Showing posts sorted by date for query cameron highlands. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query cameron highlands. Sort by relevance Show all posts

Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul

Day 1 - Plaza Premium Lounge. Turkish Airlines. Touristanbul.


Turkish Airlines
And the trip begins!


Berkumpul di KLIA dan Sarapan Pagi di Plaza Premium Lounge

Kiteorang berkumpul di kaunter daftar masuk Turkish Airlines dalam pukul 7 pagi memandangkan flight kiteorang KUL-IST-LHR (London Heathrow) adalah pada pukul 10.50 pagi. Lepas check-in luggage, kawan-kawan ajak sarapan pagi di Plaza Premium Lounge sebab dieorang ada kad kredit yang membolehkan dieorang masuk ke Plaza Premium Lounge secara percuma. Since Jen boleh bawak seorang guest, jadi aku pun merasa la masuk ke Plaza Premium Lounge jugak. Untung ada geng travel yang ada perk macam ni hehe. Kaki travel mungkin boleh apply kad kredit yang ada perk complimentary airport lounge access macam ni, untung boleh makan free kat dalam lounge!


Plaza Premium Lounge
Pilihan makanan buffet dalam lounge ni not bad jugak macam dekat hotel - ada nasi lemak, mee goreng, bubur, salad, roti, kuih-muih, cereal dll. Cuma lounge agak sesak dan kiteorang kena round 2x baru dapat meja kosong

Plaza Premium Lounge
Sarapan pagi kiteorang

Pengalaman Menaiki Pesawat Turkish Airlines ke Istanbul

Kali pertama aku terbang dengan Turkish Airlines. Tempat duduk agak selesa, dengan bahagian tempat letak kepala yang boleh dilipat untuk lebih selesa semasa kita tidur. In-flight entertainment ada banyak movie terkini, dan yang best nya, ada live camera di bahagian luar kapal terbang (dekat ekor dan bahagian bawah pesawat), so kita boleh nampak pemandangan melalui kamera ni dekat kaca skrin. Lagi satu, ada WiFi percuma dalam flight jadi boleh la Whatsapp Suami Terchenta bagi update dah kat mana hihi.

Travel kit yang Turkish Airlines pun cantik sangat - setiap seorang dapat travel pouch dengan design yang menarik. Dalam pouch ni ada selipar, penutup mata (eye mask), berus gigi dan penyumbat telinga (ear plug).


Turkish Airlines
Turkish Airlines

Turkish Airlines
Makanan dalam dihidangkan dalam flight. Siap ada risalah menu lagi

Dari segi makanan, aku rasa Turkish Airlines ni antara yang terbaik dalam trip kiteorang kali ni walaupun rupa macam tak menarik je kan hehe. Cuma satu je slack, air dalam botol tu dieorang bagi sebotol kecik je setiap seorang. Kalau kau malas mintak air, memang kering je la tekak sepanjang perjalanan 😅. Tapi kalau nak refill air, boleh je pergi ke belakang mintak dengan anak kapal yang bertugas. Dari segi layanan anak kapal, bagi aku cara dieorang bercakap profesional cuma kurang mesra. Mungkin sebab dah terbiasa dengan Malaysian hospitality MAS agitcheww... 


Turkish Airlines
Pemandangan luar pesawat.


Sampai je dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (IST), first time aku tengok semua penumpang tak terus meluru bangun bila kapal terbang mendarat haha. Sebabnya Turkish Airlines ni ada polisi ketat - penumpang yang bangun sebelum kapal terbang berhenti sepenuhnya dan lampu isyarat tanggalkan tali pinggang keledar dipadamkan, akan dikenakan denda sekitar USD70. Bagus la gitu. Kadang-kadang aku perhati je gelagat penumpang dalam kapal terbang - tayar pesawat baru je jejak atas runway, dah sibuk berdiri nak ambik beg dekat overhead compartment. So buat korang yang nak naik Turkish Airlines ni, pastikan korang ingat peraturan ni, kalau taknak rugi USD70!


