• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, June 30, 2023

Aidiladha di Perantauan

Seronok aku baca catatan Aidiladha kawan-kawan bloggers hari ni. Ada yang terlibat gotong-royong korban di masjid, ada yang tak jadi korban sebab lembu lari, ada yang beraya di kampung halaman hehe. Tahun ni macam tahun lepas jugak, kiteorang tak balik ke kampung tapi pilih untuk beraya di perantauan.

Alhamdulillah, pagi tadi kiteorang berkesempatan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.


Masjid Negara KL
Merakamkan kenangan selesai solat di Masjid Negara

Ramai betul orang kat masjid pagi tadi, tapi syukur tak susah nak cari parking dan ada ruang kosong lagi dalam masjid. 


Masjid Negara KL
Suasana dalam masjid selesai solat

Khayla tak ikut sebab dia uzur jadi cuma aku, Khadeeja dan Suami Terchenta je yang pergi pagi tadi. Seronok melihat kepelbagaian budaya umat Islam dari pelbagai negara di masjid pagi tadi. Lepas tamat khutbah kedua, beberapa orang Arab mengagihkan goodies bag dengan kanak-kanak di masjid. Patutlah dieorang terkenal dengan sifat dermawan!


Masjid Negara KL
Tahun lepas solat di Masjid Besi Putrajaya, tahun ni pulak berpeluang solat di Masjid Negara

Masjid Negara KL
Cantik suasana pagi di Masjid Negara

Lepas balik dari solat Aidiladha, kiteorang singgah beli 2 batang lemang di Taman Dato' Senu. Tahun ni mood memasak rendang tu tak muncul-muncul, jadi aku cuma beli rendang daging dari Madam Kwan's untuk dimakan dengan lemang. Risau rendang tak cukup, aku beli lagi sebekas rendang di gerai lemang yang sama.


gerai lemang
Ada 2 buah gerai yang masih menjual lemang di pagi raya

Tahun ni menu raya kiteorang simple je - laksa Sarawak, lemang dan rendang. Untuk pemanis mulut, aku hidangkan kek belacan yang mak aku bawak masa dia turun KL baru-baru ni dan jugak tart nenas yang dibeli di JB masa kenduri anak Sislin. 


lemang
Dari atas - kek belacan, tart nenas, lemang dan rendang

Menyesal aku beli rendang tambahan sebab rendang Madam Kwan's tu pun dah cukup sebenarnya. Semua orang serbu laksa dulu, sudahnya bila nak makan lemang pulak masing-masing dah kenyang! 😅


laksa sarawak
Laksa Sarawak

Hari Raya Aidiladha
Atas - Masing-masing sibuk menikmati laksa Sarawak, bawah - Louis pun nak masuk dalam gambar raya!

Petang tu, aku dan my sisters keluar girls' outing. Suami Terchenta pulak bawak anak-anak pergi ke Pavilion Bukit Jalil sebab Khayla bagitau nak beli novel kesukaannya. Itu je la pengisian Hari Raya kiteorang. Walaupun sederhana tapi yang penting seronok dapat luangkan masa kiteorang adik-beradik 💖.

Read more »
on Friday, June 30, 2023 22
Share this!
Tags
Celebrations, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, June 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

ucapan raya

Hari Raya Aidiladha, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah bagi memperingati keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. yang bersedia menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail A.S. kerana diperintahkan Allah SWT dalam mimpi baginda. Tetapi ketika baginda Ibrahim A.S. sudah meletakkan bilah pisau di leher Nabi Ismail A.S., Allah SWT menggantikan Nabi Ismail A.S. dengan seekor domba jantan. Kisah pengorbanan terulung ini menjadi peringatan abadi tentang nilai-nilai iman, ketaatan, dan pengorbanan dalam menjalankan syariat seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Dalam kita meraikan Aidiladha, marilah kita mencontohi teladan Nabi Ibrahim A.S. yang bersedia berkorban tanpa ragu-ragu di jalan Allah. Pada hari ini, ramai umat Islam melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan fakir miskin dan asnaf. Bukan sahaja ianya tindakan memberi sedekah, malahan ianya simbol solidariti sesama umat Islam di mana golongan. yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan. 

Aidiladha bukan sahaja dihayati dengan keraian dan berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai, malah inilah waktu untuk kita berdoa, bermuhasabah dan menerapkan prinsip belas kasihan, amal kebajikan dan semangat komuniti dalam kehidupan seharian kita. Luangkan waktu untuk mendekati golongan yang memerlukan untuk mendalami jerih-perih mereka agar kita dapat berkorban harta-benda untuk membantu mereka.

Semoga Aidiladha ini membawa kedamaian, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada semua. Dalam kita mengharungi cabaran dunia kita, semoga kita beroleh kekuatan dan inspirasi daripada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan berusaha untuk menjalani kehidupan kita dengan semangat pengorbanan yang sama dan iman yang tidak berbelah-bahagi. 

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Coffee Break With Me!

Nota kaki: Jemput subscribe album 'Lambaian Haji' yang dirakamkan oleh sahabat baik kami, Tn. Awang Shamsul bin Awang Hambali menerusi Spotify dan Apple Music.


Read more »
on Thursday, June 29, 2023 10
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, June 28, 2023

Jangan Buang Bungkus Kibbles Royal Canin Sebelum Buat Ini

Salam korang,

Hari ni mesti ramai yang berpuasa Arafah kan jadi hari ni aku tak nak post apa-apa berkaitan makanan la. Nanti aku sendiri yang terliur kan susah! 😂

Tapi kalau makanan kucing tak pe la kan. Ke ada jugak yang terliur tengok kibbles? 🫢 Hihi.... gurau je tau.

Kucing-kucing kat rumah ni kiteorang bagi makanan jenama Royal Canin. Buat mak-mak kucing kat luar sana, korang tau tak beli Royal Canin korang boleh dapat ganjaran?

Ini langkah-langkah untuk dapatkan ganjaran dengan setiap pembelian kibbles Royal Canin:

Langkah 1: Muat turun app Royal Canin MY dari app store telefon masing-masing dan daftar sebagai ahli.

Langkah 2: Nampak tak pelekat ni dekat bungkus kibbles Royal Canin? Haa... korang kena kupas pelekat ni untuk imbas kod QR kat bawahnya:


Royal Canin app
Bawah pelekat ni ada kod QR


Royal Canin app
Korang kena imbas kod QR ni melalui aplikasi Royal Canin MY

Langkah 3: Dekat app Royal Canin MY, klik dekat tab 'Get Points' (kat bahagian bawah skrin):


Royal Canin app

Langkah 4: Imbas kod QR pada pelekat tadi dan barcode di bawah bungkusan kibbles:


Royal Canin app

Selain dari pembelian kibbles, boleh jugak kumpul mata ganjaran dengan menjawab kuiz dalam app ni:


Royal Canin app
Sambil jawab kuiz untuk kumpul mata ganjaran, boleh belajar tentang penjagaan kucing

Apa yang kita boleh tebus dengan mata ganjaran yang terkumpul?

Kita boleh tebus barang-barang Royal Canin (bukan makanan) contohnya bola catnip (Louis suka sangat bola ni, boleh tunggang-terbalik rumah bila dia kejar bola!) dan mangkuk makanan kucing anti-semut. Selain tu, boleh tebus gift voucher Grab, SenHeng, Aeon, Watsons dan Domino's Pizza. Kalau dapat kumpul 1500 mata ganjaran boleh tebus tiket Kidzania jugak. Menarik, kan?


Royal Canin app

Kelebihan menjadi ahli Royal Canin MY

Bila jadi ahli Royal Canin MY, korang boleh jugak tebus starter kit percuma dan welcome voucher bernilai RM10 (sementara stok masih ada) yang korang boleh tebus di mana-mana kedai barangan haiwan atau klinik haiwan yang menyertai promosi RC ni.


Royal Canin app
Macam ni la rupa starter kit RC, dalamnya ada mangkuk makanan anti-semut, bola catnip dan buku panduan penjagaan kucing

Berbaloi ke jadi ahli?

Satu perkara yang aku rasakan kelemahan sistem mata ganjaran RC ialah mata ganjaran yang tak ditebus dalam masa setahun akan luput macam tu je. Selalunya satu beg kibble 2kg boleh bertahan 2 bulan, jadi kalau ikutkan setahun akan beli 6 bungkus je. Satu beg ni dapat kumpul 20 mata ganjaran x 6 bungkus = 120 mata ganjaran. Kalau nak tebus gift voucher, paling cikai kena kumpul 180 mata ganjaran. Kalau aku nak tebus gift voucher, aku kena beli lebih buat stok kat rumah ni semata-mata nak tebus points sebelum tarikh luput!

Jadi kalau korang ada seekor je kucing kat rumah aku rasa tak berapa berbaloi la. Tapi kalau korang bela banyak kucing, then mungkin berbaloi untuk daftar jadi ahli RC.

Itu je la perkongsian aku tentang makanan kucing. Kalau korang ada tips lain tentang penjimatan atau ganjaran lain bila beli produk kucing korang, share la jugak ye. #sharingiscaring

Read more »
on Wednesday, June 28, 2023 8
Share this!
Tags
Pets, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 27, 2023

Puasa Hari Arafah - Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?

