Kelantan, Oh Kelantan...

Nampaknya ore Kelate ari nih gi shopping naik bot. Baca coretan Junaidix, sumbernya a.k.a. kawan baik dia kat sana siap main kocak2 air lagi sesambil ber'chatting'. Meriahnya dok kat Kelate nun... ;)

Sebenarnya aku dah lama teringin nak gi Kelantan sana. Silih berganti roommates aku mek2 Kelate n Terengganu sibuk mengajak aku gi Pantai Timur. Paling last sekali aku gi Kelantan ialah, err, dah lama dah :p Aku teringat peristiwa nih masa kat Kelantan arituh,

Masa tu kitaorang nak pi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Kitaorang tahan bas yang nak gi sana. Aku la orang first yang bersemangat nak naik bas tuh. Pakcik drebar pun tanya,

'Nak gi mana?'
'Pantai... err...' (alamak! terlupa nama pantai tuh!)
'Pantai apa?'
'Pantai Cinta Berahi!' konpiden je aku jawab.
'Oo... Pantai Cahaya Bulan la dik...'
Member2 aku sibuk gelakkan aku kat anak tangga bas. Aku masuk bas dengan muka merah sambil penumpang2 lain tersenyum2 jeling kat aku.

Tapi yang best nyer makanan kat Kelantan memang murah2 n sedap2 belaka. Aku paling suka nasi kerabu. Mula2 tengok, aku gerun jugak tengok nasinya yang biru. Selamat utk dimakan ke nasi nih? kata aku dalam hati. Tapi bila dah cuba, wah3! sampai sekarang kalau nampak nasi kerabu aku tak leh miss. 'Kasi budu lebih sket yek?' Hehe...

Satu lagi pengalaman tak leh dilupakan, ialah makan eta. Eta tu sejenis kupang (ek? ye ke?) yang kecik, n susah nak dikopek. Aku menghabiskan setengah jam nak kopek 5 eta tu aje. Jadi, secara puratanya, aku mengabiskan 6 minit nak bukak satu eta tu. Orang lain dah semangkuk, aku baru je 5. Hampeh betul.

Shopping kat Kelantan pun best, especially gi tempat2 buat batik n gi Pasar Besar Siti Khadijah. Aku ingat lagi apa yang aku borong utk family aku kat rumah. Batik Kelantan, wau bulan, baju tidur kelawar utk mak aku, n jubah utk diri-sendiri =) Masa tu kan trend pakai jubah... Nampak sopan. Ntah kenapa lepas tuh aku dah tak pakai. Nak lasak susah... :p

Akhir sekali, persepsi aku kat orang Kelantan nih sebenarnya kelakar orangnya. Diaorang nih buat lawak memang best. Kawan aku Kasuadi (Wadi, kat manalah ko sekarang? Dengar kabar dah kawen? Betul ke?) adalah contoh member yang paling lawak pernah aku jumpa. Dia nih plak berkawan kamceng ngan member baik aku, Anip Poyo, Haiza, & Kak Iha.

Masa kat rumah seorang member yang buat makan2, kitaorang ditugaskan memanggang ayam. Kawan aku, si Haiza nih pakai tudung rumba2 ala2 Wardina. Dia mengipas2 muka dia ngan bucu tudung dia sebab kepanasan dek aktiviti memanggang tu. Si Wadi nih sibuk mengusik Haiza.

'Za, za... Ari raya nanti ko tak payah nak beli sumbu pelita, kan Za? Tu kat tudung ko tu byk sumbu pelita, Za...'
'Asbestos!!'

Kitaorang dah terbongkok2 gelak. Wadi, Wadi... Memang banyak la kenangan lucu ngan diorang nih...

Akhir sekali, aku nak pi Kelantan la berhari raya Aidiladha kat sana :) Tak sabar2 rasanya menjejakkan kaki semula kat negeri 'serambi Mekah' tu...

Kisah Sepohon Semalu

Semalu - nama saintifik mimosa pudica. Dulu masa kecik2, aku suka mencangkung tepi jalan, main daun semalu nih. Rupa2nya ada citer di sebaliknya...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

"Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil."

-erk... alamak! isk... isk... aku lebih dasat dari pohon semalu. Sampai malam masih kat opis.... Oleh yang demikian, aku nak balik la...

I forgot!

As I sat in front of my pc doing another purchase document, I nearly let out a scream.

I forgot that Magic was in town last couple of days. I so totally forgot! I'm supposed to contact her and arrange for hang out session or something, but darn it! My over-used memory fails to serve me this time. Magic, so sorry.... :p I really, really forgot about it....

Anyway, my weekend wasn't that fabulous. I went for driving lesson as early as 8 a.m. and came back around 3 p.m. of which, after turning and un-turning the wheel, I was really glad to see my teddy bear beckoning me to hug it and sleep. For a couple of days, I focused hard on improving my driving skills (which is still lousy...) in time for the big test this Thursday. Gulp.

Anyway Magic, hope you had a nice weekend in JB last week :)

"If I could have one wish granted, then God, let us be forever this way. Frozen in time"

I've always dreamed of freezing beautiful moments in order to re-visit these moments, untouched, unscratched.

Of smiles, every curve of it, showing perfect white teeth, twinkle in the eyes. Happiness in its true form.

"If I listened hard, I could hear echoes from the past"

To which sometimes I whisper back the words, every single of it, like music in my ear. Then brushing it away, as the heart grows tender.

"To remember you like this. The one who makes me happy"

It's like a blessing, it's like a curse. To be given strong memory, only to remember only the harsh moments. To forget all good things that had happened, as anger fills every inch of the heart.

"Calamity! Calamity! What chaos has entered our lives?"

I cease to think.

Sesaje...

Meja aku. Berselerak lagi. Aku nih memang malas nak ngemas meja sebab aku tau lepas tu aku kene kuarkan n hamburkan balik mas wat keje.

Tengah wat minit meeting n at the same time, update website company :p. Baru je abis tepon IT exec. mintak merge n create satu je akaun email utk tujuan meng'contact' department aku. Gambar yg aku tampal kat dinding partition tu, ialah gambar my two sweet sisters n my mom. Kalendar tu plak tgh buat balancing act atas bekas kuih yang akak opis aku ni kasi tapi sampai sekarang tak abis2 lagi coz aku 'kureng' minat kek buah.

Bekas pensel yg comel tu ialah hadiah dari kawan baik aku kat Sarawak. Manakala bekas coklat yang tak buang2 lagi tu plak, tak diketahui lagi sapa yang kasi. Tau2 atas meja aku ngan note 'To Carneyz' and lima minit kemudian, piranha2 yang lahap telah memakannya sampai la tinggal bekas je... Sadis betul riwayat coklat Ferarro Rocher tu.