• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, July 27, 2023

Review: Pembersih Udara Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier

Korang ingat tak aku cerita pasal guna ChatGPT untuk survey pembersih udara yang sesuai untuk dipasang kat rumah? Lepas review model-model pembersih udara yang dijual di Shopee, akhirnya kiteorang pilih untuk pasang pembersih udara jenama Levoit Core 600S. Harga dalam RM1000 lebih jugak tapi mengenangkan kesihatan Khayla yang kerap bersin setiap hari sejak bela kucing kat rumah ni, Suami Terchenta kata pejam mata je la!

Dalam 2 hari lepas order dari Shopee, pembersih udara ni pun selamat sampai ke rumah. Walaupun kotak dia nampak gedabak, tapi sebenarnya ringan je pembersih udara ni.


Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier
Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier


Mula-mula unboxing, kena baca manual dulu. Cara nak pasang senang je. Keluarkan plastik pembungkus penapis HEPA dalam pembersih udara ni, pasang balik tanpa plastik pembungkus, sambung plag ke suis dinding lepas tu tekan butang power. 


Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier
Risalah manual dalam kotak

Pembersih udara ni boleh dikawal guna aplikasi kat telefon. Muat turun aplikasi, sambungkan ke pembersih udara guna bluetooth lepas tu boleh la pantau kualiti udara dalam rumah / guna aplikasi untuk hidupkan / matikan pembersih udara. Walaupun peranti ni bukan Homekit-enabled, tapi boleh jugak gunakan Apple Watch untuk hidupkan / matikan pembersih udara ni.


Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier
Pandangan dari atas

Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier
Pandangan dari depan
 

Cara semak kualiti udara, biru menunjukkan tahap udara yang sangat bersih, hijau bersih, kuning kurang bersih dan merah menunjukkan udara tercemar. Biasanya lepas memasak, pembersih udara ni akan bertukar jadi merah sebab nak hilangkan asap dari memasak (walaupun dah guna penyedut udara / kitchen hood).

Lepas 2 minggu lebih guna pembersih udara ni di rumah, so ni review aku tentang pembersih udara ni. So far, aku happy dengan pembersih udara ni. Khayla sebelum ni memang ada alahan dengan debu / bulu kucing, jadi pagi-pagi dia kerap bersin-bersin. Sejak bela 2 ekor kucing di rumah, Khadeeja pun nampaknya ada tanda-tanda alahan jugak, kerap berhingus dan batuk-batuk. Sebab tu la kiteorang memang perlukan pembersih udara untuk bantu anak-anak kiteorang bernafas dengan lebih baik di rumah.

Levoit Core 600S mempunyai penapis H13 True HEPA yang mampu menapis 99.97% zarah bawaan udara (airborne particles) termasuk debu, debunga, bulu haiwan peliharaan dan asap. (Tips bila nak cari pembersih udara: pastikan ianya ada penapis True HEPA H13 atau H14 sebab ianya bertaraf gred hospital). Ianya jugak ada penapis karbon yang menghilangkan bau-bauan kurang enak dan gas. Pembersih udara ni ada 4 kelajuan kipas dan mod waktu malam yang senyap.

Aku selalu guna pembersih udara Core 600S ni dengan mod auto dan setakat ni, nampaknya ia berjaya mengekalkan udara bersih dalam rumah ni. Yang paling penting, Khayla dan Khadeeja dah berhenti bersin-bersin dan batuk-batuk sejak guna pembersih udara. Takde lagi dah nampak bulu Kiera berterbangan!

Pembersih udara ni jugak sangat senang digunakan. Ia ada paparan sentuh yang memudahkan untuk menukar kelajuan kipas, mengaktifkan mod waktu malam dan menetapkan pemasa. Pembersih udara ni jugak dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi supaya kita boleh kawal menggunakan telefon pintar.

Kat sini aku rumuskan pros dan cons Levoit Core 600S ni:

Pros:

  • Penapis H13 True HEPA menyahkan 99.97% zarah bawaan udara termasuk bulu kucing
  • Penapis karbon menghilangkan bau-bauan kurang enak dan gas
  • Empat kelajuan kipas dan mod waktu malam yang senyap
  • Paparan sentuh yang senang digunakan
  • Kawalan jarak jauh guna sambungan Wi-Fi 
  • Kawasan liputan yang luas (147 meter persegi) - pasang di ruang tamu boleh bersihkan udara di dapur sampai ke bilik tidur
  • Berkesan mengurangkan / menghilangkan alahan yang berkaitan dengan udara kurang bersih di rumah
  • Waranti 2 tahun

Cons:

  • Agak bising bila dipasang pada kelajuan kipas tertinggi 
  • Tiada cahaya UV atau ionizer
  • Harga sedikit premium (tapi berbaloi sebab kawasan liputan yang luas)
  • Penapis karbon tak menghilangkan 100% bau-bauan kurang enak, masih kena bukak sliding door ke ruang balkoni tu untuk kurangkan bau makanan kucing (kibbles) dan bau-bauan kucing

Harapnya review ni membantu korang yang mencari pembersih udara. Psst.. korang yang ada kucing kat rumah pakai pembersih udara jenama apa untuk neutralkan bau kucing kat rumah? Boleh komen tak?


Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier
Kiera suka lepak tepi pembersih udara ni, agaknya sebab udara segar kot kat situ 😂

Nota kaki: Janji anak-anak dah tak bersin-bersin & batuk-batuk kat rumah kira ok la tu kan. Jangan tanya bil api naik ke tak sebab baru pakai sebulan 😜.

Read more »
on Thursday, July 27, 2023 16
Share this!
Tags
Products, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 26, 2023

Sedap Jugak Fluffy Omelette Toast di Toast Maker @ KLCC

Ni kisah bulan lepas masa kiteorang pergi jalan-jalan ke Lowyat. On the way balik, singgah sekejap ke KLCC. Kiteorang end up mencuba menu roti bakar di Toast Maker.


Toast Maker @ KLCC
Toast Maker @ KLCC terletak di aras Concourse

Cara buat pesanan, pilih jenis roti lepas tu pilih menu yang kita nak. Kiteorang ambik 3-in-1 set classic toast (fluffy omelette) toast dengan minuman teh dan potongan buah. Lepas buat pesanan, staff akan buat roti bakar tu depan kita. 


Toast Maker @ KLCC
Set yang sampai

Surprisingly, toast kat sini sedap. Aku suka rotinya yang rangup di luar dan rasa manis sikit, telur dadarnya yang gebu dan rasa cheese dalam telur dadar tu. Boleh repeat lain kali.


Toast Maker @ KLCC
Classic toast dengan roti cloud wheat

Kreatif jugak orang zaman sekarang meniaga. Buat sandwich macam ni pun boleh bukak kedai di KLCC. Yang penting sedap dan harga berpatutan. Korang dah cuba ke menu di Toast Maker? Komen sikit roti bakar pilihan korang. 

Read more »
on Wednesday, July 26, 2023 20
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 26, 2023

Wordless Wednesday - Sketsa Kiera dan Louis

 

Kiera dan Louis

Makin terserlah kenakalan dua ekor kucing ni. Yang si abang ni pulak, siap mengajar si adik panjat meja TV. Cuma satu je aku puji perangai depa berdua ni - tak mencakar perabot dalam rumah ni. Harapnya macam tu la sampai bila-bila. 

Read more »
on Wednesday, July 26, 2023 24
Share this!
Tags
Journal, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 25, 2023

Padah Tengok Drama Revenant Waktu Malam Sampai Mengigau!

Drama Revenant ni dah hampir sampai kemuncak cerita. Episod ke-9 keluar hari Sabtu lepas tapi sebab kiteorang pergi camping jadi tak sempat la nak tengok. Malam semalam sambil lipat baju aku pegi gatal bukak cerita ni. Sudahnya aku mengigau si roh jahat ni masuk rumah! Terbangun dari mimpi buruk bila Suami Terchenta sapu muka aku sambil baca selawat. Hahaha! Lawak pun ye jugak. Tu la lain kali jangan la tengok cerita seram sebelum tidur kan dah mendapat. Huhu...


Part rambut mengerbang ni yang masuk dalam mimpi aku. Cis!


Episod ke-4, San-yeong dan Professor Hae-sang mengkaji asal-usul perhiasan rambut yang dipegang oleh seorang budak perempuan dalam flashback sebelum ni. Dieorang dapat tahu pada tahun 1958, seorang budak perempuan bernama Lee Mok-dan dibunuh oleh seorang bomoh dalam satu upacara menyayat hati iaitu yeommae, di mana seorang budak perempuan dibiarkan kebuluran sebelum dibunuh untuk menjelma sebagai roh jahat. Roh jahat ni fungsinya menolong orang yang membuat upacara yeommae untuk menjadi kaya, tapi sebagai balasan dia akan membunuh ahli keluarga dan orang tersayang sebagai membalas dendam. Dalam episod seterusnya, Professor Hae-sang dapat tau yang orang yang bertanggungjawab membuat upacara yeommae ni ialah datuk dan neneknya sendiri!

Episod ke-5-8, San-yeong dapat tau punca maknya berpisah dengan ayahnya sebab roh jahat yang merasuk ayahnya mengugut nak bunuh adik San-yeong dalam kandungan maknya. Disebabkan takut, mak San-yeong lari balik ke rumah nenek San-yeong di Bakchaegol tapi roh jahat tu mengekori mak San-yeong dan menyebabkan mak San-yeong keguguran. Tak cukup dengan tu, roh tu jugak bunuh nenek San-yeong di depan mak San-yeong. Mak San-yeong kemudiannya bawak San-yeong lari dari rumah sebab dia ingat ayah San-yeong yang jahat.

Professor Hae-sang terus mencari jalan untuk menghalau roh jahat dalam badan San-yeong. Dia menemukan objek sama yang ditanam oleh mak Hae-sang waktu dia masih kecil sebagai ikhtiar untuk menghapuskan roh jahat dari merasuk Hae-sang. Berpandukan penulisan dari Professor Gu Gangmo (ayah San-yeong), dia buat kesimpulan yang dia kena cari 5 objek sumpahan (cursed objects) dan nama roh jahat tu. Dia berjaya menjumpai 3 objek dan kena cari 2 lagi objek tu.

Dalam episod ke-9, penyiasat Mun-chun dibunuh oleh roh jahat sebelum sempat mendedahkan kebenaran tentang roh jahat tu dekat Professor Hong-sae. San-yeong mendapati makin lama roh jahat tu makin kerap merasuk San-yeong sampai dia tak tau sama ada diri dia masa tu ialah San-yeong atau roh jahat. San-yeong terbangun dari tidur dan mendapati roh jahat melukis gambar bulan mengambang pada perabot bilik. Dalam ingatan San-yeong/roh jahat, dia dibunuh sewaktu bulan mengambang.

San-yeong lari ke rumah mendiang ayahnya dan mengurung dirinya dalam bilik ayahnya yang dikelilingi oleh tali jampi untuk menghalang roh jahat dari keluar dari bilik tu. Masa dalam bilik tu, San-yeong terfikir nak check tarikh Lee Mok-dan dibunuh dalam upacara yommae dan kedudukan bulan pada waktu tu. Dia terkejut bila dapat tau yang Lee Mok-dan mati waktu bulan sabit, jadi Lee Mok-dan bukanlah roh jahat yang merasuk San-yeong!

Dalam episod ke-10, makin terserlah yang watak jahat dalam cerita ni ialah nenek Professor Hae-sang. Dia sanggup mengorbankan suami, anak, menantu dan cucu ke-2 dalam kandungan mak Professor Hae-sang sebab nak mengekalkan kekayaannya. Bila datuk dan ayah Professor Hae-sang cuba untuk menghapuskan roh jahat dalam badan dieorang, dia bagi nama palsu roh jahat tu. End up, semua yang cuba menghapuskan roh jahat ni iaitu datuk, ayah, mak Professor Hae-sang dan ayah San-yeong semuanya mati di tangan roh jahat ni.

Walaupun seram, tapi aku tak sabar nak tau berjaya ke tak dieorang korek identiti roh jahat ni dari nenek Professor Hae-sang dan selamat ke mak San-yeong dari dibunuh oleh roh jahat. Jeng.. jeng.. jeng! Suspen betul.

Siapa lagi layan drama Revenant ni? Korang rasa cerita ni seram ke tak? Ke aku sorang je penakut sampai mengigau tengok cerita ni? Hihi.

Read more »
on Tuesday, July 25, 2023 22
Share this!
Tags
Entertainment
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 25, 2023

Bila Anak Bulu si Kiera Dah Selesa Masuk Rumah...

18 Julai lepas, genap sebulan Kiera dengan kiteorang. Mula-mula sampai rumah ni, punyalah takut dia nak keluar dari tempat menyorok, sanggup berlapar & dahaga sepanjang hari. Waktu malam lepas kiteorang masuk tidur baru dia keluar cari makanan, minum air dan pergi ke toilet. Tu pun kiteorang tau sebab tengok rakaman CCTV besoknya.

Sejak kiteorang guna taktik mengumpan dengan banyak wet food dan snek kucing, barulah Kiera mula berani keluar dari tempat menyorok. Wet food tu kiteorang hulur dalam paket supaya Kiera makan dari tangan, so takde la asyik lari menyorok bila nampak kiteorang. Lama-kelamaan Kiera nampak kiteorang je terus ingat nak bagi wet food, berlari-lari keluar dari tempat menyorok sambil mengiau-ngiau mintak wet food. Comel sungguh. Cuma nak pegang dan belai tu je la dia masih lagi mengelak-elak dan lari. Kalau mood dia bagus, boleh la kiteorang belai dia. Kalau tak, biarkan je nanti tak pasal-pasal kena cakar.

Sejak minggu lepas dia dah berani lepak dalam rumah. Dia paling suka lepak dekat hall. Gaya duduk tu tak boleh tahan, dah macam arnab pulak! Kalau dulu Louis la tak menyabar-nyabar nak masuk rumah pagi-pagi. Sekarang ni dah terbalik, Kiera pulak yang selalu mengiau-ngiau mintak dibukak pintu supaya dia boleh duduk lepak dekat hall.


SPCA cat
Suami Terchenta kata Kiera nak sejukkan badan sebab tu duduk macam ni

Nampak tak betapa selesanya dia lepak-lepak sekarang ni?



Syukurlah Kiera dah selesa dengan kiteorang. Mula-mula risau jugak Kiera depression lepas kehilangan kakak Kiyomi. Louis pun banyak tolong Kiera menyesuaikan diri kat rumah ni. Kadang-kadang aku senyum sendiri tengok Kierra dan Louis berkejar-kejaran dalam rumah. Semoga Kiera jadi jinak dan boleh dibelai lepas ni.


SPCA cat
Throwback masa awal-awal Kiera kat rumah ni, keja dia menghadap dinding je taknak tengok kiteorang langsung
Read more »
on Tuesday, July 25, 2023 22
Share this!
Tags
Journal, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 25, 2023

Singgah Makan di Pop Meals @ Sunway Putra Mall

Masa kiteorang pergi camping hujung minggu lepas, boleh pulak cermin mata Suami Terchenta tercicir dalam sungai. Puas la kiteorang cari tapi tak jumpa. Sadaqallahul 'azim je la. Sudahnya balik dari camping kena singgah ke Sunway Putra Mall sebab nak ke kedai yang biasa kiteorang buat cermin mata. Dalam setengah jam jugak nak pilih bingkai, check power mata dan bayar. Cermin matanya akan sampai besoknya, kata tauke kedai.

Dah setel tempah cermin mata, tiba-tiba rasa lapar sebab tak makan tengahari lagi. So singgah makan di kedai Pop Meals ni. Dah lama lalu-lalang depan kedai ni tapi tak pernah singgah.


Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Pop Meals @ Sunway Putra terletak di tingkat LG

Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Belek-belek menu dulu sebelum masuk

Menu kat sini nampak menarik jadi kiteorang pun masuk ke kedai dan buat pesanan di kiosk pesanan makanan kat kaunter.


Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Lepas bayar, boleh tengok status pesanan kat skrin ni

Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Pick up station untuk food rider dan takeaway

Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Ruang makan kedai ni kecik je - cuma ada 3 buah meja dalam kedai dan 2 buah meja di luar

Akhirnya pesanan kiteorang pun sampai. Aku pesan nasi geprek dan Suami Terchenta pulak pesan buttermilk chicken. Walaupun kiteorang dine-in, tapi makanan tetap sampai dalam kotak dan diberi sudu/garpu plastik. Terkial-kial jugak aku nak potong ayam goreng guna sudu plastik, dah la ayam tu keras sikit. Mungkin ni cara dieorang nak jimatkan kos / kurangkan pekerja sebab guna bahan pakai buang je dalam kedai. Tak perlu nak cuci perkakas lepas makan.


Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Nasi geprek (tak ingat harga)

Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Salted egg buttermilk chicken (RM16.99)

Suami Terchenta komen makanannya boleh tahan sedap. Bagi aku nasi geprek pulak biasa-biasa je, rasa cili padi dalam sambal gepreknya tu agak overpowering jugak.

Untuk anak-anak pulak, kiteorang bungkus bawak balik Super Creamy Mac & Cheese (RM17.99) dengan Spaghetti Chicken Bolognese (RM16.99). Dieorang bagitau sedap mac & cheese dan spaghetti tu dan sebab anak-anak aku ni jenis picky eaters, so aku buat kesimpulan memang sedap la kot 2 menu ni. Boleh la repeat beli makanan kat sini tapi lebih baik takeaway dan makan di rumah je. 

Read more »
on Tuesday, July 25, 2023 20
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 24, 2023

8 Skincare Tips Memilih Sunscreen Terbaik untuk Kulit Berminyak

Sekarang ni cuaca kerap panas disebabkan fenomena El Niño. Setiap kali keluar rumah, kenalah berjaga-jaga supaya kulit tak terbakar akibat terdedah lama bawah cahaya matahari. Apa lagi kulit aku ni jenis berminyak dan kulit Khayla pulak sensitif, jadi kiteorang perlukan perlindungan kulit bila berada di luar rumah.

Berbicara soal menjaga kulit berminyak, mencari sunscreen atau sunblock yang betul boleh menjadi satu cabaran. Kulit berminyak cenderung menghasilkan sebum yang berlebihan, yang boleh membuatkan sunscreen/sunblock tradisional terasa berat dan menyumbat liang-liang pori. Walau bagaimanapun, melindungi kulit daripada kesan merbahaya matahari adalah penting, tanpa mengira jenis kulit. Di sini aku nak share beberapa tips pemilihan sunscreen yang terbaik untuk kulit berminyak dan kulit sensitif:

1. Cari Pelindung Matahari yang Direka Khusus untuk Kulit Berminyak:

Apabila mencari sunscreen untuk kulit berminyak, pastikan anda menyemak label untuk produk yang dirumus khusus untuk jenis kulit ini. Cari istilah seperti "sunscreen untuk kulit berminyak" (sunscreen for oily skin) atau “sunscreen yang tidak berminyak" untuk memastikan produk itu tidak akan memburukkan lagi minyak kulit anda.

2. Pilih Pelindung Matahari dengan Penilaian SPF dan PA+++ Tinggi:

Untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB, pilih sunscreen dengan Faktor Perlindungan Matahari (SPF) yang tinggi sekurang-kurangnya 50+ dan penilaian PA+++. Gabungan ini akan memberikan anda perlindungan spektrum luas terhadap sinaran merbahaya matahari.

3. Pilih Sunscreen Bukan Komedogenik (Non-comedogenic):

Untuk mengelakkan pori tersumbat dan pori terbuka, pilih sunscreen yang dilabelkan sebagai "bukan komedogenik" atau sunscreen yang tidak akan menyumbat pori. Ini akan membantu mencegah jerawat dan memastikan kulit anda bersih dan sihat.

4. Pertimbangkan Sunscreen Aloe Vera untuk Kesan Menenangkan:

Jika anda mempunyai kulit berminyak yang terdedah kepada kemerahan atau kerengsaan, pertimbangkan untuk menggunakan sunscreen yang mengandungi aloe vera (lidah buaya). Lidah buaya mempunyai sifat menenangkan (soothing properties) yang boleh membantu menenangkan dan melembapkan kulit anda, menjadikannya pilihan terbaik untuk jenis kulit sensitif dan berminyak.

5. Cari Sunscreen Yang Tiada White Cast / Kesan Putih:

Satu kebimbangan biasa dengan sunscreen ialah lapisan putih yang ditinggalkan pada kulit, yang boleh menjadi lebih ketara pada warna kulit yang lebih gelap. Cari sunscreen yang mempunyai formula tidak berwarna untuk memastikan penggunaan yang lancar dan tiada penampilan kulit pucat.

6. Pilih Sunscreen yang Sesuai untuk Pori Terbuka:

Jika anda mempunyai pori terbuka, pilih sunscreen yang direka untuk meminimumkan penampilannya. Cari produk yang menawarkan kesan menghaluskan liang roma atau blurring effects untuk menghasilkan kulit yang lebih licin dan kelihatan sekata.

7. Pertimbangkan Produk Dwi-Tujuan:

Untuk memudahkan rutin penjagaan kulit anda, pertimbangkan untuk menggunakan krim siang hari yang menggabungkan sunscreen dan pelembap. Cari formula yang ringan dan tidak berminyak yang memberikan manfaat pelembab dan SPF yang tinggi.

8. Pilih Sunscreen Bebas Alkohol, Bebas Paraben, Bebas Silikon, Bebas Sulfat, Bebas Alergen (Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free):

Untuk meminimumkan risiko kerengsaan kulit atau tindak balas alahan, pilih sunscreen yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas silikon, bebas sulfat dan bebas alergen. Formulasi ini lebih lembut pada kulit sensitif dan kurang berkemungkinan menyebabkan reaksi buruk.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Kulit Sensitif


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Pertama kali aku mencuba Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni, aku sangat tertarik sebab teksturnya yang sangat-sangat ringan (lightweight), sangat-sangat melembapkan (moisturizing effect) dan senang sebati (blend well) dengan kulit serta tak melekit disebabkan ianya bebas minyak (oil-free). Best thing is, sunscreen ni mampu memberi perlindungan SPF 50+ PA+++ untuk menangkis dari bahaya sinaran UV matahari pada cuaca panas sekarang.


Tekstur sunscreen seakan-akan memakai krim pelembap, sangat-sangat ringan dan senang disapu pada kulit tanpa meninggalkan rasa lekit dan berminyak

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mengandungi ekstrak aloe vera untuk melegakan kerengsaan kulit dan memberikan kesan menenangkan pada kulit selepas terdedah lama dengan cahaya matahari. Selain itu, ia turut diformulasikan dengan tumbuhan semulajadi iaitu Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract dan Orchid Extract serta bahan-bahan utama lain seperti sodium hyaluronic, glycerin dan allantoin yang melembap, menghidrat dan melindungi dari iritasi kulit. Sebab tu Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sesuai untuk orang yang mempunyai kulit yang sensitif kerana mengandungi bahan-bahan yang melindungi kulit. Selalunya orang yang mempunyai kulit sensitif ada masalah untuk menggunakan sunscreen sebab kulit akan jadi berminyak dan senang breakout, tapi Aloe Vera Sunscreen ni sangat sesuai dan sunscreen yang tidak menyumbat pori.

Selain ringan, senang disapu dan diserap oleh kulit, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni juga tak meninggalkan kesan putih / white cast pada kulit seperti kebiasaannya memakai sunscreen tradisional. Paling tak suka kalau kesan putih ni melekat pada tudung tau!


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang tiada white cast dan tak melekit

Sejujurnya aku jarang-jarang pakai sunscreen sebelum ni sebab bau sunscreen yang kuat kadang-kadang membuatkan aku pening kepala. Kadang-kadang bila pakai telekung kat surau, bau sunscreen yang orang lain pakai sebelum ni melekat kat bahagian muka telekung! Jadi bila aku dapati Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni mempunyai bau yang lembut macam bau losyen, aku terus tak teragak-agak pakai sunscreen setiap hari.

Sunscreen ni juga senang dibersihkan hanya menggunakan air. Jadi kalau kita singgah solat di surau luar dan terlupa bawa pencuci muka pun tak perlu risau, sebab bilas dengan air je untuk bersihkan.


Sunscreen yang boleh basuh dengan air - cuma bilas sampai air tidak lagi berwarna putih susu

Satu ciri keselamatan yang aku suka pada sunscreen ni ialah rekabentuk muncung tiub yang selamat dari bocor. Sebabnya pernah terjadi sunscreen lama bocor dan tumpah dalam beg sewaktu pergi mandi-manda di tepi pantai - habis berbau tuala mandi yang aku letak dalam beg tu dan membazir macam tu je.


Sunscreen didatangkan dengan seal yang kuat pada muncung tiub

Akhir sekali, sunscreen ni boleh dijadikan sebagai asas solekan (makeup base), jadi tak perlulah nak guna makeup base yang lain. Kadang-kadang bila aku nak cepat, aku terus je sapu Aloe Vera Sunscreen ni sebelum guna bedak muka, sebab ianya bukan setakat melindungi kulit dari sinar UV tapi turut melembapkan kulit. Betul-betul multi-tasking ye sunscreen ni.


Sunscreen yang bertindak melindungi dari sinar UV, melembapkan dan mencerahkan tona kulit tanpa kesan putih ‘white cast’

Basic Skincare Routine untuk Kulit Berminyak yang Terdedah Dengan Cahaya Matahari

Nak tak nak, kita memang terdedah dengan sinar UV dari cahaya matahari setiap hari apa lagi masa cuaca panas sekarang ni. Untuk perlindungan optimum, pastikan korang masukkan sunscreen/sunblock dalam rutin penjagaan kulit harian korang. Sapukan ia sebagai langkah terakhir rejimen penjagaan kulit korang. Rutin harian aku ialah selepas membersihkan muka menggunakan pencuci muka, toning dan memakai Aqua Whitening Cream, langkah terakhir ialah menyapu sunscreen pada semua kawasan yang terdedah, termasuk leher, belakang tapak tangan dan mana-mana kawasan lain yang mungkin terdedah kepada matahari.

Pakai sunscreen berapa kali sehari

Untuk mengekalkan perlindungan yang mencukupi, kena ingat untuk reapply sunscreen setiap dua jam atau lebih kerap jika berpeluh atau terdedah kepada air. Aloe Vera Sunscreen ni sangat ringan dan boleh reapply dengan mudah tanpa mengganggu solekan. Tak perlu basuh muka sebelum nak reapply sunscreen ya.

Sunscreen pakai waktu bila

Kalau korang nak tau, sunscreen ni kita kena pakai pada waktu siang tak kira la kita berada di luar atau dalam rumah / pejabat. Ini disebabkan waktu siang cahaya UV boleh menembusi tingkap. Aku gunakan Aloe Vera Sunscreen ni sebagai krim muka dan ianya krim siang terbaik untuk orang yang ringkas macam aku kerana ianya berfungsi melembapkan tanpa menyebabkan kulit muka berminyak (bebas minyak) selain dari melindungi dari cahaya UV matahari yang merbahaya.


Hantar anak ke sekolah pun pakai sunscreen, tak melekit dan mudah meresap. Sis suka!

Kesimpulannya, menjaga kulit berminyak tak bermakna kena berkompromi dengan perlindungan matahari. Dengan mengikuti tips ini dan memilih sunscreen yang betul, korang boleh menyelamatkan kulit daripada sinaran UV matahari yang merbahaya tanpa memburukkan lagi minyak atau menyumbat pori-pori. Jangan lupa untuk masukkan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit harian korang, reapply sunscreen dengan kerap, dan pilih produk yang direka khusus untuk kulit berminyak. Dengan sunscreen yang betul, korang boleh mencapai kulit yang sihat, dilindungi dan bebas minyak.

Dapatkan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dari laman web Hansaegee Nature:

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Read more »
on Monday, July 24, 2023 10
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, featured, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 24, 2023

Salam Isnin kengkawan!

monday vibe


Salam Isnin buat semua rakan bloggers singgah di blog sis yang berhabuk ni *lap-lap sikit habuk kat blog hehe*

Hari ni mood aku dah kembali ceria sebab semalam baru balik dari healing (baca: camping) di tempat yang sama kiteorang pergi hari tu. Walaupun pergi sehari je, tapi bila dapat luangkan masa dengan alam semulajadi, terus jiwa tu rasa terubat haa gittew...

Anyway, harapnya minggu ni mood blogging lebih baik dari minggu-minggu sebelum ni. Semoga semua orang menjalani minggu ni dengan baik, ceria dan bersemangat ye. Have a good start of the week!

Read more »
on Monday, July 24, 2023 22
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    7 hours ago
  • mrhanafi.com
    8 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    9 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    9 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • orangbukit
    11 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    13 hours ago
  • Titian Perjalanan
    13 hours ago
  • Blog Anamizu™
    13 hours ago
  • SURIA AMANDA
    14 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    15 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    16 hours ago
  • a m m i
    16 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    18 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    18 hours ago
  • anajingga
    19 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    19 hours ago
  • KakmimDotCom
    21 hours ago
  • Aku Sis Lin
    22 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • My Small World
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.