<<Late Post>>

Bulan lepas BFF (BreakFast Friends) ajak keluar makan-makan sebab dah 3 bulan kami tak keluar makan sama-sama. Maklumlah, sekarang masing-masing dah ada asben 😬

Kali ni kiteorang mencuba Bray Bakery di Menara See Hoy Chan terletak berseberangan dengan Hospital Prince Court. Parking di bahagian basement menara, cuma masa kiteorang sampai tu entrance dari parking ke kafe ni masih lagi berkunci terpaksalah kiteorang tawaf bangunan nak sampai ke pintu depan kafe.


Menara See Hoy Chan
Kafe Bray

Bray Bakery
Bahagian dalam kafe bertemakan industrial

Plan asal cuma kami bertiga je macam biasa. Tapi pagi tu Zura bagitau tak dapat Grab jadi dia bawak asben dia sekali. Dia mintak aku ajak Suami Terchenta jugak supaya tak la kekok sangat. Lagipun dieorang berdua sama-sama bekerja bidang IT, boleh la bersembang-sembang (tapi aku kenal sangat Suami Terchenta tu memang jenis tanya sepatah jawab sepatah, susah nak dengar dia bersembang haha!) Still, aku ajak Suami Terchenta sekali memandangkan dia pun tak breakfast lagi.

Kat sini menunya agak terhad dan berkonsepkan Western fusion. Walaupun tak banyak sangat pilihan untuk sarapan pagi, tapi makanan yang kami pesan semuanya sedap. Signature menu kafe ni ialah croissant yang sangat lembut dengan rasa mentega yang wangi. Kalau pergi lepas pukul 8.30 pagi, memang kirim salam je la dengan croissant sebab laku macam pisang goreng panas.


Kafe Bray

kafe bray

Meh tengok menu sarapan kami:


Bray Bakery
Smoked salmon open toast dengan poached egg dan corn salad (RM35)

Bray Bakery
Charred Eggplant & Zucchini Shakshuka dihidang dengan roti sourdough (RM29)

Bray Bakery
Focaccia Grilled Cheese (RM26)

Bray Bakery
Bray's Pain Au Chocolat (RM14)

Bray Bakery
65% Venezuela Chocolate with Sea Salt (RM16)

My favourite ialah pain au chocolat sebab pastri yang lembut dan flaky dengan inti coklat yang sedikit cair. Teringat pain au chocolat yang pernah aku makan di Paris satu ketika dulu. Oleh sebab sedap sangat, kami pesan untuk bawak balik buat sarapan anak-anak di rumah. Khayla suka sangat croissant kat sini, katanya ni la croissant yang paling sedap antara banyak croissant yang dia pernah makan. Lebih sedap dari croissant di Artisan's Playground. Aku pun tumpang cuba secebis - wah, memang sedap croissant tu! Boleh la beli untuk bawa balik lain kali.


Bray Bakery
Cantik kotak bungkus roti 💝

Bray Bakery
Croissant untuk Khayla dan pain au chocolat untuk Khadeeja

Macam biasa, sebelum balik haruslah selfie dulu:


Bray Bakery
Geng sarapan pagi + husbands

Kalau korang mencari croissant yang dijamin sedap, boleh cuba Googlemap arah kafe ni:


Bray Bakery
Menara See Hoy Chan
G-02, 374, Jalan Tun Razak, 50400
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: +60 12 582 2519

12 Comments

  1. Kalau di lokal kan mesti nama dia Focaccia Leleh Viral.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau nak laris, kena letak ‘leleh’ dan ‘viral’ baru orang pandang hehehe

      Delete
  2. menu yg ada cheese tarik tu menarik

    ReplyDelete
  3. sedapnya kudapan kat cafe tu. seronok dpt mkn dgn kwn2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kami ni jenis suka makan kena ada geng makan hehe

      Delete
  4. Kepada mereka suka sarapan Barat dan berbeza daripada kebiasaan boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. wahhhh sedap sedap belaka ni... nama makanan pun berbelit nak sebut hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, baru perasan nama menunya panjang2 hehe

      Delete
  6. Tertelan- telan air liur dibuatnyaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa apa lagi SA, ajak Dania makan kat sini mesti dia suka.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .