Kepada semua rakan-rakan blogger, di kesempatan ni saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada tulisan dan kata-kata saya yang mengguris hati kalian. Moga Raya tahun ni disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

p/s: para ibu jangan stress2 di dapur... kita buat semampu yang boleh. Aku memang dah bersedia dengan pes kari instant je malam tadi, tinggal keluarkan ayam dari freezer dan defrost. Besok dan hari-hari seterusnya sepanjang Aidilftri ni Insha Allah masih ada masa lagi nak masak ikut resipi sendiri. Lauk raya kami hari ni kari ayam (kari Mak Nyonya memang yang paling sedap bagi aku) dan daging masak hitam MIL dimasak dalam pressure cooker sebab nak cepat masak (dan paling senang jugak). Dah bertahun-tahun MIL beli pressure cooker baru first time pakai malam tadi, lepas kiteorang ajar macamana nak pakai. Ada hikmah jugak di sebalik raya terkejut ni 😅

15 Comments

  1. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin..

    Pressure cooker makes our life easier...cepat je masak.. less stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Nohas. Bz pulak kita di kampung, lagipun kat kampung takde wifi huhu. pressure cooker mmg berguna time2 raya panik ni hehe.

      Delete
  2. Hahahaa... Selamat hari raya karni n jun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya jugak Kak Ret. Tengah fikir nak buat makan2 ke tak (tapi tak bawak balik pun pes laksa kali ni sebab beg dah penuh sgt!)

      Delete
  3. Selamat hari raya, Carneyz.
    Itu la, cadang nak beli pressure cooker juga. Senang nak masak daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Nur. Pressure cooker ni memang berguna sangat time2 nak raya. Hari2 biasa pun pakai jugak pressure cooker bila nak masak sup tulang / sup ekor. Cepat empuk.

      Delete
  4. Beautiful famiy! Maaf zahir batin ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle! maaf zahir batin jugak.

      Delete
  5. selamat hari raya carney & en jun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Kakmim! Kitak org raya di kch juak ka? Sik sempat bertemu owh.

      Delete
  6. salam aidil fitri buat carney sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Anies. Selamat Hari Raya jugak kepada Anies sekeluarga.

      Delete
  7. salam aidilfitri...ada pressure cooker mmg membantu dikala tiba2 hari raya kan hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .