Buat muka kesian mintak nasi jugak |
Louis ni pantang tau bila tengok kiteorang berkumpul kat meja makan. Dia pun nak menyibuk sekali ambik tempat duduk menunggu dihidang makanan! 😂
Buat muka kesian mintak nasi jugak |
Louis ni pantang tau bila tengok kiteorang berkumpul kat meja makan. Dia pun nak menyibuk sekali ambik tempat duduk menunggu dihidang makanan! 😂
Asyik citer pasal makanan je kan? Hehe. OK la sebelum masuk topik makanan, aku divert jap topik podcast yang aku dengar pagi tadi sambil briskwalking di Taman Tasik Titiwangsa. Panas lit-lit matahari pagi pun tak mengganggu fokus aku mendengar penyampaian yang sangat menarik oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dalam siri audio Wahai Tuhan melalui channel HijrahEd.
![]() |
Apple Podcast |
Siri Wahai Tuhan ni mengupas nama-nama dan sifat-sifat Allah, Asma'ul Husna. Dalam episod "Al-Sami', Al-Basir", Ustaz menyebut Allah Maha Mendengar segala doa dan harapan hamba-Nya walaupun cuma terlintas dalam hati. Jadi apapun perkara (yang baik) yang kita minta, kita kena minta dengan Allah SWT sebab Allah Maha Mendengar.
Terus aku teringat, masa aku baca blog Sunah Sakura beberapa hari lepas dan Ciksun cerita pasal maknya buat bubur pedas untuk berbuka puasa, terus aku rasa rindu dengan kesedapan bubur pedas. Kalau kat sini bubur lambuk yang popular masa bulan puasa, kat Sarawak pulak yang popular ialah bubur pedas. Bubur pedas ni dibuat menggunakan bumbu bubur pedas, jadi susah nak cari kat sini melainkan ada orang kirimkan bumbu bubur pedas tu ke sini.
Masa aku baca blog Ciksun, terlintas dalam hati aku, 'Ya Allah, sedapnya bubur pedas. Kalaulah boleh buka puasa dengan bubur pedas.' Lepas tu aku terus terlupa pasal bubur pedas sepanjang hari tu 😅.
Semalam makcik aku missed call. Kebetulan makcik aku datang dari Sarawak melawat adik sepupu aku yang duduk area Sentul ni jugak. Katanya ada nak bagi makanan untuk berbuka puasa.
Masya Allah, rupa-rupanya makcik aku buat bubur pedas!
![]() |
Bubur pedas Sarawak dan kurma pemberian makcik |
Padahal aku bercakap dalam hati je, tak bagitau siapa-siapa pun yang aku teringin makan bubur pedas. Tiba-tiba Allah makbulkan keinginan aku melalui makcik aku.
Sedapnya bubur pedas yang makcik aku buat |
Makcik aku ni memang pandai memasak, siap bukak restoran makanan laut kat Mukah. Kalau pergi rumah dia, memang dia jamu masakan yang sedap-sedap. Ni first time dia jamu bubur pedas, teramat la heaven rasanya!
Alhamdulillah, tercapai hasrat nak makan bubur pedas Sarawak |
Itulah kisahnya rezeki bubur pedas yang aku relate dengan podcast pagi tadi. Memang best ceramah Ustaz Azlan Shah ni, sampai habis satu siri tu aku dengar sedar-sedar dah capai 10,000 langkah pagi tadi ðŸ¤.
Hari kedua berpuasa, aku buat ayam masak lemak nenas untuk berbuka puasa dan sahur esoknya. Bila isi ayam dah habis dan tinggal beberapa ketul nenas je, rasa sayang pulak nak buang kuah masak lemak ni jadi aku simpan dalam peti sejuk.
Pagi tadi aku keluarkan kuah tu untuk buat pasta masak lemak. Sepatutnya aku letak chicken ham dalam pasta ni tapi aku terlupa nak defrost dulu sebelum tidur. Nasib baik ada cebisan-cebisan ayam dalam kuah ni walaupun tak banyak. Aku panaskan kuah masak lemak tu lepas tu masukkan pasta yang dah direbus. Dah siap (baca dengan nada Khairul Aming).
![]() |
Pasta masak lemak nenas |
Menu untuk anak-anak pulak ialah spaghetti. Sekali lagi, terlupa defrost meatball malam sebelumnya (ngantuk punya pasal).
Menu pasta untuk sahur |
Anak-anak memang suka kosong je, tapi nak bagi ada sayur kena blend halus carrot pastu campur dalam kuah spaghetti |
Korang selalu buat apa dengan kuah lebih? Cer kongsi sikit 😃
Sebelum bulan puasa, kiteorang beli bread macam biasa sebab anak-anak jenis suka ratah roti. Kadang-kadang sehari je dah habis sebuku roti. So dah jadi kebiasaan beli roti Gardenia bila ke pasaraya.
Tapi bila bulan puasa dan start bersekolah semula, anak-anak dah kurang sikit makan roti. Sudahnya dah masuk seminggu roti tu duduk dalam peti sejuk. Daripada tak berusik, baiklah aku buat lasagna dan puding roti.
Buat lasagna ni senang je. Walaupun nampak banyak langkah penyediaan, tapi sebenarnya setiap langkah tu ambik masa yang sekejap je.
Cara-cara melapis lasagna:
Sementara melapis lasagna, panaskan ketuhar pada suhu 170℃. Dah siap melapis, bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit sampai keju parut tu cair dan warna keemasan.
Dah masak! |
Kejadian selepas dibakar |
Lapisan kat dalam |
Puding roti dengan kuah kastad |
Hari Selasa minggu lepas kiteorang buat permohonan untuk tukarkan sekolah Khayla ke sekolah yang dekat dengan rumah ni. Sebabnya minggu tu pelajar yang memohon masuk ke SBP dan MRSM dah dapat tawaran jadi barulah ada kekosongan.
![]() |
Permohonan diluluskan oleh PPD Sentul |
Bersyukur sangat Khayla dapat sekolah yang kiteorang nak masa mula-mula apply dulu. Sebabnya sekolah yang sekarang ni boleh tahan sesak nak ke sana dari rumah kiteorang. Kalau terlewat keluar pagi-pagi boleh sangkut 30-40 minit baru dapat keluar ke jalan menuju sekolah Khayla. Dah sampai di sekolah, satu lagi cabaran sebab jalan utama masuk ke sekolah tu sempit dan sesak dengan pelajar berjalan kaki dan kenderaan dari kedua-dua belah arah. Kalau cuaca baik, boleh la Suami Terchenta hantar naik motor, tapi kalau cuaca hujan agak susah nak hantar dan ambik.
Sekolah yang baru ni tingkatan satu belajar pada sesi petang. Pagi tadi Suami Terchenta ambik cuti sebab malam tadi dia kerja, jadi dia temankan aku pergi hantar borang pertukaran sekolah yang dah diluluskan oleh PPD minggu lepas ke sekolah sekarang dan ambik fail pelajar untuk diserahkan ke sekolah baru.
Lepas tu kiteorang singgah pulak ke sekolah baru beli buku latihan sebab minggu ni dah start belajar. Ada beberapa buku yang out of stock, harap-harap cikgu tak mintak dieorang pakai dalam waktu terdekat. Harga buku semuanya dekat-dekat RM180.
Dah selesai semua urusan, kiteorang balik ke rumah. Tengahari tu, Suami Terchenta hantar Khayla mendaftar di sekolah baru. Cuak je muka anak dara aku ni, tapi aku tau dia excited sebab dia memang nak ke sekolah ni.
![]() |
Hari pertama di sekolah baru |