1 Mei 2023. Selamat Hari Pekerja buat kawan-kawan yang bekerja!
Hari ni kiteorang sambut Hari Pekerja dengan bersarapan di Mi Sapi / Kolok Haji Salleh.
Walaupun bertolak selepas Subuh, tetap kena beratur hampir sejam. Punyalah famous kafe ni. Tapi yang bagusnya, dieorang mengamalkan sistem yang adil - siapa yang datang dulu tak kira la seorang je atau beramai-ramai, akan dapat tempat duduk dulu. Kadang-kadang sakit hati jugak kan bila kita datang berdua tapi sebab meja yang kosong ialah meja 4 orang jadi orang yang di belakang dulu yang dapat tempat.
Sambil beratur, ada pekerja yang ambik pesanan siap-siap. Siap tanya nak taugeh ke tak? Siap customized menu dieorang ni 😆 Kalau kat tempat lain, pandai-pandai la asingkan sendiri taugeh kalau tak minat. Agaknya sebab tu ramai yang suka ke sini. Sebab tu jugaklah, walaupun dah duduk tetap kena tunggu pesanan sampai.
 |
Sambil beratur, boleh la tengok dulu menu dan buat pesanan bila sampai giliran |
Hoyeh! Pesanan aku pun sampai. Aku pilih mi kolok daging tendon semua lebih, korang tengok la ni. Memang kenyang sampai ke petang ni.
 |
Mi kolok daging tendon semua lebih (RM23) |
Harganya memang premium sikit, tapi dah alang-alang beratur sejam tu baiklah ambik yang special baru puas hati.
 |
Jemput makan... |
Alhamdulillah, berkesempatan mengolok di tempat yang terkenal ni. Lepas makan, kiteorang singgah pulak ke Mita Cake House.
 |
Mita Cake House Jalan Satok |
Ada kawan yang pesan kek mentega kat sini. Kek ni makin terkenal sampai pelancong dari luar Sarawak pun akan borong kek untuk dijadikan buah tangan bila balik ke Semenanjung / Sabah. Aroma kek ni semerbak tau, sampai kiteorang yang makan di kafe Mi Sapi Haji Salleh di seberang jalan boleh hidu.
 |
Kek masih panas-panas lagi |
 |
Harga kek dah naik, tahun-tahun lepas RM15 sekarang dah naik jadi RM17 |
Apa pengisian Hari Pekerja korang pulak?