• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, January 07, 2008

Dari Selatan Ke Utara: Jalan2 di Penang (Last Part!)

Nota: Ini ialah entry malas, harap maklum! :p

Lepas sesi makan-makan & berhooray2 di Teluk Bahang, team Msjbox berpecah dua. Amy dan Kak Niza mengundur diri sebab ada hal sendiri. Kami pula menyerbu rumah Sishoney untuk guna toilet free (muahaha!). Memang sangat tak guna, kan? :p

Then aktiviti jalan-jalan cari makan di Penang pun bermula.

Mula2, Sis nak bawak kami ke round2 di Taman Rimba. Tapi oleh sebab semua dah letih dan Intan & Fysal pun mungkin tak larat nak bawak si kecik Ika tu jungle-trekking naik ke air terjun, maka plan itu dibatalkan. Kami cuma lalu di situ, ambil bau pun tak apa. Kami meneruskan perjalanan ke Penang.

Sebelum tu, kami singgah di Masjid Terapung untuk menunaikan kewajipan. Menurut Sishoney, kat sinilah berlaku tsunami dulu, dan apartment bertentangan masjid tu ialah rumah mangsa-mangsa tsunami.

Kami sempat berposing-posing di depan masjid:

Yonna, me & Sishoney posing sakan!

Lepas solat, Sis tanya kami nak cari treasure hunt nasi kandar tak? Ramai yang agak malu2 (contohnya Suami Terchenta), tapi aku tak. So Sishoney pun bawak kami ke Gurney Drive:

Gurney Drive yang aman damai

Kami menuju ke restoren ini:

Sishoney tak pasti sama ada nasi kandar di sini paling sedap, yang dia tahu nasi kandar kat tempat dia paling sedap. Kiteorang tak kesah, Aiman pun tak kesah...

Nasi kandar Penang, macam best nih

Pada mulanya, Suami Terchenta tak berminat untuk makan dek kerana masih kenyang. Tapi bila dia tengok nasi kandar yang menggoda ini:

Udang galah goreng, telur masin, sayur kobis, kuah banyak-banyaaaaakkkk...


5 minit kemudian:

Korang tengok tu, siapa yang lebih2 nak makan...?

Sishoney pulak order pancake honey ni (roti pisang + madu + aiskrim vanilla):

'Sebab nickname aku Sishoney, mesti lah makan pancake honey!'

Muka yang malu2 nak makan nasi kandar 20 minit sebelum tu

Lepas puas melantak, aktiviti seterusnya ialah mencari jeruk untuk dibawa pulang ke KL:

Kami diserbu oleh penjual2 jeruk - 'Lai, lai! Beli jeluk, satu bungkus, lima linggit saja!'

Kami sempat jugak beli t-shirt untuk kenang-kenangan. Mulanya, apek t-shirt tu nak jual dengan harga RM18 (wow, mahalnya!) tapi lepas tu Sishoney tawar menjadi... 5 hengget je sehelai! Seronok la shopping ngan Sis nih! :)

After puas pusing2 cari jeruk, kami pusing2 pulak carik shopping complex tapi memandangkan hari dah senja, kami pun bertolak ke pangkalan feri untuk sesi thrill yang last:

Naik feri pun thrill juge...

Bye-bye, Pulau Pinang...

Yeaaa!! Akhirnya tamat sudah cerita lipur-lara nih :p
Read more »
on Monday, January 07, 2008 0
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, January 06, 2008

Dari Selatan Ke Utara: Piknik di Teluk Bahang (Part 2)

Muahaha!
Nampaknya ramai yang tak sabar tunggu part 2.
Walaupun mereka sendiri tau apa yang berlaku sebab mereka pun join sekaki round2 di Pulau Pinang :p
Hehe. Sori yek, aku sebok bangat sekarang ni ;)
Ok, let's begin Part 2!


Pagi Ahad tu, kami bangun awal. Tapi tuan rumah pulak bangun lambat :p Sebelum bertolak ke Penang, kami sempat menikmati nasi lemak ayah Fysal:

'Nasi lemak satu!'

Suami Terchenta training dukung baby ngan anak Fysal, Ika. Ok, boleh kasi lulus!

