لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Suami Terchenta Off Day
Salam Khamis semua.
Rasa macam kejap je minggu ni berlalu. Tup, tup dah Khamis. Suami Terchenta minggu ni busy memanjang, dari Ahad malam sampai la malam tadi dia kena masuk kerja tengah malam sampai pagi. Macam tu la kehidupan orang IT ni, nak buat kerja kena tunggu tengah-tengah malam supaya tak kacau sistem esoknya. Lepas Subuh baru la dia boleh tido sampai tengahari. Nasib baik boss bagi off day kalau kena kerja tengah-tengah malam.
Sesambil tunggu dia bangun tido aku pun buat la kerja-kerja rumah apa yang patut. Tak lama pun, sejam lebih dah setel. Geng-geng ofis lama mengajak pulak lunch sama-sama hari ni tapi aku malas sebab nak temankan Suami Terchenta makan tengahari.
Lepas dia bangun tido, aku ajak dia makan tengahari di luar. Tekak teringin nak makan nasi campur, dan dah lama aku nak try kedai makan Hiway Bistro Corner tepi jalan yang selalu kiteorang selalu limpas kalau nak ke Pasar Selayang. Lagipun on the way ke sana ada stesen PETRONAS, nak menyinggah la sekejap sebab minyak pun dah nyawa-nyawa ikan. Dah siap isi minyak kereta, terus ke destinasi seterusnya iaitu makan tengahari.
Sampai kat situ ternampak tempat basuh kereta sebelah gerai, apa lagi Suami Terchenta pun kata alang-alang dah singgah makan, terus basuh kereta sekali. Bagi aku, bijak betul owner tempat basuh kereta ni bukak sebelah tempat makan sebab mesti ramai yang berfikiran macam Suami Terchenta. Memang tepat sangkaan aku sebab kebanyakan kereta yang dieorang basuh tu kepunyaan pelanggan kedai makan Hiway Bistro Corner.
Alhamdulillah, ada lauk yg aku suka - masak lemak nanas ikan masin, siput sedut masak lemak cili api dan ulam raja |
Laju je Suami Terchenta meratah ikan bakar tak sempat aku nak ambik gambar hahaha! |
Kemain selera laki bini menikmati makan tengahari kat sini. Tempat pun selesa, lapang dan tak panas. Boleh la singgah lagi lain kali.
Wordless Wednesday - Sikit2 Lama2 Jadi Blogger Impian
Mula-mula menulis blog dulu, ia lebih kepada medium mencurahkan perasaan dan bercerita tentang kehidupan di tempat kerja. Tujuan blog aku ialah untuk mencari kawan baru yang sama-sama suka menulis, suka berkongsi pengalaman dan ilmu baru. Kalau blogger dulu2 mesti tau ada fungsi chatbox di blog, salah satunya Msjbox yang dicipta oleh Suami Terchenta. Dari situ, kenal rapat dengan kawan-kawan blogger yang jugak pengguna Msjbox (korang ingat lagi tak kena bayar yuran RM10 setahun nak pakai Msjbox sbb nak bayar sewa server? Hehe).
Bila ada anak, blog aku berkisar tentang anak-anak yang sedang membesar. Beberapa tahun lepas tu, aku mula menulis tentang pengalaman menginap di hotel-hotel memandangkan masa tu aku selalu outstation dan jugak berstatus PJJ (setiap kali melawat Suami Terchenta di KL, aku ambik peluang book hotel-hotel sekitar KL untuk bercuti dengan anak-anak). Masa ni aku berangan2 - bestnya kalau dibayar untuk review hotel.
Dan sekarang aku nak tambah satu lagi matlamat blogging iaitu jana pendapatan melalui Google Ads atau sponsorship. Cuma aku belum lagi sampai tahap tu. Doakan ye supaya angan2 aku bertukar jadi kenyataan.
Apple Pay Dah Boleh Guna Kat Malaysia?
Semalam kecoh kat group kawan-kawan pengguna Apple yang sekarang dah boleh guna Apple Pay. Ramai yang tak sabar-sabar nak pakai fungsi Apple Pay ni sebab dah tak payah bawak dompet ke mana-mana bila Apple Pay dah diterima di pasaraya2 dan restoran2.
