Wordless Wednesday - bermain di tepi pantai

Pantai Tanjung Batu

Ni gambar tikam belakang #throwback masa balik kampung bulan lepas. Hometown aku ni pantainya cantik sangat dan bila cuaca panas terik air lautnya jernih. Masa hari kejadian, mula-mula ingatkan setakat nak ambik gambar pantai yang cantik tup-tup dah turun ke gigi air bermain air laut yang jernih. Rindunya nak balik kampung lagi (raya ni tak balik sana sebab tahun ni giliran balik ke rumah mertua di Samarahan).

Pantai Tanjung Batu
Subhanallah... dah lama tak tengok pantai Tanjung Batu secantik ni.

Jom Cari Baju Raya kat Carousell

Tadi singgah blog Kak Ret, baca entri blog dia pasal pencarian baju raya. Sekarang semua dah start sibuk cari baju raya kan, bila confirm boleh rentas negeri balik kampung hehe.

Kiteorang tahun ni dah setel baju raya budak-budak, beli kat Sogo sehari sebelum 1 Ramadhan. Boleh tahan jugak harga baju kurung budak-budak sekarang. Tu belum termasuk tudung lagi. Anak 2 orang pun dah dekat RM200 jugak habis. So mak bapak pakai je la baju tahun lepas!

Sebenarnya kalau rajin berjalan-jalan banyak jugak tempat menjual baju raya yang cantik-cantik selain dari di Sogo / Jalan TAR. Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan boleh dapat seperti di Sunway Putra Mall atau Kenanga Wholesale City (KWC). 

Tapi kalau bajet terhad (maklumlah tak semua dapat keluarkan duit KWSP kan), boleh jugak cari di online platform macam Carousell.

Taip je 'Baju Raya' keluar la macam-macam pilihan. Nak baru, atau preloved semua ada:

Jom Cari Baju Raya kat Carousell

Atau kalau korang ada baju raya yang dah tak pakai (ahem, tak muat) boleh jugak jual kat sini. Lepas dah jual tu, boleh la beli baju raya yang korang berkenan pulak kan?

Macam aku, baru je clear kan almari budak-budak dan ada la beberapa pasang baju kurung yang elok lagi nak let go. Budak-budak ni pulak sejenis yang pakai baju kurung hari raya atau kalau kena paksa je haha! Selebihnya, baju dieorang ni banyak terperuk kat dalam almari je. Aku jual sebab baju-baju kurung ni dah tak muat (saiz kebanyakannya 6 tahun ke bawah, anak-anak aku pun dah besar panjang). Harga pun aku letak harga kasih sayang tapi siapa yang beli memang untung sebab baju-baju dieorang kebanyakannya macam baru lagi tapi harga bawah RM40. Boleh la buat baju raya ke-2 atau ke-3.

Jom Cari Baju Raya kat Carousell
Aku biasanya sedaya-upaya letak description yang jujur, kalau baju tu ada defect aku akan ambik gambar defect & upload sekali gambar defect supaya takde la timbul perasaan tak puas hati di kemudian hari


Jom Cari Baju Raya kat Carousell
Baju ni elok sangat lagi, beli kat kedai Gene Martino kat Jalan TAR harga dalam RM80-90.

Ha, so siapa yang takde masa nak keluar cari baju raya boleh la korang tengok kat Carousell memang banyak sangat pilihan. Setakat ni selamat la jual beli di Carousell ni especially kalau bayar melalui apps Carousell (sebab Carousell ni ala-ala Shopee sikit, duit tak release kat seller kalau buyer tak terima barang). Barang pos pun boleh track kat apps dia, seller pulak senang je bila buyer dah bayar pos tinggal nak tekan 'generate shipping label' dan drop barang kat poslaju.

Salam Nuzul Quran

Minggu lepas selesai solat Isya' biasanya Suami Terchenta akan membacakan buku 'Di Sebalik 114 Nama Surah' terbitan Pacu Publishing kepada para makmum.

Tiba-tiba Khadeeja bertanya, 'Bapak, why does Al-Quran has so rules?'

Bapaknya berhenti membaca, 'We need those rules so we will always know what and how to do something in life.'

Apa yang Suami Terchenta cuba sampaikan ialah Al-Quran ni ialah petujuk dan panduan hidup kita. Tanpa Al-Quran kita ni ibarat memandu ke destinasi baru tanpa pakai GPS. Kemungkinan untuk sesat di tengah jalan tu agak tinggi. Bila kita berpandukan Al-Quran dalam setiap aspek hidup, pasti kita tak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi abadi yang baik.

Semoga dengan mengingati peristiwa Nuzul Quran, kita akan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman hidup kita. 

Salam Nuzul Quran semua.


Kredit: theinspirasi.my

Petua Hindari Lipas

Sapa kat sini sejenis penggeli dengan binatang bernama lipas?

Aku ni salah seorangnya la. Bila aku nampak je binatang ni, auto rasa nak lari lintang-pukang. Nak tengok pun rasa meremang je bulu roma, sebab tu aku tak letak gambar sebenar makhluk ni kat blog entry ni!


Petua Hindari Lipas
Oggy & The Cockroaches' image credit: https://villains.fandom.com/


Hatta tiap-tiap malam sebelum tidur aku dah make sure singki kosong takde sisa-sisa makanan, dapur dah dilap & disapu dan sampah dah dibuang pun masih lagi akan terjumpa kelibat makhluk ni esok pagi. Tempat favourite dieorang kabinet bawah singki (tempat simpan stok pencuci pinggan, pencuci baju dan segala botol penyembur) dan yang paling aku tak tahan, dalam singki tu jugak. Kalau aku terjumpa je, memang satu rumah la terkejut dengar aku menjerit!

Bulan lepas sebelum balik kampung, dah jadi kebiasaan aku akan bersihkan satu rumah. Siap mintak Suami Terchenta bersihkan bawah singki (sebab aku takut terjumpa binatang ni), dan tong sampah semua dikosongkan sebelum kiteorang balik kampung selama 10 hari. Bila kiteorang balik, boleh pulak terjumpa 3-4 ekor mak bapak makhluk ni bergelimpangan atas lantai! 

Sampaikan aku merungut dekat Suami Terchenta, kenapa ye, padahal rumah dah habis bersih tapi binatang ni selalu muncul? Pada pendapat Suami Terchenta, dieorang ni datang dari saluran singki dan 'drain'. Jadi kalau dah beranak-pinak dalam saluran tu, memang la dieorang merayap-rayap masuk rumah sesiapa pun. Lagi-lagi kiteorang ni duduk apartment. Sebab tu selalu terjumpa binatang ni dekat dapur / dekat toilet (lubang masuk dari floor drain).

Disebabkan aku sangat geli dengan binatang ni, aku pun 'Google' cara-cara menghindari binatang ni dari masuk ke rumah:

1. Guna cuka dan air panas

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.homesandgardens.com

Caranya, campur cuka ke dalam air panas dalam nisbah 1:1, lepas tu gunakan campuran cuka dan air panas ni untuk lap permukaan kabinet dan mop lantai. Tuang campuran dalam lubang singki setiap malam untuk menghalang makhluk ni dari memanjat naik lubang singki.

2. Air panas, lemon dan soda bikarbonat (baking soda)

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.tasteofhome.com/

Campurkan jus perahan sebiji lemon dan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 1 liter air panas, kacau sampai sebati dan tuang ke dalam lubang singki atau basuh di bawah singki dan dalam laci untuk menghalang daripada membiak. 

3. Asid borik dan gula

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.medicinenet.com

Tabur gula dan asid borik ni di tempat yang selalu kita jumpa makhluk ni. Gula ni untuk umpan makan, dan bila lipas termakan asid borik ni ia akan mati serta-merta.

4. Essential Oils

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.passhealthfoods.com

Minyak EO lavender dan peppermint ni dikatakan boleh menghindari lipas bila disembur di seluruh kawasan dapur terutama dalam kabinet tempat dieorang bersembunyi.

5. Timun


Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.kebunkita.com


Menurut petua ni, lipas tak suka bau timun jadi letakkan timun di tempat-tempat kita selalu jumpa makhluk ni.

Cukup la petua-petua yang aku jumpa ni menggunakan bahan-bahan yang kita selalu simpan di rumah. Ada lagi petua lain seperti menabur daun neem atau serbuk kayu manis bagi menghalang lipas dari masuk ke rumah.


Nota kaki: Nampaknya aku kena mencuba petua-petua ni sebab dah makin menjadi-jadi pulak penampakan makhluk ni di rumah ni. Korang ada petua / tips selain dari di atas yang korang pernah cuba dan berkesan tak? Share dekat komen ye. Terima kasih korang.

Bersedekah di bulan Ramadan

Sedar tak sedar dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa. Rasanya puasa kali ni paling santai & tenang sejak aku berhenti kerja 6 bulan lepas. 

Wah, dah 6 bulan aku resign rupa-rupanya. Syukur Allah mencukupkan keperluan keluarga kami macamana aku yakin dengan rezeki Allah bila aku hantar surat resign. Takpe, rezeki tu bukan datang dari Syarikat tapi dari Allah, aku bagitau Suami Terchenta sebab dia agak risau tak dapat nak cover komitmen bulanan kami. Tapi untuk redakan kerisauannya, aku buat jugak persediaan sebelum resign, cukupkan simpanan untuk kecemasan dan buat belanjawan bulanan supaya kami tak berbelanja melebihi kemampuan. Alhamdulillah sekarang Suami Terchenta dah kurang risau. In fact dia bagitau sejak aku resign, rezeki dia makin bertambah. Bagi aku, ni bukti kekuasaan Allah Maha Pemberi Rezeki, Subhanallah.

Point kat sini, kalau kita yakin rezeki datang dari Allah, kita tak akan risau rezeki kita tak cukup. Kita tak akan risau bila bersedekah malah mungkin kita lebih bersemangat untuk bersedekah sebab dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Dengan bersedekah, kita berkongsi rezeki dengan orang lain tanpa rezeki kita tak berkurangan sedikit pun atau Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Lebih-lebih lagi kalau kita bersedekah di bulan puasa, terutama bila kita bersedekah makanan berbuka puasa. Ganjaran dan pahala dari Allah berlipat kali ganda Insha Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

 

Sempena bulan Ramadan ni, Khadijah Learning Centre sedang melancarkan projek Ramadah Outreach Programme untuk menyediakan 200 juadah makanan bagi disedekahkan kepada komuniti setempat. Target derma dieorang nak kumpul ialah RM2000 dah sebanyak RM750 dah berjaya dikumpul. So ada RM1250 lagi untuk reach target.  Kalau 125 orang bersedekah RM10 seorang, Insha Allah dieorang akan dapat capai target tu.

Boleh jugak contact admin KLC untuk dapatkan maklumat lanjut. Jom kita bantu KLC jayakan projek Ramadan Outreach Programme, semoga Allah memberikan ganjaran pahala berlipat-ganda untuk kita, ameen ya Rabbal alamin...


Khadijah Learning Centre