Kami sepatutnya bertolak pukul 8pagi, tapi disebabkan kelewatan tuan rumah (bukan kami ya!), kami akhirnya berkonvoi pada pukul 9 pagi. Kesian Amy dan hosmetnya, Kak Niza, sebab kena tunggu lama sikit.

Setelah penat 2 sang kancil bermain kejar-kejar di highway, akhirnya kami sampai di Jambatan Pulau Pinang!

Tengok tu! Di Penang pun ada Twin Towers ;)

Amy dan Kak Niza sampai dengan kereta Savvy merah. Kami berkonvoi pulak ke Teluk Bahang untuk bertemu dengan Sishoney dan Yonna. Sesampainya di sana sekitar pukul 11pagi, kami semua yang sudah penat di dalam kereta bertempiaran keluar sambil membawa peralatan piknik dan makanan masing-masing.

Sementara orang lain bersiap-siap untuk berpiknik:

Geng Msjbox bersiap-sedia untuk sesi hooray-hooray di Teluk Bahang


Kami berdua pulak bersuka-ria snap gambar kenang-kenangan:

Bercanda di tepian pantai...

Demi merealisasikan impian kami mendaki Gunung Kinabalu, kami praktis dulu di Teluk Bahang:

Adeh... gayat ni!


Dan lepas bermati-matian memanjat, akhirnya berjaya naik ke atas!

Wokeh! Gunung Kinabalu, here we come!

Sishoney pun sambut cabaran mendaki batu di Teluk Bahang

Sesi makan + borak2 sedang berlangsung

Dalam pukul 1tghr, sesi piknik pun tamat dan kami berkemas2 untuk berjalan2 di Pulau Pinang pulak:

'Selagi hangpa semua tak kemas tempat nih, selagi tu hangpa tak boleh balik!' (Sishoney bercekak pinggang)


Sesi jalan2 Pulau Pinang aku story2 later, ye? Hehe.
Read more »
on Sunday, January 06, 2008 0
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 01, 2008

Dari Selatan Ke Utara: Parit Buntar (Part 1)

Minggu lepas, kami buat rancangan langkah panjang. Destinasi? Pulau Pinang. Rancangan kemudian diheboh-hebohkan kat rakan2 blogger di Utara. Nasib baik ada yang sudi bagi penginapan free (Fysal) dan jadi tour guide (Sishoney & Yonna). Tak ketinggalan yang nak join berhooray2 (Shai, Amy Maria & hosmet, dan Bad).

Tapi, sehari sebelum kami bertolak, dengan sangat tak bestnya aku terpaksa terbang ke JB for work purpose. Oleh sebab kami perlu bertolak awal pagi Sabtu, aku arrange supaya balik malam itu jugak. Maka, selepas sekian lama, aku balik ke KL naik tren first class! Me like-eeyyyyyyy!!!

ADNFD - Premier Deluxe; RM107.80 untuk katil tingkat atas, dan RM127.80 untuk tingkat bawah (Photo source: Here)

Pada pendapat aku, travelling waktu malam lebih selesa dan selamat kalau naik tren. Sebabnya, sampai2 je hari dah cerah. Tak perlu susah2kan orang jemput di stesen bas pukul 3 atau 4 pagi. Lagipun ada katil yang selesa dan bilik mandi pun ada (tapi airnya sejuk!). Masa di France dulu, aku pernah naik SNCF train dari Nice ke Paris. Therefore, aku buat perbandingan dan hasilnya, koc KTM jauh lebih selesa, ruang lebih luas dan perkhidmatan lebih mesra dari SNCF. Syabas, KTM! KTM Boleh!

Tapi malangnya, aircond yang kuat menyebabkan demam selsema aku bertambah teruk dan mood aku bertambah jatuh. Sampai aku mengamuk dengan Suami Terchenta sebab lambat sampai. Huhu. Kesian dia ada isteri macam singa. Tapi Suami Terchenta ada teori lain. Teori yang lebih kaler2. Muahaha! Takpe, takpe. Sekarang isteri terchentanya dah tersenyum lebar semula. Terima kasih Power Root!

Perjalanan ke Pulau Pinang bermula pada pukul 8pagi. CLK berlari dengan semangat Power Ranger ke Jawi. Kami travel ikut highway Utara-Selatan, melimpasi pemandangan air terjun Lata Kinjang yang mengkagumkan, Gua Tempurung, Bukit batu kapur, dsb. Akhirnya kami sampai di Jawi pukul 12.30tghr.

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Dillenia / Nurshahidayah Razali! :) Dia ialah salah seorang best friend Suami Terchenta masa di UTM dulu.


Dillenia dan suaminya - sama cantik, sama padan :)

Memandangkan demam aku semakin mengada-ngada dalam cuaca panas di rumah pengantin, kami terpaksa minta diri sebelum sempat amik gambar dengan pengantin di atas pelamin. Masuk dalam kereta je, dunia aku jadi gelap-gelita. Aku tidur sepanjang perjalanan ke rumah Fysal di Parit Buntar.

CLK berehat selepas penat berlari-larian dari KL ke Pulau Pinang sebelum patah balik ke Perak

Lepas mandi dan solat jamak, Suami Terchenta suruh aku berehat di bilik. Bila terjaga, baru mood aku rasa lebih selesa. Fysal berikan ubat selsema. Nasib baik la kawan tu pembantu perubatan. Ada jugak stok ubat-ubatan di rumah.

Secara terus-terang, aku katakan. AKU SUKA PARIT BUNTAR! Suasana kampungnya relaks, tak huru-hara macam di KL. Ada beberapa sebab yang buatkan Parit Buntar as destinasi favourite aku:


Pantai Ban Pecah, Tg Piandang

Lepak2 waktu petang di sini memang best. Angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan laut yang cantek, dan gerai2 makanan yang menjual makanan panas. Kami duduk dan Fysal pesan cucur udang yang sedap. Suami Terchenta pesan ABC dan Shai beli keropok lekor. Kami berborak2 sampai senja. Aku suka suasana santai dan angin laut waktu petang.


Bot nelayan berlabuh waktu senja

Suami Terchenta - Peace!

Shai dan Fysal, berposing sakan

Char Kuey Teow Paling Sedap

Kalau aku pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, dah lama aku bagi 5-star rating kat char kuey teow kat sini! Memang sedap tak terhingga. Bak kata Suami Terchenta, selak2 udang baru jumpa char keuey teow, bukan sebaliknya!


Char Kuey Teow Parit Buntar, RM2.50 je sepinggan

The kind of recipe I like!
Tak hirau kiri dan kanan, masing-masing asyik menikmati kesyedapan char kuey teow (dari kiri: Fysal & isterinya Intan, dan aku)


Wireless Internet - Free!

Kalau kami sudah bosan bayar pelbagai jenis bil di KL, kami pasti akan berpindah ke Parit Buntar untuk tujuan satu-satunya - surfing Internet secara free. FREE, kamu tahu tak? Mesti ada yang katakan - kalau free mesti lambat terkedek2. Kamu silap besar! Parit Buntar ada connection Internet yang free dan high-speed. Kami hampir kerasukan kerana terlalu gembira bermain Internet sambil update blog tentang perjalanan kami hari ini (note: Internet free ini ialah hasil ihsan Pejabat MDK Parit Buntar)


Penduduk Parit Buntar yang hi-tech

Kami pulang dari aktiviti bersukaria bila larut malam. Malam tu, kami sempat lagi meluangkan masa menikmati pemandangan langit cerah ditaburi twinkle-twinkle little stars. Dah lama aku tak merenung bintang sebab di KL, jangan harap akan nampak bintang. Kedua selepas ikan di tasik, aku suka bintang di langit. Kalau aku tak dapat tido, Suami Terchenta akan nyanyikan lagu Twinkle-twinkle Little Stars. Therefore, I sangat heart bintang!


Twinkle, twinkle little stars... How I wonder what you are...

Next posting, aku akan story-mory pulak pasal trip ke Pulau Pinang :) Sebab sekarang aku dah penat bercerita. Hehe. Gud nite!

Read more »
on Tuesday, January 01, 2008 0
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 31, 2007

Hari Yang Sengal

Hari ini aku masuk ofis. Macam sengal. Kerja bertimbun-timbun. Aku seorang yang bermati-matian. Sengal. Dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan. CLK versi kecil yang meragam, buat aku mengamuk pagi tadi. Sengal lagi. Siap kau, CLK. Kami sudah berbincang hendak jual CLK sekarang dan beli CLK baru. Muahaha!

Aku serius mau tukar kerja. Pada awalnya aku teragak-agak sebab kompeni tabur janji-janji manis. Masa depan yang cerah. Trip overseas. Gaji naik. Pigidah! Tipah tertipu lagi. Trip overseas tu sudah kensel. Aku dah agak pun. Dan sengal lagi. Macam-macam alasan dieorang kasi. Dan macam-macam sebab lagi menghasut fikiran aku untuk memecat kompeni sekarang pada tahun depan. Dan tahun depan tu besok! Tak sabarnya!

Ho-ho. Alang2 bercerita pasal sengal, teringat meeting di JB itu. Memang sengal tahap dewa. Dia panggil buat meeting dengan vendor. Tapi semua dia harapkan aku sediakan. Dalam meeting pulak dia asyik main SMS. Kalau ikut hati, aku baling je handphone dia kat luar. Aku memang dah lama makan hati dengan dia. Dulu dia tak macam tu. Dulu banyak benda aku belajar dengan dia dan aku respect ngan dia. Tapi sekarang. MACAM SENGAL! *jerit sekuat hati*
Read more »
on Monday, December 31, 2007 0
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, December 26, 2007

Probably More Excited About A Couple of IKEA Stuffs Than I Should

To begin this ramble, this posting is where I make a love confession with a swanky, practical foreigner from Sweden. The name is IKEA. It's a long-lost, twisted love, born out of my endless desire to put everything in a context and a context into everything. Well, basically, I have a psychology condition which is called 'compulsive obsessive nature to be organised.' (read about it here and here). Therefore, when I found out IKEA has all the solutions to an organised life, I fell madly, deeply in love with it. So much so that I am short of naming my kid IKEA. Ikea bin Junaidix. How totally rowks!

Recently, we decided that our store room required a massive spring-cleaning job. I am too ashamed to post the 'before' image of our store room because it was really cluttered and untidy. Boxes stacked haphazardly. Some boxes were in too poor conditions that the contents were half-spilled on the floor. Most boxes were overflowed with things. Raincoats on the floor because we have nowhere to put them. Some files and papers were also placed on the floor. There were many paper bags containing wedding door-gifts lying around. In short. It's. Total. Chaos.
The solution to this problem? A complete tour of the IKEA store where I found these two useful items that change my life the store room's look:

Habol, Box with Lid (left)

Portis Hat Rack (right)

With mountain-high enthusiasm, we reached home and immediately set to de-clutter the store room. Our stuffs were divided into three categories - junks, items rarely used and items used more often. Junks were thrown out. Rarely used items packed in one of the box (top) and labelled according to whose items they belong to. Those rarely used are stacked at the bottom. Items used more often are placed at the top of the stack.

The results:


Ok, so it may not look pristinely tidy because the boxes are still stacked haphazardly but papers bags are no more on the floor, little items stored away in boxes which no longer overflowed. We have made 70% progress on improving the tidiness. I am hoping to save enough money to buy a racking system (also from IKEA) to solve the stacking problem.

Next:

This is by far, the solution that delighted me the most. No more raincoats on the floor! No more helmets lying around! No more jackets on the sofa / on the bed! The world is now warded off evils, corruptions and environmental problems!

This feeling of achieving tidiness is why I never fail to be excited at the sight of IKEA.
Read more »
on Wednesday, December 26, 2007 0
Share this!
Tags
Home Organization, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • Sunah Sakura
    11 hours ago
  • SURIA AMANDA
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    12 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    13 hours ago
  • Titian Perjalanan
    14 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    14 hours ago
  • mrhanafi.com
    15 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    17 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    17 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • a m m i
    18 hours ago
  • Travel My Way
    19 hours ago
  • My Small World
    20 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • Krabat Kramat
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • anajingga
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Asa Blog
    6 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    6 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.