Seperti biasa, Aidiladha kami disambut dengan sederhana tapi penuh bermakna. Kali ni kami berkumpul di kediaman adik aku di Putrajaya. Malam raya, aku masak lauk yang simple je - rendang dan kari daging dengan dibantu oleh anak-anak. Selesai masak, aku terus masukkan lauk ke dalam mangkuk tingkat dan kami berangkat ke rumah adik untuk bermalam di sana. Dalam perjalanan, kami mendengar takbir raya di Apple Music alunan sahabat baik merangkap jiran kami di Bintulu, Saudara Awang Shamsul. 

Esok paginya, kami menunaikan solat raya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sebenarnya aku nak menunaikan solat di Masjid Putra tapi entah kenapa aku tersilap jadi sudahnya kami solat di Masjid Tuanku Mizan pulak. Tak pelah, yang penting dapat menunaikan solat dan mendengar khutbah di pagi raya. 



Dengan adik-beradik dan anak-anak

Kubah besi dengan ukiran ‘Allah’

Balik dari masjid, barulah kami menjamu selera dengan makanan yang dah disediakan. Sambil tu, ber video call dengan keluarga di Sarawak. Terubat la rindu dengan keluarga di sana.

Semoga kawan-kawan yang lain pun bergembira di hari raya. Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya dan sentiasalah jaga SOP. Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

10 Comments

  1. Selamat Hari Raya Carneyz.
    Samalah kita, beraya di perantauan juga :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Puan Hazel :)

    ReplyDelete
  3. selamat hariraya qurban cikpuan Carneyz itttuuh.,. ;p

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya haji carney & famili... masjid besi nk oo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha kakmim sekeluarga. Aok masjid besi gelarannya. Kmk saruk nama igt tok masjid putra.

      Delete
  5. Salam aidiladha buat Karni sekeluarga...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .