• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, May 02, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua rakan-rakan blogger, di kesempatan ni saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada tulisan dan kata-kata saya yang mengguris hati kalian. Moga Raya tahun ni disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...


Selamat Hari Raya Aidilfitri

p/s: para ibu jangan stress2 di dapur... kita buat semampu yang boleh. Aku memang dah bersedia dengan pes kari instant je malam tadi, tinggal keluarkan ayam dari freezer dan defrost. Besok dan hari-hari seterusnya sepanjang Aidilftri ni Insha Allah masih ada masa lagi nak masak ikut resipi sendiri. Lauk raya kami hari ni kari ayam (kari Mak Nyonya memang yang paling sedap bagi aku) dan daging masak hitam MIL dimasak dalam pressure cooker sebab nak cepat masak (dan paling senang jugak). Dah bertahun-tahun MIL beli pressure cooker baru first time pakai malam tadi, lepas kiteorang ajar macamana nak pakai. Ada hikmah jugak di sebalik raya terkejut ni 😅

Read more »
on Monday, May 02, 2022 19
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, May 01, 2022

Selamat Hari Pekerja

Malam ni aku tido lambat sikit temankan Suami Terchenta bekerja (block leave pun masih lagi kena join online meeting, sibuk bebenor dia).

Sedar-sedar, eh dah 1 Mei la. Jadi aku nak ucapkan kepada Suami Terchenta dan rakan-rakan blogger,

"Selamat Hari Pekerja 2022" 

Tahun ni special sikit sebab tahun pertama tak lagi bergelar pekerja. Aku start bekerja dari umur 17 tahun - sementara tunggu result SPM kerja di kedai runcit datuk di kampung. Datuk tak bayar gaji tapi dia belikan gelang emas yang sampai sekarang masih lagi aku simpan buat kenangan dengan arwah datuk yang baik sangat.

Lepas tu 4 tahun sambung belajar di UTM. Tahun ke-4 bekerja part-time di food court JUSCO (sekarang AEON) untuk tampung belanja sebab final year pakai banyak duit untuk projek tesis (dulu takde printer sendiri setiap kali print draft kena pergi kedai dan bayar mahal). Paling tak lupa masa tu bertekak dengan boss / tauke (walaupun tauke tu hensem macam Aaron Kwok tapi dia tak bagi staff prayer break) sampai dia mengalah dan lama-lama dia pun ok je sebab aku pergi solat pun sekejap je terus sambung kerja. Aku tak salahkan boss jugak sebab pengalaman dia sebelum ni staff kata pergi solat tapi sampai setengah jam hilang pergi merayau tempat lain.

Lepas grad je sementara tunggu konvo aku kerja pulak jadi research assistant part-time sebab nak balik Sarawak tiket mahal pulak. Struggle jugak sebab gaji kurang dari RM500 lepas tu tolak pulak EPF & SOCSO. Syukur sewa rumah ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain jadi sewa rumah dan belanja makan pun jimat (kiteorang tong-tong sorang bayar seringgit sehari untuk beli barang-barang memasak).

Bila research project dah tamat, aku apply pulak program management trainee kat Senai. Gaji masa tu RM1200 je, tapi cukup untuk belanja diri-sendiri dan hantar kat mak di kampung setiap bulan. Dari management trainee, diserap pulak jadi kakitangan tetap sebagai Executive Corporate Communications (walaupun tak sama dengan bidang yang aku belajar). 

Lepas 4 tahun bekerja, aku apply pulak dengan syarikat lain yang ada cawangan di Sarawak sebab aku teringin nak bekerja di bumi sendiri. Syarikat yang baru ni baru aku berpeluang kerja dalam bidang yang aku ambik di universiti, tapi lepas sebulan aku dapat rasakan jiwa aku tak sesuai dengan bidang tu. Nak berhenti sayang pulak sebab gaji dan faedah yang jauh lebih baik and also aku masih lagi nak cuba memohon bekerja di Sarawak. 

4 tahun di syarikat kedua, aku ambik cuti tanpa gaji memandangkan masa tu aku sambung belajar dan baru melahirkan anak kedua. Lepas setahun, aku buat permohonan pindah ke Sarawak dan permohonan diluluskan. Gembiranya masa tu, tapi tak lama sebab Suami Terchenta yang plan asalnya akan ikut berpindah ke sana tak dapat cari peluang kerja di Sarawak. Tiba-tiba kiteorang kena struggle dengan PJJ pada usia anak-anak yang kecil dan aku sangat perlukan Suami Terchenta di sisi.

Dari tahun ke tahun aku bertahan tapi semakin lama semakin letih menguruskan anak-anak seorang diri dengan tanggungjawab kerja yang semakin bertambah. Know know dah 6 tahun ber PJJ dan the struggle is real. Anak sakit aku sorang yang kena bercuti. Bila kena outstation, aku sorang yang pening memikirkan siapa nak uruskan anak-anak (aku cuba tak menyusahkan mak jadi kadang-kadang aku bawak anak-anak ikut outstation kalau takde siapa yang jaga). Kemuncaknya bila PKP pertama kali diperkenalkan dan sekolah-sekolah mula buat online class. Suami Terchenta pulak tak boleh pulang sebab kekangan kerja dan selama 3 bulan aku handle seorang diri kepeningan PDPR, kerja sekolah berlambak2 di samping masalah di ofis jugak. Akhirnya aku dengan berat hati buat permohonan pindah semula ke KL. Stressnya aku masa tu sampai aku bergaduh dengan boss walhal boss tu sangat baik tapi yalah, masa ni dah diuji dengan mental health yang terjejas akibat pandemik ni.

Bila berpindah ke KL, jiwa aku dah kosong dan aku realize - yes, aku dah tak lagi ikhlas bekerja dalam keadaan stress dan waktu kerja yang semakin panjang bila bekerja di rumah. Tambahan pulak aku tak minat dengan skop kerja, dan permohonan untuk pindah ke jabatan yang lebih sesuai dengan experience dan minat aku pulak tak dapat sokongan. Aku mula susun rancangan untuk berhenti kerja dan pujuk Suami Terchenta untuk yakinkan dia yang rezeki semuanya di tangan Allah SWT. Dekat setahun jugak aku pujuk dia, barulah dia dengan berat hati bagi keizinan untuk aku berhenti kerja.

Dan akhirnya pada tahun ni aku first time tak lagi bergelar pekerja.

I will always cherish the time when I was a worker but I do not regret leaving my job because I have grown out of it. My mission now is to figure out how can I bring my experiences and knowledge gained when I was working to bring value to others.

As we celebrate Workers' Day, my wish is for government to find ways to enforce work-life balance and working culture that supports employees' welfare. There's still a lot more to be done to change Malaysian working culture. 

Buat Suami Terchenta, terima kasih sebab bekerja dengan penuh dedikasi untuk rezeki yang halal buat kita sekeluarga. Insha Allah, kali ni saya lebih ikhlas dan fokus menjaga keluarga bila tak lagi stress dengan status PJJ & masalah kerja.


Selamat Hari Pekerja

Read more »
on Sunday, May 01, 2022 10
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 30, 2022

Dah Selamat Balik Kampung...

Alhamdulillah, flight MAS kiteorang Selasa lepas bertolak seperti dijadualkan dan tak delay pun. Ni baru ada masa nak update blog sebab 2-3 hari ni sibuk kemas rumah, beli persiapan raya dan buat kuih dan kek lapis.

Seperti biasa, sebelum bertolak balik kampung, aku akan buat checklist aktiviti yang perlu dibuat:

  • Check in flight dan print boarding pass
  • Beli tiket ERL - tiket ERL tu aku beli melalui apps KLIA Express. Ada promosi pakej famili untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, keseluruhannya berjumlah RM120 (diskaun sebanyak 25%). Promosi ni sampai 30 Jun ni.
  • Kemas beg pakaian dan beg laptop - paling penting jangan tinggalkan charger handphone dan jam!
  • Kemas rumah, mop lantai
  • Habiskan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam peti sejuk
  • Basuh baju-baju dalam bakul pakaian kotor
  • Hantar surat tak hadir sekolah untuk anak-anak

Memandangkan kiteorang akan sampai tengah malam, aku sediakan bagasi ekstra untuk bawak balik cadar dan selimut dari KL. Takde la kalut bila sampai di kampung nanti. Keseluruhan bagasi kiteorang sebanyak 3 buah, satu untuk aku dan Suami Terchenta, satu untuk Khayla dan Khadeeja dan satu lagi untuk cadar, selimut dan tuala mandi. Sehari sebelum balik kiteorang dah siap-siap kemas bagasi dan print pas penerbangan dari rumah. 

Kali ni anak-anak request nak ke KLIA menaiki ERL. Kalau ikutkan Suami Terchenta, dia lebih suka naik Grab je sebab lagi jimat. Tapi kali ni dia ikutkan je permintaan anak-anak sebab nak bagi 'feel' suasana perjalanan balik kampung selepas 2 tahun tak balik beraya. Merasalah dari rumah kiteorang mengheret beg sejauh 300m ke stesen LRT nak pergi ke KL Sentral. Dari KL Sentral pulak naik ERL Transit (buat masa ni perkhidmatan ERL non-stop ke KLIA / KLIA2 masih lagi belum beroperasi macam biasa). Ni memang betul-betul perjalanan balik kampung!


Balik Kuching

Ni baru turun dari ERL dan tengah tunggu lif ke tingkat 5 KLIA (Departure Hall)

Satu kelebihan balik awal ialah kurang sesak di airport. Kiteorang tak perlu beratur pun kat kaunter check in bagasi dan pemeriksaan keselamatan. Kali ni boarding gate kiteorang dekat je, sebelah Golden Lounge je. Jadi memang banyak masa nak jalan-jalan cuci mata dekat duty-free shopping area!

Buat pengetahuan semua, sekarang ni dah tak perlu lagi nak isi borang masuk ke Sarawak (Enter Sarawak dan e-health declaration). SOP dah macam sebelum zaman pandemik, cuma masih lagi kena check-in MySejahtera dekat boarding gate je la. So apa lagi Sis Lin & Kak Ret, jom kita bercuti-cuti Malaysia di Sarawak!

Balik Kuching
Anak-anak dah tak sabar-sabar nak masuk pesawat sebab nak tengok movie free

Bila naik MAS, korang akan dapat complimentary hygiene kit dari MAS. Dalam kit ni ada face mask dan sanitizing wipe. Cuma satu je la tak bestnya sekarang - MAS dah tak lagi bagi pinjam selimut sebab nak elakkan jangkitan Covid. Jadi next time kena pastikan pakai jaket / baju tebal sikit kalau tak tahan sejuk.

Balik Kuching

Sebelum naik flight, kiteorang berbuka puasa dengan kurma dan air. Bila kapal terbang dan berlepas, masing-masing dah lapar. Sebenarnya aku dah siap-siap preorder makanan tapi tak tau kenapa nama kiteorang takde dalam list pulak, so terpaksalah tunggu lama sikit sebelum makanan sampai. Aku pilih nasi lemak dan budak-budak pulak pilih chicken noodle. 

Tapi... serius makanan MAS tak sesedap dulu. Masa aku balik sebab uruskan hal sewa rumah bulan lepas pun aku bagi komen semua yang baik-baik pasal MAS KECUALI makanan dalam flight. Aku musykil sebab setau aku MAS ada in-house chef yang sediakan menu. Tapi kenapa makanan dieorang hambar dan macam nasi lemak yang aku makan tu, sambal nasi lemak tu memang tak serupa sambal. Nasi lemak pun rasa macam nasi kosong je. Aku tak kisah kalau nasi lemak dieorang ni tak letak ayam atau letak sambal kosong je asalkan sedap. Ni memang kalau pelancong asing yang baru pertama kali merasa nasi lemak dalam flight, dieorang akan cop nasi lemak ni 'over-hyped'. Padahal nasi lemak la juadah yang paling sedap dan digemari ramai rakyat Malaysia! Harap MAS boleh perbaiki resipi dieorang sebagai national carrier yang bawak identiti Malaysia. Padanlah kena tegur dengan Chef Wan satu ketika dulu.

Tapi other than food, aku memang akan pilih MAS berbanding AirAsia. Sekarang ramai yang komplen di FB kalau naik AirAsia memang kena bersiap-sedia mental yang kemungkinan flight akan delay atau kena re-timed tak pun kena cancel terus. Aku rasa sebab tu KLIA2 sesak teruk sekarang ni - ramai yang ambil langkah berjaga-jaga taknak kena tinggal flight so dieorang datang seawal boleh kat airport untuk drop luggage. Tapi satu lagi masalah yang timbul bila datang dan check in luggage awal sangat - lambakan luggage tu menyebabkan ada luggage yang salah masuk pesawat dan akhirnya tak sampai-sampai. Satu lagi, ramai jugak yang komplen gate selalu bertukar-tukar dan dieorang tak dapat alert pun dekat apps atau email. Tau-tau tunggu dekat gate yang salah dan kena tinggal flight. Naya tau kalau kena tinggal flight, sebab tiket flight ni beratus-ratus. Kalau satu family kena tinggal kerugian boleh cecah ribu-ribu jugak!

Berbalik ke perjalanan balik kampung kami. Kiteorang sampai di Kuching dalam pukul 10.30 malam. Suami Terchenta cuba book Grab tapi malangnya Grab tak banyak dan semua sibuk. Terpaksalah kiteorang sewa kereta malam tu untuk balik ke rumah memandangkan takde sesiapa yang boleh ambik kiteorang kat airport (adik-adik ipar kerja malam dan bapak mertua pulak dah tak boleh drive sekarang).

Sampai je di rumah, tak boleh terus rehat sebab kena kemaskan bilik, vakum lantai dan pasang cadar. Lepas tu kena mandi pulak. Dalam pukul 1 pagi jugak barulah setel semuanya. Tidur pun 3 jam lebih je sebab kiteorang kena bangun awal untuk sahur memandangkan waktu Subuh di Sarawak sejam awal dari di KL.

Tu la kisahnya balik kampung selepas 2 tahun. Apapun kiteorang gembira dapat jumpa mak bapak / mertua / atok nenek lepas sekian lama tak bertemu. Buat kawan-kawan kat Semenanjung, harap korang pun dah sampai ke kampung dengan selamat. 

Read more »
on Saturday, April 30, 2022 7
Share this!
Tags
Family, Journal, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, April 24, 2022

Flight AirAsia kena cancel?

Semalam Suami Terchenta tiba-tiba bersuara, 'Flight AirAsia balik KL delay ke pukul 10 malam.'

Aduh... Kalau pukul 10 malam baru nak berlepas, pukul berapa la sampai ke rumah? Esoknya budak-budak nak sekolah pulak. Ghisauu...

Suami Terchenta siap check harga top up ticket kalau tukar penerbangan ke hari sebelumnya. Dalam RM400 la kena top up kalau nak tukar tiket.

Aku mintak Suami Terchenta forward email AirAsia yang bagitau penerbangan kami dah ditukarkan ke pukul 10 malam.

Bila bukak email, rupa-rupanya bukanlah delay tapi kena cancel so AirAsia letak kami untuk penerbangan seterusnya.

Email AirAsia

Pentingnya kita check email supaya tak berlaku salah faham. Penerbangan ditangguhkan & penerbangan dibatalkan tak sama. Kalau penerbangan ditangguhkan, kita nak tukar tiket memang kena bayar ekstra sebab flight tu masih lagi berjalan so kos masih lagi berjalan. Tapi kalau penerbangan dibatalkan terus, syarikat penerbangan akan tawarkan sama ada tukar tarikh / masa penerbangan secara percuma atau refund.

Memandangkan aku taknak la sampai rumah pukul 1 pagi sebab esoknya anak-anak kena sekolah, jadi aku decide untuk tukar tiket ke hari sebelumnya. Kalau naik AirAsia, pergi je ke website dieorang dan chat dengan bot AirAsia, AVA. Pilih option 'Move flight' lepas tu AVA akan mintak nama (surname & first name), tarikh lahir dan maklumat penerbangan (nombor PNR dan tarikh flight). Lepas AVA sahkan maklumat adalah betul, dia akan mintak kita pilih tarikh dan masa penerbangan yang baru. Dalam 10 minit je dah settle tukar tarikh dan masa penerbangan balik ke KL. 

So mudah je la sebenarnya. Tak perlu pun nak top up harga tiket asal.

Chat AVA

Harapnya tiket balik ke kampung takde pertukaran sebab kiteorang balik kampung naik MAS tapi balik ke KL naik AirAsia. Sengaja pilih MAS sebab harga lebih kurang sama dan flight pun berlepas setengah jam lepas berbuka puasa, so jimat la tak perlu beli makanan kat airport setakat bekal air & kurma je nanti sebab dalam flight ada disediakan makanan. Korang balik kampung bila?

Read more »
on Sunday, April 24, 2022 22
Share this!
Tags
Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 20, 2022

Wordless Wednesday - bermain di tepi pantai

Pantai Tanjung Batu

Ni gambar tikam belakang #throwback masa balik kampung bulan lepas. Hometown aku ni pantainya cantik sangat dan bila cuaca panas terik air lautnya jernih. Masa hari kejadian, mula-mula ingatkan setakat nak ambik gambar pantai yang cantik tup-tup dah turun ke gigi air bermain air laut yang jernih. Rindunya nak balik kampung lagi (raya ni tak balik sana sebab tahun ni giliran balik ke rumah mertua di Samarahan).

Pantai Tanjung Batu
Subhanallah... dah lama tak tengok pantai Tanjung Batu secantik ni.

Read more »
on Wednesday, April 20, 2022 20
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • .: ceritera Kehidupan :.
    4 minutes ago
  • Aku Sis Lin
    22 minutes ago
  • KasihkuAmani
    52 minutes ago
  • My Small World
    1 hour ago
  • Miles of smiles
    2 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    11 hours ago
  • mrhanafi.com
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    12 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    13 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    13 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    13 hours ago
  • orangbukit
    15 hours ago
  • Titian Perjalanan
    17 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • SURIA AMANDA
    18 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    19 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    19 hours ago
  • a m m i
    20 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • Anies♥You
    21 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    22 hours ago
  • anajingga
    22 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    23 hours ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.