![]() |
Poster Indiana Jones and The Dial of Destiny |
Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak dating kat TGV menonton filem Indiana Jones 5. Aku pun apa lagi suka la bila suami ajak dating kan hihi. Jarang dapat peluang keluar berdua-duaan ni (yang sebetulnya, anak-anak tak minat tengok cerita ni sebab tu end up jadi movie date 🤣).
![]() |
Sebelum masuk panggung, beli popcorn dulu. Betul-betul dating ni, dia belikan satu set je untuk kongsi berdua 🫢 |
Fast forward tahun 1969, Indiana Jones yang sudah berumur dan bersara sebagai seorang pensyarah arkeologi telah didatangi oleh anak perempuan Basil dan juga anak angkatnya, Helena Shaw (Phoebe Waller-Bridge). Helena memperdaya Indiana Jones dan mencuri dail legenda untuk dijual. Indiana Jones terpaksa berlumba dengan masa untuk mendapatkan semula Antikythera sebelum jatuh ke tangan Jürgen Voller (Mads Mikkelsen), bekas Nazi yang bekerja untuk NASA mahu mengembalikan kegemilangan pemerintahan kuasa NAZI.
Indiana dan Helena merentasi benua, bertempur dengan musuh berbahaya, membongkar teka-teki kuno, dan mencungkil rahsia yang telah lama terpendam untuk menghalang Voller dari mengetahui rahsia di sebalik Antikythera. Pengembaraan mereka membawa mereka berdepan dengan gangster di Morocco, menyelam lautan dalam dan meneroka makam tersembunyi yang penuh dengan perangkap.
Cerita ni best giler ok! Jalan ceritanya memang tipikal filem Indiana Jones yang penuh dengan aksi dan adegan kejar-mengejar dengan penjahat dan pengembaraan di negara-negara yang kaya dengan sejarah silam. Filem ini berjaya menggabungkan aksi menyayat hati dengan detik-detik nostalgia bila Indiana mengingati masa lalunya iaitu kematian anak lelakinya yang akhirnya membuatkan hubungan dengan isterinya renggang dan di akhir cerita, dia berdamai dengan isterinya Marion (btw, aku kagum dengan Karen Allen sebab walaupun dah berusia tapi dia masih cantik sangat).
Pembangunan watak Helena dari pencuri yang licik dan tak kisahpun mencuri dari ayah angkatnya kepada Helena yang ambil berat dan berusaha menolong Indiana menghalang niat jahat Voller berjaya buatkan aku bertukar dari perasaan geram kepada perasaan gembira. Cerita Indiana Jones ni macam biasa, mendebarkan tapi endingnya baik-baik saja.
So yes, aku bagi dua thumbs up untuk cerita ni 👍🏻👍🏻 Kalau korang belum tengok lagi, aku syorkan korang pergi tengok. Tapi jangan lupa beli popcorn asing-asing sebab sampai part mendebarkan tu, bila takde popcorn terpaksa la gigit jari je 😂!