Koleksi menu berbuka puasa 1 & 2 Ramadhan

Bulan puasa ni penat sikit sebab badan nak adjust dengan berpuasa setiap hari tambah lagi dengan mulanya sesi persekolahan. Alhamdulillah tak miss lagi sahur, cuma hari kedua bangun lewat sikit tinggal setengah jam je lagi nak imsak, so cepat-cepat cedok lauk dan nasi. Kelam-kabut makan dan minum sampai terlupa ambik ubat diabetes huhu…

Rasa seronok tengok kawan-kawan update blog tentang menu bulan puasa ni so aku pun nak share jugak hehe. Maaf gambar-gambar tak cantik sebab dah habis makan baru teringat ambik gambar kan 😜 Untuk hari pertama dan kedua, dah jadi kebiasaan aku akan masak lauk yang akan ulang balik masa berbuka / sahur. Alhamdulillah suami dan anak-anak jenis tak cerewet dan tak kisah kena recycle lauk. Berlainan dengan mak aku dulu penat sikit sebab ayah aku jenis yang tak suka repeat lauk yang sama so mak akan masak lauk fresh untuk masa makan seterusnya.


daging masak hitam
Daging masak hitam resipi mak mertua utk hari pertama berpuasa

1 Ramadhan - lauk sahur dan berbuka ialah daging masak hitam dan sayur campur (lupa nak ambik gambar sebab dah habis). Petang tu tetiba teringin nak makan asam pedas, maka terhasillah lauk tambahan asam pedas ikan merah untuk berbuka puasa. 


Asam pedas ikan merah
Kali ni baru ok sebab tak berminyak sangat

2 Ramadhan -  tengok blog Sislin dia masak ayam masak lemak nenas terus terliur jugakkkk 😂. Siap pesan kat Suami Terchenta sebelum dia balik dari ofis supaya singgah di kedai belikan nenas dan kelapa parut. Padankan dengan sayur kacang buncis tumis. 


Ayam masak lemak nenas
Ayam masak lemak nenas

Alang-alang dah beli kelapa parut, datang pulak mood nak buat kuih onde-onde atau anak-anak lebih suka panggil kuih buah melaka. Tengok dalam pantri ada tepung pulut jadi terus keluarkan dan bancuh dengan tepung gandum untuk buat adunan. Stok gula melaka memang sentiasa ada dalam rumah. Kemain anak-anak tak sabar tunggu waktu berbuka puasa bila tengok ada kuih onde-onde terhidang atas meja.


Onde-onde
Onde-onde

Alhamdulillah lauk 1-2 jenis je setiap hari dan takde pembaziran setakat ni. Yang penting masa solat terawih tak mengantuk sangat. 

Semoga hari-hari seterusnya aku masih rajin memasak lauk untuk berbuka puasa dan sahur. Tiap-tiap hari aku blogwalking kat blog korang tau, sebab nak cari inspirasi untuk lauk berbuka puasa hehe. So teruskan update menu iftar korang ye. 

Psst… SA dah boleh buat segmen - SA masak apa hari ni di bulan puasa 😋

Berita Duka di Bulan Ramadhan...



Hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita duka pemergian anak saudara kami iaitu anak sepupu aku dalam keadaan yang menyayat hati. Menurut berita yang kiteorang terima, isteri sepupu masa tu nak hantar anak dia (arwah) ke taska. Baru nak keluar, dia teringat kunci rumah jadi dia keluar sekejap tinggalkan arwah dalam kereta. Dah tertulis ajal arwah, kepala dia tersepit kat power window kereta dan meninggal dunia dalam usia yang begitu muda.

Ya Allah, berikanlah kekuatan buat keluarga sepupu dan isterinya untuk menerima ujian yang begitu hebat ini pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani hamba-hamba-Mu, kasihanilah mereka dan ringankan duka dan rindu yang ditanggung mereka terhadap anak yang telah dijemput bermain di syurga-Mu. Kurniakanlah rezeki zuriat untuk mengganti tempat anak yang telah pergi. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Teringat peristiwa Khayla pernah hilang sekejap. Ya Allah, aku hampir-hampir pengsan, pandangan terus terasa gelap dan dunia berpusing-pusing! Ini kan pula kehilangan anak buat selama-lamanya. Salam takziah buat keluarga sepupu, Allah lebih menyayangi arwah anak. Terkilan sebab anak saudara lahir masa PKP tapi disebabkan aku pindah ke KL dan tahun lepas beraya di kampung mertua jadi kiteorang langsung tak pernah berjumpa dengan arwah anak saudara ni selepas PKP. 

Marhaban Ya Ramadhan!

Kepada semua kawan-kawan Muslimin dan Muslimah sekalian,

Selamat menunaikan ibadah puasa esok hari. Kunci jam siap-siap, takut terlajak pulak sahur 😁

Menu sahur esok untuk keluarga kami ialah daging masak hitam resipi ibu mertuaku. Masak dalam pressure cooker, biar lembut sikit dagingnya. Sayur campur pun aku dah siap-siap potong dan asingkan ikut portion. Esok tinggal goreng sayur je.

Malam ni kita siap-siap berniat puasa Ramadhan ye kawan-kawan. Jom sama-sama kita baca niat puasa bulan Ramadhan:


niat puasa Ramadhan

Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT, ameen ya Rabbal Alameen... Kalau ada tersilap kata dan terkasar bahasa dalam penulisan blog ni, sis dengan rendah diri mohon ampun dan maaf dari semua rakan-rakan blogger semuanya 🙏🏻

Marhaban ya Ramadhan!

Wordless Wednesday: Kucing Hybrid

hybrid cat
Louis tergolek atas charger telefon

 

Bila dah mula rutin persekolahan, Louis pun bosan kat rumah sebab takde geng nak layan dia bermain. Kadang-kadang dia mengiau sambil berjalan masuk bilik kakak-kakak. Pagi-pagi memang hadap je la bunyi dia mengiau ke sana-sini.

Tapi pagi tadi sunyi je. Aku keluar dari bilik study mencari Louis, kot-kot dia terlepas keluar rumah ke. Rupa-rupanya dia tengah 'charging' kat ruang tamu hahaha! 😂

'Ko dah kenapa ni Louis? Habis bateri ke, sebab tu tak mengiau?' aku usik Louis sambil tepuk-tepuk perutnya yang gebu. Louis, Louis! Boleh pulak dia tergolek betul-betul atas kabel charger telefon. Kucing hybrid ni, kalau takde kibbles, charging guna letrik pun boleh! 🤣

Tips Beli Tiket Balik Raya

tiket balik raya


Bila nak raya je, mulalah keluar spreadsheet tiket balik raya aku ni. Orang Sabah/Sarawak yang lama bermastautin di Semenanjung je tau betapa pentingnya skill cari tiket raya ni 😂. Jom aku kongsi sikit tips beli tiket balik raya:

Tips #1: Jangan cari last minute

Sebelum masuk bulan puasa, dah mula kena cari tiket balik raya. Kalau lambat cari, harga tiket tu macam pergi balik ke Jepun gamaknya. Tapi ada kemungkinan ada flight tambahan ke Sabah / Sarawak musim raya ni jadi tiket mungkin lebih murah. Cuma risikonya ialah benda tu tak pasti ada ke tak. Kalau bajet balik kampung tak berapa besar, lebih baik play safe.

Tips #2: Rancang perjalanan

Tahun ni Insha Allah kiteorang balik ke kampung aku pulak. Jadi dari KL akan singgah ke Bintulu dulu bermalam di rumah mak dan lepas tu barulah kiteorang adik-beradik gerak ke Igan (kampung). Hari Raya ke-5, kami akan balik ke Samarahan (rumah parents-in-law) pulak, jadi kena carik tiket ke Kuching jugak.

Jadi first step, kena identify beberapa pilihan destinasi kapal terbang mengikut perancangan balik kampung kiteorang tu:

  • Pilihan A : KL - Bintulu - KL
  • Pilihan B: KL - Bintulu - Kuching - KL
  • Pilihan C: KL - Kuching (balik sebelum raya) - Bintulu - KL
  • Pilihan D: KL - Bintulu - Mukah - Kuching - KL

Lepas dah decide flight routes, bandingkan pulak harga tiket pada minggu nak terbang pergi/balik dan cari tarikh yang menawarkan tiket termurah:

  • Pergi: paling murah weekend seminggu sebelum raya, diikuti tengah-tengah minggu (Rabu) sebelum raya. 
  • Balik: paling murah lepas 2 Mei (lepas Hari Buruh).

Tips #3: Pertimbangkan faktor-faktor selain harga tiket

Kadang-kadang harga tiket dah murah, tapi ada kos tambahan lain yang kena dipertimbangkan jugak, contoh dalam kes kiteorang:

  • Kos boarding kucing - kalau balik seminggu awal, ongkos hantar Louis ke pet boarding pun naik.
  • Anak-anak kena ponteng sekolah seminggu dan sehari lepas cuti sekolah tamat.
  • Kos tambahan - kos tambah baggage, perlu bermalam di airport atau tak, naik ERL / Grab etc.
  • Reliability syarikat penerbangan - walaupun tiket murah, tapi kalau asyik delay / cancel / retime akan mengganggu kelancaran perjalanan musim raya ni.

Tips #4: Guna miles point / beli tiket asing-asing / guna Shopback untuk dapatkan lebih penjimatan

Aku redeem Enrich point dan beli tiket asing-asing untuk jimatkan lagi pembelian tiket MAS. Caranya, aku buat 2 kali pembelian - economy basic (dapat 40kg checked-in luggage percuma keseluruhannya dan diskaun tiket kanak-kanak 10%) untuk tiket aku dan Khadeeja dan economy lite (lebih murah sebab takde checked in luggage) untuk tiket Suami Terchenta dan Khayla.

Harap tips ni membantu kawan-kawan yang tengah cari tiket flight balik raya 😅

Lepas study semua option yang ada, akhirnya kiteorang ambik pilihan B:

  • KL ke Bintulu - MAS, ada direct flight dan kiteorang tak berani ambik risiko naik AirAsia sebelum Raya 😂  
  • Bintulu ke Kuching - AirAsia, ada direct flight dan harga tiket lebih murah. 
  • Kuching ke KL - Malindo / Batik Air, harga sama macam AirAsia tapi dapat percuma 20kg luggage checked in seorang.
Kalau korang ada tips yang lain, boleh share dekat komen ye. Mana tau boleh jimat lebih banyak pulak tahun depan 😄