Dari Selatan Ke Utara: Jalan2 di Penang (Last Part!)
Nota: Ini ialah entry malas, harap maklum! :p
Lepas sesi makan-makan & berhooray2 di Teluk Bahang, team Msjbox berpecah dua. Amy dan Kak Niza mengundur diri sebab ada hal sendiri. Kami pula menyerbu rumah Sishoney untuk guna toilet free (muahaha!). Memang sangat tak guna, kan? :p
Then aktiviti jalan-jalan cari makan di Penang pun bermula.
Mula2, Sis nak bawak kami ke round2 di Taman Rimba. Tapi oleh sebab semua dah letih dan Intan & Fysal pun mungkin tak larat nak bawak si kecik Ika tu jungle-trekking naik ke air terjun, maka plan itu dibatalkan. Kami cuma lalu di situ, ambil bau pun tak apa. Kami meneruskan perjalanan ke Penang.
Sebelum tu, kami singgah di Masjid Terapung untuk menunaikan kewajipan. Menurut Sishoney, kat sinilah berlaku tsunami dulu, dan apartment bertentangan masjid tu ialah rumah mangsa-mangsa tsunami.
Kami sempat berposing-posing di depan masjid:

Lepas solat, Sis tanya kami nak cari treasure hunt nasi kandar tak? Ramai yang agak malu2 (contohnya Suami Terchenta), tapi aku tak. So Sishoney pun bawak kami ke Gurney Drive:
Kami menuju ke restoren ini:
Pada mulanya, Suami Terchenta tak berminat untuk makan dek kerana masih kenyang. Tapi bila dia tengok nasi kandar yang menggoda ini:
5 minit kemudian:
Sishoney pulak order pancake honey ni (roti pisang + madu + aiskrim vanilla):
Lepas puas melantak, aktiviti seterusnya ialah mencari jeruk untuk dibawa pulang ke KL:
Kami sempat jugak beli t-shirt untuk kenang-kenangan. Mulanya, apek t-shirt tu nak jual dengan harga RM18 (wow, mahalnya!) tapi lepas tu Sishoney tawar menjadi... 5 hengget je sehelai! Seronok la shopping ngan Sis nih! :)
After puas pusing2 cari jeruk, kami pusing2 pulak carik shopping complex tapi memandangkan hari dah senja, kami pun bertolak ke pangkalan feri untuk sesi thrill yang last:
Yeaaa!! Akhirnya tamat sudah cerita lipur-lara nih :p
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .