• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, February 24, 2022

Pengalaman Kena Covid19

Salam semua,

Akhirnya baru ada mood nak menulis lepas 2 minggu kena Covid19! Syukur Alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang untuk bernafas dan sepanjang kena Covid19, takde perkara buruk dan simptom yang teruk. Selepas 2 tahun berjaya melindungi diri-sendiri dari wabak ni, akhirnya pada hari Isnin 7 Februari 2022 penyakit ni berjaya jugak tular ke keluarga kami.

Kisahnya hari Sabtu 5 Februari lepas balik dari bawak anak-anak vaksin, aku mula rasa seram-sejuk malam tu. Then hari Ahad pulak start sakit tekak dan badan tak selesa. Malam tu, sekolah ingatkan parents untuk buat test Covid19 sebelum hantar anak-anak ke sekolah. Keesokan harinya, masa anak-anak buat test, aku pun buat jugak sebab dah selsema.

Rasa tak percaya pulak bila tengok ada dua garis dekat test kit tu. Suami Terchenta dengan anak-anak masa tu masih lagi negatif. So start la aku kuarantin dalam bilik anak-anak sebab bilik dieorang kecik compared dengan bilik parents (Suami Terchenta dan anak-anak tidur di bilik kiteorang). Anak-anak pun tak jadi ke sekolah sebab dieorang dah consider as kontak rapat aku.


Pengalaman Kena Covid19
Buat ujian 2x dan dua-dua positif Covid19


First thing aku buat ialah makan panadol (sebab badan rasa panas) dan ubat selsema. Then terus report dekat MySejahtera. Tengahari tu MySejahtera bot hantar email mengesahkan dah terima report dan untuk memaklumkan yang aku kena pegi checkup dekat Covid Assessment Centre (CAC) terdekat.


MySejahtera
Email dari MySejahtera

Dalam profile MySejahtera pulak dah keluar status home surveillance order / kuarantin menandakan aku pesakit Covid dan sepatutnya duduk di rumah dan tak merayau-rayau ke kedai atau tempat-tempat awam.


Pengalaman Kena Covid19
Kalau dah dapat ni, wajib la duduk diam-diam di rumah sampai tarikh yang ditulis kat bawah tu 

Hari yang sama jugak, aku kena isi 2 form kat aplikasi MySejahtera - form sejarah perubatan (kena maklumkan sekiranya ada penyakit komorbid e.g. kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser etc.) dan juga borang penilaian di rumah / home assessment tool (kena report ada simptom ke tak, suhu badan, tahap oksigen dalam darah, kadar nadi dan tekanan darah). Sepanjang tempoh kuarantin, pesakit wajib laporkan tahap kesihatan iaitu home assessment tool ni dua kali sehari - pagi & tengahari. So, rajin-rajin la bukak aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh kuarantin.

Tak cukup dua borang ni, aku terima lagi SMS dari MySejahtera suruh aku update close contact (iaitu orang yang hari-hari aku jumpa, which is tak lain tak bukan family dalam rumah ni la).


Pengalaman Kena Covid19
Kena alert dekat bahagian 'Things to do'

Part MySejahtera ni aku memang puji la sebab efisyen dan jelas apa yang kena dibuat bila kena Covid19. Cuma part yang seterusnya iaitu checkup kat CAC, bagi aku masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.

Since KJ announce bagitau siapa yang bergejala ringan atau tiada gejala (Kategori 1 & 2) tak perlu pergi ke CAC, aku pun mula-mula ingat tak perlu la pegi ke CAC. Lagipun kat rumah dah ada monitor tekanan darah, termometer dan smart watch yang boleh check oksigen. So hari pertama dan kedua aku ignore je la arahan pergi ke CAC tu.

Tapi malam tu aku dapat sms dari MySejahtera memaklumkan aku kena jugak pergi ke CAC. Aku pun confuse memandangkan aku ni kategori 2. Bila call nombor dalam MySejahtera, memang robot je la yang jawab. Kiteorang try cari nombor telefon dan lokasi CAC terdekat dalam MySejahtera tapi tak jumpa pulak. In the end, kiteorang decide untuk pergi ke salah satu Health Screening Facility yang ada dalam senarai di MySejahtera.

Hari ketiga, Suami Terchenta bawak aku ke HKL (sebab ada dalam senarai di MySejahtera) tapi kiteorang pusing-pusing HKL dan tak jumpa pun banner / papan tanda CAC di situ. So kiteorang pun pegi ke Klinik Titiwangsa (also dalam list MySejahtera). Suami Terchenta turunkan aku depan khemah dengan pegawai lengkap berpakaian PPE sementara dia pergi carik parking. Lepas register MySejahtera aku pun tanya kat mana CAC. Rupa-rupanya klinik tu pun bukan CAC! 😑

Mungkin ramai jugak yang confuse macam kiteorang sebab pegawai tu siap tunjukkan senarai CAC di KL ni dengan nombor telefon:


Pengalaman Kena Covid19
Senarai CAC di KL & WP

Alang-alang kiteorang dah kat Titiwangsa, kiteorang decide untuk call CAC Titiwangsa nak check sama ada masih bukak ke tak. Tapi hampa, kiteorang dimaklumkan kena pegi CAC di Kepong sebab alamat kami di Sentul 😑. Call pulak CAC Kepong tapi panggilan tak diangkat. So redah je la ke CAC Kepong.

Kebetulan aku sampai tu setengah jam lagi dah nak tutup. Tapi sempat la aku daftar. Lepas daftar, pergi ke stesen berikutnya iaitu check vital signs (BP, oksigen, heart rate, suhu). Lepas tu barulah jumpa doktor. So doktor pun tanya ada penyakit apa-apa ke tak (darah tinggi) dan last sekali dieorang bagi gelang pink yang famous ni:

Pengalaman Kena Covid19
Gelang KKM, limited edition

Buat pengetahuan, aku sorang je kena pakai gelang ni sebab 2 hari lepas tu Suami Terchenta pulak positif diikuti dengan anak-anak. Tapi Suami Terchenta takde pulak disuruh ke CAC dan tak perlu pakai gelang pink ni. Mungkin sebab aku declare aku ada darah tinggi sebab tu kena jumpa doktor untuk check up.

Sepanjang aku menunggu giliran di CAC, aku rasa kesian sangat dekat pegawai-pegawai KKM yang bertugas di situ. Korang bayangkan masa register dieorang kena taip satu-persatu maklumat pesakit dalam database, padahal maklumat tu semua dah ada dalam MySejahtera. Ada pegawai yang kena isi borang pakai tangan dan salin nama, alamat dan nombor IC setiap pesakit sebelum dieorang bagi gelang. Dalam hati aku, kenapa MySejahtera yang canggih tu tak extend access database dekat CAC? Aku yang tengok pun penat, apa lagi pegawai-pegawai KKM yang kena menyalin tu. 

Anyway, aku kena kuarantin selama 10 hari. Hari pertama dan kedua aku alami demam selsema, sakit tekak dan batuk (sebab tonsil). Setiap 8 jam memang akan ambik panadol dan ubat selsema. Setiap 3 jam pulak aku hisap Strepsil untuk melegakan sakit tekak. Air masak minum 3L sehari. 2 hari tu aku memang takde selera makan sangat, tapi aku gagahkan jugak makan buah-buahan, bubur dan sup ayam.

Hari ketiga demam beransur kebah, tekak dah baik tapi hidung pulak tersumbat. Aku teruskan minum air 3L sehari dan kerap ulang-alik ke tandas. Selera makan masih kurang tapi dah makin pulih. Hari ke-empat, aku mula hilang deria bau. Pagi-pagi lepas mandi aku basuh tandas guna Dettol, so faham-faham je la bau Dettol yang kuat. Tengahari tu aku masuk tandas terus tak dapat cium bau Dettol. Tapi malam tu boleh pulak hidung aku berfungsi semula. Esoknya hidung tak boleh hidu lagi. Macam tu la keadaan aku untuk tempoh beberapa hari selepas tu, sekejap on sekejap off pulak deria bau tu. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu tak hilang deria rasa.

Hari ke-6 semua simptom dah reda dan makin hilang, hari ke-8 kategori aku berubah dari kategori 2 ke kategori 1 dalam profile MySejahtera. Hari ke-10, 16 Februari 2021 aku kena pergi ke CAC untuk potong gelang. Sebelum pergi, aku saja la test nak tengok result masih positif atau negatif. Alhamdulillah masa ni result dah bertukar jadi negatif:


Pengalaman Kena Covid19
Alhamdulillah...

Sekali lagi pergi ke CAC kali ni ramai yang turun. Ada yang bawak anak-anak dan baby. Sekali lagi aku kena bersabar tunggu giliran berjumpa doktor (jumpa doktor tak sampai 2minit tapi menunggu sejam) memandangkan kaunter doktor untuk ex-Covid dan Covid patients ni sama je, dieorang tak asingkan pun. Kaunter potong gelang dan kaunter pasang gelang pun kaunter yang sama. Warga emas yang berkerusi roda je dapat fast lane yang lain termasuk ibu mengandung kena beratur tunggu giliran.

Masa menunggu giliran tu, sempat berborak dengan pakcik India di sebelah. Dia kata dia kena Covid tapi takde gejala (asymptomatic). Sepanjang 10 hari duduk di rumah, dia asyik bergaduh dengan anak dia sebab dia buat test hari-hari (ada masa line tak clear tapi anak dia insist dia masih lagi ada Covid dan tak bagi dia keluar rumah). 'Saya sudah sihat, tapi anak saya suruh saya duduk di rumah. Bosanlah!' dia membebel.

Aku angguk dan senyum je, dalam hati aku puji anak dia sebab ada kesedaran sivik untuk pastikan orang tua dia berkurung di rumah sepanjang kuarantin. Memandangkan dah dekat waktu lunch, anak pakcik tu call sebab nak bagi botol minuman manis supaya pakcik tu tak hypo (kurang gula). Baik sangat anak dia kan?

Tak disangka-sangka pakcik tu kena buat test pulak di belakang tirai bilik pemeriksaan, harapnya dia takde apa-apalah. 

Tu la pengalaman aku kena Covid19 baru-baru ni. Aku tertarik dengan post Facebook lecturer aku masa di UTM dulu, katanya dah tiba masa kita kena anggap Covid ni akan sentiasa ada dengan kita macam virus selsema yang lain. Apa yang boleh kita buat ialah lindung diri dengan ambik vaksin dan amalkan kebersihan setiap masa.

Jangan hairan kalau ada yang dah kena Covid19 berkali-kali, sebab ia tak ubah macam kita kena selsema. Macam aku ni sejenis yang kurang imuniti badan terhadap selsema, aku memang perlukan vaksin influenza untuk menguatkan pertahanan badan daripada dijangkiti selsema (alhamdulillah, memang membantu aku sebab sepanjang tempoh 2 tahun lepas ambik vaksin influenza memang tak pernah kena selsema berbeza dengan sebelum ambik vaksin). Macam tu la jugak dengan vaksin Covid19 ni, fungsinya untuk kurangkan risiko simptom yang teruk especially bila orang tu ada penyakit komorbid macam aku. Aku tak boleh bayangkan camane la kalau aku tak ambik vaksin Covid19 dan dos penggalak, adakah aku masih lagi mengalami simptom ringan atau dah terlantar di hospital dengan bantuan pernafasan? Wallahualam, aku tak berani nak ambik risiko sebab anak-anak dan Suami Terchenta masih lagi perlukan aku dalam keadaan sihat.

Lessons learnt dari pengalaman ni:

  1. Bawa bertenang, laporkan ujian kendiri Covid19 di MySejahtera dengan segera dan tunggu arahan KKM melalui MySejahtera seterusnya.
  2. Pastikan bekalan ubat demam, selsema, sakit tekak dan ubatan lain ada di rumah. 
  3. Kalau boleh, standby alat-alat untuk monitor tahap kesihatan dari rumah i.e. blood pressure monitor, termometer dan oxymeter sebab kena report setiap hari ke KKM. 
  4. Maklumkan dengan keluarga / kawan / jiran yang boleh tolong hantar bekalan makanan / ubat ke rumah.
  5. Banyakkan minum air masak / minum sup dan makan buah-buahan. Rehat secukupnya supaya badan kuat melawan penyakit dari dalam.
  6. DUDUK DI RUMAH SEPANJANG TEMPOH KUARANTIN. Memang la bosan tapi jangan pentingkan diri-sendiri walaupun rasa macam dah sihat atau takde simptom langsung.
  7. Bila dah habis kuarantin, cuci satu rumah dan lap semua permukaan meja, tombol pintu, dapur, dan high-contact areas dengan air bilasan Dettol / Clorox untuk sanitasi rumah. Kalau rasa mampu, boleh panggil syarikat sanitasi untuk sanitize satu rumah. Aku pakai Dettol je, termasuk spray Dettol untuk spray sofa, katil, bantal, tilam, langsir, tombol pintu, tong sampah dan tempat-tempat lain yang selalu disentuh sepanjang tempoh kuarantin.

Pengalaman Covid19
Sila bertenang dan ikut arahan KKM


Nota kaki: Terima kasih tak terhingga kat kakak aku sebab sepanjang tempoh kiteorang kuarantin, dia banyak tolong ambik barang-barang yang kiteorang order dari farmasi / pasaraya dan hantar ke pintu rumah kiteorang. Walaupun dia sibuk, sempat jugak dia masakkan sup ayam, order makanan kat Grab dan hantar ke rumah. Nasib baik kiteorang duduk kondo yang sama hehe.

Read more »
on Thursday, February 24, 2022 4
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, February 23, 2022

Wordless Wednesday - Bunga Terung Asam

​

Terung asam


Read more »
on Wednesday, February 23, 2022 2
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, February 08, 2022

Jalan-Jalan Cuti CNY

Cuti panjang last week kiteorang tak kemana-mana memandangkan Suami Terchenta kena standby kat ofis. Lagipun kiteorang malas nak bersesak-sesak di highway bila semua orang nak keluar kota dan tiket flight mahal time cuti umum so tak boleh la balik kampung.

Jadi kiteorang ambik peluang cuti panjang tu bawak anak-anak bersiar-siar dalam KL / Selangor je. Tujuannya nak bagi dieorang merasa naik pengangkutan awam selain cuci mata tengok deko CNY di KLCC & Pavilion KL. 

1. Naik LRT & monorel

LRT ni memang mod pengangkutan favourite rakyat KL. Selain dari cepat, nak mengelakkan jem dan efisyen, ia juga memudahkan pergerakan sebab ia disambungkan dengan mod pengangkutan rel & tren yang lain:


RapidKL Integrated Transit Map
Sumber: MyRapid KL


Rumah kiteorang lebih kurang 300m je dari stesen LRT Sentul so kenderaan awam pertama yang kiteorang naik ialah LRT. Since kiteorang nak ke Pavilion di Bukit Bintang, kiteorang decide turun di Titiwangsa dan tukar ke monorel. Tapi aku lupa pulak ambik gambar dalam monorel.


LRT Putra
Naik LRT

Sampai di Stesen Bukit Bintang kiteorang turun dan jalan kaki je Pavilion sebab jaraknya pun tak jauh. Jalan straight je ke depan takyah belok-belok ye. Di sepanjang laluan ke Pavilion, mesti korang akan lalu pelbagai branded stores. Tapi favourite stop kiteorg kat ialah Booza Turkish Ice Cream. Selain terhibur dengan telatah penjual & pembeli aiskrim, aiskrim dia pun sedap. 

Kat Pavilion KL ni benda best yang kiteorang nak tengok ialah iklan 3D digital CNY Maybank "Leap Into The Year of The Tiger with Maybank".


Kena tengok jauh-jauh sikit sebab orang ramai bersesak-sesak di depan Pavilion KL dan tak nampak macam ada penjarakan sosial yang selamat.

Tapi lepas tu 2K nak tengok jugak deko CNY dalam Pavilion so terpaksalah kami redah jugak lautan manusia.

Pavilion KL
Depan pintu masuk Pavilion KL

Jalan-Jalan Cuti CNY
Haa... tengok la lautan manusia dalam Pavilion ni

Bila dah masuk, kami jalan laju-laju tak nak bergambar pun sebab terlalu ramai orang. Aku pun takut nak lama-lama dalam tu.

Last-last bergambar kat depan ni je la sebab takde orang pun bergambar kat sini

2. Naik bas RapidKL percuma

Kebetulan masa nak balik semula ke stesen monorel, ternampak bas ni berhenti kat bus stop. So kiteorang pun beratur jugak naik bas ni. Kami duduk belakang sekali. Keadaan dalam bas ni elok dan bersih, tapi sesekali Suami Terchenta komen panas sikit sebab tak rasa aircond. Walaupun bas ni percuma, aku perasan tak ramai penumpang orang Malaysia - kebanyakannya warga asing je yang enjoy perkhidmatan ni.

Merasa la naik bas awam KL ye anak-anak...

Oh ya, kiteorang naik bas ni sebab destinasi seterusnya ialah KLCC. Bas ni berhenti betul-betul depan KLCC. 

Kat KLCC, suasana deko CNY lebih terkawal berbanding dengan di Pavilion. Ada staff dan security KLCC yang buat crowd control supaya orang ramai tak bersesak-sesak. Part ni memang aku puji la pengurusan Suria KLCC yang betul-betul jaga SOP penjarakan sosial.
 
Jalan-Jalan Cuti CNY
Sebab tak ramai orang, sempat la ambik 1-2 gambar buat kenang-kenangan

Jalan-Jalan Cuti CNY
Konsep deko dia macam dekat China Forbidden City

Jalan-Jalan Cuti CNY
Yang ni aku snap je gambar dari dalam malas nak keluar dan beratur masuk balik


3. Jalan Kaki

Ok la yang ni sebenarnya ada misunderstanding sikit. Kiteorang ingatkan stesen MRT Ampang dah siap (nampak sangat tak up-to-date kan?) so kiteorang pun decide nak menapak ke situ. Along the way tu sempat la posing depan Tokong Cina ni ambik feel CNY.

Sampai-sampai je, barulah kiteorang sedar MRT tu tak wujud lagi hahaha! Kelakar la pulak! So kiteorang pun naik LRT dari Ampang Point ke Pasar Seni.

Jalan-Jalan Cuti CNY

4. MRT

Di stesen Pasar Seni, kiteorang tukar pulak ke laluan MRT. Stesen MRT ni nampak lagi luas dari stesen LRT. 2K tanya la, apa beza MRT dengan LRT? Jawapan aku, LRT ni dia pusing-pusing dalam KL dan kawasan bersebelahan. MRT pegi jauh sikit. Betul ke tak jawapan ni ye? Hmm.. Entah la. Kita naik je la.

MRT ni kene tunggu lama sikit. Sebab tu nampak ramai la yang duduk atas lantai sementara tunggu MRT sampai.

Monorel
Tunggu MRT sampai

monorel
Dalam MRT

Bagi aku penat la tunggu MRT ni dan jugak makan masa nak sampai ke tempat yang kiteorang nak pergi which is Stadium Kajang. Ada apa kat Stadium Kajang? Jeng...jeng... jeng...!

Satay Haji Samuri
Sate Haji Samuri

Dah alang-alang sampai Kajang tu, kiteorang singgah la kat Sate Haji Samuri. Turun-turun je dari MRT tu, lintas jalan sikit dah jumpa restoran ni. Senang sangat kan? Tapi memandangkan cuti umum, ramai betul orang beratur nak masuk restoran. Tapi bila dah masuk, tak susah pun nak cari tempat duduk. Order pun cepat je sampai.

Tapi kan... seriously aku rasa sate dan kuah kacang dia dah tak sesedap dulu. Kuah kacang dia cair sikit, dan sate dia pun liat sikit. Sayang betul bila resipi keluarga tak dijaga betul-betul, pupus bila Haji Samuri dah takde.


5. Tren Komuter KTM

Dah kenyang makan sate dan minum air kelapa, lastly kiteorang decide nak balik naik tren komuter. Turned out ni last mod pengangkutan untuk hari tu sebab kiteorang sampai lambat giler grab pun dah tak ambik penumpang. Terpaksa la menapak balik rumah (dalam 1km jugak kot!)

Sejam lebih jugak kiteorang tunggu tren sampai. Nasib baik hari tu tren tak delay (dah la kiteorang ambik last train!). Kalau aku sorang je tunggu tren, baik la takyah naik tren, naik MRT je la balik. Sebab kena jalan jauh sikit nak ke platform kiteorang, pastu sunyi pulak tu. Pastu ada lipas pulak tu... eeeiiiii!

2K tau aku ni geli dengan lipas, so bila dieorang nampak seekor keluar, dieorang bgtau kat Suami Terchenta, 'Bapak, we saw kecoak!' Pandai kan dieorang taknak bagi mak dieorang panik? Kalau sebut cik L memang menjerit la mak dieorang silap-silap orang kata stesen KTM Serdang ada pontianak!

Komuter KTM
Khadeeja posing dalam tren KTM

Kalau rasa naik monorel bercinta, naik komuter memang siap boleh power nap sebab dari Serdang ke Sentul ambik masa sejam lebih. Tu belum lagi kat KL Sentral dia berhenti lama. Aku kemain risau tren tak gerak-gerak lagi sebab Suami Terchenta kena join meeting online pukul 12.

Tapi Alhamdulillah sampai ke Sentul dalam pukul 11.20 malam dan sampai ke rumah pukul 11.45 malam. Sampai-sampai terus mandi. Fuh, tu la hari penuh adventure untuk kiteorang, sambil jalan-jalan kiteorang ajar anak-anak naik pengangkutan awam dan tau serba-sikit jenis-jenis tren kat KL ni.

Semoga ada rezeki untuk naik tren jauh sikit ke Pantai Timur atau belah utara. Nak bagi dieorang merasa naik koc tidur, best tau!
Read more »
on Tuesday, February 08, 2022 4
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, February 01, 2022

Happy Chinese New Year 2022!

Hello, it's Year of The Tiger again! That means that my eldest daughter is 12 years old this year because she was born in the Year of the Tiger. 

According to the Chinese, people born in this year are born leaders, assertive, courageous, energetic, love challenges, risk takers, adventurous, crave attention, rebellious, short-tempered and bossy. They can also be sensitive, humorous, and generous with love.

So glad to say that Khayla does not fit most of those descriptions - she's the sweetest, gentlest, and calmest girl I've ever known! She hates changes, likes to laugh at other people's jokes and she listens to others, including her sister. In fact, I think Khadeeja is bossier than Khayla but perhaps that comes from being born in the Year of The Dragon (hmm... so does that make Dragon eclipses Tiger?)

Anyway, wishing all my friends....

Happy Chinese New Year! 
Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le! 
May prosperity follows everywhere and happiness in abundance this year & beyond!

And to friends working in Federal Territory,

Selamat Hari Wilayah!

We are so lucky to be living in Malaysia with so many public holidays one on top of another sampai kena ganti sebab bertindan & that means more public holidays LOL!

Happy Chinese New Year 2022!

Happy Chinese New Year 2022!
Throwback to CNY 2020 before the pandemic happened

P/S: Miss my ex-schoolmates back in Bintulu (Hester, Dr Richard, Yap, Esther, etc.) coz when it comes to CNY, they will invite us over and serve halal food so everyone get to enjoy the celebration together. 

Read more »
on Tuesday, February 01, 2022 4
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, January 31, 2022

Happy Birthday Ehsan!

Selamat Hari Jadi buat adik lelaki aku, Ehsan! Semoga kehidupan ko baik-baik aje dan dilimpahi rahmat dan rezeki yang luas dari Allah SWT 😊 

Happy Birthday Ehsan
Gambar zaman k-pop pun belum naik lagi

Happy Birthday Ehsan
Kawen masa PKP, sekarang bakal menimang cahayamata pertama tak lama lagi

Adik aku ni jenis pendiam tak banyak cakap dengan family, tapi dengan kamceng dengar citer riuh je, Wallahualam... Tak penah lagi aku tengok dia hoo-haa so dengar kabar angin je la 😂

Since dia kawen masa PKP, kiteorang yang duduk kat KL ni belum pernah lagi berpeluang jumpa wife dia. Insha Allah kalau takde aral melintang balik raya nanti boleh la ziarah wife & baby dia. Actually aku pun lupa ni birthday yang ke-berapa sebab lepas umur 30 je, aku dah stop counting. Tak kuasa la nak kira umur orang lain, umur sendiri pun kadang-kadang lupa! (tapi sedar diri la dah tua sebab kena makan ubat tiap-tiap hari hahaha!)

P/S: Orang cakap dia ni hensem (ye la2x... time aku single pun orang cakap aku lawa 😆) harap2 kekal slim & hensem la lepas ada anak oiii... Kena start pakai krim malam sebab nak kena selalu bangun malam tukar pampers, bagi susu dan dodoikan anak ye bro! #speakingfromexperience

Read more »
on Monday, January 31, 2022 2
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Sunah Sakura
    8 minutes ago
  • LIFE WITH LOVE
    42 minutes ago
  • Aku Sis Lin
    1 hour ago
  • KakmimDotCom
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    5 hours ago
  • orangbukit
    5 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    6 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • Titian Perjalanan
    6 hours ago
  • KasihkuAmani
    7 hours ago
  • Blog Anamizu™
    9 hours ago
  • Anies♥You
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    9 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    11 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    11 hours ago
  • My Small World
    11 hours ago
  • a m m i
    12 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    13 hours ago
  • Travel My Way
    13 hours ago
  • Miles of smiles
    14 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    22 hours ago
  • Drawing the Words
    22 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • Hidup Itu Indah
    4 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.