Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 4)

 Sambungan dari sini:


Esok paginya, kiteorang hampir-hampir terlajak waktu Subuh sebab masing-masing tidur dengan nyenyaknya sampai tak sedar bunyi jam. Bila terjaga, cepat-cepat turun ke sungai ambik wuduk. Brrr! Sejukkk!

Mudahnya tilam angin ni, senang nak angkat tilam anak-anak dan letak atas tilam kiteorang untuk ruang bersolat. Tapi kan, aku tak terfikir pulak nak bentang je tikar dalam khemah tu kat luar, pastu boleh la solat berjemaah. Lain kali boleh buat macam tu kot.

Lepas solat, kiteorang pun keluarkan pulak bahan-bahan untuk sediakan sarapan pagi. Pagi tu kiteorang bakar daging burger memandangkan arang dari malam sebelumnya masih lagi ada bara api. Terlupa nak bawak penyepit, sudahnya balik-balikkan daging burger guna garfu je.


Camping di Sojuk Riverside
Pagi ni dibantu oleh Chef Khadeeja

Camping di Sojuk Riverside
Suami Terchenta tengah check daging dah masak ke belum

Ada kisah masa cari bahan-bahan untuk buat burger ni. Malam sebelum bertolak, aku tak jumpa roti burger di pasaraya Giant dan tak sempat nak singgah ke kedai lain. Sudahnya aku Google resipi buat burger bun. Memandangkan semua bahan-bahan ada di rumah dan tak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya, jadi aku pun buat sendiri burger bun.


burger bun
Kejadian burger bun lepas keluar dari oven (boleh rujuk resipi di sini)

Lepas sarapan pagi, aku dan Khayla duduk bersembang sementara Suami Terchenta dan Khadeeja turun ke sungai. Dieorang berdua tu la paling seronok mandi sungai, macam-macam gaya dieorang buat berenang dalam sungai.


Camping di Sojuk Riverside
Suami Terchenta tengah mengajar Khadeeja cara-cara baling batu atas permukaan air

Sementara tunggu dieorang berdua mandi sungai, aku berjalan-jalan di sekitar kawasan khemah ambik gambar pokok buah-buahan di situ.


rambutan
Lambat lagi buah rambutan ni nak masak

Tiba-tiba datang owner sambil menjinjit 2 biji durian yang baru jatuh. Dia singgah ke khemah dan bagi durian tu kat kiteorang. Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki owner dusun ni. 😍


durian
Rezeki dapat durian fresh lagi!

Pukul 11 pagi, kiteorang pun bersiap-siap kemas barang-barang di luar khemah. Anak-anak tolong cuci perkakas memasak dan jemur bawah cahaya matahari. Aku kempiskan tilam angin dan masukkan dalam beg. Akhir sekali baru kiteorang bergotong-royong turunkan khemah dan simpan khemah. 


Camping di Sojuk Riverside
Keadaan tapak khemah lepas siap kemas. Sampah kiteorang bawak balik.

Alhamdulillah, cuaca elok je sepanjang camping trip kali ni. Risau jugak kalau hujan lebat sebab leceh nak keringkan khemah yang basah sebelum disimpan. 

Kesimpulannya, Sojuk Riverside ni memang best sangat. Kemudahan lengkap dan bersih dan lokasi pun tak jauh sangat dari KL. Kalau nak datang ke sini, digalakkan datang awal supaya boleh cari spot yang teduh / dekat dengan plug point. Macam tapak kiteorang ni, agak jauh dari plug point dan extension cable pun tak cukup panjang untuk sampai ke plug point. Tapi kiteorang tak kisah sangat sebab dah ada power station yang siap-siap caj dari rumah. Insha Allah, kiteorang akan repeat trip camping ke sini 👍🏻.

Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 3)

Sambungan dari sini:

Sebaik-baik senja berlabuh, kiteorang bergilir-gilir turun ke sungai untuk ambik wuduk dan solat Maghrib. Sejuk air sungai melegakan sikit rasa panas di siang hari. Sementara tunggu giliran solat, aku pasang ubat nyamuk plug in dekat power station sebab bila senja je, nyamuk pun keluar berpesta. Lepas pasang ubat nyamuk tu baru la aman sikit tak dikacau oleh nyamuk!


Sojuk Riverside
Khemah ni cukup tinggi sebab Suami Terchenta pun boleh solat tanpa tertunduk-tunduk

Lepas solat, Suami Terchenta mula membakar arang untuk aktiviti BBQ.


ayam BBQ
Sayap panggang in progress

Sementara Suami Terchenta membakar ayam, aku pulak masak spaghetti aglio olio. Sebab nak jimatkan ruang dalam kotak, jadi aku cuma bawak spaghetti dan buat 2 jenis pasta berasaskan spaghetti untuk trip camping kali ni (spaghetti bolognese siang tadi dan malam pulak, spaghetti aglio olio). 

Lepas makan malam, anak-anak ada aktiviti sendiri iaitu bakar marshmallow. Dah jadi macam aktiviti wajib camping pulak. Tapi nak bagi anak-anak rasa seronok ikut camping, kiteorang layan je la request dieorang.


Sojuk Riverside
Bakar marshmallow

Sojuk Riverside
Siap bawak biskut - buat s'mores versi dieorang

Akhir sekali, sebelum dapur 'ditutup', aku buat popcorn dalam periuk untuk aktiviti kiteorang yang seterusnya - movie night


popcorn
Buat popcorn untuk movie night

Angry Bird
Syok layan movie Angry Bird kat projektor ni

Selesai menonton movie, kiteorang pun kemas-kemas kat luar khemah dan bawak semua periuk, pinggan dan cawan kotor ke sinki membasuh yang terletak di sebelah ruang mandi. Nasib baik ada bawak pencuci pinggan-mangkuk dari rumah sebab kat sini tak disediakan. Lepas tu aku ikat kemas plastik sampah dan masukkan dalam troli (atas troli ada meja jadi sampah tu tersorok) takut diselongkar oleh monyet malam-malam. Lampu mentol rechargeable kat luar khemah kiteorang pasang supaya monyet tak berani datang dekat.

Alhamdulillah, malam tu cuaca dingin dan syok je tidur. Tingkap kiteorang bukak sepanjang malam supaya tak rasa kedap je dalam khemah (ada jaring jadi tak risau dengan nyamuk). Mula-mula aku tak pakai selimut tapi tengah-tengah malam boleh pulak berebut selimut dengan Suami Terchenta sebab kesejukan! Rasa macam tidur dalam aircond.

Sepanjang malam, cuma bunyi cengkerik je yang kedengaran. Tapi sekali-sekala ada jugak aku terdengar bunyi durian jatuh, sebelum akhirnya dibuai mimpi. 

Bersambung aktiviti esok pagi di entry seterusnya!

Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 2)

Sambungan dari sini:

Petang tu aktiviti kiteorang ialah explore kawasan dusun. Di bahagian dalam dusun ada teratak dan jugak pondok gazebo untuk pengunjung yang datang berkelah di tepi sungai. Setiap pondok ni dilengkapi dengan tikar getah dan ada jugak plug point. Memang selesa kalau nak berkelah sambil ber BBQ kat sini.


Sojuk Riverside
Meneroka bahagian tepi sungai

Sojuk Riverside
Boleh tengok air sungai di sini yang jernih

Sojuk Riverside
Air sungai kat sini cetek dan arusnya tak terlalu deras, selamat untuk budak-budak mandi-manda

Lepas explore kawasan sungai, kiteorang berjalan-jalan pulak dalam dusun. Seronok rasanya dikelilingi pokok-pokok buah-buahan - ada pokok rambutan, cempedak, durian, pisang, kelapa dan lain-lain yang aku tak berapa kenal. Oh ya, kat sini pun ada hammock, so kalau nak healing petang-petang boleh baring-baring dalam hammock sambil menikmati suasana tenang tepi sungai.

Nasib baik sebelum bersiar-siar dalam dusun ni, aku dah sembur cecair mosquito repellant kat satu badan. Sepanjang dalam dusun tu, bingit telinga aku dengan bunyi nyamuk yang terbang di tepi telinga. Tapi nyamuk kat sini tak sebanyak nyamuk di kebun ayah mertua. Kalau ke kebun ayah mertua tak pakai mosquito repellant, alamatnya bersusun-susun nyamuk hinggap atas permukaan kulit menghisap darah berjemaah! 😂


Sojuk Riverside
Khadeeja berlari bebas dalam dusun

Bila kiteorang lalu di kawasan pokok durian, kiteorang ternampak beberapa biji durian yang jatuh, tapi kebanyakan buahnya kecik dan belum masak lagi. Tapi ada jugak terjumpa buah durian yang dah masak (sebab ada aroma durian yang dah masak). Kiteorang tak ambik sebab belum mintak kebenaran dari owner dusun lagi.


Sojuk Riverside
Khadeeja posing dengan durian kecik yang belum masak

Petang tu, owner singgah bertegur-sapa dengan kiteorang. Apa lagi, terus kiteorang tanya boleh ke nak ambik durian yang jatuh (eh, ambik kesempatan kita 🤭). Owner kata kalau ada terjumpa yang masih elok, ambik je la. Sebab cuma kiteorang je yang tinggal. Tapi hujung minggu kalau ada ramai tetamu yang menginap di sini, then owner tak kasi ambik sebab bimbang tetamu bergaduh sesama sendiri gara-gara berebut durian (mungkin berdasarkan pengalaman sebenar kot). 

Lepas owner dah beredar, apa lagi terus la Suami Terchenta dan Khadeeja pergi kutip balik durian yang kiteorang jumpa tadi 😂. First time dapat makan durian yang fresh jatuh dari pokok hihi. Tapi kiteorang ambik sebijik je la, sekadar nak merasa.


dusun durian
Gigih Suami Terchenta bukak durian guna pisau yang kontot

Alhamdulillah rezeki dapat makan durian fresh. Walaupun isinya tak tebal, tapi manis dan lembut.

Next entry, aku akan update pasal aktiviti camping sebelah malam pulak ya.

Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)

Apa yang aku boleh ungkapkan tentang pengalaman camping di Sojuk Riverside - best giler! Rasa nak repeat lagi lepas ni hihi.

Dari KL nak ke Sojuk Riverside ambik masa sejam. Kiteorang guna Waze je, confirm tak sesat. Bila dah sampai, dari tepi jalan lagi dah nampak papan tanda yang terpampang ni:


Sojuk Riverside
Yeayy dah sampai!


Masuk-masuk je, nampak sebuah kabin. Kiteorang berhenti kat situ untuk daftar masuk dan bayar baki sewa tapak khemah (RM50) dan deposit sampah (RM10). Deposit sampah ni akan dipulangkan kalau kita bawak balik sampah. 

Rupa-rupanya Sojuk Riverside ni terletak dalam kawasan dusun durian. Masa kiteorang sampai, ada 2-3 buah keluarga yang datang berkhemah hujung minggu, dan dieorang dah nak balik pun. Buat pengetahuan kawan-kawan, tapak khemah kat sini first come first served basis. Tapi tak kisah sangat sebab tanah kat sini luas. Kiteorang pilih untuk pacak khemah betul-betul di tepi sungai. Kereta pun boleh parking betul-betul belakang khemah jadi tak perlu la berulang-alik jauh-jauh nak angkut barang.


dusun durian
First time anak-anak dapat tengok buah durian masih bergayut atas pokok

Sojuk Riverside
Ni tapak yang kiteorang pilih, betul-betul menghadap pokok rambutan

Sojuk Riverside
Pondok tandas dan ruang mandi tak jauh je dari situ

Sojuk Riverside
Selain dari tapak khemah, tempat ni ada menyediakan penginapan di kabin dan teratak pondok

Sojuk Riverside
Tandasnya bersih dan aku suka sebab ada tandas duduk

Sojuk Riverside
Ada tanda arah kiblat jugak

Aktiviti pertama tak lain tak bukan mestilah pacak khemah dulu. Anak-beranak bekerjasama pasang khemah, dan tak sampai sejam dah setel. Kali ni dah pandai pasang khemah, tak macam masa kat Cameron Highlands ambik masa dekat 2 jam nak setup hihi.


Payung.com
Akhirnya ada gambar rupa dalam khemah!

Waktu siang ni kiteorang bukak 'tingkap' khemah supaya angin boleh masuk. Tapi dah namanya khemah, tetap la berbahang jugak dalam tu. Nak pasang khemah bawah teduhan pokok, takut buah durian jatuh atas khemah tak ke naya. Lepas pasang khemah, meja makan dan susun-susun peralatan lain, aktiviti seterusnya ialah makan tengahari. Aku dah siap-siap buat sos spaghetti kat rumah, tinggal nak rebus spaghetti dan panaskan sos.


camping cooking
Aktiviti memasak tengahari

camping cooking
Suami Terchenta tak sabar-sabar nak makan

camping
Minum milo sejuk sementara tunggu spaghetti masak

camping
Dah siap! Jemput makan...

Lepas makan, masing-masing lepak kejap luar khemah sebelum salin pakaian untuk aktiviti seterusnya - mandi sungai!

Best tau, air kat sini jernih dan sejuk! Mula-mula masuk tu, menggigil sampai ke tulang kering sejuknya tu. Tapi lama-lama rasa tak nak keluar! Sayang takde pelampung yang besar, kalau tak boleh duduk dalam pelampung pastu enjoy dihanyutkan ke hilir sungai hihi (gambar mandi sungai takde sebab Suami Terchenta lupa bawak kamera GoPro yang boleh masuk air).

Dalam sejam jugak la kiteorang berendam dalam sungai tu, bila dah start cramp kaki sebab sejuk, barulah sorang-sorang naik ke tebing dan pergi ke bilik mandi untuk salin pakaian kering. Lepas tu kena solat gilir-gilir sebab ruang dalam khemah agak terhad. Lepas solat, masing-masing keletihan. Anak-anak sambung main game kat phone, aku dan Suami Terchenta pulak baring-baring kat tilam dan terus terlena (walaupun dalam khemah tu berbahang, tapi sebab dah sejuk lepas mandi sungai jadi kurang sikit rasa berbahang tu).

Next entry aku sambung pulak aktiviti petang tu. Stay tuned!

Wordless Wednesday - Berapa Minit Rebus Telur?

perfect egg time
Panduan rebus telur

 

Hai korang... Hari ni ada yang bersarapan telur pagi tadi ke? Aku ternampak panduan merebus telur ni masa berjalan-jalan di pasaraya Mercato. So aku pun snap gambar dan letak kat sini untuk rujukan kita semua. So apa kata korang try tengok jadi ke tak telur favourite korang bila ikut panduan ni.

Masa kat rumah sewa, aku selalunya rebus telur sebab dapur kat sana pakai induction cooker jadi boleh set masa sebelum cooker tu off sendiri. Tapi bila dah terleka, kadang-kadang terlajak jugak sampai jadi telur rebus classic boiled egg padahal nak makan telur separuh masak sebab telur tu akan terus masak dalam air yang panas.

Sekarang ni, aku 'rebus' telur dalam air fryer je. Telur dari peti sejuk biasanya aku letak 15 minit pada suhu 100℃ lepas tu aku tinggalkan je la dalam tu sementara aku buat kerja lain. Selalunya akan maintain telur separuh masak, mungkin sebab telur tu ambik masa sikit nak masak sebab ambik dari dalam peti sejuk.

Aktiviti Cuti Sekolah: Kita Pergi Camping Dulu!

Hari ni kiteorang ada trip camping lagi, kali ni di Sojuk Riverside pulak. Taknak pergi jauh-jauh sangat, sebab camping pun sehari je.


Sojuk Riverside
Kali pertama nak try pengalaman camping di Sojuk Riverside (Kredit foto: malaysiacamping.com)

Buat korang yang noob macam kiteorang dalam dunia camping ni, korang boleh tengok tapak perkhemahan yang menarik dengan info yang terperinci di laman web Malaysia Camping.


Malaysia Camping website
Boleh cari tapak khemah ikut kategori

Kat sini boleh tengok sama ada kat tapak khemah tu ada disediakan plug point, rating toilet (penting!), ada coverage line ke tak, harga sewa tapak khemah dan lain-lain maklumat penting. Memang memudahkan peminat dan kaki camping la!


Malaysia Camping website
Antara maklumat yang aku jumpa tentang Sojuk Riverside ni

Aktiviti utama hari ni mestilah nak mandi sungai. Malam nanti Insha Allah akan ber BBQ dan tengok movie (dah siap-siap download movie, bawak projektor dan malam nanti akan buat popcorn). Doakan cuaca malam ni OK dan semuanya selamat.  Kalau line bagus kat sana, Insha Allah aku akan update blog esok. 

Korang pulak apa plan cuti sekolah ni? Cer kongsi kat komen ye. Bye!


Louis the Chonky Cat
Louis jaga rumah lagi...

Sesekali Teringin Makan Burger Tepi Jalan

Dah lama tak makan burger tepi jalan, jadi malam tadi aku ajak Suami Terchenta pergi beli burger. Yang paling dekat dengan rumah ialah Burger Bad Songkok, tak jauh dari UTC Sentul.

Masa kiteorang sampai, gerai agak lengang tapi lepas buat pesanan, tiba-tiba ramai pulak yang datang beli burger kat situ. Nasib baik sampai awal hehe 😅.

Aku pesan burger daging special taknak bawang sebab aku tak gemar bawang mentah yang ditabur atas burger. Untuk anak-anak pulak, aku pesan hotdog ayam tambah cheese tapi kosong (takde sos, mayonnaise, sayur dan lain-lain). Adik yang ambik order tu 2x tanya betul ke taknak letak apa-apa? Mungkin first time dia dapat pesanan yang betul-betul 'kosong'! 😝


burger sentul
Gerai Burger Bad Songkok

Sambil menunggu, aku perhati je pelanggan-pelanggan lain yang datang buat pesanan. Rata-rata pesan burger biasa atau burger oblong. Takde pulak yang pesan roti john walaupun yang terpampang kat gerai tu specialty nya ialah roti john sebenar. Sempat lagi Suami Terchenta buat lawak, 'Abis tu orang lain jual roti john olok-olok ke?' 😂 

Lepas 20 minit, akhirnya pesanan siap dibungkus. Jumlah kesemuanya RM19 - walaupun hotdog kosong tapi takde diskaun di situ ye.


burger daging special
Burger daging special

Sampai di rumah, aku agak kecewa sikit sebab telurnya digoreng dan diletak atas daging. Selalu aku beli burger special dari gerai lain, daging burger tu bersalut telur. Lepas tu, takde mayonais. Jadi makan dengan kurang perasaan.

Kesimpulannya, lain kali aku cari gerai burger lain je la sebab burger kat sini kurang menepati citarasa aku.

Aktiviti Cuti Sekolah: Khadeeja Masuk Kelas Programming di Kidocode

Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dalam kes kiteorang ni, Suami Terchenta boleh rasa bangga sebab Khadeeja ikut jejak langkahnya iaitu coding skill. Di sekolah lama Khayla dulu pernah diajar coding menggunakan aplikasi Scratch Junior. Bila Khadeeja tengok kakaknya buat coding, dia pun nak tiru jugak dan sejak tu beberapa kali dia develop permainan ringkas yang dia mintak kiteorang test. Permainan yang aku paling suka ialah permainan kuiz. Kakaknya pulak lebih berminat dengan digital art dan kurang minat dengan programming. Sebab tu kiteorang cuma enrol Khadeeja seorang je untuk mengasah bakatnya dalam programming memandangkan cita-citanya nak menjadi seorang engineer


Kidocode
Kelas programming di Kidocode
 

Semalam kiteorang pun hantar Khadeeja belajar programming di Kidocode yang terletak di Solaris Dutamas. Bila kiteorang sampai, ramai jugak parents lain yang dah sampai dan sedang menunggu anak-anak habis kelas. 


Kidocode
Bila tengok setup kelas macam ni, menggamit memori ke kafe Internet semata-mata nak chatting dengan Suami Terchenta masa mula-mula kenal dulu... 

Kidocode
Cabaran teka-teki untuk mak bapak sementara tunggu anak-anak habis kelas


Bagusnya kat sini, setiap seorang pelajar akan di assign seorang trainer.Mula-mula sekali, trainer bagi penerangan dekat Khadeeja tentang platform yang akan digunakan. 


Kidocode
Khadeeja khusyuk dengar penerangan dari trainer

Selepas berpuas hati yang Khadeeja dah biasa dengan platform tu, barulah trainer ajar Khadeeja buat aktiviti coding. Kat sini Kidocode menggunakan konsep gaming iaitu setiap kali pelajar menghabiskan satu lesson dengan betul, akan dapat bit dan coin. Jumlah bit menentukan kedudukan ranking pelajar dengan pelajar-pelajar lain dan coin pulak boleh digunakan untuk 'beli' sesuatu dari platform tu untuk memudahkan aktiviti coding.


Kidocode
Khadeeja mula belajar asas bahasa pengaturcaraan Python

Suami Terchenta bagitau yang dia pun tak biasa dengan Python programming ni sebab Python ialah the next programming language memandangkan pada masa hadapan semua aplikasi akan menjadi cloud-native. Cloud-native ni bermaksud aplikasi tu boleh diakses dari mana-mana tempat menggunakan mana-mana device. Setakat tu je la yang aku faham sebab aku ni bukan dari bidang IT hehe. Kalau nak bercakap pasal Akta Kerja atau Akta Perhubungan Perusahaan tu memang bidang aku. Bab IT ni aku serahkan dengan Suami Terchenta je.

By the way, parents pun boleh pantau progress anak-anak dalam kelas ni sebab setiap parent diberi ID dan password sendiri untuk akses platform ni:


Kidocode

Apapun aku doakan skill coding ni akan membantu Khadeeja mencapai cita-citanya menjadi seorang engineer. Caiyok Khadeeja!