tiket balik raya


Bila nak raya je, mulalah keluar spreadsheet tiket balik raya aku ni. Orang Sabah/Sarawak yang lama bermastautin di Semenanjung je tau betapa pentingnya skill cari tiket raya ni πŸ˜‚. Jom aku kongsi sikit tips beli tiket balik raya:

Tips #1: Jangan cari last minute

Sebelum masuk bulan puasa, dah mula kena cari tiket balik raya. Kalau lambat cari, harga tiket tu macam pergi balik ke Jepun gamaknya. Tapi ada kemungkinan ada flight tambahan ke Sabah / Sarawak musim raya ni jadi tiket mungkin lebih murah. Cuma risikonya ialah benda tu tak pasti ada ke tak. Kalau bajet balik kampung tak berapa besar, lebih baik play safe.

Tips #2: Rancang perjalanan

Tahun ni Insha Allah kiteorang balik ke kampung aku pulak. Jadi dari KL akan singgah ke Bintulu dulu bermalam di rumah mak dan lepas tu barulah kiteorang adik-beradik gerak ke Igan (kampung). Hari Raya ke-5, kami akan balik ke Samarahan (rumah parents-in-law) pulak, jadi kena carik tiket ke Kuching jugak.

Jadi first step, kena identify beberapa pilihan destinasi kapal terbang mengikut perancangan balik kampung kiteorang tu:

  • Pilihan A : KL - Bintulu - KL
  • Pilihan B: KL - Bintulu - Kuching - KL
  • Pilihan C: KL - Kuching (balik sebelum raya) - Bintulu - KL
  • Pilihan D: KL - Bintulu - Mukah - Kuching - KL

Lepas dah decide flight routes, bandingkan pulak harga tiket pada minggu nak terbang pergi/balik dan cari tarikh yang menawarkan tiket termurah:

  • Pergi: paling murah weekend seminggu sebelum raya, diikuti tengah-tengah minggu (Rabu) sebelum raya. 
  • Balik: paling murah lepas 2 Mei (lepas Hari Buruh).

Tips #3: Pertimbangkan faktor-faktor selain harga tiket

Kadang-kadang harga tiket dah murah, tapi ada kos tambahan lain yang kena dipertimbangkan jugak, contoh dalam kes kiteorang:

  • Kos boarding kucing - kalau balik seminggu awal, ongkos hantar Louis ke pet boarding pun naik.
  • Anak-anak kena ponteng sekolah seminggu dan sehari lepas cuti sekolah tamat.
  • Kos tambahan - kos tambah baggage, perlu bermalam di airport atau tak, naik ERL / Grab etc.
  • Reliability syarikat penerbangan - walaupun tiket murah, tapi kalau asyik delay / cancel / retime akan mengganggu kelancaran perjalanan musim raya ni.

Tips #4: Guna miles point / beli tiket asing-asing / guna Shopback untuk dapatkan lebih penjimatan

Aku redeem Enrich point dan beli tiket asing-asing untuk jimatkan lagi pembelian tiket MAS. Caranya, aku buat 2 kali pembelian - economy basic (dapat 40kg checked-in luggage percuma keseluruhannya dan diskaun tiket kanak-kanak 10%) untuk tiket aku dan Khadeeja dan economy lite (lebih murah sebab takde checked in luggage) untuk tiket Suami Terchenta dan Khayla.

Harap tips ni membantu kawan-kawan yang tengah cari tiket flight balik raya πŸ˜…

Lepas study semua option yang ada, akhirnya kiteorang ambik pilihan B:

  • KL ke Bintulu - MAS, ada direct flight dan kiteorang tak berani ambik risiko naik AirAsia sebelum Raya πŸ˜‚  
  • Bintulu ke Kuching - AirAsia, ada direct flight dan harga tiket lebih murah. 
  • Kuching ke KL - Malindo / Batik Air, harga sama macam AirAsia tapi dapat percuma 20kg luggage checked in seorang.
Kalau korang ada tips yang lain, boleh share dekat komen ye. Mana tau boleh jimat lebih banyak pulak tahun depan πŸ˜„

27 comments:

  1. sampai sekarang kerajaan belum dapat kawal harga tiket sabah sarawak ni kan...bygkan kalau keluarga yang anak ramai mcm mana la agaknya ye,cas tambang mahal melebihi had

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, beza sangat2 harga tiket masa hari biasa dgn masa musim perayaan. Bayangkan 2 minggu sblm raya harga tiket 199/sehala, tapi seminggu sebelum raya harganya naik sampai dekat 400/sehala. Padahal sama je kos minyak dan passenger tax 😒

      Delete
  2. semoga dpermudahkan urusan balik ke sarawak...mmg kne saving tok tiket flight

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu kena ada skill cari tiket murah sbb murah pun bila kena beli utk 4 orang tetap cecah ribu-raban! 😱

      Delete
  3. Musim perayaan adalah peluang terbaik untuk balik kampung dan suasana akan lebih meriah tapi harga tambang 'belon' akan mencanak naik pada saat-saat akhir...orang terdesak dan mampu tidak akan fikir banyak kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg stress buat persiapan balik kampung di musim perayaan.

      Delete
  4. kwn ofis dah beli tiket dari tahun lepas utk balik Sabah raya ni...pilih reliable flight company...sian Louis kena tinggal..hehe...best dia duduk hotel..jumpa kawan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah lagi la kena plan lagi awal sbb tiket ke Sabah lebih mahal 😣
      Tu je la satu kelemahan ada kucing ni, bila kena travel jauh kena cari hotel kucing, paling murah kena RM20 sehari. Mungkin kiteorang panggil pet sitter je dtg ke rumah 2x seminggu utk isi semula botol air Louis dan bersihkan pasir.

      Delete
  5. Semoga dimudahkan urusan balik ke kampung ya. Kak Sue pun dok susun-susun cuti jugak nie nak balik raya nanti..

    ReplyDelete
  6. Sik try mya airline? not bad juak review org tp kmk pun x berani nk try dolok... sakit palak mikir tiket balit raya nk oo?? ktk org pernah raya di kl kah sblm tok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kmk masukkan dalam spreadsheet ya. Flight nya limited KL-KCH-KL jak. Compare dgn Malindo, murah gik Malindo.

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan urusan balik kampung, Carneyz dan keluarga. Alamak, Louis kena tinggal. Bagusnya, buat spreadsheet, boleh buat perbandingan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada spreadsheet ni, senang nak buat perbandingan harga dan destinasi penerbangan 😊

      Delete
  8. Wah..detail sungguh ni. Buat kajian terperinci πŸ‘πŸ½
    Kalau tak kaji, main beli je memang boleh rugi duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, selagi boleh jimat, kita jimat 🀣

      Delete
  9. Uish complicated juga ye. Semoga dipermudah urusan taw!

    ReplyDelete
  10. apapun malindo lah yg nk bg luggage berbanding AA. hahah kalau AA dgn delay mmg tak dpt dipisahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2nya malindo ni on time takde delay, cancel atau reschedule 🀲🏻

      Delete
  11. tips lain yg sy guna dulu, beli pd hari selasa😁 nak kata dpt murah sgt tu x de laa... tp ms dpt tix ke kuching return RM24 dulu tu rs nya tu 'pemburuan' tiket plg hebat penah sy dpt😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tiket tengah minggu lebih murah berbanding hari lain. Wow, return RM24 mmg hebat! Saya pun tak pernah dapat πŸ‘πŸ»

      Delete
  12. Alamak....bab delay ni paling x suka...apapun semoga dipermudahkan urusan balik kampung Carneyz dan keluarga..SA x pernah rasa balik kampung macam ni sebab kampung SA kat NS je...teringinnya nak ada kampung macam ni...nanti dah kawen cuma dapat ke JB je la..tapi tu la..ada adik beradik en tunang je..mak ayah dia dah lama takde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur SA kampung dekat je, mampu berhuhuhu dalam hati je time nak keluarkan duit bayar tiket balik kampung ni. Lagi2 tahun ni kena beli tiket untuk 3 dewasa (Khayla dah kira dewasa sebab lebih 12 tahun), makin naik kos tiket balik kampung bila anak2 dah meningkat dewasa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .