Wordless Wednesday - Dah Bukak Restoran di Malaysia Rupa-rupanya...

 

Salam Rabu semua! 

Pejam celik 2x, eh dah masuk bulan Mac ye... Tak lama lagi puasa. Korang dah ganti puasa ke belum? Hihi.

OK, enough berbasa-basi. Nak cerita pasal gambar ni. Masa jemput mak kat KLIA 3 minggu lepas, aku ternampak restoran ni tak jauh dari balai pelepasan antarabangsa.

Dulu aku selalu mengikuti rancangan masakan Jamie Oliver. Suka tengok cara dia masak sempoi je. Tak sangka dia dah ada cawangan restoran di Malaysia.

Tak tau sedap ke tak sebab aku setakat lalu dan jeling-jeling je. Siapa penah masuk restoran Jamie Oliver ni? Boleh bagi review sikit?

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies

Rupa-rupanya aku belum join lagi GA by anies ni, hehe. Maafkan saya, anies dear! Baru perasan masa check spam comment rupa-rupanya Cuya dah tag aku sebelum ni. Sebagai fellow blogger, kita kena la support rakan-rakan blogger lain buat aktiviti giveaway ni untuk memeriahkan lagi dunia blogging 😁

Siapa-siapa yang matlamat tahun 2023 ni ialah nak capai sasaran minum air secukupnya, jemput ke blog anies dan join GA ni tau.

Senang je syarat-syaratnya:




1) FOLLOW BLOG anies ✅

2) GA INI TERBUKA KEPADA MALAYSIAN BLOGGER ONLY ✅

3)BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies ✅

4) MASUKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA & BACK LINK KE BLOG anies ✅

5) TAG 3 rakan blogger pilihan anda - nak tag balik Cuya, Kak Retna dan Sislin hihi ✅

6)SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN ✅

7)TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

8) PENYERTAAN YANG TIDAK MEMENUHI T&C INI, AKAN DIBATALKAN.

9) Sebarang pertanyaan berkait GA ini, sila WA anies di SINI .

10) Pemenang akan diumumkan pada 8 MAC 2023 .



HADIAH :

Utama : 1x 1 liter La gourmet® hydration bottle X 1x pemenang

Saguhati : 3x 500 ml La gourmet® hydration bottle X 3x pemenang

Pertama Kali Masak Asam Pedas Tengok YouTube

Petang semalam aku tak de idea apa nak masak untuk berbuka puasa.

Bila aku selongkar peti sejuk, aku tengok ada daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut. Terus aku teringat menu asam pedas!

Tapi aku tak reti sebenarnya buat asam pedas dan tak semua asam pedas masuk kat tekak aku. Bila aku Google, ramai je orang share resipi asam pedas. Hmm… Last2 aku decide ikut resipi Che Nom untuk masak asam pedas buat pertama kali dalam hidup aku!

Since takde bendi kat rumah, jadi aku cuma masukkan terung dan tomato. Selain dari tu, aku gantikan gula putih dengan gula melaka (baki lepas aku buat sagu gula melaka siang tu). Satu lagi aku baca kat komen rata-rata kata letak sikit serbuk kari lagi terangkat rasanya, so aku pun bubuh la sikit. Dan di hujung-hujung tu aku terlupa masuk kerisik. Tapi hasilnya Alhamdulillah, kena kat tekak aku. Cuma Suami Terchenta komen pedas 😬 Mungkin sebab aku lapar, aku rasa ok je. Lain kali aku kena kurangkan cili kering supaya tak pedas sangat.

Menu buka puasa malam tadi:


Asam pedas melaka
Minyak tu macam terlebih sikit, lain kali kena kurangkan

Lawan dengan kangkung tumis belacan

Aku rasa kalau ada telur masin kat rumah ni mesti bertambah-tambah nasi agaknya. Nasib baik takde hehe. Nanti isi ayam dah habis aku nak recycle kuah asam pedas tu letak ikan merah pulak.

Petang ni aku nak buat laksa Sarawak la pulak sementara daun ketumbar tu masih elok segar lagi. Dah lama tak buat laksa Sarawak. Jangan la tetiba datang mood malas pulak hehe.

Resipinya aku ikut video ni:


Bila Mak Kaki Bunga…

My mom seorang kaki bunga dari dulu lagi. Kalau berjalan dengan mak, kejap-kejap dia berhenti ambik gambar tumbuhan tepi jalan. Dia akan bercerita ni tumbuhan apa, ni herba apa dan kegunaannya.  

Macam kebanyakan peminat pokok yang lain, mak sejenis yang ikut trend. Dulu masa viral bunga orkid sampai hampir semua rumah yang ada laman ada rumah orkid, dia pun gila orkid. Lepas tu ada satu masa semua orang nak bela pokok paku langsuir, dia pun kumpul pokok paku langsuir jugak. Orang minat bunga ros, dia pun tambah koleksi bunga ros. Sekarang ni kegilaan dia ialah mengumpul begonia. Dia boleh habiskan masa berjam-jam membelek dan membelai pokok-pokok begonia kat laman rumah.

Tapi pagi tadi mak aku cerita kejadian yang lucu sampai aku ketawa berdekah-dekah.

Nak dijadikan cerita, mak seorang yang bangun awal sebelum Subuh lagi dia dah celik mata. Benda pertama yang dia buat pagi-pagi ialah buat kopi dan duduk di luar sambil (apa lagi) membelek begonia kesayangannya, mengalih pasu-pasu bunga dan meletak baja.

So pagi tadi katanya dia bangun dan tengok jam dinding menunjukkan pukul 5 pagi. Dia pun bangun dan buat rutin macam biasa macam aku cerita tadi. Tengah dia asyik mengalih pasu bunga tu, tiba-tiba adik aku muncul di pintu 5 minit kemudian:

Adik: Mak buat apa kat luar?
Mak: Mak kemas pasu ni.
Adik: Pukul 2.30 pagi buat apa mengemas-ngemas di luar malam-malam?
Mak (terperanjat): Aih? Bukan pukul 5 pagi ke? Astaghfirullah… mak salah tengok jam ke?

Terus dia masuk dalam balik, masuk ke bilik, tarik selimut. Nasib baik takde yang bertenggek ‘meneman’ mak belek bunga tengah-tengah malam! Agaknya Kak Pon pun confused dengan mak, biasa keluar pukul 5 pagi ni kenapa pulak awal dia dah muncul? 😂

Bila mak cerita kat aku, aku tergelak-gelak sambil bayangkan adik aku berdiri di pintu tengok mak terbongkok-bongkok kemas pasu. Mak ni dah la tak berapa nak dengar sangat. Buatnya adik aku tegur dia diam je, pastu adik aku ingat tu makhluk menyerupai mak dan terus kunci pintu, kan naya Pak Karim! 😆 Tidur la mak kat luar rumah sampai ke Subuh.

Hihi, buat lawak pulak mak hari ni 😆

Dalam fikiran mak cuma pokok, pokok dan pokok je!

Tiba-tiba Teringin Makan Shawarma!

Malam Sabtu, tiba-tiba aku teringin nak makan shawarma. Terus ajak Suami Terchenta merempit ke Bukit Bintang. Suami Terchenta tempelak, ‘Awak dah kenapa? Ada isi ke tu?’ Alamak, asal nak makan benda pelik sikit dia kata aku ni mengidam isk2… Tapi Suami Terchenta macam biasa sporting layan je anak tekak isteri ni (semoga terus murah rezeki Suami Terchenta, ameen2x!). Terus kiteorang bersiap-siap keluar. Since naik motor, anak-anak tinggal di rumah bagi peluang kiteorang dating kejap!

Macam biasa, ramai giler umat manusia di Bukit Bintang. Kiteorang pilih kedai Halab Gate sebab nampak ramai yang berkerumun di situ. Tapi ok la, takde la kena beratur lama sebab pekerja kat sana ambik order masa kiteorang tengah beratur. Aku pilih satu shawarma ayam dan satu lagi mix daging dengan ayam. Masa bayar, dapat nombor giliran 319. Nombor yang tertera di kaunter pulak 302. Ada 17 orang di depan kami. Sementara tunggu shawarma siap, aku pesan jugak jus buah mangga dan tembikai dari kedai sebelah. Agak mahal - RM19. Cemas sikit sebab terlupa mintak nombor giliran masa pekerja tu bagi baki bayaran tapi mujurlah bila ke kaunter ada pesanan kami. Cuma kena tunggu 5 minit je.


bukit bintang KL
Selfie depan kedai shawarma


Dah alang-alang di Bukit Bintang, kiteorang pergi pulak ke kedai Kunafa Crisp di sebelah kanan kedai shawarma ni sebab nak tapau kunafa cheese untuk Khayla. 


Kunafa
Kunafa

Kedai ni ada menjual bermacam-macam baklava tapi kiteorang tak berapa minat manisan kekacang ni:


Baklava
Baklava

Kunafa Crisp
Aku rasa ni owner kedai tapi yang pekerja yang buat makanan dari negara Timur Tengah

Teringin jugak nak beli aiskrim madu untuk Khadeeja tapi takut tak sempat sampai rumah dah cair tengah jalan, sebab masa ni shawarma tak siap lagi. Tak pelah, lain kali boleh bawak anak-anak ke sini.

Bila dah dapat order shawarma, terus gerak balik ke rumah. Mujur la kiteorang merempit ke sini sebab jalan sesak yakmat malam tu! Alhamdulillah berbaloi dan puas hati dapat makan shawarma yang dihajatkan. Sedap! Lain kali boleh repeat order kat sini lagi.