Ahad lepas, aku dan Suami Terchenta menghadiri majlis penghargaan sekolah anak-anak di mini auditorium MATIC. Walaupun anak-anak tak dapat anugerah pencapaian akademik terbaik, tapi kiteorang tetap gembira sebab dieorang dapat anugerah 'most improved' dalam subjek Islamic Studies dan Bahasa Melayu. Semoga tahun depan akan dapat anugerah pencapaian akademik terbaik pulak.




Khayla jugak dapat sijil penghargaan pengawas sekolah dan anugerah 'Most Talented Teacher's Assistant' sebab dia paling rajin tolong cikgu di sekolah. Sejuk hati mommy dapat tau Khayla terima anugerah ni ๐Ÿ˜˜ Di tadika dulu pun pernah dapat anugerah khas sebab dia rajin tolong cikgu di sekolah, kalau dia nampak cikgu bawak buku-buku berat dia akan offer untuk bawak buku.

Semua pelajar terlibat dalam persembahan majlis. Khadeeja menyanyi koir lagu nasyid manakala Khayla pulak membuat persembahan lakonan bersama-sama rakan-rakan sekelas.

Persembahan koir lagu nasyid oleh Khadeeja dan rakan-rakan sekelas


Akhir sekali semua pelajar turun ke pentas dan bagi sekuntum bunga kepada ibubapa masing-masing sebelum semua naik ke pentas untuk mengambil gambar beramai-ramai.


Kenangan majlis penghargaan sekolah tahun 2022

Tahniah Khayla dah kawan-kawan sebab dah tamat darjah enam! Semoga sukses di sekolah baru masing-masing.


Khayla dah tamat sekolah rendah!

16 comments:

  1. Tahniah Khadeeja & Khayla!
    Sweetnya bagi bunga kat mak ayah ๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
  2. wahhh bkn kaleng2 anugerah tu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘tahniah khayla! mudah mudahan akan lbh berjaya di masa hadapan aminnn

    ReplyDelete
  3. wah..congrats khayla...congrats to mom & dad jugaks...
    all the best & welcome to sek menengah !!! moga terus success!!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kayla. Selamat menjejakkan kaki ke sekolah menengah pula. Moga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kayla dan Khadeeja...teruskan success di sekolah menengah okey Khayla...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Khayla&Khadeeja...moga sentiasa membanggakan ibubapa...

    ReplyDelete
  7. serononya nak masuk form 1 dh.. cepatnya anak2 besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa baru je dia masuk darjah 1 ni dah nak masuk form 1. terus rasa tua huhu...

      Delete
  8. tahniah utk anak2 Carneyz..smoga trus success

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .