Sarapan pagi di Puts & Pots Cafe

Ni post throwback bulan lepas masa cuti CNY. Ternampak kafe Puts & Pots di Bukit Damansara ni di IG story. Kafe ni diusahakan oleh seorang bekas kru kabin AirAsia. Baca kisah beliau di sini. Kagum dengan semangat beliau untuk bangkit semula lepas kehilangan ibu tercinta, kerja dan bisnes. Jadi aku pun tergerak hati nak support bisnes kafe dia.


Puts & Pots Cafe
Kafe Puts & Pots

Puts & Pots Cafe
Kafenya comel je tapi nampak cozy

Jom intai pastri yang ada di kafe ni:

Puts & Pots Cafe
Pain au chocolat ni siap ada belang lagi, geram tengok terus ambik satu

Puts & Pots Cafe
Ada biskut dan tart jugak

Puts & Pots Cafe
Croissant dan danish pastry
 
Dah puas meninjau pilihan pastri yang ada, akhirnya kiteorang ambik beberapa jenis pastri untuk dikongsi:

Puts & Pots Cafe
Kek batik dengan coklat ganache jadi pilihan Khayla

Puts & Pots Cafe
Khadeeja ambik biskut marshmallow dan crème brûlée (sebenarnya Khadeeja nak crème brûlée cheese cake tapi tersalah order pulak so dapat yang biasa je)

Ni pulak menu sarapan yang kiteorang order. Harganya memang boleh tahan la 😅, tapi Suami Terchenta kata order je la dah alang-alang sampai ke sini.


Puts & Pots Cafe
Nasi lemak crispy giant squid (RM35)

Puts & Pots Cafe
Nutella French toast (RM23)

Puts & Pots Cafe
Eggs & kaya toast (RM16)

Puts & Pots Cafe
Triple cheese toastie (RM30)

Puts & Pots Cafe
Caramel machiato (RM15)

Tapi yang paling menarik perhatian kiteorang ialah minuman ni:


Puts & Pots Cafe
Cloud tea (RM15)

Instead of beri gula, dieorang hidang gula-gula kapas dengan seteko teh. Tuang teh tu atas gula-gula kapas nanti manis la teh korang, tak payah bancuh gula. Menarik presentation nya.

OK review pulak. Bagi aku, nasi lemak kena banyak improved. Mungkin kena belajar dengan Pak Nasser macamana buat nasi lemak sedap. Dah la kena tunggu lama, sampai Suami Terchenta tanya pergi tangkap sotong ke tu? 😂 Lepas tu sotong tu pulak so-so je rasanya. Tawar pun ya. Kalau nak makan sotong gergasi sedap, pergi dekat nasi kukus sotong besar di Shah Alam lagi berbaloi.

Triple cheesy toast anak-anak siap berebut lagi nak habiskan. So sedap la kot. Nampak cheese tu pun banyak dan boleh tarik. French toast tu pun not bad. Kids approved.

Egg and kaya toast, sapuan kayanya berketul dan pekat. Kiteorang suka kaya yang lembut macam kaya dalam tin atau di Old Town White Coffee. Mungkin patut hidang dah siap-siap sapu kaya dan mentega, dihidang pulak dengan toast yang masih hangat macam di Old Town. Not really recommended.

Kelebihan kafe ni ialah pastrinya yang sedap walaupun tak banyak sangat pilihan berbanding kafe bakery yang lain.

Kesimpulannya, pada pandangan aku kafe ni specialty mereka lebih kepada menu Western dan pastri tapi menu local macam nasi lemak dan roti bakar tu dari segi rasa kena diperbaiki lagi. Dari segi harga pulak, lebih kurang je macam pergi ke Kenny Hills Baker. 


Alamat Puts & Pots:
46, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, KL 
Waze: Puts & Pots (Bukit Damansara, KL)
Waktu Operasi: 8 pagi - 7 petang (tutup hari Selasa)
IG: putsandpots

Pepperoni Pizza buat sendiri di rumah

Asal cuti sekolah je, anak-anak memang takde aktiviti lain - makan dan bermain Roblox. Kadang-kadang dieorang bagitau bosan la asyik makan nasi je. OK la, kalau macam tu kita buat pizza pulak.

Kebetulan masa scroll IG reel, terjumpa resipi buat doh pizza. La, senang je rupa-rupanya:

Resipi Doh Pizza:

2 sudu teh yis segera
1 sudu besar gula
1 1/3 cawan air suam
3 cawan tepung
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan yis dalam air suam dan kacau. Biarkan sampai yis aktif dan berbuih.
  2. Campurkan tepung, garam dan minyak zaitun dalam mangkuk yang besar.
  3. Tuang campuran yis ke dalam campuran tepung tadi. Gaulkan menggunakan tangan sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke atas permukaan yang rata dan luas dan teruskan menguli doh sampai doh menjadi licin (lebih kurang 10 minit). Boleh jugak guna food processor atau mixer (guna mod mengadun roti).
  5. Bentuk bulat doh dan masukkan dalam mangkuk yang telah disapu minyak. Tutup dengan tuala dan biarkan doh mengembang lebih kurang 90 minit (biasanya aku panaskan ketuhar dengan suhu paling rendah dalam 10 minit, lepas tu matikan ketuhar dan biarkan doh mengembang dalam ketuhar yang dipanaskan tadi).
  6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan gelembung gas.
  7. Bahagi dua doh. Canaikan menjadi leper dan berbentuk bulat.


Cara membuat pizza pepperoni:

Bahan-bahan:
Doh pizza yang telah dicanai
Sos spagetti / puri tomato
Daging pepperoni
Keju mozzarella

  1. Panaskan ketuhar pada suhu maksimum selama 15 minit.
  2. Sapu sos spagheti / puri tomato atas doh yang telah dicanai tadi.
  3. Taburkan daging pepperoni.
  4. Taburkan keju (aku guna campuran keju untuk pizza topping dari jenama Emborg).
  5. Bakar pizza dalam ketuhar selama 10 minit atau sehingga keliling doh menjadi keperang-perangan dan keju cair.


homemade pizza

OK dah siap pizza homemade. Senang je kan. Bahan-bahan pun takde la rumit sangat. Selamat mencuba!

Langgar Pantang Lagi, Padan Muka...

Bahana bila langgar pantang...

Dua minggu lepas masa mak aku kat sini, mak selalu buat kopi pagi-pagi lepas Subuh. Aromanya semerbak satu rumah. Pastu, dia bawak jugak biskut mayat / biskut tawar dari sana untuk direndam dalam kopi panas.


Biskut tawar lejen di kampung, nama lain ialah biskut cap kelapa

Hari pertama aku perhati je mak aku rendam 3-4 keping biskut ni dalam air kopi panas. Bila dah lembik, dicedoknya guna sudu lepas tu masuk ke mulut. Aku dah terbayang sedapnya la biskut ni lalu kat tekak. Masa umur 30-an tak pandang biskut ni. Biskut level Chipsmore je layan... Bila dah masuk 40-an ni, auto bertukar seleranya. Biskut ni pulak nampak terpaling sedap, terpaling awesome.

Hari kedua, aku mulalah mengendeng dekat emak, mintak sesuap. Sesuap je pun kan, takde hal... Rasa je, tak salah pun. Itulah silapnya. Bila dah rasa, mulalah nak rasa lagi. Dan lagi. Kombinasi biskut ni yang masin sikit dengan air kopi susu yang berkrim tu memang matchmade in heaven betul. Terngiang-ngiang dekat lidah (eh, adakah macam tu?)

Maka hari ketiga bila mak aku pergi bancuh kopi, aku pun bancuh sekali. Hihi. Warning dalam otak tu aku ignore je. Alah, secawan je pun. Tak de apa-apa la tu, bisik hati (ke bisik syaitan? Ah, persetanlah!)

Maka aku pun terjerumus dalam kancah biskut mayat rendam dalam kopi untuk hari-hari seterusnya sampailah mak balik ke Sarawak. Tu pun aku mintak mak tinggalkan baki biskut tu kat rumah. Mak balik, dan aku terus hanyut dalam kelazatan nikmat biskut cap kelapa rendam kopi ni.

Tapi hari Isnin lepas, aku bangun tidur dengan kepala berdenyut-denyut. Sikit-sikit sendawa. Perut rasa kembung je. Bila sendawa rasa nak termuntah, masam je tekak aku. Rasa berdebar-debar. Masa nilah penyesalan mula menguasai diri. Padan muka kau, Carneyz! Sapa suruh kau teguk kopi tu macam tak ingat pantang-larang, kan dah gastrik!

Sampai hari ni aku rasa tak sihat. Penangan kopi yang aku teguk bercawan-cawan dek kerana hawa nafsu yang tak tertahan dengan biskut cap kelapa tu. 


Nota kaki: Jangan la ajak aku mengopi. Aku memang lemah dan kalah bila terhidu aroma kopi ni.

Wordless Wednesday - Dapat Angpow dari Jiran



Suami Terchenta baru je pergi check surat dalam peti surat. Bila dia naik atas, dia bawak balik sekeping sampul angpow ni. Dalamnya ada 2 biji gula-gula mentos dan sekeping nota. Baru nak excited dapat duit angpow hehe. 

Rupa-rupanya jiran baru di tingkat bawah yang bagi. Mesti dah lama dieorang letak dalam peti surat jiran-jiran kat blok ni tapi sebab kiteorang jarang check peti surat tu yang baru jumpa. Apapun selamat datang kepada jiran baru, keluarga Leong. Raya nanti la kita balas gula-gula tu hehe.

Hari Anugerah Sekolah Anak-anak

Ahad lepas, aku dan Suami Terchenta menghadiri majlis penghargaan sekolah anak-anak di mini auditorium MATIC. Walaupun anak-anak tak dapat anugerah pencapaian akademik terbaik, tapi kiteorang tetap gembira sebab dieorang dapat anugerah 'most improved' dalam subjek Islamic Studies dan Bahasa Melayu. Semoga tahun depan akan dapat anugerah pencapaian akademik terbaik pulak.




Khayla jugak dapat sijil penghargaan pengawas sekolah dan anugerah 'Most Talented Teacher's Assistant' sebab dia paling rajin tolong cikgu di sekolah. Sejuk hati mommy dapat tau Khayla terima anugerah ni 😘 Di tadika dulu pun pernah dapat anugerah khas sebab dia rajin tolong cikgu di sekolah, kalau dia nampak cikgu bawak buku-buku berat dia akan offer untuk bawak buku.

Semua pelajar terlibat dalam persembahan majlis. Khadeeja menyanyi koir lagu nasyid manakala Khayla pulak membuat persembahan lakonan bersama-sama rakan-rakan sekelas.

Persembahan koir lagu nasyid oleh Khadeeja dan rakan-rakan sekelas


Akhir sekali semua pelajar turun ke pentas dan bagi sekuntum bunga kepada ibubapa masing-masing sebelum semua naik ke pentas untuk mengambil gambar beramai-ramai.


Kenangan majlis penghargaan sekolah tahun 2022

Tahniah Khayla dah kawan-kawan sebab dah tamat darjah enam! Semoga sukses di sekolah baru masing-masing.


Khayla dah tamat sekolah rendah!