Google Analytics


Bulan lepas, dapat 150 klik. Alhamdulillah bulan ni mencapai 250 klik. Walaupun masih merangkak2 nak naikkan search ranking, tapi jangan putus asa, kita teruskan menulis untuk tatapan kawan-kawan semua ye! 

Mula-mula menulis blog dulu, ia lebih kepada medium mencurahkan perasaan dan bercerita tentang kehidupan di tempat kerja. Tujuan blog aku ialah untuk mencari kawan baru yang sama-sama suka menulis, suka berkongsi pengalaman dan ilmu baru.  Kalau blogger dulu2 mesti tau ada fungsi chatbox di blog, salah satunya Msjbox yang dicipta oleh Suami Terchenta. Dari situ, kenal rapat dengan kawan-kawan blogger yang jugak pengguna Msjbox (korang ingat lagi tak kena bayar yuran RM10 setahun nak pakai Msjbox sbb nak bayar sewa server? Hehe). 

Bila ada anak, blog aku berkisar tentang anak-anak yang sedang membesar. Beberapa tahun lepas tu, aku mula menulis tentang pengalaman menginap di hotel-hotel memandangkan masa tu aku selalu outstation dan jugak berstatus PJJ (setiap kali melawat Suami Terchenta di KL, aku ambik peluang book hotel-hotel sekitar KL untuk bercuti dengan anak-anak). Masa ni aku berangan2 - bestnya kalau dibayar untuk review hotel.

Dan sekarang aku nak tambah satu lagi matlamat blogging iaitu jana pendapatan melalui Google Ads atau sponsorship. Cuma aku belum lagi sampai tahap tu. Doakan ye supaya angan2 aku bertukar jadi kenyataan. 

26 Comments

  1. Rindu oii zaman msjbox tu hahaa meriah ngan xtvt!! Masa tu la zaman kegemilangan mencari kwn2 baru n paling best sbb msjbox kita dpt msk tibi hahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan.. hampir2 lupa pulak pasal tu. rindu sgt tiap2 tahun mesti ada aktiviti geng2 msjbox kan? hihi.

      Delete
  2. Emm…kenapa tak tau pun pasal msjbox tu?

    Semoga berjaya mencapai matlamat awak ya. Nampak dah kesungguhan tu sebab berdot com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Msjbox ni sekitar tahun 2004-2009. Zaman tu blogger mesti ada letak kotak chatbox utk visitors tinggalkan komen2, contoh mcm Shoutbox!, Doneeh atau Msjbox.

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah...semoga berjaya mencapai matlamat..fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nohas, selalu singgah blog saya :)

      Delete
  4. alhamdulillah..congrats! moga terus maju!

    ReplyDelete
  5. Semoga terus maju jaya.
    Semangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs. A <3 sama2 kita rajin2 kan diri blogging :)

      Delete
  6. Your time will come انشاء الله 🤲

    ReplyDelete
  7. Amin. Semoga hasrat tertunai. Insya Allah.

    ReplyDelete
  8. dah boleh apply google ads dahh hehe

    ReplyDelete
  9. Semoga terus berjaya, Carneyz! Chaiyok!

    ReplyDelete
  10. Wah! Tak lama lagi masyuukkkk la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn... nanti boleh selfie dgn Uncle & Aunty hehehe

      Delete
  11. Alhamdullilah.. tahniah awak. Kak Sue doakan semoga impian awak tercapai tak lama lagi.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Sue atas doanya <3 semangat jadinya bila ada kawan2 yg sokong blog kita :)

      Delete
  12. In syaa Allah. Di mana ada usaha, di situ ada jaya. Mudah-mudahan impian terlaksana Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... terima kasih kak Amie, selalu berkunjung blog saya :)

      Delete
  13. semoga impian menjadi kenyataan. chaiyok! chaiyok!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .