• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, March 07, 2023

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 2

Baca Part 1 di sini.

Kami keluar dari Mystical Titiwangsa dan meneruskan perjalanan melalui Environmental Arts. Haa, apa agaknya tu ye? Rupa-rupanya seni alam sekitar ni ialah pertandingan membina arca menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023

Arca pertama kami jumpa ialah labah-labah dibuat dari dahan / ranting pokok dan daun-daun mati:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023

Yang kedua ni diilhamkan dari "semangat alam" - hanya orang-orang berjiwa seni macam Uncle Gedek je kot tau apa seni yang cuba ditafsirkan oleh arca ni:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca "Semangat Alam"

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca diberi nama "Menjulang Langit, Mendakap Bumi" ni dibuat dari kayu rotan agaknya

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Arca burung hantu, my favourite

Sebenarnya banyak lagi arca yang dipamerkan cuma kiteorang tak habis pusing Tasik Titiwangsa sebab baru pusing separuh, Suami Terchenta dapat panggilan dari boss suruh join meeting walaupun tengah ambik cuti. Aku tengok gambar orang lain upload di media sosial ada banyak lagi arca-arca yang menarik dipamerkan sekitar Taman Tasik Titiwangsa ni.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Seni ukiran pasir

Di sekitar tasik pun ada jugak gerai menjual pokok tanaman. Ramai la uncle dan aunty yang mengerumuni gerai sambil bawak bakul untuk angkut tanaman balik. Ada jugak yang bawak troli wagon, ni mesti memang dah plan nak berbelanja sakan.

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Gerai menjual pokok bergantung sesuai untuk gantung di balkoni atau porch

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Dah serupa rambut palsu aku tengok

Ada jugak gerai yang menjual anak pokok buah-buahan macam anak pokok limau nipis dan yang aku jumpa ni, ciku gergasi:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Apa agaknya rasa ciku gergasi

Sekali lagi urut dada tengok harga pokok kayangan yang kalau orang macam aku ni lalu kat sebelah tak terlintas pun harga pokok tu sekayangan ni:


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Korang jual 2 biji iPhone 14 pun masih tak dapat nak beli pokok ni

Kalau dah penat jalan-jalan boleh singgah minum dan makan sebab ada jugak food truck yang diletakkan di tepi tasik kat beberapa lokasi:

Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Kopiesatu. Siap ada menu Rahmah, kau...

Waktu malam mesti best santai-santai minum kopi sambil healing bawah sinaran lampu bergantungan dari dahan pokok. Cuma baik-baik jangan sampai kak Ponti ikut balik.


Festival Taman Kuala Lumpur 2023
Jalan-jalan cuci mata lagi

Kena guna wide lens baru dapat ambik perkataan penuh KL Park Festival 2023

OK sampai sini je dulu, penat pulak nak menulis. Nanti aku sambung Part 3 pulak ya.
Read more »
on Tuesday, March 07, 2023 24
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, March 07, 2023

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 1

Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab dia bekerja hari Sabtu dari malam sampai ke pagi. Alang-alang dah cuti, aku ajak dia ke Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ni cuaca panas lit-lit! Walaupun hari Isnin hari bekerja, tapi parking kereta penuh sampai ramai yang terpaksa park kereta di bahu jalan atau mana-mana tempat yang ada ruang. Kami park jauh sikit, seberang Ruma Puteh Titiwangsa. Terpaksa bawak payung sebab panasnya terasa macam matahari sejengkal atas kepala.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dari luar dah nampak papan tanda besar Festival Taman KL

Festival Taman Kuala Lumpur
Gerbang masuk dari sebelah Istana Budaya

Festival Taman Kuala Lumpur
Peta pelawat juga terpampang sebelum pintu gerbang

Tasik Titiwangsa betul-betul berubah wajah sempena KLPF. Kalau tak disebabkan cuaca yang berbahang ni, boleh fefeeling jalan-jalan kat taman di luar negara. Kalau baca kat website ni, Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ni. 

Tapi memang sumpah lawa hiasan bunga dan tanaman kat sini. 


Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga orkid berwarna-warni macam kat taman orkid pulak

Festival Taman Kuala Lumpur
Bangku disediakan khas untuk ambik gambar landskap di belakang tu

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat bunga boleh belek-belek bunga sambil bergambar. Jangan bawak balik sudah!

Kat beberapa tempat pulak kiteorang nampak hiasan berwarna-warni digantung agaknya untuk pengunjung-pengunjung yang minat berselfie.

 
Festival Taman Kuala Lumpur
Serupa macam loceng angin (wind chimes)

Festival Taman Kuala Lumpur

First stop kiteorang ialah Mystical Titiwangsa. Kat khemah kiri kanan ni ada menjual banyak pokok dan bunga yang viral macam pokok keladi, begonia, orkid, ros dan macam-macam lagi. Aku siap FaceTime mak tunjuk kat dia begonia yang dijual kat sini, kemain mak excited.

Festival Taman Kuala Lumpur

Festival Taman Kuala Lumpur
Orkid kat sini lawa semuanya

Festival Taman Kuala Lumpur
Ramai orang macam kiteorang jugak tengok bunga sambil pegang payung sebab cuaca panas giler

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada buaian di hujung khemah berlatar belakangkan perkataan Mystical Titiwangsa

Sampai kat hujung ni, ada khemah besar bertutup. Moh ler kita masuk tengok apa ada kat dalam:


Festival Taman Kuala Lumpur

Dalam ni sejuk sikit ada aircond. Dalam ni pun ada pokok macam kat luar tapi lebih kepada paku-pakis, pokok dedaun, succulent, etc.

Festival Taman Kuala Lumpur

Terbeliak mata kiteorang tengok harga pokok kaktus gergasi ni:


Festival Taman Kuala Lumpur
Golden barrel cactus harga RM38k! Harga sebijik Axia baru!

Lepas tu aku jumpa lagi spesies begonia kat sini, terus aku ambik gambar hantar kat mak sebagai pengumpul koleksi begonia tegar:


Festival Taman Kuala Lumpur
Harga begonia ni dalam RM20-40.

Festival Taman Kuala Lumpur
Bunga ros ni lebih besar dari tapak tangan aku pun ada

Antara yang menarik dipamerkan kat sini ialah pameran terrarium. Yang ni menang anugerah emas, siap ada miniatur manusia.


Festival Taman Kuala Lumpur
Pemenang pertandingan terrarium

Sebab banyak sangat benda menarik yang aku jumpa kat sini, korang baca je la caption gambar ye. Ni pun aku upload separuh je gambar yang aku ambik semalam sebab semua sudut aku tengok cantik-cantik belaka. Kalau peminat bunga dengan tumbuhan aku rasa dah habis memori phone dia ambik gambar kat dalam ni je.


Festival Taman Kuala Lumpur
Dinding dihiasi pokok-pokok keladi

Festival Taman Kuala Lumpur
Peminat orkid boleh beli bunga orkid kat sini, semua cantik belaka

Festival Taman Kuala Lumpur
Arca labah-labah ni comel betul

Festival Taman Kuala Lumpur
Ada beberapa booth menjual succulent

Dalam hati aku - seriuslah, orang boleh bayar mahal-mahal nak kumpul pokok / tumbuhan walaupun kecik cinonet macam ni? Tapi bak kata orang putih, beauty is in the eye of the beholder.


Festival Taman Kuala Lumpur
Ni kalau aku beli, tak confirm sebulan boleh hidup sebab tangan 'panas'. Orkid aku bela pun mati sebab terlebih bagi air.

Festival Taman Kuala Lumpur
Amende ni? Lawa teroks! 

Festival Taman Kuala Lumpur
Rasa macam tak mampu beli bonsai setinggi 1 kaki, beli la yang tinggi 5 inci je ni.

Festival Taman Kuala Lumpur
Misty dream

Festival Taman Kuala Lumpur
Terarrium lagi. Tergoda gak nak bawak balik tapi... tapi...

Festival Taman Kuala Lumpur
Ni pulak minat sepupu aku - kumpul pokok kaktus mini

Festival Taman Kuala Lumpur
Mungkin yang ni aku confident sikit nak bela sebab tak perlu bagi air selalu pun dia hidup kan?

Festival Taman Kuala Lumpur
Apa beza kaktus mini dengan succulent? 😅

Bersambung part 2...
Read more »
on Tuesday, March 07, 2023 16
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, March 06, 2023

Memenuhi Jemputan Puan Hazel ke Kenduri Doa Selamat

Sabtu lepas, kami ke Gombak memenuhi jemputan dari Puan Hazel sekeluarga ke kenduri kesyukuran dan doa selamat. Kalau korang follow blog Puan Hazel, mesti korang tau tahun lepas PH sekeluarga diuji dengan tragedi rumah terbakar. Masa tu aku ada contact PH dan sejak tu kiteorang berjumpa dan saling bertukar nombor telefon. Tak sangka pulak minggu lepas PH teringat nak jemput kami ke rumahnya yang dah selesai diubahsuai. Walaupun aku tak masuk ke dalam rumah, tapi dari luar dah nampak cantik macam takde apa yang berlaku.


kenduri doa selamat

Kiteorang sampai dekat-dekat pukul 4 petang sebab kena menghadap jem di Sri Gombak. Mujur masa kiteorang sampai tu ada kereta keluar dari parking di bahu jalan, jadi kiteorang terus park kereta kat spot yang sama.

Dari jauh lagi nampak PH sibuk menyambut tetamu. Terus dia tegur dan jemput kiteorang makan. Memang tak menang tangan PH melayan tetamu yang hadir. Bila dah dapat tempat duduk, terus aku dan Suami Terchenta beratur ambik makanan sementara anak-anak duduk di meja.


kenduri doa selamat
Meja dessert. Aku dah aim bubur pulut hitam tu mula-mula tapi lepas tu lupa pulak nak ambik!

nasi lemak utara
Nasi lemak dengan lauk ayam goreng berempah - aroma ayam goreng tu buat aku lapar padahal kat rumah dah makan tengahari 3 jam sebelumnya 😅

tepung pelita
Kuih tepung pelita dan agar-agar

Alhamdulillah, berselera aku menikmati nasi lemak ayam goreng berempah ni. Sedap yakmat! Aku ambik 2 ketul ayam, habis! Sambil makan, sambil mengenangkan dietku yang hancur 😆. Tapi still tak mematikan selera aku untuk menghabiskan nasi lemak dengan ayam goreng berempah tu. Aku suka sambal ikan bilisnya sebab tak pedas sangat, sedang-sedang je.


ayam goreng berempah
Tengok gambar nasi lemak ni pun aku dah kecur liur teringatkan kesedapannya

Melihat makin ramai tetamu yang baru sampai, cepat-cepat kiteorang makan untuk bagi laluan dekat tetamu yang lain duduk dan makan. Itu yang sampai aku terlupa nak cuba bubur pulut hitam. Kurang sikit kalori masuk, aku pujuk hati sendiri kihkih...

Sebelum balik aku sempat ambik gambar dengan tuan rumah. Tapi aku tak post sebab tuan rumah pemalu orangnya 😁. Aku pun nampak sangat baru lepas melantak, lupa nak kempiskan perut. Segan sis... 😆😆 

Terima kasih banyak-banyak PH sudi jemput kiteorang makan kenduri doa selamat di rumah! Alhamdulillah makanan yang kiteorang ambik semua sedap-sedap belaka 💕. Semoga murah rezeki PH sekeluarga sebab berkongsi rezeki dengan para tetamu yang hadir, Ameen Ya Rabbal Alamin!

Balik dari kenduri PH, kiteorang pergi ke IKEA Damansara pulak sebab nak cari meja belajar baru untuk Khayla. Dah nak masuk tingkatan satu kenalah upgrade meja belajar yang lebih tinggi dan selesa. Macam biasalah kalau dah masuk IKEA tu, habis semua perabot nak dibelek padahal yang nak dicari tu satu je. Last-last Suami Terchenta kata order kat website IKEA je la. Masa awal-awal kahwin dulu, gigih tau angkut meja makan dengan 4 kerusi guna balik rumah naik kereta Kancil. Nampak sangat kiteorang ni dah makin berusia tak larat nak mengangkut perabot IKEA masuk kereta 😅

Lepas Maghrib ingat nak gerak balik, tapi Khadeeja tiba-tiba request nak makan meatball IKEA pulak. Singgah la di restoran IKEA untuk makan malam. Mak ai, panjang giler barisan! Lenguh kaki beratur nak beli makanan. Suami Terchenta siap terlelap dalam barisan sebab dia kerja dari malam sampai ke pagi, siang pun dia tidur sekejap je. Asalnya nak beli meatball IKEA dengan sayap ayam goreng untuk kongsi kiteorang berempat tapi sayap goreng pulak habis dan kena tunggu setengah jam. Sudahnya ambik croissant, sosej 2 ketul, kentang goreng dan chicken dumpling sebagai side dish. Tak lupa dessert favourite - almond cake chocolate.


IKEA meatball
Meatball IKEA makan kongsi 4 orang

Macam biasa, makanan IKEA memang tak pernah mengecewakan, sesuai la dengan harganya. Total damage RM50+ jugak untuk makanan kiteorang malam tu.

Read more »
on Monday, March 06, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Friends Ooh La La, Journal, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, March 04, 2023

Buat Chilli Oil Macam Kat Kedai Dimsum

Sorry la kawan-kawan, kalau masuk blog aku ni memang 90% content akan cerita pasal makanan je. Haihh, lepas tu ada hati nak kurus. Acane tu?

Sebenarnya dah lama nak cuba buat chilli oil ni tapi aku malas nak gunting cili kering buang bijinya. Akhirnya terbengkalai je projek chilli oil ni. Tapi bila aku masak asam pedas baru-baru ni, alang-alang tu aku gunting la sekali cili keringnya untuk buat chilli oil.

Sebenarnya senang je buat chilli oil ni. Bahan-bahannya cuma udang kering, bawang merah, bawang putih, cili kering (kisar kasar) dan minyak masak. Minyak masak ni kena banyak sikit masa menumis bawang-bawang dan udang kering yang dah dikisar halus supaya tak cepat hangus (api kena kecik). Tumis lama sikit sampai buih-buih dah nampak kurang dan bau wangi lepas tu baru masukkan cili kisar. Cili tu tak payah rebus dulu ya. Kisar kering gitu.

Lepas tu letak la perasa (garam, gula) dah siap... Aku sejukkan dulu chilli oil baru simpan dalam botol kaca yang dah dididih. Harap-harap tahan lama la chilli oil tu. Nanti bila buat nasi goreng / bihun goreng / kukus dimsum boleh la makan dengan chilli oil. Pastu murung bila berat tak turun-turun! 😜


chilli oil
Bahan-bahan ringkas buat chilli oil

Boleh tengok langkah-langkah buat chilli oil kat video ni. Selamat mencuba!




Read more »
on Saturday, March 04, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 minutes ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    26 minutes ago
  • My Small World
    26 minutes ago
  • Syazni Rahim Blog
    51 minutes ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 hour ago
  • Miles of smiles
    1 hour ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • mrhanafi.com
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    11 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    18 hours ago
  • a m m i
    18 hours ago
  • Mreneyoo
    18 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    21 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    22 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Drawing the Words
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    4 weeks ago
  • Krabat Kramat
    4 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    4 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.