![]() |
Sumber: Twitter |
Tak sampai sejam kemudian, pengumuman di laman web Ambank dan Maybank ditarik balik. Tapi pagi tadi group kembali kecoh sebab bila bukak apps Wallet, dah boleh tambah kad bank dekat Wallet. Wah, menarik ni!
Aku pun salah seorang yang mencuba fungsi ni pagi tadi.
Cara-cara tambah kad bank di aplikasi Apple Wallet:
- Buka aplikasi Wallet di iPhone.
- Tekan ikon + di sudut kanan atas.
- Pilih sama ada nak tambah kad debit atau kad kredit.
- Tekan ‘Continue’.
- Imbas bahagian depan kad bank, atau masukkan maklumat kad secara manual.
- Ikut arahan selanjutnya untuk pengesahan bank.
- Selepas pengesahan dibuat, kad bank akan ditambah ke dalam Apple Wallet.
- Ulang langkah-langkah di atas untuk tambah kad bank di Apple Watch.
![]() |
Berjaya tambah kad bank di Apple Watch |
Ni pulak video Apple macamana nak guna fasiliti Apple Pay ni:
Untuk pengguna Apple Watch pulak, cuma perlu bukak app Wallet, tekan kad bank yang nak guna tu dan ikut arahan di skrin.
Nota kaki: Lepas ni pastikan iPhone korang tak hilang dan jangan simpan password merata-rata. Apple Watch pun kena letak passcode jugak kalau dah pakai Apple Pay ni. Kalau tak mau berhuhu la kalau jam hilang lepas tu duit pun hilang jugak.
Kesejahteraan Digital (Digital Wellbeing) - Apa yang Perlu Kita Tahu?
Zaman sekarang ni teknologi digital bukan perkara asing lagi. Hampir setiap orang di Malaysia sekarang memiliki telefon pintar, bukan setakat untuk berhubung malah untuk membuat transaksi harian seperti perbankan, membeli-belah, belajar dan bekerja.
Tak dinafikan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian sangat memudahkan urusan kita, namun sejak akhir-akhir ni ramai pengguna teknologi mengalami keletihan digital atau 'digital fatigue' disebabkan tabiat penggunaan teknologi digital yang berlebihan (always on technology). Contohnya, tabiat membalas mesej atau email terutama atas urusan kerja atau perniagaan tidak kira masa, atau 'multitasking' menggunakan lebih dari dua peranti pada satu-satu masa.
![]() |
Sumber imej: hp.com |
Kesan daripadanya ialah hilang keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu pekerjaan atau perkara dalam jangka masa, selain menjejaskan kesihatan fizikal apabila menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti digital secara statik contohnya baring atau duduk berjam-jam sambil menonton video TikTok atau Instagram sehingga mengabaikan masa bersenam atau diet seimbang.
Sumber imej: Google |
Apa Itu Kesejahteraan Digital?
Kesejahteraan digital ialah tentang membina hubungan yang sihat dengan teknologi agar kita mendapat faedah dari penggunaan teknologi dan pada masa yang sama memastikan teknologi berada dalam kawalan kita dan bukan sebaliknya. Teknologi seharusnya menggerakkan kita ke arah matlamat kita dan bukannya melalaikan serta mengganggu tumpuan kita.
![]() |
Sumber imej: Google |
Bagaimana membina tabiat digital yang sejahtera?
- Perhatikan tabiat digital anda dengan bertanyakan soalan-soalan seperti bagaimana saya menghabiskan masa online? Adakah masa online itu memberi tambahan nilai kepada kehidupan saya? Apa yang ingin saya ubah tentang penglibatan saya dengan teknologi digital?
- Bina visi atau peranan digital dalam kehidupan seharian. Contohnya matlamat penggunaan teknologi digital ialah untuk memudahkan urusan supaya boleh meningkatkan produktiviti, maka anda perlu menyingkirkan aplikasi yang tidak menyumbang ke arah visi ini.
- Pantau penggunaan teknologi menggunakan aplikasi seperti iPhone Screen Time dan Google Apps Dashboard.
- Buat perubahan sedikit demi sedikit ke atas tabiat digital anda supaya selaras dengan matlamat dan visi digital anda.
Tips dan Alat untuk Membantu Membina Hubungan yang Sihat dengan Teknologi Digital
![]() |
Sumber imej: Google |
Garis Panduan Fizikal
![]() |
Sumber imej: Google |