Touristanbul - Menaiki Bosphorus Cruise

Thanks to Anies yang pernah cerita tentang pengalaman dia joined program Touristanbul masa transit di Istanbul, kiteorang pun survey la tiket penerbangan Turkish Airlines ke London. Kalau baca kat laman web Turkish Airlines, Touristanbul ni ialah "perkhidmatan pelancongan percuma yang ditawarkan untuk penumpang Turkish Airlines dengan penerbangan pemindahan antarabangsa (international transfer flights). Penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan (connecting flight) dari İstanbul dan mempunyai masa persinggahan (transit) antara 6 dan 24 jam boleh mendapat manfaat daripada Touristanbul dan menerokai bandar Istanbul."

Memandangkan flight kiteorang tiba di Istanbul pada sebelah petang, jadi kiteorang cuma ada pilihan untuk menaiki Bosphorus Cruise. Tu pun kena rush, keluar je dari pesawat terus pecut ke passport control sebab kena daftar nama di kaunter Touristanbul sebelum kaunter tutup pukul 6 petang. Bayangkan kiteorang ni landing pukul 5.30 petang, lepas tu kena berlari macam Amazing Race dekat airport sebab kaunter Istanbultour ni jauh yakmat! 😂. Mujur sempat register dan dapat lanyard untuk join tour ni. Sempat jugak la aku jamak solat sebab surau tak jauh dari kaunter.


touristanbul
Peserta kena daftar nama di kaunter dan akan diberikan lanyard. Dari lapangan terbang, penumpang dibawa menaiki bas ke terminal feri untuk menaiki Bosphorus Cruise. Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan memberikan taklimat ringkas tentang landmark di Istanbul

touristanbul
Pemandangan dari dalam bas

Bosphorus Cruise ni ialah aktiviti lawatan di sepanjang selat Bosphorus dengan menaiki feri (gambar paling atas sebelah kiri dalam gambar di bawah). Cruise ni mengambil masa 3 jam dan kiteorang bertolak dari jeti pada pukul 7 petang. Memandangkan musim panas, jadi matahari terbenam lewat dalam pukul 9.30 malam. Suhu masa tu tak panas - sejuk macam dekat Cameron Highlands je. So memang enjoy la naik feri sambil menikmati pemandangan dan angin laut yang sejuk.

Bandar Istanbul terbahagi kepada dua - kalau tak silap aku, bandar lama terletak di benua Eropah dan bandar baru terletak di benua Asia. Ianya dipisahkan oleh selat Bosphorus dan dihubungkan oleh jambatan-jambatan. Masa aku dan keluarga aku pergi ke Istanbul 2 tahun lepas, kiteorang banyak habiskan masa explore bandar lama dan tak pergi sangat bahagian di benua Asia.


bosphorus cruise
Pemandangan di sepanjang selat Bosphorus

bosphorus cruise
Selfie dengan geng travel aku dan kawan baru kenal dari Hong Kong. Geng kiteorang Susan ni peramah betul, semua orang dia buat kawan 🤭

Tour ni recommended kalau korang cuma ada beberapa jam je transit di Istanbul dan malas nak berjalan haha. Otherwise, aku prefer tour yang Anies join dulu tapi yang tu kena ambik full day, maksudnya flight sampai awal pagi atau malam sebelumnya, dan korang ada lebih dari 12 jam di Istanbul.

Sebelum balik ke airport, kiteorang dibawa makan malam di sebuah restoran tak jauh dari selat Bosphorus ni. Jujur aku cakap, makanan dia tak sedap haha. Nasib baik free 😜. To be fair, lauk ayam tu tak sedap tapi daging tu not bad la. Rasa macam daging kebab. Jadi kalau korang dapat join tour ni dan dieorang bawak pergi makan, korang pilih lauk daging tau. Jangan pilih ayam. Kalau tak menyesal macam aku 😅. Kiteorang duduk satu meja dengan pelancong dari South Africa, dieorang pesan kat Europe jangan ambik lauk ayam sebab ayam tak sedap. OK noted haha.



touristanbul
Makan malam turut disediakan dalam Touristanbul

Tidur di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul

Selepas makan malam, semua penumpang naik bas semula untuk balik ke lapangan terbang. Perjalanan selama 40 minit tu aku habiskan dengan membuta hehe. Sebab kalau ikutkan waktu kat Malaysia masa tu dah awal pagi dalam pukul 2 pagi kalau tak silap.

Sampai je dekat lapangan terbang, kiteorang kena masuk balik ke departure hall, lalu pemeriksaan keselamatan dan pemeriksaan passport semula. 


istanbul airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul

Lepas masuk departure hall, perkara pertama kiteorang buat ialah cari nap zone sebab nak tidur sebelum kena bangun pukul sebelum pukul 5 pagi untuk solat Subuh. Dekat sana Subuh pukul 2.30 pagi dan syuruk pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah, tak ramai orang dekat nap zone so dapat la kerusi sebelah each other. Nap zone pun dekat dengan tandas dan surau.


istanbul airport nap zone
Peta lokasi nap zone

Nap zone di Istanbul Airport. Agak selesa cuma kalau jenis tidur mengiring macam aku kurang selesa sikit. Tepi kerusi ada charging port which is sangat convenient sebab sambil tidur boleh charge phone dan device lain. Cuma kena pegang selalu takut tengah lena tidur, bangun-bangun tengok dah hilang 😅

Esoknya, flight kiteorang ke London pukul 7.45 pagi. Dekat airport Istanbul ni takde shower room percuma. Kalau nak mandi kena pergi ke iGA Lounge. Bayaran dikenakan ialah sebanyak €17.50 (RM86).  Jadi nak jimat duit, kiteorang bawak tisu basah wangi untuk lap badan dalam tandas 😅. 

Overall, aku puji Turkish Airlines sebab menawarkan perkhidmatan pelancongan percuma untuk penumpang transit. Untung sangat bila syarikat penerbangan buat program ni sebab kita pun dapat destinasi bonus masuk dalam percutian kita. Sesetengah syarikat penerbangan macam Etihad Airways pun ada program macam ni tapi dieorang tak bukak untuk semua route penerbangan dan untuk semua kelas penerbangan. Jadi kesimpulannya, naik la Turkish Airlines hehe.

Next entry, cerita bila sampai kat London pulak. Bila la agaknya tu kan? 🫢 👀


Ziarah Madinah al-Munawwarah (Bahagian 2)

Entry kali ni aku nak cerita pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari, 1195). Raudhah dianggap istimewa sebab di sini tempat Rasulullah SAW selalu mengerjakan solat sunat dan para sahabat Nabi SAW suka berkumpul dan beribadah dalam kawasan Raudhah. Disebabkan Raudhah disebut sebagai taman syurga, ramai yang yakin berdoa dalam kawasan Raudhah akan lebih mudah dikabulkan, walaupun takde dalil dan hadis yang khusus dan jelas menyebutkan bahawa Raudhah merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa.

Berbalik kepada pengalaman masuk ke Raudhah. Sebelah malam selepas kiteorang balik dari ziarah ke sekitar kota Madinah, jemaah wanita dibawa oleh ustazah pembimbing untuk masuk ke Raudhah.

Masuk ke Raudhah secara berkumpulan ialah satu pengalaman yang menarik dan agak mencabar 😅. Ustazah berkali-kali mengingatkan supaya kumpulan kiteorang tak terputus untuk mengelakkan jemaah dari negara lain tiba-tiba masuk kumpulan kiteorang (kes nak potong giliran la biasanya). Dan benda ni berlaku depan mata aku sendiri.

Tapi sebelum tu, aku ceritakan serba ringkas peraturan nak masuk ke Raudhah. Sekarang ni nak masuk ke Raudhah, kena mohon permit masuk melalui aplikasi Nusuk terlebih dulu sebelum berangkat ke Madinah. Caranya ialah dengan mendaftar di aplikasi Nusuk dan hanya mereka yang mendaftar dan mendapat kod QR je dibenarkan masuk ke Raudhah pada tarikh dan masa yang dipilih.


Permit masuk ke kawasan Raudhah melalui aplikasi Nusuk

OK, now cerita part pengalaman nak masuk ke Raudhah pulak. Bila diingatkan rasa kelakar pun ye jugak. Macam nak masuk medan peperangan uolls! Malam tu, kawasan luar pekarangan masuk ke Raudhah sesak dengan jemaah yang menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. Kebanyakan kumpulan dari pelbagai negara. Masing-masing muka tegang dan fokus dengan arahan dari mutawif kumpulan masing-masing 😅. Bila dah hampir waktu untuk kumpulan kiteorang masuk, ustazah pembimbing tu sekali lagi mengingatkan jangan sampai kumpulan kiteorang terputus masa nak berbaris masuk ke pekarangan Raudhah. Sebabnya tempat sangat-sangat terhad dekat dalam Raudhah jadi kalau kuota penuh kesian siapa yang kena cantas dengan jemaah lain tu. Kiteorang ni punyalah cemas takut terpisah dari kumpulan sampai kena berlari-lari anak dan pegang bahu orang kat depan takut terlepas! 😂 Kesian mak, sebab dia dah la tak boleh jalan laju, tapi malam tu kena berlari-lari. Beristighfar panjang mak berlari dalam keadaan cemas.

Alhamdulillah kumpulan kiteorang semuanya selamat dan berjaya masuk ke pekarangan Raudhah. Lepas tu kiteorang beratur pulak untuk masuk ke Raudhah. Sementara menunggu giliran, ustazah suruh kiteorang menunaikan solat sunat. Selesai solat sunat, kiteorang pun menunggu dengan penuh sabar giliran barisan kiteorang masuk ke Raudhah. Sedikit gambaran, dekat ruang menunggu tu ada 3-4 barisan yang beratur macam dalam perhimpunan sekolah. Sebelah kiri kiteorang jemaah dari Malaysia, tapi dari travel agent yang lain. Sebelah kanan pulak barisan jemaah dari XXX (taknak sebut kat sini, takut buka aib). Setiap barisan dipisahkan dengan tali penghadang.

Tengah-tengah tunggu giliran barisan kiteorang masuk, tiba-tiba seorang makcik dari negara XXX ni melangkah atas tali tu dan masuk ke barisan kiteorang, which is antara aku dan mak! Terpinga-pinga la kiteorang kenapa dia tiba-tiba masuk ke barisan kiteorang. Barulah kiteorang faham kenapa Ustazah suruh jaga supaya jangan bagi orang lain masuk ke barisan kiteorang. Akak yang berdiri belakang mak aku terus sergah dan tolak makcik tu masuk balik ke barisan dia. Mak aku yang sebelum ni semput sebab lepas berlari pun hangin jugak. "Go back! Go back!" kiteorang cakap dengan suara lantang. Ustazah yang jaga barisan kiteorang toleh dan terus jerit kat makcik tu supaya jangan masuk barisan Malaysia. Nak tak nak dengan muka tak puas hatinya, makcik tu pun terpaksa masuk balik ke barisan dia. Dah la buat salah, dia pergi marah kat kiteorang balik sambil sebut-sebut nama Rasulullah SAW. Agaknya dia bebel 'macam ni ke umat Nabi Muhammad?' Ish, dasar penunggang agama! 

Bila giliran kiteorang masuk je, Ustazah suruh kiteorang cepat-cepat ambik tempat kosong dan terus solat sunat sebab setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit je berada dalam Raudhah. Alhamdulillah sekali lagi rezeki kiteorang dapat tempat paling depan di antara tiang Siti Aishah dan dinding hijau yang memisahkan kawasan Raudhah wanita dengan makam Rasulullah SAW.

Selepas 10 minit, pengawal keselamatan bertugas terus suruh jemaah untuk berhenti solat dan bergerak keluar dari kawasan Raudhah untuk memberi laluan kumpulan seterusnya. Masa bergerak keluar dari Raudhah, baru la aku sempat ambik gambar tempat kiteorang solat dalam Raudhah ni sebagai kenangan:


Tiang belakang tu ialah tiang Siti Aishah dan di sebalik dinding hijau tu ialah makam Rasulullah SAW. Sebelum meninggalkan kawasan Raudhah, kiteorang toleh dan beri salam dekat Rasulullah SAW

Semoga diberi kesempatan lagi untuk solat dalam kawasan Raudhah dan di belakang tiang Siti Aishah 🤲🏻


Aku dan mak 🫶🏻 Sepanjang nak masuk ke Raudhah, aku pegang tangan mak takut terlepas masa berlari-lari anak 🤭

Muka lega selepas 'berperang' untuk masuk dan solat dalam Raudhah!

Tu la pengalaman pahit manis nak masuk ke kawasan Raudhah. Aku tak pasti macamana orang lain boleh spend masa lebih dari 10 minit dalam Raudhah ni sebab pengawal keselamatan dalam tu memang tegas dan garang menghalau jemaah keluar. Disebabkan masa kiteorang pergi ni ramai giler orang yang datang ke Madinah (mungkin sebab cuaca masa tu tak sejuk sangat, lebih kurang macam kat Cameron Highlands je), jadi aku memang faham kenapa setiap kumpulan diberi tempoh masa yang singkat je untuk solat dekat dalam Raudhah. Satu lagi askar kat sana kena tegas sebab macam-macam pe'el jemaah yang cuba nak menyelinap masuk ke Raudhah walaupun takde permit masuk. Sampai ada yang sanggup panjat penghadang yang memisahkan kawasan luar dengan pekarangan masuk ke Raudhah! Aku pernah terbaca kat Thread, jemaah Malaysia pun ada yang buat perangai macam ni ye. Siap ajar orang lain lagi tips dan helah nak masuk ke Raudhah dengan cara macam ni. Perbuatan ni tak adil bagi jemaah yang dah daftar permit masuk ke Raudhah sebab setiap slot masa yang diberi dah ada kuota maksimum jemaah yang boleh masuk ke Raudhah.

Sekian pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Bahagian 3 akan menyusul besok. Stay tuned!

Main Indoor Roller-Coaster di Berjaya Times Square Theme Park

Ni cerita cuti sekolah bulan Mac lepas. Aku bawak anak-anak bermain di taman tema Berjaya Times Square (BTS) memandangkan sepanjang cuti sekolah asyik terperap di rumah je kecuali masa kiteorang  bercuti trip camping di Cameron Highlands. Lepas tu Suami Terchenta sibuk bekerja jadi tak dapat la nak bawak jalan-jalan. 

Sebenarnya ni pertama kali budak-budak ni ke sini, tu pun aku bawak sebab anak-anak kata rindu nak main rollercoaster di Legoland. Nak pergi Legoland nan hado bajet, jadi bawak dieorang main rollercoaster kat BTS je la.

Mula-mula sampai sini, kiteorang terus cari kaunter tiket. Mujur tak ramai sangat orang sebab kiteorang pergi hari biasa. Aku memang tak plan nak masuk, jadi cuma bayar 2 tiket je - tiket dewasa (RM60) untuk Khayla sebab ikut tahun lahir dah dikira 13 tahun dan tiket kanak-kanak (RM50) untuk Khadeeja (12 tahun ke bawah).


Berjaya Times Square Theme Park
Kaunter tiket terletak di tingkat 5

Lepas bayar harga tiket, dieorang berdua pun masuk sementara aku tunggu di luar memerhatikan permainan yang ada kat sini. Dalam taman tema ni ada banyak permainan. Boleh rujuk peta taman tema ni kat sini:


Berjaya Times Square Theme Park
Peta Taman tema Berjaya Times Square (sumber: laman web BTS Theme Park)


Berjaya Times Square Theme Park
Bubbles' Express - mesti pening naik bendalah ni sebab berpusing-pusing

Berjaya Times Square Theme Park
Inflatable slides sesuai untuk anak-anak kecik

Berjaya Times Square Theme Park
Yang ni pulak kat tingkat 7, masa ni aku tengah tunggu dieorang habis bermain

Khayla dan Khadeeja masuk-masuk je terus beratur naik roller-coaster. Bukan nak explore pun taman tema tu. Lepas tu tengok la apa yang jadi.


Berjaya Times Square Theme Park
Besar roller-coaster kat sini walaupun terletak dalam bangunan

Berjaya Times Square Theme Park
Khayla dan Khadeeja naik roller-coaster sampai 2 kali!

Roller-coaster kat sini extreme sikit dibandingkan dengan roller-coaster di Legoland. Roller-coaster kat BTS ni berpusing-pusing kalau tak silap 2 kali loop. Khadeeja memang seronok habis (dia ni adrenaline junkie sikit), yang kakak pulak lepas naik sekali sebenarnya dah mula pening kepala. Tapi adiknya paksa jugak naik sekali lagi.

Sudahnya, masa tengah naik roller-coaster kali kedua tu, dia menahan muntah. Orang lain terjerit-jerit sakan, dia pulak tak berbunyi sebab tutup mulut takut terkeluar muntah.

Lepas turun dari roller-coaster, Khayla kata lutut dah longlai tapi dia gagahi jugak keluar dari tempat tu. Bila Khayla nampak aku duduk menunggu kat luar, dia terus baring kat pangku. Nak pitam katanya. Alahai kesiannya dia... Nasib baik aku ada Tapi kesian jugak kat Khadeeja sebab dia ikut kakaknya keluar so dah tak boleh masuk dalam taman tema lagi. Nampak la muka dia frust tak boleh cuba permainan yang lain. Takpe la Khadeeja, lain kali datang sini lagi dengan bapak pulak. Aku memang tak la nak main permainan kat sini sebab ada penyakit darah tinggi.

Sayangnya budak-budak ni tak sempat bermain semua permainan kat sini. Mungkin ada rezeki lagi boleh bawak dieorang mencuba permainan-permainan yang lain pulak. Korang pernah bermain di Taman Tema Berjaya Times Square tak? Permainan apa yang paling best menurut korang? Cuba komen sikit.

Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)

Apa yang aku boleh ungkapkan tentang pengalaman camping di Sojuk Riverside - best giler! Rasa nak repeat lagi lepas ni hihi.

Dari KL nak ke Sojuk Riverside ambik masa sejam. Kiteorang guna Waze je, confirm tak sesat. Bila dah sampai, dari tepi jalan lagi dah nampak papan tanda yang terpampang ni:


Sojuk Riverside
Yeayy dah sampai!


Masuk-masuk je, nampak sebuah kabin. Kiteorang berhenti kat situ untuk daftar masuk dan bayar baki sewa tapak khemah (RM50) dan deposit sampah (RM10). Deposit sampah ni akan dipulangkan kalau kita bawak balik sampah. 

Rupa-rupanya Sojuk Riverside ni terletak dalam kawasan dusun durian. Masa kiteorang sampai, ada 2-3 buah keluarga yang datang berkhemah hujung minggu, dan dieorang dah nak balik pun. Buat pengetahuan kawan-kawan, tapak khemah kat sini first come first served basis. Tapi tak kisah sangat sebab tanah kat sini luas. Kiteorang pilih untuk pacak khemah betul-betul di tepi sungai. Kereta pun boleh parking betul-betul belakang khemah jadi tak perlu la berulang-alik jauh-jauh nak angkut barang.


dusun durian
First time anak-anak dapat tengok buah durian masih bergayut atas pokok

Sojuk Riverside
Ni tapak yang kiteorang pilih, betul-betul menghadap pokok rambutan

Sojuk Riverside
Pondok tandas dan ruang mandi tak jauh je dari situ

Sojuk Riverside
Selain dari tapak khemah, tempat ni ada menyediakan penginapan di kabin dan teratak pondok

Sojuk Riverside
Tandasnya bersih dan aku suka sebab ada tandas duduk

Sojuk Riverside
Ada tanda arah kiblat jugak

Aktiviti pertama tak lain tak bukan mestilah pacak khemah dulu. Anak-beranak bekerjasama pasang khemah, dan tak sampai sejam dah setel. Kali ni dah pandai pasang khemah, tak macam masa kat Cameron Highlands ambik masa dekat 2 jam nak setup hihi.


Payung.com
Akhirnya ada gambar rupa dalam khemah!

Waktu siang ni kiteorang bukak 'tingkap' khemah supaya angin boleh masuk. Tapi dah namanya khemah, tetap la berbahang jugak dalam tu. Nak pasang khemah bawah teduhan pokok, takut buah durian jatuh atas khemah tak ke naya. Lepas pasang khemah, meja makan dan susun-susun peralatan lain, aktiviti seterusnya ialah makan tengahari. Aku dah siap-siap buat sos spaghetti kat rumah, tinggal nak rebus spaghetti dan panaskan sos.


camping cooking
Aktiviti memasak tengahari

camping cooking
Suami Terchenta tak sabar-sabar nak makan

camping
Minum milo sejuk sementara tunggu spaghetti masak

camping
Dah siap! Jemput makan...

Lepas makan, masing-masing lepak kejap luar khemah sebelum salin pakaian untuk aktiviti seterusnya - mandi sungai!

Best tau, air kat sini jernih dan sejuk! Mula-mula masuk tu, menggigil sampai ke tulang kering sejuknya tu. Tapi lama-lama rasa tak nak keluar! Sayang takde pelampung yang besar, kalau tak boleh duduk dalam pelampung pastu enjoy dihanyutkan ke hilir sungai hihi (gambar mandi sungai takde sebab Suami Terchenta lupa bawak kamera GoPro yang boleh masuk air).

Dalam sejam jugak la kiteorang berendam dalam sungai tu, bila dah start cramp kaki sebab sejuk, barulah sorang-sorang naik ke tebing dan pergi ke bilik mandi untuk salin pakaian kering. Lepas tu kena solat gilir-gilir sebab ruang dalam khemah agak terhad. Lepas solat, masing-masing keletihan. Anak-anak sambung main game kat phone, aku dan Suami Terchenta pulak baring-baring kat tilam dan terus terlena (walaupun dalam khemah tu berbahang, tapi sebab dah sejuk lepas mandi sungai jadi kurang sikit rasa berbahang tu).

Next entry aku sambung pulak aktiviti petang tu. Stay tuned!

Cuti Sekolah Mei 2023



Jom tengok aktiviti menarik masa cuti sekolah:


Nak tengok lebih banyak aktiviti menarik musim cuti sekolah dalam Malaysia, klik di pautan 'Travel' > 'Malaysia':



Selamat bercuti, anak-anak!

Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 2)

Baca Bahagian 1 di sini:

Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 1)

Dah nak masuk cuti sekolah penggal pertama baru nak sambung balik cerita aktiviti camping cuti sekolah akhir tahun lepas hihi.

