Sapa kat sini sejenis penggeli dengan binatang bernama lipas?

Aku ni salah seorangnya la. Bila aku nampak je binatang ni, auto rasa nak lari lintang-pukang. Nak tengok pun rasa meremang je bulu roma, sebab tu aku tak letak gambar sebenar makhluk ni kat blog entry ni!


Petua Hindari Lipas
Oggy & The Cockroaches' image credit: https://villains.fandom.com/


Hatta tiap-tiap malam sebelum tidur aku dah make sure singki kosong takde sisa-sisa makanan, dapur dah dilap & disapu dan sampah dah dibuang pun masih lagi akan terjumpa kelibat makhluk ni esok pagi. Tempat favourite dieorang kabinet bawah singki (tempat simpan stok pencuci pinggan, pencuci baju dan segala botol penyembur) dan yang paling aku tak tahan, dalam singki tu jugak. Kalau aku terjumpa je, memang satu rumah la terkejut dengar aku menjerit!

Bulan lepas sebelum balik kampung, dah jadi kebiasaan aku akan bersihkan satu rumah. Siap mintak Suami Terchenta bersihkan bawah singki (sebab aku takut terjumpa binatang ni), dan tong sampah semua dikosongkan sebelum kiteorang balik kampung selama 10 hari. Bila kiteorang balik, boleh pulak terjumpa 3-4 ekor mak bapak makhluk ni bergelimpangan atas lantai! 

Sampaikan aku merungut dekat Suami Terchenta, kenapa ye, padahal rumah dah habis bersih tapi binatang ni selalu muncul? Pada pendapat Suami Terchenta, dieorang ni datang dari saluran singki dan 'drain'. Jadi kalau dah beranak-pinak dalam saluran tu, memang la dieorang merayap-rayap masuk rumah sesiapa pun. Lagi-lagi kiteorang ni duduk apartment. Sebab tu selalu terjumpa binatang ni dekat dapur / dekat toilet (lubang masuk dari floor drain).

Disebabkan aku sangat geli dengan binatang ni, aku pun 'Google' cara-cara menghindari binatang ni dari masuk ke rumah:

1. Guna cuka dan air panas

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.homesandgardens.com

Caranya, campur cuka ke dalam air panas dalam nisbah 1:1, lepas tu gunakan campuran cuka dan air panas ni untuk lap permukaan kabinet dan mop lantai. Tuang campuran dalam lubang singki setiap malam untuk menghalang makhluk ni dari memanjat naik lubang singki.

2. Air panas, lemon dan soda bikarbonat (baking soda)

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.tasteofhome.com/

Campurkan jus perahan sebiji lemon dan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 1 liter air panas, kacau sampai sebati dan tuang ke dalam lubang singki atau basuh di bawah singki dan dalam laci untuk menghalang daripada membiak. 

3. Asid borik dan gula

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.medicinenet.com

Tabur gula dan asid borik ni di tempat yang selalu kita jumpa makhluk ni. Gula ni untuk umpan makan, dan bila lipas termakan asid borik ni ia akan mati serta-merta.

4. Essential Oils

Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.passhealthfoods.com

Minyak EO lavender dan peppermint ni dikatakan boleh menghindari lipas bila disembur di seluruh kawasan dapur terutama dalam kabinet tempat dieorang bersembunyi.

5. Timun


Petua Hindari Lipas
Sumber gambar: www.kebunkita.com


Menurut petua ni, lipas tak suka bau timun jadi letakkan timun di tempat-tempat kita selalu jumpa makhluk ni.

Cukup la petua-petua yang aku jumpa ni menggunakan bahan-bahan yang kita selalu simpan di rumah. Ada lagi petua lain seperti menabur daun neem atau serbuk kayu manis bagi menghalang lipas dari masuk ke rumah.


Nota kaki: Nampaknya aku kena mencuba petua-petua ni sebab dah makin menjadi-jadi pulak penampakan makhluk ni di rumah ni. Korang ada petua / tips selain dari di atas yang korang pernah cuba dan berkesan tak? Share dekat komen ye. Terima kasih korang.

12 Comments

  1. kita lipas ok lagi tp kita geli cicak hahaha...
    adoiii pernah sekali siap main tenung2 ngan cicak tu.. siap jelir2 lidah dia hahah.. sabar je la..

    sbb tu klu jumpa biawak pun kita ngeri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ye ke? cicak kita ok lagi, nak pegang memang tak la tapi boleh la nak halau. kalau lipas ni lain citer. belum lagi citer pengalaman lipas terbang. nak tercabut jantung rasanya!

      Delete
  2. Saya letak ubat gegat pada almari.
    Kalau saya pula geram dengan cicak. Masalah lepas tidak berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya letak ubat gegat serai wangi dalam laci kabinet dapur & bawah singki. Tapi ni lipas2 kena Covid kot, takde deria bau huhu

      Delete
  3. Sama !!! Nadia tersangat lah anti tentang Lipas. Duduk apartment rumah sewa setahun tak pernah jumpa lipas. Tapi kalau balik rumah Parents mesti ada sebab rumah atas tanah. Kalau saya jumpa, saya memang akan terus menyorok sambil menjerit. Lepastu nanti seminggu saya akan kehulur hilir dengan semburan ubat lipas sebagai persediaan nak berperang dengan lipas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Nadia, spray ridsect ni wajib ada di dapur. tapi tak suka la baunya. Kadang-kadang pening gak hidu.

      Delete
  4. oh! engkah timun jak oo.. senang juak... boleh try engkah dlm kitchen cabinet tok... suka jak main di sia.. geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelak padah berkesan kah sik petua ya. Takut jadi barang makanan sidak ajak huhu

      Delete
  5. Lipas rumah ni dah macam haperrr jerr.. tapi spray jee esoknya mampos laaa dia hahahaha

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba...selalu guna spray..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kita pun guna spray tapi bau tu kadang2 buat jadi pening

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .