• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, January 31, 2023

Resipi Suhun Goreng

suhun goreng

Buat sesiapa yang tengah berdiet tapi teringin nak makan bihun goreng, apa kata korang cuba suhun goreng? Rasanya pun lebih kurang sama tapi alternatif yang lebih sihat, rendah kalori dan rendah GI (glycemic index). Suhun diperbuat samaada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang manakala bihun diperbuat dari tepung beras.

Aku share resipi suhun goreng yang aku selalu buat:

Bahan-bahan:

  • Sepeket kecil suhun (direndam dalam air panas, kemudian toskan)
  • 1 sudu besar kicap cair / sos tiram / minyak bijan / gula - campurkan dan gaul sehingga gula larut.
  • Kicap pekat (kalau nak lebih gelap)
  • Seketul dada ayam - dipotong kecil-kecil dan diperap dengan sedikit campuran kicap tadi)
  • Sebiji telur (dipukul)
  • Sayur-sayuran pilihan (aku suka letak baby corn, lobak merah atau baby kailan. Lobak merah aku kukus sekejap supaya masa menumis tak terlalu lama)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga perang & naik bau.
  3. Masukkan kepingan dada ayam dan kacau sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sehingga sayur masak.
  5. Tolakkan bahan-bahan dalam kuali ke tepi, kemudian tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali. Kacaukan sampai telur hancur lepas tu campurkan dengan bahan-bahan lain.
  6. Masukkan suhun dan kacau.
  7. Masukkan campuran kicap tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau nak lebih gelap masukkan kicap pekat sikit.
  8. Tabur daun bawang dan gaul lagi sebentar.
  9. Hidangkan semasa panas-panas.


Lebih sedap bila dimakan dengan cili jeruk. Tapi kena ingat walaupun resipi sihat, masih kena amalkan portion makanan yang sesuai ya.

Selamat mencuba!

Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 16
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 31, 2023

Louis Jumpa Kawan Baru di Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek

Sabtu lepas kami bawak keluar Louis untuk bersosial dengan kucing-kucing lain di sebuah kafe mesra kucing. Kafe ni terletak di Jelatek, kalau ikut lebuhraya DUKE dalam 10 minit je dari rumah kami.

Kami sampai hampir-hampir pukul 6 petang. Tak susah untuk dapatkan tempat letak kereta sebab kami dapat parking betul-betul di depan kafe.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Meraki Jelatek

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Deko menarik di luar kafe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Pertama kali menjejakkan kaki ke kafe mesra kucing

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Belum masuk kafe lagi dah terpersona dengan ID cafe ni

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Tempat duduk di luar

Kedatangan kami disambut oleh kucing-kucing residen kafe. Semua pandang Louis semacam je. Agaknya dieorang tengah fikir - eh, siapa si chonky ni? 😹 *gelak dalam kucing*


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Bahagian dalam kafe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Tak lepas-lepas mata memandang si Louis

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Louis: Jom la kita berkawan. Oyen: Kau sapa? Sambil nak mencakar Louis. Oyen memang gangster sikit

Tak ramai pelanggan dalam kafe ni, mungkin sebab dah petang kot. Kami ke kaunter melihat menu yang ada. Makanan berat seperti pasta dan chicken chop antara menu yang ditawarkan, tapi kebanyakannya habis. Yang tinggal cuma beef lasagne. Akhirnya kami decide untuk minum petang je memandangkan selepas pukul 6 petang, pastri dan kek dijual separuh harga.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Toffee Caramel Latte dan Cappuccino

Untuk minuman frappe, beli dua harga jadi RM10 satu.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Chocolate Frappe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Vanilla Salted Caramel Frappe

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Danish Pain Au Chocolat

Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Coffee cake dan Oreo Cheesecake

Di belakang, ada ruang untuk duduk santai dan bermain games seperti Jenga, congkak, foosball dan chess, atau membaca buku-buku yang ada. Melihat tiffin atau mangkuk tingkat yang comel-comel belaka, geram je rasa nak beli satu. Tapi kat rumah dah ada tiffin dan jarang guna pun hehe. OK, aku batalkan hasrat.


Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Ruang santai. Salah satu kerusi ni tempat lepak kucing yang paling gebu kat sini, lebih gebu dari si Louis!

Botol Coca-Cola mini yang comel

Hiasan dalaman kafe ni memang cantik dan sesuai untuk Instagrammers yang suka berposing ambil gambar.


Khayla pun nak bergambar

Back to Louis. Mula-mula dia menyorok bawah rak tiffin je sambil perhati kucing-kucing kat sini. Yang lain-lain (kecuali yang tengah lepak tidur atas kerusi tu) pun datang dekat nak tengok kawan baru. Oyen je la sombong taknak kawan.

Sedang kami menikmati minum petang, tiba-tiba seekor kucing berlari ke meja kami sambil dikejar oleh Louis. Kucing tu pun melayan jugak la berlari sana-sini kejar-mengejar dengan si Louis. Amboi, seronoknya dia dapat kawan baru!

Sambil menunggu si Louis bonding dengan kucing-kucing di sini, kami pun meluangkan masa family bonding dengan bermain congkak. Kesimpulannya bukan setakat mesra kucing, malah kafe ni juga mesra keluarga. Pekerja dan owner kafe ni pun friendly dan melayan Louis, siap bagi makan wet food! Bertambah-tambah seronok la Louis sebab jarang-jarang dapat treat wet food ni. Kami cuma bagi wet food 2 minggu sekali tu pun lepas dia mandi sebab taknak dia terbiasa sampai reject kibbles. Lagipun kalau kerap bagi wet food, kucing boleh berisiko kena penyakit buah pinggang dan diabetes. 

Overall, aku rasa konsep kafe mesra kucing ni menarik dan patut diketengahkan sebab boleh la sekali-sekala kami bawak Louis bersosial dengan kucing lain. Walaupun kucing bebas berkeliaran dalam kafe ni, tapi takde bau kucing langsung dengan penggunaan beberapa penapis udara dalam kafe ni. Eh, tetiba terasa nak ada penapis udara jugak di rumah sebab kat kafe ni tak nampak langsung bulu kucing atas kerusi. Kat rumah kami, fuhhh... kalau tak vakuum setiap hari, memang merata-rata je la bulu Louis!


Meraki Jelatek

Alamat: 3, Jalan Jelatek 1 Jelatek Business Park AU1, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 
9 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi - 9 malam (Jumaat & Sabtu)
9 pagi - 6pm (Ahad)
Read more »
on Tuesday, January 31, 2023 19
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, January 30, 2023

Review Filem: The Red Point of Marriage / Noktah Merah Perkahwinan (Netflix)

The Red Point of Marriage
Sumber: Twitter


Sekarang ni hangat je cerita artis yang menghadapi masalah perkahwinan. Malas aku nak sebut nama, sebab satu Malaysia tahu siapa dan punca keretakan rumahtangga dieorang. Eh, sebut je la - sapa lagi kalau bukan Shakira dan Gerard Pique 👅 Mesti korang ingat aku petik nama artis Malaysia kan 😜

Tapi ada masanya rumahtangga tu retak bukan disebabkan orang ketiga tapi disebabkan isu-isu dalaman yang lama terpendam sampai akhirnya masing-masing rasa dingin je. 


Sinopsis:

Cerita ni mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang dah berkahwin selama 11 tahun tapi hubungan dieorang bermasalah. Si isteri (Ambar) makan hati dengan sikap suami (Gilang) yang dia rasakan selalu mengelak berbincang tentang masalah antara mereka. Tapi pada masa yang sama, Gilang bercerita tentang masalah keluarga dengan ibu sendiri. Ambar jugak rasakan yang dia lebih berusaha menjaga rumahtangga dan anak-anak berbanding Gilang. Kemuncak masalah mereka terjadi bila ibu mertua mengungkit tentang masalah keluarga depan Ambar. Ambar rasa dikhianati sebab Gilang taknak bercerita dengan dia tapi takde masalah untuk bercerita dengan ibunya. Akibatnya dieorang bergaduh besar dan bersikap dingin antara satu sama lain. Ambar cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dengan mengatur temujanji berjumpa kaunselor perkahwinan tapi Gilang masih lagi memilih untuk mengelak dari berbincang. 

Dalam pada itu, muncul Yuli seorang gadis muda dalam hidup mereka. Kehadiran Yuli mengeruhkan lagi hubungan Ambar dengan Gilang apalagi Yuli sebenarnya jatuh cinta dengan Gilang. Ambar rasa kecewa sebab dia rasa Gilang lebih ambil peduli emosi Yuli berbanding emosi si isteri. Terjadi salah faham yang melibatkan Yuli sampai Ambar membuat keputusan meminta cerai. Adakah perkahwinan mereka hancur atau masih ada sinar untuk mereka?


OK sekarang review aku. Secara jujur, aku memang impressed dengan kelainan cerita ni dibandingkan dengan filem tentang hubungan dan rumahtangga yang lain. Pertama, cerita ni bermula dari perspektif orang ketiga iaitu Yuli. Yuli ni rupa-rupanya ialah anak saudara kepada kaunselor perkahwinan dalam cerita ni. Dia ni baik sebenarnya, sebab walaupun dia jatuh cinta dengan Gilang tapi dia taknak meruntuhkan perkahwinan Gilang dengan Ambar. Dipendekkan cerita, dia bukan kaki sondol la. 


The Red Point of Marriage
Yuli (Sheila Dara Aisha)

Kemungkinan dia jatuh cinta dengan Gilang sebab sikap Gilang yang gentleman dibandingkan dengan teman lelaki Yuli, Kemal. Bila dia bekerjasama dengan Gilang untuk projek restoran Kemal, lama-lama dia jatuh cinta sebab tak dapat perhatian yang sama dengan Kemal. Bila Ambar sedar Yuli mesra dengan suaminya, dia yang mula-mula merajuk lepas gaduh besar tu, mula rasa tergugat dan cemburu dengan kemesraan dieorang.

Kedua, aku impressed dengan watak kaunselor perkahwinan, iaitu Mbak Kartika dilakonkan oleh Ratna Rantiano. Aku petik ayat-ayatnya yang paling mendalam, 

'Bahawa keberadaan saya di sini bukan untuk menyelamatkan perhubungan pernikahan kalian, tapi hanya membantu masing-masing kalian untuk mendapatkan kebahagiaan yang kalian butuhkan.'

Kita selalu salahfaham tugas kaunselor perkahwinan ialah untuk menyelamatkan rumahtangga yang berantakan, tapi bila dengar ayat ni, baru aku faham tujuan sebenar kaunselor ialah untuk tolong klien buat keputusan terbaik buat masing-masing dan keluarga. Apa gunanya bertahan dalam perkahwinan toksik kalau kesannya lebih memudaratkan contohnya kepada anak-anak? Kalau perpisahan membolehkan masing-masing move on dan beroleh bahagia, bukankah lebih baik? Betul, perceraian sangat dibenci oleh Allah tapi dibenarkanNya seandainya dengan bertahan akan lebih memudaratkan. 

Cerita ni sebenarnya sesuai ditonton dengan pasangan masing-masing sebab banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Pertama, masalah rumahtangga perlu dibincangkan antara suami isteri, bukan dengan orang luar seperti ibubapa / adik-beradik / kawan, apa lagi curhat dengan kawan berlainan jantina is a big no-no. 

Tapi kalau tak jumpa jugak jalan penyelesaian antara kedua-duanya, macamana pulak tu?

Allah berfirman di dalam Surah An-Nisa’, ayat 35 yang bermaksud;

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakai baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Maksudnya boleh lantik ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang bertujuan mendamaikan suami isteri ni, bukan tambah garam ye.

Pengajaran kedua, suami jangan ambil lewa peranan dalam rumahtangga dan emosi isteri. Dalam kisah ni, ada satu babak ni Ambar geram sebab Gilang lupa nak sapu ubat ekzema (kot?) kat belakang badan anak dieorang, Bimas. Nampak remeh kan? Tapi benda tu penting sebab kalau terlupa sapu, kulit Bimas makin teruk. Gilang patut tau dan sama-sama ambil berat. 

Contoh lain suami ambil lewa peranan dalam rumahtangga ialah bila berat tulang bab-bab kerja rumah. Isteri minta tolong buang sampah, suami jawab nantilah. Lepas tu lupa. End up isteri juga yang buat. Dari pandangan suami, benda tu bukan masalah besar sebab esok pun boleh buang jugak. Tapi isteri fikirkan sampah ni mengundang lipas dan bau busuk, which is benda tu masalah besar bagi isteri. Bila isteri marah, suami tak faham kenapa kena marah-marah benda kecik, itulah maksudnya ambil lewa emosi isteri.

Tau tak ada satu kajian mendapati kebanyakan isteri membawa lebih banyak beban mental (mental load) berbanding suami? Contohnya, bangun-bangun tidur, siapa yang kena fikir nak sediakan lauk apa untuk sarapan pagi / bekal sekolah / bekal lunch suami? Isteri. Balik kerja, suami tanya masak apa malam ni? Automatik dia dah bagi beban kat mental isteri untuk fikir lauk apa yang perlu disediakan walaupun isteri sendiri pun letih balik dari kerja jugak. Sebelum tidur, isteri biasanya yang kena fikirkan apa yang perlu disiapkan sebelum masuk tidur. Tutup tingkap, buang sampah, cuci pinggan-mangkuk semuanya isteri kena ingatkan atau mintak tolong. Suami tak payah fikir semua tu, mana yang rajin bila isteri suruh dia buat. Tapi pokoknya, dia kena disuruh dulu, kalau harapkan inisiatif suami, mungkin pinggan-mangkuk sampai ke pagi masih berlonggok dalam sinki. Kalau pergi bercuti, siapa yang kena plan nak kemas berapa pasang baju, nak kena bawak apa, cari hotel dan rancang tempat percutian? Most likely ialah isteri. Hal persekolahan anak-anak biasanya suami serahkan kepada isteri. Nak hantar sekolah mana, balik sekolah hantar kemana pulak, isteri jugak yang kena cari dan fikirkan. Isteri kena berfikir lebih banyak dari suami dalam semua hal sebab tu beban mental isteri lebih tinggi. Tak hairan kenapa ramai golongan isteri yang stress dan jadi pemarah atau menghidap kemurungan bila semuanya atas batu jemala si isteri.

Ketiga, komunikasi antara suami isteri kena berlaku. Jangan dipendam-pendam sampai akhirnya meletus. Walaupun mungkin payah untuk berbincang, tapi kena jugak usahakan supaya masing-masing terlepas buku di hati. Makan hati sepatutnya tak berlaku dalam rumahtangga sebab lama-lama dah takde hati dekat pasangan akhirnya mengundang perceraian.

Ringkasnya, filem ni sangat, sangat best bagi aku. Lakonan yang mantap, skrip yang realistik dan kesudahan yang memuaskan hati... Aku tak berapa minat cerita yang watak jahatnya sampai buatkan darah kau naik. Dalam cerita ni bagi aku watak jahat ialah si Kemal sebab dia layan Yuli dengan buruk. Tapi watak Kemal tak mendominasi cerita ni jadi takde la sakit hati sangat. Watak yang sepatutnya jahat ialah orang ketiga dalam rumahtangga pulak end up baik. Aku jadi kesian dengan Yuli sebab akhirnya dia tak dapat lelaki yang dia cinta dan kena tinggal boyfriend jugak. We need more would-be third person to be like Yuli! Malah dia yang berusaha menerangkan status sebenar hubungan dia dengan Gilang dekat Ambar dengan harapan Ambar tak jadi menceraikan Gilang.

Kesimpulannya, aku bagi rating 5/5 dan berbaloi untuk ditonton. Lepas tonton cerita ni, kongsikan pendapat korang jugak ye.

Read more »
on Monday, January 30, 2023 20
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, January 29, 2023

Dating dengan Suami Terchenta @ Nando's

'Abang, dah lama kita tak dating. Tak ingat bila kali terakhir kita keluar berdua je.'

Suami Terchenta seperti biasa ada je jawapannya, 'Kan hari-hari dating depan TV.' (Sebab anak-anak memerap dalam bilik je, so kami berdua je tengok TV kat ruang tamu) 😐

Tapi Selasa lepas, kebetulan anak-anak taknak ikut ke pasaraya untuk beli groceries jadi cuma kami berdua je keluar. Selesai beli groceries, tiba-tiba dia ajak makan kat Nando's. Wah, bukan selalu dia yang ajak makan kat luar 😍


Nando's Malaysia
Kekok pulak dah lama tak keluar dating ni kan hehe

Nando's Malaysia
Cantiknya dekor restoran ni

Sekarang ni nak pesan makanan kat Nando's guna apps atau scan QR code atas meja. Punya lama tak makan kat Nando's sampai apps tu dah uninstall sendiri. Bila dah install dan login, baru nampak rupa-rupanya ada rewards chicken meal percuma. Wah, lagi jimat ni, beli satu set je chicken meal. Macam biasa, quarter chicken with 2 sides, Mediterranean rice dan char-grilled veggies menjadi pilihan. Level kepedasan kami ambik mild sebab dua-dua tak makan pedas. Sos pun kami selalu ambik mild atau garlic.


Nando's Malaysia

Kami pilih unlimited beverage. Rupa-rupanya sekarang dah konsep layan diri.

Nando's Malaysia
Mula-mula ambil ais dulu

Nando's Malaysia
Lepas tu pilih minuman

Char-grilled veggies so far dekat Nando's paling sedap pernah aku makan. Teringin jugak nak tau camane dieorang buat grilled veggie yang sangat sedap.

Oleh sebab aku ambik set ayam percuma cuma ada satu side dish, jadi kami berkongsi grilled veggie. Lagi pun Suami Terchenta tak boleh makan brokoli lepas dia buat pembedahan tukar injap jantung beberapa tahun lepas, sebab risiko darah jadi pekat. Jadi brokoli tu aku seorang yang bolot hehe.


Nando's Malaysia
Dapat bahagian peha ayam kesukaan aku

Jumlah harga semuanya RM44.70. Mungkin lain kali nak beli sos Nando's dan cuba perap sendiri ayam di rumah. Kalau sama rasanya dengan ayam di restoran Nando's, boleh la jimat buat sendiri di rumah. Tapi... nanti Suami Terchenta tak ajak keluar dating kat Nando's lagi la jawabnya! 😂

Read more »
on Sunday, January 29, 2023 18
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, January 27, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Kredit foto: mama sara nor @ Cik Nur

Kita tumpang gembira bila dapat tahu ada rakan blogger yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-23 pada 13 Februari kelak iaitu Ciknur. 23 tahun tu bukan jangka waktu yang singkat! 

Buat Ciknur & suami,

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa ja ma'a bayna kuma fi al-khayr - Semoga Allah memberkati kalian berdua dan menyatukan kalian dalam segala kebaikan. Semoga seiring dengan pertambahan usia, begitu juga dengan rasa cinta kalian berdua. Semoga apa yang kalian usahakan dalam perkahwinan ini membuahkan hasil yang membahagiakan. Semoga tersatunya kalian berdua dalam perkahwinan ini menegakkan syiar Islam dengan melahirkan anak-anak dan keturunan yang soleh. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Ameen Ya Rabbal 'Alameen... 💝


Sempena hari Jumaat yang berkat, jom kita ramai-ramai kongsikan doa buat Ciknur dan suami. Nak join mudah je:

  1. Follow blog "Dapur Cik Nur"
  2. Yg penting ada list kat blog korang.
  3. Buat entry bertajuk "Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband
  4. Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruang komen.
Read more »
on Friday, January 27, 2023 25
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Aku Sis Lin
    2 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    4 hours ago
  • SURIA AMANDA
    7 hours ago
  • a m m i
    8 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    8 hours ago
  • My Small World
    10 hours ago
  • Miles of smiles
    11 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    19 hours ago
  • mrhanafi.com
    20 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    21 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    21 hours ago
  • orangbukit
    23 hours ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.