'Abang, dah lama kita tak dating. Tak ingat bila kali terakhir kita keluar berdua je.'

Suami Terchenta seperti biasa ada je jawapannya, 'Kan hari-hari dating depan TV.' (Sebab anak-anak memerap dalam bilik je, so kami berdua je tengok TV kat ruang tamu) 😐

Tapi Selasa lepas, kebetulan anak-anak taknak ikut ke pasaraya untuk beli groceries jadi cuma kami berdua je keluar. Selesai beli groceries, tiba-tiba dia ajak makan kat Nando's. Wah, bukan selalu dia yang ajak makan kat luar 😍


Nando's Malaysia
Kekok pulak dah lama tak keluar dating ni kan hehe

Nando's Malaysia
Cantiknya dekor restoran ni

Sekarang ni nak pesan makanan kat Nando's guna apps atau scan QR code atas meja. Punya lama tak makan kat Nando's sampai apps tu dah uninstall sendiri. Bila dah install dan login, baru nampak rupa-rupanya ada rewards chicken meal percuma. Wah, lagi jimat ni, beli satu set je chicken meal. Macam biasa, quarter chicken with 2 sides, Mediterranean rice dan char-grilled veggies menjadi pilihan. Level kepedasan kami ambik mild sebab dua-dua tak makan pedas. Sos pun kami selalu ambik mild atau garlic.


Nando's Malaysia

Kami pilih unlimited beverage. Rupa-rupanya sekarang dah konsep layan diri.

Nando's Malaysia
Mula-mula ambil ais dulu

Nando's Malaysia
Lepas tu pilih minuman

Char-grilled veggies so far dekat Nando's paling sedap pernah aku makan. Teringin jugak nak tau camane dieorang buat grilled veggie yang sangat sedap.

Oleh sebab aku ambik set ayam percuma cuma ada satu side dish, jadi kami berkongsi grilled veggie. Lagi pun Suami Terchenta tak boleh makan brokoli lepas dia buat pembedahan tukar injap jantung beberapa tahun lepas, sebab risiko darah jadi pekat. Jadi brokoli tu aku seorang yang bolot hehe.


Nando's Malaysia
Dapat bahagian peha ayam kesukaan aku

Jumlah harga semuanya RM44.70. Mungkin lain kali nak beli sos Nando's dan cuba perap sendiri ayam di rumah. Kalau sama rasanya dengan ayam di restoran Nando's, boleh la jimat buat sendiri di rumah. Tapi... nanti Suami Terchenta tak ajak keluar dating kat Nando's lagi la jawabnya! πŸ˜‚

18 Comments

  1. Romantik gitu!
    Saya kali terakhir makan Nandos pertengahan Disember 2022. Itu pun sebab Abang Farid belanja. Saya tak reti sangat nak order pakai aps segala. Hihihiii... sib baik Abang Farid urus semuanya. Dapatlah makan Nandos anak beranak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka dia ajak makan berdua di Nando's hehe. Kat KL dah biasa order makanan guna hp je kak amie. kebanyakan restoran akan pamer QR code atas meja untuk kita order & bayaran makanan terus :)

      Delete
  2. dating suami.isteri tambah mengeratkan
    Romantik gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk 40an ni tak reti nak romantik2 ciknur :P tapi rasa seronok sangat bila en suami yang ajak keluar makan walaupun setakat ke kedai mamak. selalu kita yang kena ajak dia keluar makan hehe

      Delete
  3. Sayapun lama makan Nando's.
    Tidak tahu pula ada sayur panggang. Hehe sos Nando's boleh tahan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sayur panggang Nando's sedap, faveret saya dan asben.

      Delete
  4. Wah Nando's!
    Lama giler' PH tak masuk Nando's...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la PH, last sekali ke Nando's lepas kita berjumpa di Sri Gombak tu ;)

      Delete
  5. suka nando's.... bday Ian jumaat ni pun plan nak ke nando's je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nando's restoran feveret kiteorang tapi tu la, tak selalu dapat pergi sebab anak2 tak gemar Nando's.

      Delete
  6. bila dah lama tak keluar berdua sesekali keluar tiba2 jadi malu kan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan malu, tapi kekok hehehe. balik2 bercerita pasal anak2 :P

      Delete
  7. sedapnya Nando'sπŸ‘πŸ‘πŸ‘ lps covid ni mcm2 perubahan da... termsk lah harga😁

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak dating, eh silap, dah lama tak makan Nando's. Suka lah deko dia ala-ala South Africa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak pengalaman dating di Nando's ke Sal? Hehe. Aah, Nando's ni asal dari South Africa sebab tu deko pun ambil inspirasi dari negara asal.

      Delete
  9. Lmk juak dh x mkn nandos... teringin alu nangga gambar.. haha

    ReplyDelete
  10. Last makan tahun lepas..eh..thun ni tak makan lagi la

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .