Sambungan dari sini:


Esok paginya, kiteorang hampir-hampir terlajak waktu Subuh sebab masing-masing tidur dengan nyenyaknya sampai tak sedar bunyi jam. Bila terjaga, cepat-cepat turun ke sungai ambik wuduk. Brrr! Sejukkk!

Mudahnya tilam angin ni, senang nak angkat tilam anak-anak dan letak atas tilam kiteorang untuk ruang bersolat. Tapi kan, aku tak terfikir pulak nak bentang je tikar dalam khemah tu kat luar, pastu boleh la solat berjemaah. Lain kali boleh buat macam tu kot.

Lepas solat, kiteorang pun keluarkan pulak bahan-bahan untuk sediakan sarapan pagi. Pagi tu kiteorang bakar daging burger memandangkan arang dari malam sebelumnya masih lagi ada bara api. Terlupa nak bawak penyepit, sudahnya balik-balikkan daging burger guna garfu je.


Camping di Sojuk Riverside
Pagi ni dibantu oleh Chef Khadeeja

Camping di Sojuk Riverside
Suami Terchenta tengah check daging dah masak ke belum

Ada kisah masa cari bahan-bahan untuk buat burger ni. Malam sebelum bertolak, aku tak jumpa roti burger di pasaraya Giant dan tak sempat nak singgah ke kedai lain. Sudahnya aku Google resipi buat burger bun. Memandangkan semua bahan-bahan ada di rumah dan tak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya, jadi aku pun buat sendiri burger bun.


burger bun
Kejadian burger bun lepas keluar dari oven (boleh rujuk resipi di sini)

Lepas sarapan pagi, aku dan Khayla duduk bersembang sementara Suami Terchenta dan Khadeeja turun ke sungai. Dieorang berdua tu la paling seronok mandi sungai, macam-macam gaya dieorang buat berenang dalam sungai.


Camping di Sojuk Riverside
Suami Terchenta tengah mengajar Khadeeja cara-cara baling batu atas permukaan air

Sementara tunggu dieorang berdua mandi sungai, aku berjalan-jalan di sekitar kawasan khemah ambik gambar pokok buah-buahan di situ.


rambutan
Lambat lagi buah rambutan ni nak masak

Tiba-tiba datang owner sambil menjinjit 2 biji durian yang baru jatuh. Dia singgah ke khemah dan bagi durian tu kat kiteorang. Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki owner dusun ni. 😍


durian
Rezeki dapat durian fresh lagi!

Pukul 11 pagi, kiteorang pun bersiap-siap kemas barang-barang di luar khemah. Anak-anak tolong cuci perkakas memasak dan jemur bawah cahaya matahari. Aku kempiskan tilam angin dan masukkan dalam beg. Akhir sekali baru kiteorang bergotong-royong turunkan khemah dan simpan khemah. 


Camping di Sojuk Riverside
Keadaan tapak khemah lepas siap kemas. Sampah kiteorang bawak balik.

Alhamdulillah, cuaca elok je sepanjang camping trip kali ni. Risau jugak kalau hujan lebat sebab leceh nak keringkan khemah yang basah sebelum disimpan. 

Kesimpulannya, Sojuk Riverside ni memang best sangat. Kemudahan lengkap dan bersih dan lokasi pun tak jauh sangat dari KL. Kalau nak datang ke sini, digalakkan datang awal supaya boleh cari spot yang teduh / dekat dengan plug point. Macam tapak kiteorang ni, agak jauh dari plug point dan extension cable pun tak cukup panjang untuk sampai ke plug point. Tapi kiteorang tak kisah sangat sebab dah ada power station yang siap-siap caj dari rumah. Insha Allah, kiteorang akan repeat trip camping ke sini 👍🏻.

21 comments:

  1. Terer Carneyz, tak perlu beli bun burger dah. Boleh buat sendiri je.
    Syoknye, dapat lagi durian.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nasib baik bahan2 semua ada di rumah. Sebab dah biasa buat roti sebelum ni tu yang confident je buat burger bun.

      Delete
  2. cantiknya kejadian burger bun...bukan senang kan nak merasa durian fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, first time jugak merasa durian fresh. Alhamdulillah masa datang tak ramai orang jadi owner pun murah hati sedekahkan durian kat kiteorang.

      Delete
  3. Dah lama tak buat aktiviti camping ni.
    Sekali sekala seronok juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, berbaloi rasa penat lepas balik camping.

      Delete
  4. seronoknya....and burger bun tu.. dap je tgk pun...

    ReplyDelete
  5. Siap molah burger bun gik ya.. nang cakah eh.. ada agik oleh durian!! Besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok yalah, bait alu owner ya sik lokek berkongsi durian hehe

      Delete
  6. nak cuba jugalah camping kat sini. tp sebelum tu kena laa sediakan peralatan dulu kan... barulah seronok nak ber camping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baru nak mencuba, apa kata anies cari tempat yang ada sewa khemah dulu tengok kalau suka lifestyle camping ni baru invest beli peralatan camping.

      Delete
  7. Pergh, syoknyaaa! Lagi terbaik buang sampah memasing sendiri...Terbaiklah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang pulak tempat cantik macam ni dibiarkan aje longgokan sampah kat situ.

      Delete
  8. bestnya dpt makan doyan fresh.. cantik kejadian bun burger tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, manis dan pahit2 sikit rasanya. Rupa2nya senang buat bun burger tu, lain kali tak payah susah2 nak beli kat kedai hehe.

      Delete
  9. tudiaaa..terus buat bun sendiri..kalau SA x terfikir dah..bestnya dapat durian fresh...teringin nak camping tapi tu la...En Tunang tu bukan jenis pencinta alam mcm SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti dah kawen SA try ajak. SA hembus2 sikit doa bagi hati dia lembut hehehe

      Delete
  10. Kak Carneyz memang pandai masak sepertinya 😄. Burger Bun pun buat sendiri.

    Beruntungnya dikasih lagi durian masak pohon tuh.baik sangat ownernya 😄.

    Oh itu kasur angin yaa, tadi saya kira memang dapat dari tempat kemping 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata pandai sangat tak jugak, cuma saya memang suka baking 😄 Owner dusun ni memang baik, tapi kalau ramai tetamu awal2 sudah dia bilang tak boleh bagi durian takut bergaduh pulak 😬

      Ya, biasalah dah 40-an ni kena ada tilam angin selesa bila pergi camping baru tak sakit2 badan. Dulu awal2 kahwin, bawak sleeping bag je pun dah cukup hehe.

      Delete
  11. Such an amazing camping stove it is. Here you can check out some of the latest and advance models of camp stove. They are safe to use and made of high-quality materials.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .