Pengalaman Menginap di Ibis Styles Hotel Kota Bharu

Masa kiteorang bercuti ke Kota Bharu, kiteorang menginap di hotel Ibis Styles Hotel Kota Bharu. Lepas menginap di sini baru aku tau Ibis Styles ni ialah sebahagian dari jenama Accor Hotels. Sebenarnya aku ada keahlian Accor jugak tapi sebab jarang-jarang duduk hotel selain Marriott Bonvoy, jadi tak perasan pulak Ibis Styles ni jenama bawah Accor. Kalau tau, aku book je dari apps Accor boleh dapat harga lebih murah. Instead, aku book dari aplikasi Agoda.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Gambar pintu masuk hotel

Lobi hotel ni cantik, ceria dan nampak moden. Proses daftar masuk berjalan lancar dan walaupun aku request bilik sebelah-menyebelah dan bersambung tu agak lambat, tapi staff hotel setuju untuk carikan bilik connecting walaupun dia kata tak janji boleh dapat sebab hotel penuh. Tapi last-last dapat jugak.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Kawasan lobi hotel yang moden 

Sambil menunggu proses daftar masuk, tetamu hotel boleh bermain congkak, melayari Internet dan ada bilik permainan untuk kanak-kanak jugak. Kalau lapar boleh bancuh air kopi / teh dan duduk di meja bar sambil menikmati snek yang dijual di vending machine


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Internet kiosk dan kids zone

Sekejap je setel daftar masuk sebab payment dah setel sebelum sampai lagi. Tak ada deposit dikenakan. Lepas ambik kunci kiteorang terus naik ke tingkat bilik hotel yang tertera atas kad hotel.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Tingkat 17

Harga bilik semalam ialah dalam RM214.20 dan kiteorang book 2 buah bilik yang bersambung. Truth be told, aku agak impressed dengan bilik hotel sebab nampak moden dan ceria.


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil Queen

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik anak-anak dengan katil double

Tema bilik kiteorang warna biru manakala tema bilik anak-anak pulak warna merah. Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya cukup lengkap, siap ada penapis air dengan air panas / air suam. Aku paling suka wireless charging dock merangkap bedside clock tu. 


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Dari kiri: wireless charging dock merangkap jam; minuman segera; 2-in-1 hair & body wash

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Konsep sinki dekat luar bilik air untuk menjimatkan ruang

Overall aku suka bilik hotel ni kecuali satu je la. Bilik airnya cuma ditutup dengan frosted glass. Jadi walaupun orang tak nampak dari luar tapi masih boleh nampak bayang-bayang dekat dalam tu. Bayangkan tengah memerut orang boleh nampak bayang-bayang dari luar 😂😂. Nasib baik kongsi bilik hotel dengan suami sendiri, kalau dengan kawan-kawan rasanya tak digalakkan!


Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Bilik mandi dan tandas asing sebelah-menyebelah, dengan frosted glass. Sebab tu kena ambik 2 buah bilik untuk jaga privacy dari anak-anak hehe

Ibis Styles Hotel Kota Bharu
Swimming pool dekat rooftop dan ada restoran jugak di hujung pool

Untuk harga kurang dari RM300 semalam, aku rasa berbaloi sangat duduk di hotel ni. Tapi kalau duduk ramai-ramai satu bilik mungkin kurang sesuai sebab biliknya just nice untuk dua orang. Lain kali ke Kota Bharu lagi, aku rasa nak duduk di hotel ni lagi sebab best.

Korang pulak suka stay hotel mana kalau ke Kota Bharu?

Pergi Ke Perpustakaan Kuala Lumpur Dapat Hadiah

Ni kisah hujung minggu kiteorang masa cuti sekolah yang lepas. Macam biasa, 2 minggu sekali kiteorang akan pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku pinjaman dan pinjam buku baru. Inilah rutin baru kiteorang tahun ni sebab aku nak pupuk minat membaca tu (setakat ni masih work in progress lagi 😅. Kalau tak paksa baca buku, dieorang lebih suka melukis atau main hp).


Perpustakaan Kuala Lumpur
Cantik pemandangan Dataran Merdeka dan bangunan-bangunan pencakar langit dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur

Sempena cuti sekolah, Perpustakaan Kuala Lumpur menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung perpustakaan kanak-kanak. Masa kiteorang sampai tu, ada kuiz tentang negara Malaysia dan Khadeeja pun dijemput masuk pertandingan kuiz tu walaupun kuiz tu dah bermula 10 minit sebelum tu. Kiranya Khadeeja la orang terakhir yang menjawab kuiz tu.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Gigih mencari jawapan di Internet 🤭

Perpustakaan Kuala Lumpur
Sementara menunggu anak-anak memilih bahan bacaan baru untuk dipinjam

Selepas 20 minit menghantar jawapan kuiz, pihak perpustakaan panggil semua peserta untuk majlis penyampaian hadiah dan saguhati. Alhamdulillah, Khadeeja pun dapat hadiah saguhati iaitu botol air 😄.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Tak sia-sia masuk pertandingan kuiz secara last minute!

Perpustakaan Kuala Lumpur
Bersama dengan semua peserta dan hadiah masing-masing

Seronok la Khadeeja sebab dapat botol air baru. Katanya botol air ni lebih senang untuk bawak ke sekolah dari botol air dia sekarang ni. Aku happy sebab Khadeeja nak join aktiviti macam ni sebab dulu dia pemalu sangat, paksa macamana pun dia taknak join sebab malu. Tapi perangai malu nak senyum depan orang ramai tu masih lagi tak hilang 😅.

Bawak Anak-Anak Bulus ke iVET PETCARE

Sabtu lepas kiteorang bawak anak-anak bulus jumpa doktor di klinik haiwan sebab nampak dekat kaki dan perut Louis ada kesan macam infection / luka. Alang-alang dah ke klinik haiwan tu kiteorang bawak la Kiera jugak sebab nampak macam masalah kutunya tu tak habis-habis. Dia pulak tak habis-habis menjilat bulunya sampai selalu sangat muntah bulu.


iVET PETCARE
Klinik iVET PETCARE

Lepas mendaftar dan bagi kad rekod kesihatan anak-anak bulus dari klinik haiwan di SPCA, kiteorang pun duduk menunggu giliran dipanggil masuk. Klinik ni nampak selesa dan bersih. Masa kiteorang masuk ke klinik ni, benda pertama yang aku perasan ialah bau wangi macam dekat hotel sebab klinik ni pasang diffuser pewangi bilik. Udara pun segar sebab ada penapis udara yang besar dekat sebelah kaunter pendaftaran.


iVET PETCARE
Bahagian dalam klinik yang selesa

Anak-anak bulus ni kemain lagi ye bising sepanjang dalam perjalanan ke klinik. Meraung-raung dalam pet carrier masing-masing. Sampai klinik Kiera dah senyap tapi Louis masih lagi membebel-bebel tak puas hati kena trick masuk dalam sangkar hihi...


iVET PETCARE
Masa ni Kiera dah senyap pasrah menerima nasib tapi Louis pulak tak habis-habis membebel dengan muka tak puas hatinya.

Tak lama menunggu, Louis dan Kiera dipanggil masuk. Mula-mula sekali doktor timbang berat badan. Louis tak boleh duduk diam, sebab tu kena tahan masa doktor nak periksa kesan luka tu.


iVET PETCARE
Nampak tak muka Louis masih tak puas hati? 😆

Mula-mula doktor ingatkan jangkitan kulat (fungal infection) tapi lepas tu dia kata mungkin sebab banyak sangat kutu jadi dia dok jilat-jilat bulu dia sampai luka. Doktor tu bagitau banyak sangat telur kutu celah-celah bulu Louis tu.


iVET PETCARE
Kena makan ubat alergik untuk kurangkan gatal-gatal. Tapi Louis baik, bab makan ni dia main telan je apa-apa yang masuk dalam mulut dia 🤭

iVET PETCARE
Doktor sapu ubat untuk matikan kutu dengan telur-telurnya sekali.

Dah setel checkup Louis, giliran Kiera pulak. Aku ingat Kiera ni lagi ganas daripada Louis sebab dia tak boleh tengok orang luar selain dari kiteorang memang dia akan lari lintang-pukang cari tempat menyorok. Tapi eh eh, behave pulak dia. Senyap je tak melawan dan mengiau. Dia pun sama, kena sapu ubat kutu.


iVET PETCARE
Sorok muka dekat tangan kakak sebab malu dengan doktor

Kiera ni siap pakej ada cacing lagi! Mana entah datangnya cacing tu... Nasib baik ubat tu berkesan sekali untuk matikan cacing dalam perut.


Jenama ubat kutu / cacing / hama yang diberi oleh vet. Katanya boleh protect dalam 3 bulan tapi kalau taknak berulang, kena bersihkan satu rumah takut ada telur kutu yang melekat dekat tempat-tempat dieorang selalu lepak (sumber imej: lama web Nextgard combo)

Sebelum balik, Louis dibekalkan dengan ubat alergik dan jugak omega oil. Kiera pulak takde apa-apa ubat kena ambik, tapi Suami Terchenta kata mungkin dia nak buat lion cut jugak untuk Kiera sebab bulu dia tu tebal sangat takut ubat tu tak betul-betul meresap dalam kulit.

Total kos bawak anak-anak bulus ke klinik ialah RM173. Yang mahal tu ialah ubat kutu tu la (RM54 untuk seekor kucing). Suami Terchenta kata ubat anak-anak pun tak semahal ni 😅. Nak buat camane, nak bela sangat anak-anak bulus kena hadap la realiti yang dieorang pun kena pergi jumpa doktor jugak sekali-sekala 🤭.

Pantun Buah Keranji

buah hutan


Sorong papan tarik papan, 
Buah keranji dalam perahu, 
Suruh makan, dia makan, 
Suruh mengaji, dia tak mahu.

Buah bidara buah keranji, 
Buah kurau buah berangan, 
Hilang di mata hilang berganti,
 Lepas di tangan dikenang jangan.

Nota kaki: Addicted bila mengemam buah keranji ni 😆 Ada terbaca khasiatnya boleh menurunkan kolesterol. Wallahualam.

Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 8)

Sambungan dari sini:


Kalau ke Kota Bharu tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah, memang tak complete la trip ke negeri bergelar serambi Mekah ni.

Jadi sebelum kiteorang balik ke KL, pagi tu kiteorang singgah ke sini.


Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah


As expected, banyak kenderaan yang nak masuk ke sini. Jenuh jugak nak cari tempat parking kosong. Tapi nasib baik jumpa jugak.

Sebenarnya plan nak cari sarapan pagi kat sini lepas aku baca entry ni di blog Mama Zharfan. Tapi tak jumpa / tak tau kat mana lokasi gerai menjual kuih-muih ni. Nasib baik semua orang masih kenyang lagi lepas heavy dinner malam sebelum tu so takde la ralat sangat 😅. Jadi kiteorang pun meneruskan plan berjalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tengok barang-barang yang dijual di sini.


Pasar Besar Siti Khadijah
Gambar ikonik dalam Pasar Besar Siti Khadijah

Aku rasa tempat ni menarik tapi would be better kalau dinaiktaraf. Contohnya, disediakan lif / escalator sebab kesian pulak tengok warga emas bertongkat sebab payah betul nak turun/naik tangga.

Kiteorang cuma pergi 2 tingkat je, tingkat 1 yang menjual cenderamata dan pelbagai kekacang dan tingkat 2 yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung.


Pasar Besar Siti Khadijah
Anak-anak excited tengok cenderamata keychain dan fridge magnet. Masing-masing sibuk memborong untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah

Pasar Besar Siti Khadijah
Bila sampai tingkat ni pulak, giliran aku pulak yang seronok cuci mata tengok batik Kelantan dan tudung-tudung murah 🤭

Nasib baik Suami Terchenta layan je wife dia ni hihi. Sesekali kenyit mata kat dia bila jumpa yang berkenan di hati 🤭. Cuma tu la, aku rasa lagi seronok kalau pergi dengan my mom atau kawan perempuan sebab bila tanya orang lelaki ni payah nak dapat jawapan yang jujur. "Ni cantik tak bang?" "Hmm. Cantik." Dia jawab cantik sebab nak cepat-cepat balik. Kalau cakap tak cantik, terpaksa ikut pergi ke gerai lain cari yang lebih cantik 😆. Takpela, janji dia tolong bayarkan hihi.

Lepas dah puas jalan-jalan kat dalam Pasar Besar Siti Khadijah ni, kiteorang singgah pulak di Medan Selera Laman Siti Khadijah for early lunch sebab lepas tu kiteorang nak balik ke hotel, mandi dan terus check out.


Pasar Besar Siti Khadijah
Makan tengahari dekat sini

Pasar Besar Siti Khadijah
Tertarik cuba gerai ni sebab terpampang besar-besar menu 'Tomyam Bangkok Viral'. Nak tau apa yang best pasal tomyam Bangkok ni. Bawah kiri: Tomyam Bangkok Viral, kanan: sotong salut tepung sebab malam semalamnya sotong salut tepung dah habis di Padi Restoran tu 

Makanan kat sini pun sedap jugak walaupun lama menunggu. Suami Terchenta siap bergurau agaknya dieorang baru nak pergi mencandat sotong tak pun nak kena bawak tomyam tu dari Bangkok, sebab tu lama nau menunggu 😆. So kalau rasa in a hurry, tak payah la datang ke sini. 

Sotong salut tepung ni sedap tapi tak boleh challenge udang salut tepung di Padi Restoran malam tadi. Tomyam tu pulak aku tak tau apa bezanya dengan tomyam biasa, bagi aku sama je cuma dia hidangkan dengan telur rebus. Ke lidah aku yang tak pandai bezakan? Hihi. Macam janggal pulak makan tomyam dengan telur rebus 🤔. Otherwise, ok la sedap jugak. Dan yes, nasi putih kat sini pun sama macam di Padi Restoran, portion nya besar.

Lepas makan, kiteorang terus balik ke hotel. Lepas dah bersiap-siap, finally it's time to go home. Perjalanan balik lebih memenatkan dan challenging dari perjalanan pergi ke sini. Kiteorang memang follow cadangan Waze je sebab banyak tempat jem dan kenderaan bergerak perlahan. Kiteorang cuma berhenti untuk isi minyak dan pergi toilet di stesen Petronas di Gua Musang, lepas tu memandu sampai la ke Jerantut baru berhenti solat jamak di Masjid Al-Amin, Kampung Binjai.


Jerantut, Pahang
Singgah solat di masjid putih yang cantik ni

Masjid Al-Amin Kampung Binjai
Nampak macam baru je masjid ni. Carpet masjid pun macam baru.

Masjid Al-Amin Kampung Binjai
Rezeki dipelawa oleh orang masjid untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. 

Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang baru nak keluar dari pekarangan masjid tapi ada seorang pakcik ni panggil kiteorang jemput makan sebelum meneruskan perjalanan. Dia tau ramai orang balik ke ibu kota hari tu, jadi dia saja sedekahkan makanan kat masjid untuk musafir yang berhenti singgah solat di sini. Merasa la cucur jagung yang sedap dan bihun goreng. Siap suruh kiteorang tapau makan dalam kereta. Baiknya la pakcik ni. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu 🥰. 

Sebelum balik, kiteorang sempat singgah di gerai di simpang keluar beli jagung dari orang kampung. Sajalah nak support jualan orang kampung ni yang dah bermurah hati jamu orang luar makan.

Akhirnya lepas 10 jam memandu, kiteorang pun selamat sampai ke KL. Dengan tu berakhir la road trip cuti sekolah kiteorang. Penat tapi seronok. Tapi lain kali kalau nak ke Pantai Timur lagi, kena spend 2-3 hari di setiap negeri baru puas hati kot 😄.

Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 7)

Sambungan dari sini:


Lepas check-in di hotel, kiteorang mandi, solat jamak Zohor dan Asar lepas tu tunggu masuk waktu Maghrib sebelum keluar makan. Kiteorang jumpa satu restoran yang ramai orang recommend. Nama restoran ni, Padi Restoran. Jaraknya tak jauh sangat dari hotel kiteorang duduk dalam 1km.


Padi Restoran Kota Bharu
Makan malam di Padi Restoran

 

Servis kat tempat ni cepat dan bila kiteorang request sesetengah lauk tu taknak pedas sebab takut anak-anak tak boleh makan, dieorang ok je. Kiteorang order tomyam ayam, ayam goreng kunyit, sayur kailan ikan masin, telur dadar, udang salut tepung dan ikan siakap stim limau.


Padi Restoran Kota Bharu
Telur dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam ayam. Tomyam tu nampak je macam cair tapi sedap. Anak-anak aku paling suka ayam goreng kunyit tu, habis licin dieorang makan.

Padi Restoran Kota Bharu
Udang salut tepung ni sedap sangat, rangup betul salutan tepung tu! Asalnya aku nak sotong salut tepung tapi sotong habis pulak.

Padi Restoran Kota Bharu
Yang ni pun sedap yakmat, rasa masam & masin tu balance, isi ikan pulak manis. Suka hirup kuah stim limau tu

Portion nasi putih dekat restoran ni banyak sangat. Tapi sebab lauk banyak, berjaya jugak kiteorang habiskan nasi dalam pinggan masing-masing walaupun lepas tu rasa macam nak pecah perut 🤭. Tapi ya Allah, kenapalah sedap-sedap makanan kat Kelantan ni? Especially la udang salut tepung tu, teringat-ingat dibuatnya. Nasib baik jauh, kalau tak hari-hari makan kat kedai macam ni, lepas tu gemuk 😆. Tapi aku tengok orang Kelantan mostly slim je. 

Patut la restoran ni full house. Ada yang datang beramai-ramai (2 buah keluarga) terpaksa cari tempat lain sebab takde meja kosong. Overall, makanan kat sini sangat-sangat recommended dan menepati citarasa aku. Lain kali kalau ke Kota Bharu, mesti singgah makan kat sini lagi.

Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 6)

Sambungan dari sini:

Dari Kuala Terengganu, kiteorang bertolak pulak ke Kota Bharu. Dalam perjalanan hujan di beberapa tempat. Kenderaan pun banyak, time ni memang Waze asyik divert masuk jalan kampung lalu tepi sawah padi, jalan hutan, dan segala jenis jalan tikus semata-mata nak mengelak jem 😅 Akhirnya tiba jugak di Kota Bharu dalam pukul 5.30 petang.

Memandangkan cuaca nampak mendung dan berangin macam nak hujan, kiteorang terus ke Pantai Senok which is dalam plan hari tu, sebelum cuaca semakin buruk. Nak ke Pasar Siti Khadijah semestinya la tak sempat sebab dah lambat sangat.

Memang dah lama nak ke Pantai Senok ni sejak tengok gambar Wak Lalat di sini. Bila sampai ke sini, Subhanallah! Memang cantik sangat view kat pantai ni 😍. Barisan pokok ru di sini mengingatkan aku dengan pengalaman kiteorang ke Nami Island di South Korea.


Pantai Senok
Gambar dari kamera Xiaomi Suami Terchenta. Memang peloles muka kita dibuatnya 🤭 Terus berangan-angan jadi hero & heroin dalam cerita 'Winter Sonata' dulu 😂

Pantai Senok
Gambar ipong pulak jangan harap muka peloles sangat, habis semua kedut & parut jerawat pun boleh nampak kalau zoom in 😝

Pantai Senok
Masa ni dah mendung sikit tapi angin sepoi-sepoi bahasa je

Pantai Senok
Kanak-kanak riang

Pantai Senok
Payah nak ambik gambar yang takde orang lalu-lalang kat belakang

Pantai Senok
Nampak tak awan tebal tu? Masa ni angin dah mula kencang, laut pun dah mula nampak bergelora

Masa ni ramai pengunjung di Pantai Senok walaupun cuaca macam nak hujan. Pengantin baru buat outdoor shoot pun ada jugak. Aku dah plan nak duduk dekat satu warung makan yang jual pelbagai makanan laut celup tepung. Tapi lepas kiteorang ambik gambar bawah pokok ru, tiba-tiba angin kencang sampai ada pokok ru yang patah dan jatuh ke tanah! Masa ni semua bertempiaran lari keluar dari kawasan pokok ru ni. Kiteorang pulak tak tau la kenapa, pergi lari ke pantai sebab lebih dekat! 😂 Adudu... terpaksa tunggu angin kencang reda sikit lepas tu berlari sekuat-kuat hati ke arah kereta. Tengah-tengah berlari ni, dahan dan ranting patah jatuh depan kiteorang, masa ni seriau betul takut pokok yang patah dan menimpa kepala.

Aku terbayangkan macam ni la rasa rakyat di Gaza agaknya lari dari dron & bom Israhell. Tak tau bom tu akan jatuh atas kepala atau akan terkena tembakan dron. Yang tau masa tu nak berlari cari tempat selamat je 😭... Semoga Allah melindungi rakyat Gaza dari ancaman ketakutan dan bahaya.

Terus cancel plan nak makan ikan celup tepung dekat sini 😅. Masuk je kereta, hujan pun turun mencurah-curah dengan angin kuatnya. Jadi kiteorang terus gerak menuju ke hotel dengan hati yang masih lagi berdebar-debar.

Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)

Sambungan dari sini:

 

Esok paginya lepas Subuh kiteorang sambung rehat sekejap lepas tu bersiap-siap nak keluar. Kunci homestay kiteorang tinggalkan di tempat yang sama penjaga homestay tinggalkan semalam. Lepas kiteorang maklumkan yang kiteorang dah keluar rumah, destinasi pertama ialah cari port sarapan pagi.

Hasil carian Google, kiteorang jumpa tempat sarapan yang agak famous di KT iaitu Adilroti. Baca dekat Google review, tempat ni menghidangkan 40 jenis roti termasuk shawarma. Selain dari tu, ada jugak menu nasi dan mi. Lokasinya agak unik iaitu bawah Jambatan Sultan Mahmud KT. Masa kiteorang sampai, tempat ni dah penuh dengan pelanggan, jadi kiteorang kena beratur tunggu meja kosong. 


Adilroti
Breakfast spot popular di KT - Adilroti

Servis di tempat ni agak cepat dan efisyen. Tapi ada certain menu yang cepat habis, jadi kena tukar lain. Suami Terchenta mula-mula nak pesan roti denesor kambing sebab daging kambing dah habis, kena tukar ke roti denesor daging. Khadeeja pulak pesan shawarma kambing, pun habis jugak. So dieorang kena tunggu lama sikit sebab bila habis dan tukar menu lain, dah jadi order baru pulak.

Aku order nasi tomato dengan ayam masak merah. Khayla pulak order roti cheese. Nasi tomato dan ayam masak merah tu sedap tapi sejuk, macam tak dipanaskan je. Overall aku rasa tempat ni agak overhyped sebab walaupun makanan tu sedap tapi takde la wow sangat. Harga pun aku rasa macam mahal, roti denesor daging harganya RM14. Khadeeja makan nasi tomato jugak sebab dia rasa nasi tomato aku tu sedap jadi dia pun nak jugak.


Dari kiri atas ikut pusingan jam: Nasi tomato (RM5.50), roti cheese (RM5), roti denesor daging (RM14). Minuman - teh o ais (RM2.50), teh tarik (RM3.50), green tea (RM5) dan strawberry lassi (RM9)

Lepas sarapan, kiteorang pun ke Taman Tamadun Islam. Satu masalah yang aku perhatikan di sini ialah disebabkan tempat ni kawasan pelancongan (Taman Tamadun Islam, jeti ke Pulau Redang dan TTI Convention Centre semuanya terletak di sini) jadi kawasan tempat letak kereta kat sini agak terhad. Terpaksa Suami Terchenta parking kereta agak jauh sikit.

Bayaran masuk ke Taman Monumen ialah RM25 dewasa (13 tahun ke atas) dan RM20 kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Jadi total untuk kiteorang berempat ialah RM95.


Taman Tamadun Islam
Setiap pengunjung akan dapat buku passport ni untuk rujukan

Masa kiteorang sampai ni matahari dah tegak atas kepala. Bahangnya mencucuk-cucuk! Tak boleh bayangkan nak menapak dalam kawasan ni dengan keadaan cuaca panas terik, jadi kiteorang sewa basikal untuk 4 orang.


Taman Tamadun Islam
Sewa basikal (surrey bike) 4 orang RM55

Taman Tamadun Islam
Naik basikal ni ada bumbung ok sikit. Semua kena kayuh ye... Yang kelakarnya bila basikal terlajak, terpaksa hulur kaki ke bawah jadi kereta Flintstone pulak nak undur balik 🤣

Disebabkan mengejar masa dan jugak sebab cuaca panas terik, jadi kiteorang cuma singgah di beberapa monumen je untuk bergambar:


Taman Tamadun Islam
Replika Masjid Negara

Dome of the Rock, Palestine
Dome of the Rock, Palestin. Masuk dalam ni tengok movie tentang sejarah Kubbah As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa.

Taman Tamadun Islam
Bergambar di depan monumen Dome of the Rock. Boleh bayangkan tahap panas tu sampai Khadeeja tak boleh bukak mata langsung!

Taman Tamadun Islam
Monumen Masjidil Haram. Pun best sebab ada video panduan ibadah haji. Semua berkerut dahi sebab kepanasan 😅

Monumen yang lain-lain kiteorang setakat ambik gambar masa berbasikal je. Nak berhenti singgah memang tak sempat. Lagipun masa tu cuaca dari panas tiba-tiba berubah mendung. Biasalah cuaca kat Malaysia ni tak menentu.


Taman Tamadun Islam
Antara monumen masjid di seluruh dunia yang sempat aku ambik (dari kiri atas ikut pusingan jam) -Kul Sharif Mosque, Rusia; Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Balkh, Afghanistan; Aleppo Citadel, Syria; Sheikh Lutfallah Mosque, Iran; Great Mosque of Agadez, Niger

Semoga ada rezeki nak melawat masjid-masjid ni yang sebenar di negara-negara tu 🤲🏻. Sebenarnya ada banyak lagi monumen lain tapi kiteorang tak sempat ambik gambar sebab nak kena pulangkan basikal dan gerak ke Kota Bharu pulak. Cuti-cuti road trip kali ni rasa macam Touch N Go pulak. Singgah sekejap lepas tu terus gerak ke destinasi seterusnya.