Bila pergi camping, aktiviti utama tak lain tak bukan ialah makan-makan. Feeling dapat masak dekat open air dan atas open fire tu tak boleh nak describe rasa seronok tu haa gituhhh... Lagi-lagi dalam cuaca sejuk memang heaven dapat makan makanan panas-panas.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Aktiviti utama camping - BBQ

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Jagung beli di Cameron Highlands. Sedap dan manis isinya

Cuaca malam sejuk bawah 20℃. Time sejuk-sejuk ni cepat lapar dibuatnya. Makan malam kiteorang ialah jagung bakar, ayam dan udang panggang, nachos dan spaghetti aglio olio (takde dalam gambar). Sebelum tidur, kiteorang memanfaatkan bara api yang tersisa dengan bakar ubi keledek dan anak-anak nak bakar marshmallow sambil hirup air coklat panas.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sementara tunggu ayam panggang masak, aku buat nachos untuk alas perut

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Bakar marshmallow atas bara api sementara kiteorang pulak bakar ubi keledek untuk supper

Sengaja kiteorang tak aktifkan Internet masa camping ni supaya anak-anak tak menghadap gajet je. Lepas makan, anak-anak berehat-rehat atas tilam angin sambil membaca buku.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Masa ni kurang sikit gangguan dari gajet, masing-masing khusyuk membaca

Esoknya, kiteorang bersarapan pagi dengan telur dadar dan menghabiskan makanan yang dipanggang malam sebelumnya. Untuk Khayla pulak, aku buatkan roti bersalut telur dengan cheese. Lepas sarapan, tiba-tiba Suami Terchenta dipanggil masuk meeting! Sudahnya separuh hari aktiviti santai-santai dalam khemah je. 


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Suami Terchenta panaskan balik makanan yang dipanggang malam sebelumnya

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sarapan pagi hari kedua

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Khayla menikmati sarapan pagi

Tengahari pulak, Suami Terchenta masak meatball IKEA dan rebus brokoli. Hari kedua ni agak mencabar nak memasak sebab angin agak kuat. Kena buat penghadang depan stove tu kalau tak api asyik padam je.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sos meatball tu pun beli kat IKEA jugak

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Makan tengahari yang simple

Petang hari kedua, ramai yang datang set up khemah sampai penuh tapak khemah keliling khemah kiteorang. Malam tu, kiteorang pergi Centrum Mall sebab Khayla teringin nak makan steamboat di Sinar Hijjaz macam trip kiteorang ke Cameron Highlands sebelum ni.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Malam kedua kita gantung kuali, pergi steamboat pulak

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Khayla tak sabar-sabar nak makan steamboat

Balik dari steamboat dinner, masing-masing dah masuk dalam khemah bergulung bawah selimut. Sejuk! Tapi malam tu susah sikit nak tidur sebab ada campers yang masih lagi berborak-borak dan bergelak ketawa sampai larut malam. Aku keluar ke tandas pukul 1 pagi pun tengok dieorang masih lagi rancak bergelak ketawa tanpa mempedulikan campers lain yang dah senyap-sunyi dalam khemah masing-masing. Geram jugak rasanya tapi tahan je la. Huhu.

Hari terakhir. Untuk sarapan, Khayla dan Suami Terchenta buatkan mac & cheese. Aku dan Khadeeja pulak sarapan telur dadar dan scrambled eggs.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Mac & cheese kegemaran Khayla

mac & cheese camping food
Kita kasi perabihkan terus cheese yang dibawak

Lepas sarapan, anak-anak cuci peralatan memasak. Suami Terchenta pulak keluarkan angin dari tilam dan simpan tilam dalam beg khas tilam. Aku mengemas-ngemas barang-barang memasak untuk disimpan dalam troli. Lepas tu semua bekerjasama bukak khemah dan mengemas barang-barang khemah. Kiteorang pinjam troli tapak khemah ni untuk angkut semua barang-barang sekaligus sebab kalau harapkan troli kiteorang je, kena 2-3 trip jugak nak angkut barang-barang ke kereta.

Alhamdulillah, dengan tu berakhirlah trip camping sulung tahun ni. Cuti yang akan datang ni Insha Allah tengah usha-usha tapak camping sebab dah invest camping gear yang bermacam-macam tu kenalah rajin pergi camping selalu!