Hari Arafah atau Hari Wukuf ialah kemuncak ibadah haji di mana berpuasa pada hari Arafah mempunyai fadhilat yang sangat besar. Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abi Qatadah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Disebabkan zon waktu yang berbeza, adakalanya tarikh 9 Zulhijjah berbeza antara di Mekah dan di Malaysia. Tapi bagaimana pula dengan umat Islam di Malaysia?

Menurut pendapat umum ulama, umat Islam di Malaysia sebaik-baiknya berpuasa mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia (bersamaan dengan Rabu 28 Jun 2023).

Niat puasa Hari Arafah:


niat puasa arafah
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/niat-puasa-arafah.html

Sumber: Mysumber.com

Nota kaki: Malam ni dah boleh niat puasa Arafah esok harinya. Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Pembetulan: Terima kasih anies sebab mengingatkan cuma umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji sahaja yang disunatkan berpuasa pada Hari Arafah. Manakala bagi jamaah haji yang hadir di Arafah, Imam As-Syafi'i dalam kitabnya Al-Mukhtasar dan para pengikutnya menyatakan 'hukumnya mustahab (sunat) baginya untuk tidak berpuasa'.

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 10
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 27, 2023

Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 2)

Sambungan dari sini:

  • Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)

Ikutkan hati, rasa malas je nak turun breakfast sebab sayang nak tinggalkan bantal yang empuk dan selimut yang selesa dalam bilik. Tapi ish, sayang la pulak kalau tak turun kan? Jadi kiteorang pun bersiap-siap (baca: berus gigi, cuci muka dan salin pakaian) untuk turun ke restoran Latest Recipe di tingkat 5.

Mujurlah turun awal sebab kalau turun lambat, kena beratur panjang tunggu meja kosong dan kalau nasib tak baik, dapat meja di luar restoran berdekatan dengan tandas dan jauh dari zon buffet. Meja kiteorang agak strategik, dekat dengan mesin kopi dan ada staff yang jaga area tu. Jadi sekali-sekala staff tu akan tanya nak refill minuman ke, bila tengok minuman kiteorang dah habis. Selain kopi dan teh, boleh jugak pesan coklat panas which my kids memang suka sangat-sangat.


Latest Recipe @ Le Meridien KL
Restoran Latest Recipe, Le Meridien KL

Mula-mula sekali wajib pusing keliling restoran meninjau menu buffet yang disediakan. Di hotel Le Meridien KL boleh dikatakan ada banyak menu buffet yang ditawarkan dari dalam dan luar negeri. Khayla yang cerewet bab-bab makan ni pun memang rambang mata nak pilih menu yang mana satu nak ambik dulu.

Jom layan gambar-gambar makanan yang aku sempat ambik (tak semua sebab mana yang ramai orang beratur tu aku tak ambik gambar sebab segan!)


breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen pancake, crepes dan French toast dengan pelbagai pilihan sos dan topping menarik minat golongan kanak-kanak

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pilihan menu dari Timur Tengah

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pelbagai jenis yogurt, oat, panna cotta dan jus buah-buahan sedia untuk pick-me-up

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Mulakan sarapan dengan buah-buahan

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Atas: buah-buahan yang dah dipotong, bawah: pilihan sushi

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Cheese platter, kanan: Menu Jepun

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Pelbagai jenis bijirin (granola, chia seed, all bran, dll.) dan buah-buahan kering, kanan: stesen salad

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen roti dan pastries

Ni pulak video yang Suami Terchenta ambik:



Bagi aku sarapan pagi di Latest Recipe @ Le Meridien KL ni lebih sedap, pilihan lebih banyak dan lebih puas hati dari sarapan pagi di Restoran Shook! @ JW Marriott KL. Of course, harga pun lebih mahal. Overall, berbaloi turun sarapan pagi dari bergulung dalam selimut je hihi. Even Khayla pun 2-3x ambik roti bom kat sini, katanya sedap sangat. Aku pulak suka jus buah-buahan yang diperah segar dan teh tariknya yang kaw dan tak berapa manis.

Di sini jugak aku nak kongsi etika ketika pergi sarapan buffet tak kira di hotel, restoran atau majlis yang menyediakan santapan style buffet. Kata kuncinya, jangan membazir, jaga kebersihan dan bertimbangrasa dengan orang lain ok?


etika jamuan buffet
Etika semasa jamuan buffet

Cerita pasal kolam renang aku sambung dekat entri lain pulak ye. Sekarang tengah kumpulkan idea nak menulis hehe. Nantikan part 3 pulak!

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 18
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    29 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    35 minutes ago
  • Warisan Petani
    46 minutes ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    10 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    11 hours ago
  • a m m i
    12 hours ago
  • My Small World
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • Blog Anamizu™
    13 hours ago
  • orangbukit
    14 hours ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.