Sarapan pagi di Bray Bakery

<<Late Post>>

Bulan lepas BFF (BreakFast Friends) ajak keluar makan-makan sebab dah 3 bulan kami tak keluar makan sama-sama. Maklumlah, sekarang masing-masing dah ada asben 😬

Kali ni kiteorang mencuba Bray Bakery di Menara See Hoy Chan terletak berseberangan dengan Hospital Prince Court. Parking di bahagian basement menara, cuma masa kiteorang sampai tu entrance dari parking ke kafe ni masih lagi berkunci terpaksalah kiteorang tawaf bangunan nak sampai ke pintu depan kafe.


Menara See Hoy Chan
Kafe Bray

Bray Bakery
Bahagian dalam kafe bertemakan industrial

Plan asal cuma kami bertiga je macam biasa. Tapi pagi tu Zura bagitau tak dapat Grab jadi dia bawak asben dia sekali. Dia mintak aku ajak Suami Terchenta jugak supaya tak la kekok sangat. Lagipun dieorang berdua sama-sama bekerja bidang IT, boleh la bersembang-sembang (tapi aku kenal sangat Suami Terchenta tu memang jenis tanya sepatah jawab sepatah, susah nak dengar dia bersembang haha!) Still, aku ajak Suami Terchenta sekali memandangkan dia pun tak breakfast lagi.

Kat sini menunya agak terhad dan berkonsepkan Western fusion. Walaupun tak banyak sangat pilihan untuk sarapan pagi, tapi makanan yang kami pesan semuanya sedap. Signature menu kafe ni ialah croissant yang sangat lembut dengan rasa mentega yang wangi. Kalau pergi lepas pukul 8.30 pagi, memang kirim salam je la dengan croissant sebab laku macam pisang goreng panas.


Kafe Bray

kafe bray

Meh tengok menu sarapan kami:


Bray Bakery
Smoked salmon open toast dengan poached egg dan corn salad (RM35)

Bray Bakery
Charred Eggplant & Zucchini Shakshuka dihidang dengan roti sourdough (RM29)

Bray Bakery
Focaccia Grilled Cheese (RM26)

Bray Bakery
Bray's Pain Au Chocolat (RM14)

Bray Bakery
65% Venezuela Chocolate with Sea Salt (RM16)

My favourite ialah pain au chocolat sebab pastri yang lembut dan flaky dengan inti coklat yang sedikit cair. Teringat pain au chocolat yang pernah aku makan di Paris satu ketika dulu. Oleh sebab sedap sangat, kami pesan untuk bawak balik buat sarapan anak-anak di rumah. Khayla suka sangat croissant kat sini, katanya ni la croissant yang paling sedap antara banyak croissant yang dia pernah makan. Lebih sedap dari croissant di Artisan's Playground. Aku pun tumpang cuba secebis - wah, memang sedap croissant tu! Boleh la beli untuk bawa balik lain kali.


Bray Bakery
Cantik kotak bungkus roti 💝

Bray Bakery
Croissant untuk Khayla dan pain au chocolat untuk Khadeeja

Macam biasa, sebelum balik haruslah selfie dulu:


Bray Bakery
Geng sarapan pagi + husbands

Kalau korang mencari croissant yang dijamin sedap, boleh cuba Googlemap arah kafe ni:


Bray Bakery
Menara See Hoy Chan
G-02, 374, Jalan Tun Razak, 50400
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: +60 12 582 2519

Pengalaman Keguguran Kali Kedua

Salam semua,

Alhamdulillah ala kulli hal.... selepas 3 minggu menyepi akhirnya hari ni baru ada mood nak update blog lagi. Huhu. Ditambah pulak dengan Khadeeja kena Covid kali kedua minggu lepas, memang ke laut la mood menulis tu.  

Ingat tak post aku tentang kehamilan kali ni yang tiada heartbeat?  Lepas aku post pasal baby takde heartbeat, selang beberapa hari lepas tu aku mengalami pendarahan dan demam panas. 

Ni kali kedua aku mengalami keguguran. Sebelum Khayla lahir, aku pernah keguguran pada usia kandungan 3 bulan. Masa tu doktor terus tolak aku masuk OT buat prosedur D&C (cuci rahim). 2-3 jam lepas sedar, dah boleh balik rumah. 

Kali ni pengalaman keguguran lain sikit. Disebabkan aku kena Covid, prosedur D&C ditangguhkan dan akhirnya kantung tu keluar sendiri. 

25 Oktober 2022 - aku start bleeding. Badan rasa tak selesa. Bila check tekanan darah, Allahu... tingginya! Padahal pagi tu aku dah ambik ubat darah tinggi. Denyut nadi pun agak laju. Terus aku ambik Grab ke HTA. Sampai HTA bahagian kecemasan, kena buat test Covid. Negatif. Tunggu 6 jam baru dapat jumpa doktor. Scan sekali lagi, baby memang takde heartbeat. Doktor terus admit sebab takut jangkitan kuman (demam panas).

Bila kena masuk hospital je memang aku stress. Benda yang paling benci ialah kena cucuk jarum masuk ubat. Huhu. Doktor yang cucuk tu baya adik-adik la. Aku bagitau dia ikut pengalaman aku belakang tapak tangan aku memang sukar nak ambik darah, silalah cucuk terus di bawah lengan. Ni kira dah cheat sheet untuk menjimatkan masa adik doktor tu. Tapi dia nak jugak cucuk belakang tapak tangan, adoi la... Dah agak, darah langsung tak keluar. Last-last bawah lengan jugak yang dapat huhu...


Bengkaknya ambik masa 2 minggu jugak baru hilang sakit

26 Oktober 2022 - doktor check, masih demam. Suruh buat ujian PCR pulak. Sementara tu, kena kuarantin dalam wad asing. Dapat bilik sorang, tapi kena pakai pelitup muka sepanjang masa walaupun masa tidur.


Feeling ala2 kat hospital private sebab takyah share bilik dengan sapa2, cuma takde sapa boleh datang melawat je...

27 Oktober 2022 - Rasa sakit macam kena induced dulu. Mula-mula mild, lama-lama sakitnya tak boleh bawak bincang. Mintak painkiller tapi nurse cakap aku baru je ambik panadol tengahari kena tunggu lagi 2 jam. Allahu. Terus aku call Suami Terchenta mintak dia hantarkan Panadol Menstrual dan hot water bag sebab aku dah terbongkok-bongkok menahan sakit. Dengan heavy bleeding lagi. 

Akhirnya, doktor datang check dan suruh nurse bagi injection painkiller. Alhamdulillah, lepas suntik je, terus legaa.... Malam tu kawan aku call, teman aku berborak. Tapi kejap-kejap aku nak ke tandas sebab rasa ada benda yang menekan pundi kencing sampai buang air pun tak lancar. Rupa-rupanya kantung dah turun di pangkal rahim dan menekan pundi kencing.

28 Oktober 2022 - Hari keempat (Jumaat). Akhirnya kantung tu keluar. Masha Allah, dia keluar pada penghulu segala hari. Tak lama lepas tu 2-3 orang doktor masuk suruh baring, tak explain apa-apa terus check. Lepas tu aku tak tau dia buat apa (tengah ambik sampel kot) tapi aku terjerit sakit dan kena marah sebab menjerit. Selesai je, nurse cucuk ubat kecut rahim. 

Sebab takde sapa yang explain apa yang berlaku, tiba-tiba aku kena panic attack. Ya, panic attack sebab aku ada anxiety. Berpeluh-peluh, berdebar-debar, pening, disoriented, rasa nak muntah, rasa nak mati pun ada. Tak pernah-pernah aku rasa setakut tu. Aku video call mak. Mesti mak cemas tengok aku melalak merapu-rapu nak lari dari hospital. Agak lama mak ambik masa untuk tenangkan aku. Menjelang tengahari baru aku dapat bertenang. 

Petang tu, nurse bawak turun untuk scan. Doktor sahkan semua dah keluar, tak perlu buat D&C. Tapi still tak boleh balik hari tu sebab result blood test ada kuman dalam darah. Kena sambung masuk antibiotik. Haha. Dah la jarum masuk ubat dah kena cabut, terpaksa pasang balik sebelah kiri pulak. Adik doktor yang sama, jadi dia tak banyak soal terus cucuk dekat bawah lengan. Terima kasih adik doktor kerana memahami...

29 Oktober 2022 - Finally discharged! Terima kasih buat doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang menjaga aku di wad. Tetiba rasa bersalah pulak sebab kena Covid sebab membahayakan kesihatan para petugas hospital menjaga pesakit Covid. Tapi syukurlah kali ni cuma demam panas 2 hari je dan sakit tekak, tak macam first time kena Covid dulu

Oh ya, lupa pulak. Hari ketiga aku di wad kuarantin, ada seorang lagi ibu mengandung yang kena kuarantin sama-sama dalam bilik aku. Agak teruk jugak dia batuk dan mengah sampai oksigen turun bawah 90%. Covid ni bahaya untuk golongan ibu-ibu mengandung. Kesian sangat tengok ibu mengandung batuk sampai mengah-mengah. Tapi aku salute dia, dalam dia sakit-sakit tu solat memang tak tinggal. 

Balik dari hospital still kena cucuk ubat cairkan darah selama 10 hari. First time aku kena cucuk ubat cair darah ni, masa beranak ceaser dulu tak de pulak kena suruh cucuk ubat ni. Bila kena kuarantin di rumah kena la cucuk sendiri huhu. Masa cucuk tu tak seriau, tapi masa nak tekan injection tu pedihnyaaa... dah la syringe tu susah nak tekan masuk. Akhirnya terpaksa mintak bantuan Suami Terchenta cucukkan keesokan harinya sampai la cukup 10 hari. 

Terpanjang pulak entry kali ni, balas dendam agaknya dah lama tak menulis hihi. Hmm.. tipulah kalau kata aku tak sedih. Sedih memang ada, sebab dapat tau je pregnant dah terbayang-bayang life with a small baby. Dah berkira-kira nak bagi nama apa. Tapi satu hari ni aku terbaca ayat ni:



Subhanallah, serta-merta perasaan sedih tu hilang. Aku yakin lepas ni Allah akan datangkan rezeki lain. Yang penting jangan putus harapan dengan rahmat Allah 💖

Nanti ada masa aku cerita pulak pasal penjagaan pantang kali ni. Terima kasih kawan-kawan yang masih sudi jenguk blog aku, sayang korang semua!

Malam Minggu Ke Artisan's Playground

(Disclaimer: Late post bulan lepas)

Ni semua gara-gara iklan IG yang lalu-lalang sampai kami terjebak di malam minggu ke sini semata-mata untuk secebis pengalaman.


Artisan's Playground
Welcome to...

Artisan's Playground
... food court kayangan.

Sekali imbas, tak ubah macam food court di IKEA, cuma di sini makanannya level restoran di hotel-hotel 5 bintang. Well, harganya la.


Artisan's Playground
Suasana di Artisan's Playground

Artisan's Playground
Sambil makan dihiburkan dengan persembahan nyanyian live

Artisan's Playground
Ramai pengunjung ambik kesempatan bergambar di sini

Artisan's Playground
Ruang event

Artisan's Playground
Ruang makan private untuk acara lebih ekslusif

Konsepnya kat sini ada 15 restoran mikro dengan chef tempatan dan luar negara masing-masing menawarkan menu yang berlainan.


Artisan's Playground
Chef Itali sedang menguli doh pizza sebelum dimasak dalam ketuhar kayu kat belakang tu

Artisan's Playground
Kiosk menjual aiskrim gelato

Sepatutnya kena buat reservation online, tapi kami main datang terjah je hehe. Mujur tempat tu tak penuh.


Artisan's Playground
Order makanan online, buat pembayaran dan tunggu robot pelayan hantar makanan

Artisan's Playground
Makanan dah sampai...

Artisan's Playground
Anak-anak teruja dilayan oleh robot

Antara makanan yang kami pesan malam tu:

Artisan's Playground
Croissant kesukaan Khayla - RM10

Artisan's Playground
Quattro Formaggio Pizza (4 cheese pizza) - RM55

Artisan's Playground
Salmon Teriyaki Don - RM38

Artisan's Playground
Lobster bisque - RM28

Artisan's Playground
Roasted Chicken - RM30+

Artisan's Playground
Salad - harga tak ingat

Artisan's Playground
Strawberry gelato - harga tak ingat

Total makan malam kami kalau tak silap dalam RM250. Bagi aku, cukuplah sekali je kami ke sini sebab makanan di sini kurang menepati selera kami. Cuma Khayla je beriya-iya makan croissant sebab katanya croissant situ yang paling sedap dia pernah makan (ni sebelum dia cuba croissant dari kafe Bray 😜 )


Artisan's Playground
Selfie dulu sebelum makan

Tempat ni menarik kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga sebab suasana yang santai. Kalau pergi laman web tempat ni sebenarnya menawarkan pelbagai aktiviti berkisar food experience contohnya 8-Course Spanish Tapas Experience by Chef Gabriel untuk peminat atau yang nak mencuba makanan Sepanyol buat pertama kali. Tapi harga kayangan la. Huhu.


Artisan's Playground by COOKHOUSE
Alamat: 1, Jalan Selvadurai 1st Floor, Block H, Plaza Riverwalk, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 9.30 pagi - 10 malam setiap hari

Sebulan Dapurku Tak Berasap...

Masa aku awal-awal pregnant, aku mula sensitif dengan bau-bauan terutama bau bawang tumis. Adoi, memang tak boleh terima! Jiran sebelah menumis bawang pun dah buat kepala aku berdenyut-denyut. Bila tengok keadaan aku, Suami Terchenta decided untuk bawak makan di luar je. Lagipun katanya taknak beli barang basah sebab nak kosongkan peti sejuk memandangkan peti sejuk baru belum dibeli masa tu.

Apa lagi, gunakanlah kesempatan ni ajak Suami Terchenta makan di tempat-tempat yang teringin nak pergi hihi... 😝

1. YaHala Express Taman Melati

OK, sebenarnya aku nak pergi ke Restoran YaHala kat Ampang sebab bangunannya nampak cantik:

YaHala Express Taman Melati
Pinjam gambar Google (Photo credit: atap.co)

YaHala Express Taman Melati
Bahagian dalam (Photo credit: atap.co)

Tapi berlaku sedikit kekeliruan so end up kami pergi ke YaHala Express Taman Melati. Tujuan ke sini semestinya nak menikmati nasi mandy kambing.


YaHala Express Taman Melati
Cantik juga tempatnya

YaHala Express Taman Melati
Nasi mandy kambing

Bagi aku, nasi mandy di sini kurang menepati citarasa aku, mungkin sebab rempahnya yang terlalu kuat. Tapi berbaloi jugak datang sebab teh Arab kat sini sedap.


YaHala Express Taman Melati


2. K Fry Urban KL East Mall

Tujuan utama datang ke sini sebab anak-anak nak makan ayam bersalut keju mozzarella yang selalu dieorang tengok kat iklan IG.


K Fry Urban KL East Mall
Tak silap yang ni original cheesy fried chicken bumbuk (RM68+)

Lupa pulak ambik gambar masa staff K Fry ni tengah tarik keju mozzarella yang dah cair tu sebelum balut ayam goreng tu dengan keju yang masih panas-panas.

Kami jugak order bingsoo iaitu pemanis mulut dibuat dari parutan halus ais sebab ni memang dessert kegemaran sekeluarga.


K Fry Urban KL East Mall
Choco Brownie Bingsoo (RM26.56)

K Fry Urban KL East Mall
Mango Bingsoo Mini (RM28.88)

Pada pendapat aku, ayamnya masin (tapi entahlah, bila aku makan makanan Korea baik di Malaysia atau di Seoul dulu, memang aku rasa makanan Korea masin sikit di lidah aku) lepas tu dibalut pulak dengan keju mozzarella yang sedia masin. Tak berapa sesuai untuk orang yang ada darah tinggi macam aku.

Tapi bingsoo K Fry ni aku bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 baik dari segi persembahan dan juga rasa.


3. Dolly Dim Sum

Satu minggu jalan-jalan di Sunway Putra Mall, boleh pulak tersinggah makan di Dolly Dim Sum.


Sunway Putra Mall
Cantik dan ceria restoran Dolly Dim Sum di Sunway Putra

Seperti biasa aku dan Suami Terchenta berkongsi hidangan Szechuan Dumpling. Terasa nikmat dapat hirup kuah dumpling ni.


Dolly Dim Sum
Szechuan Dumpling (RM12.80)

Khayla pulak pesan custard bun dengan inti kastad cair di dalam. Memang favourite dia tu.


Dolly Dim Sum
Signature Egg Custard Bun (RM9.50)

Khadeeja pilih har gao dumpling sebab dia memang seorang hantu udang.


Dolly Dim Sum
Har Gao Dumpling (RM11.50)

Nasi goreng Cina ni kami berempat kongsi. Rasanya mewah dengan udang dan telur. Mesti Uncle Roger approved.

Dolly Dim Sum
Royal Golden Fried Rice (RM24.90)

Cukuplah tiga tempat ni je masuk dalam review hari ni. Hari-hari lain pulak biasalah order je nasi bungkus di Grabfood atau makan di gerai dan restoran mamak berdekatan. Tapiiiiii bila dapur dah siap leganya boleh masak sendiri. Yalah, hari-hari makan di luar jemu jugak dan tak baik untuk kesihatan poket! 😜

First Time Cuba Pais Patin Tempoyak di House of Patin Lipis @ KL

Ni kisah minggu lepas masa BFF aku datang ke KL dengan family. Asben BFF aku ajak kiteorang makan patin tempoyak di House of Patin Lipis @ KL. Walaupun menetap di KL kiteorang pun tak pernah tau kewujudan tempat ni haha. Sampai Waze pun sesat nak sampai ke sini.

Rupa-rupanya tengah-tengah KL ada restoran patin tempoyak yang boleh tahan sedapnya. Restoran ni terletak di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng. Ha, memang tengah bandar betul. Cuma lokasi restoran ni agak terpencil. Tak tau camane asben BFF aku boleh jumpa restoran ni.

Gulai patin tempoyak ni memang favourite aku dari dulu. Tapi aku tak pernah pulak try pais patin tempoyak. BFF aku la yang beriya-iya order kan. 


House of Patin Lipis di KL
Pais patin tempoyak

BFF aku dan asben dia memang teruja sangat order ikan patin sebab kat Sarawak ikan ni tak berapa popular. Bila dah di KL dieorang ambik kesempatan la makan ikan patin puas-puas hehe.


House of Patin Lipis di KL
Patin goreng

House of Patin Lipis di KL
Ayam goreng untuk anak-anak

House of Patin Lipis di KL
Gulai tempoyak patin, sambal petai tempoyak, kailan ikan masin, daging salai lemak cili api dan ulam-ulaman

Mintak maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab maklumlah masing-masing dah kelaparan!

Bagi aku makanan kat situ semuanya sedap dan kena dengan tekak aku. Daging salai lemak cili api tu pedasnya sedang-sedang je, sesuai dengan lidah Sarawak aku yang tak tahan makanan pedas menyengat. Dan aku sangat suka dengan pais patin tempoyak sebab rasa tempoyaknya menyerlah. 

Sebelum balik haruslah ambik gambar kenang-kenangan dengan BFF:


House of Patin Lipis di KL

House of Patin Lipis di KL


Terima kasih kepada asben BFF yang belanja kiteorang makan malam tu. Semoga murah rezeki BFF sekeluarga 💖

Penggemar ikan patin di KL boleh la mencuba restoran ni sebab lokasinya yang betul-betul di tengah KL (boleh nampak KLCC ye).

House of Patin Lipis @ KL
Alamat: No 5 , Jalan Liew Weng Chee, Off, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-21817845