuk di sini) 

Macam biasa tempahan dibuat menggunakan aplikasi Marriott Bonvoy. Masa tempahan ni aku bagitau siap-siap yang ni ialah birthday staycation. Biasanya untuk ahli Marriott Bonvoy, kalau bagitau kita nak celebrate birthday atau anniversary, hotel akan sediakan complimentary decor dan kek (bergantung dengan hotel, tapi kena bagi advanced notice).

Proses daftar masuk cepat dan one thing aku perasan dekat sini staff hotel sangat pantas dan mesra melayan tetamu, tak kira la staff security, front desk, guest relations yang jawab soalan dekat bahagian chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy, bahagian F&B atau bahagian housekeeping. Semua laju je melayan pertanyaan atau request tetamu hotel. So dari sudut customer attentiveness ni aku memang impressed la.

Kiteorang tempah bilik suite Marvelous (dekat W Hotel KL ni dieorang bagi nama-nama yang unik untuk setiap bilik hotel - Wonderful, Spectacular, Mega, Cool Corner, Studio dan Marvelous) yang berkeluasan 1130 kaki persegi (dah nak sama besar dengan rumah kiteorang 😅). Jom kita tengok bilik suite Marvelous yang memang betul-betul luar biasa (marvelous) di W Hotel KL:


W Hotel KL
Pemandangan dari pintu masuk ke bilik suite - ruang bilik tidur berasingan dari ruang tamu, manakala ruang makan bersambung dengan ruang tamu

Bilik suite ni bukan setakat luas tapi jugak nampak cerah dengan penggunaan natural lighting dari luar tingkap dari pelbagai sudut bilik. Selain dari tu, penggunaan perabot yang moden dengan warna yang terang menjadikan suite ni tampak moden dan ceria. 


W Hotel KL
Close up ruang tamu. Belon-belon tu sebahagian dari complimentary birthday decor yang pihak hotel sediakan

W Hotel KL
Ruang makan yang dilengkapi dengan coffee bar, snack bar dan peti sejuk mini yang menghidangkan pelbagai minuman ringan (snek dan minuman ringan berbayar)

W Hotel KL
Geram je tengok kapsul kopi tu tapi aku dah tak boleh minum kopi sekarang

W Hotel KL
Bilik tidur dengan katil bersaiz king. Bilik suite kat hotel ni cuma ada katil king je, takde katil double single / double queen

So far, tilam W Hotel ni ialah the best hotel mattress yang empuk dan selesa (sebelum ni, aku rasa Heavenly bed di Westin hotel yang paling selesa). Sedap sangat baring kat katil ni sampaikan lepas check-in je aku dan Suami Terchenta nyenyak tertidur sampai pukul 6 petang! Lagi-lagi petang tu hujan, memang syok la tarik selimut! 😂😂

Kalau nak privacy atau nak malapkan cahaya dalam bilik, boleh tutup roller blind guna suis di dinding. Suka sangat bilik yang banyak natural lighting tapi pada masa yang sama kalau tak nak terang sangat boleh tutup bila-bila masa.


W Hotel KL
Bilik tidur berlatar belakangkan KLCC

W Hotel KL
Dari bilik kiteorang dapat tengok kolam renang hotel

Bilik tidur bersambung walk-in wardrobe yang luas dan jugak bilik air dan bilik mandi. Dekat luar bilik air tu sebenarnya ada sinki his and hers dengan cermin besar tapi aku terlupa nak ambik gambar.


W Hotel KL
Walk-in wardrobe yang menyambungkan bilik tidur dengan bilik air dan ruang tandas ni menempatkan papan seterika, seterika stim, jubah mandi, penimbang berat badan (confirm la tak guna karang stress pulak!) dan paling aku suka ada hand-held garment steamer jugak! So kalau setakat nak iron tudung sehelai tak payah pakai seterika, pakai garment steamer pun boleh.

W Hotel KL
Ruang tandas yang berasingan dari ruang bilik mandi. Ada 2 bilik air dalam bilik suite ni, satu dekat bahagian entrance bilik (dipanggil 'powder room')

W Hotel KL
Kiri: Ruang shower berasingan yang mewah (ada 2 shower, sesuai untuk pasangan suami isteri sebab tak payah berebut siapa mandi dulu 🤣)
Kanan: Ruang bathtub yang cukup besar boleh muat 2 orang dewasa 😜

W Hotel KL
Kelengkapan mandi yang paling lengkap setakat ni - ada loofah, garam mandi, sabun tangan, mouthwash, shower gel, syampu, conditioner, losyen badan, berus gigi, kapas muka, kapas telinga dan even ada pencuci muka. Kalau terlupa nak bawak apa-apa barangan mandi, tak payah risau semua ada dalam bilik mandi ni.

Sebenarnya masa kiteorang mula-mula masuk bilik hotel, kiteorang terjumpa cawan kotor dalam sinki. Aku pun terus bagitau pihak housekeeping menggunakan chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy. Lepas housekeeping datang bersihkan cawan dan sinki, pihak hotel hantar buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf sebab bilik kurang memuaskan. Sejuk rasa hati bila dapat hadiah dari hotel 🤭.


W Hotel KL
Kiri: Hadiah buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf atas kesulitan tetamu hotel; 
Kanan: minuman kombucha ni pulak kiteorang dapat masa proses check-in hotel

Next entry, aku sambung pasal apa yang pihak hotel sediakan dalam bilik untuk birthday treat aku. Stay tuned!

Solat Raya di Masjid Wilayah Persekutuan KL dan Makan-makan Aidiladha di Rumah Kakak

Alhamdulillah, semalam umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidiladha dalam keadaan aman, makmur dan penuh kesyukuran. Tapi pada masa yang sama, tak dilupakan saudara-saudara di P4lestin yang sedang diuji dengan hebatnya. Sebak betul masa imam masjid berdoa untuk rakyat di G4z4 masa rakaat kedua dan masa khutbah yang kedua. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita untuk keselamatan dan keamanan penduduk-penduduk di G4z4, Ameen Ya Rabbal Alameen...

Macam biasa Hari Raya Aidiladha kiteorang sambut di KL je. Tahun lepas kiteorang solat raya di Masjid Negara. Tahun ni pulak kiteorang pilih untuk pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan sebab lebih dekat. Lepas Subuh, terus pack rendang ayam, kelupis dan kek batik yang anak-anak buat sehari sebelum raya untuk dibawa ke rumah kakak aku sebab tahun ni dia yang jadi hos makan-makan raya. Then, drop off Khadeeja dan makanan raya di rumah kakak aku dulu memandangkan dia tak boleh solat, sebelum kiteorang ke masjid.


solat aidiladha
Masjid Wilayah Persekutuan KL ni lebih kurang 15 minit je dari rumah


Nasib baik datang awal sikit, jadi takde la kena berpusing-pusing mencari parking kosong. Tapi still kena parking dekat luar masjid lepas tu menapak ke masjid sebab parking dalam dah penuh.


Masjid Wilayah Persekutuan KL
Sebelum masuk ke dalam, mintak Khayla posing kejap dekat luar masjid sebab nak letak kat blog 🤭. Macam biasa bila solat kat masjid-masjid besar di KL ni akan jumpa ramai foreigners, yang buat aku kagum tahun ni ramai foreigners yang pakai baju Melayu siap bersampin dan baju kurung.

Alhamdulillah walaupun ramai yang bersolat hari raya di sini, tapi masih ada banyak ruang dalam masjid. Lepas habis khutbah, ada la family Arab yang mengagihkan biskut raya dan coklat. Tahun lepas dekat Masjid Negara pun macam tu jugak, memang budaya dieorang kot.


Masjid Wilayah Persekutuan KL
Matching kan baju aku dengan carpet masjid? 😜

Lepas solat raya, kiteorang pun pergi ke rumah kakak aku. Macam tahun lepas jugak, menu utama Hari Raya Haji ni ialah laksa Sarawak. Rendang ayam tu pulak menu tambahan last minute. Kisahnya malam tadi pukul 10 malam baru la ada mood nak merendang. Geledah peti sejuk jumpa lengkuas, halia, daun limau purut dan baki daun kunyit yang aku dah carik-carik dan simpan dalam freezer, apa lagi terus on projek merendang. Tapi bila geledah pantry tak jumpa santan kotak, mula la menggelabah! Nak ke kedai, dah lambat sangat. Nasib baik geledah freezer lagi terjumpa kelapa parut frozen zaman bila entah. Jadi la daripada takde. Serai je la takde, tapi aku rasa still rasa ok je rendang tu.


rendang ayam
Laksa Sarawak yang adik aku buat. Atas tu pulak rendang ayam last minute (pukul 10 malam baru aku ada mood merendang!)


kek batik
Atas: Kek batik yang anak-anak buat sehari sebelum hari raya.
Bawah: Lebihan kek lapis Sarawak dari Hari Raya Aidilfitri yang disimpan dalam freezer

Tahun ni sengaja tak masak lauk daging sebab kena pantang makan daging. Doktor nak tengok fungsi buah pinggang aku makin improved ke tak lepas ni. Protein yang lain pun kena control portion jugak, tapi daging is no-no buat masa sekarang.


Laksa Sarawak
Laksa Sarawak

Kesian Suami Terchenta, kena kerja sepanjang malam raya. Ingatkan tak dapat la dia pergi solat raya, tapi lepas Subuh dia kata nak pergi jugak. Cuma lepas dah makan-makan kat rumah kakak aku, dia terus pengsan kepenatan sampai ke petang. So semalam kiteorang cuma lepak kat rumah kakak aku sementara Suami Terchenta bayar hutang tidur. Malam nanti dia kena kerja lagi huhu... Semoga esok dia dapat la cuti ganti sebab risau bila dia kerja teruk sangat. 

Macamana pulak sambutan Hari Raya Aidiladha korang?

Penjaga Dapur

Penjaga dapur

Alkisahnya, anak dara seekor ni masih lagi merajuk sejak kena marah Suami Terchenta sebab muntah atas meja dalam bilik study. Sejak kejadian tu, jangankan nak melompat atas meja, nak jejak masuk dalam bilik study pun dia tak sudi 😅. Perempuan bila merajuk, memang lama sikit 😆.

Sejak hari tu, dia tukar port lepak dekat dapur pulak. Sambil lepak di dapur, sambil tu dia tolong bunuh lipas kecik yang keluar dari bawah singki. Selalu jugak aku jumpa bangkai lipas kecik tu atas lantai dapur. Bagus betul anak dara seekor ni, rajin bunuh lipas. Dia tau mak dia penggeli dengan lipas hihi.