Sarapan Nasi Goreng Bunga Kantan dan Ayam Goreng Kunyit



Pukul 11 pagi ialah masa untuk aku bersarapan selepas 16 jam berpuasa. Pagi tadi aku goreng nasi bunga kantan untuk sarapan Suami Terchenta. Alang-alang memasak nasi goreng, aku pun buka puasa dengan nasi goreng atau orang Sarawak panggil, nasi aruk.

Untuk tambah sayur-sayuran dan protein, aku makan ayam goreng kunyit yang aku masak sebelum ni dan simpan dalam peti sejuk. Aku suka buat ayam goreng kunyit sebab sekali harung masak dengan sayur-sayuran.

Di sini aku nak kongsikan resepi nasi goreng bunga kantan dan ayam goreng kunyit stail aku:


Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan:
  • Sejemput ikan bilis (direndam dan toskan air untuk kurangkan masin)
  • 2 ulas bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 2-3 cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
  • 1-2 batang bunga kantan - dihiris halus
  • 5 cawan nasi sejuk
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kisar semua bahan kecuali bunga kantan dan nasi.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi dan gaul sampai sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gaul lagi.
  6. Tabur bunga kantan yang telah dihiris ke dalam kuali dan gaul dalam nasi goreng selama 5 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.

Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:
  • Dada ayam tanpa tulang (daging dipotong kecil-kecil, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  • Kacang panjang - dihiris serong
  • Lobak merah - potongan julienne
  • Brokoli / Cauliflower
  • Separuh bawang holland - dihiris bulat
  • 1 sudu besar serbuk perisa cendawan
  • Cili padi (jumlah ikut suka pedas) - dibelah dua

Cara-cara:
  1. Goreng ketulan daging ayam sampai masak dan garing. Kalau nak lebih sihat, goreng dalam air fryer. Ketepikan.
  2. Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan cili padi.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul dalam kuali sampai sedikit layu.
  4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
  5. Perasakan dengan serbuk perisa cendawan.
  6. Hidangkan panas-panas.

Laluan Kembara Kenali Borneo YDPA dan Raja Permaisuri Agung di Sarawak



Sekarang tengah berlangsung jelajah kembara kenali Borneo YDPA dan Raja Permaisuri Agong bermula dari Sabah dan berakhir di Sarawak. Hari ini DYMM Seri Paduka Baginda Raja dan Permaisuri Agong dijangka akan memulakan lawatan ke bahagian pertama di Sarawak iaitu di Lawas.

Tapi tau tak pada tahun 1964 selepas penubuhan Malaysia, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah ibni Almarhum Tengku Ismail pernah mengadakan lawatan ke Borneo jugak? Masa tu baginda berdua memulakan lawatan dari Sarawak selama 3 hari dan seterusnya ke Sabah selama 3 hari jugak. Cuma masa tu baginda berdua menghabiskan 3 hari dengan melawat beberapa kawasan di Kuching je, iaitu Bandar Kuching, Muzium Sarawak dan Markas Batalion ke-7 Askar Melayu Diraja. Mungkin sebab kekurangan infrastruktur jalan darat menyukarkan baginda berdua untuk melawat ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Kembara kali ini unik sebab DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mengadakan lawatan ke beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak untuk beramah-mesra dan melihat sendiri kehidupan rakyat-jelata di Wilayah Borneo.

Orang-orang Sarawak yang ingin bertemu dengan Raja dan Permaisuri boleh berkumpul di beberapa lokasi pit stop yang dijadualkan. Sebagai tuan rumah yang terkenal dengan Sarawak hospitality, mari menyambut kedatangan baginda berdua sebagai tetamu Sarawak dengan penuh mesra dan sopan-santun. Ooohaaa!

Nota kaki: Belum pernah lagi berjumpa dengan YDPA atau Raja Permaisuri Agong sekarang ni. Satu-satunya pengalaman berjumpa dengan kerabat diraja ialah dengan kerabat diraja Johor - masa terima skrol ijazah sarjana muda daripada Canselor UTM, Almarhumah Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad dan menghadiri acara makan malam di Istana Johor dengan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama pelajar-pelajar UTM yang terpilih. 

Sarapan Pagi di Courtyard Cafe

Sambungan dari kisah pengalaman menginap di Hotel Courtyard by Marriott Melaka tempoh hari.

Masa check-in lagi dah diberitahu sarapan hotel disediakan di Courtyard Cafe yang terletak di ground floor, bertentangan dengan lobi hotel. Jadi esok paginya kiteorang turun dalam pukul 8 pagi. Mujur tak turun lebih lambat sebab ramai tetamu hotel yang ambik pakej sarapan jugak jadi restoran hampir penuh.


Courtyard by Marriott Melaka
Sarapan pagi di Courtyard Cafe

Mula-mula sampai, aku dapati servis di restoran ni agak kelam-kabut. Selalunya kalau dekat hotel lain, lepas staff hotel check nombor bilik dalam senarai, dia akan assign meja kosong dan bawak tetamu ke meja. Tapi dekat restoran ni kiteorang end up berjalan sekeliling restoran mencari meja kosong. Akhirnya jumpa meja kosong yang belum dikemas. Lepas tu kena tunggu pulak staff datang kemas dan setting meja. Aku husnuzon je la - mungkin restoran ni tak cukup kakitangan.

Memandangkan hotel ni baru, rekabentuk restorannya nampak moden dan luas. Penggunaan tona warna yang neutral  dalam ruang restoran dan lampu kuning keemasan menampilkan citarasa yang mewah.

Di ruang tengah, terdapat replika batang pokok manakala pembahagi ruang yang melengkung memberikan privasi kepada setiap tetamu semasa menjamu selera.


Courtyard by Marriott Melaka
Ruang tengah restoran


Di Courtyard Cafe, sarapan berkonsepkan buffet-style. Tetamu boleh pilih untuk menjamu selera dengan bermacam-macam jenis menu baik menu lokal seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, bubur nasi berlauk, mi kari dan mi sup; ataupun menu intercontinental seperti salad, buah-buahan,  roti dan pastry, yogurt, bijirin, keju, telur, pancake, waffle dan sebagainya. Untuk minuman pulak, tetamu dihidangkan dengan jus buah-buahan, susu, kopi dan teh.


Courtyard Cafe
Atas - egg station, bawah - minuman berjus

Kalau pergi breakfast buffet tak kira la mana-mana hotel, yang paling popular ialah bahagian egg station. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk pesan hidangan telur mengikut citarasa masing-masing - omelette, sunny side up, poached egg,  scrambled egg dan telur separuh masak (half boiled) antara menu yang popular di kalangan tetamu hotel. Ada satu keseronokan bila tengok chef prepare hidangan telur yang kita pesan di depan mata.


Courtyard Cafe
Bread & pastry

Untuk peminat pastry pulak, bahagian ni jadi tumpuan sebab menawarkan pelbagai jenis roti dan pastry - sourdough, roti penuh gandum, roti putih, bread roll, danish pastry, croissant, scones, muffin dan donut. 

Courtyard Cafe
Atas - kondimen untuk mi rebus dan mi kari
Bawah - buah-buahan dan candies

Courtyard Cafe
Atas - nasi goreng dan mi goreng, bubur nasi, samosa
Bawah - bahan sampingan untuk hidangan telur - wedges kentang, beef bacon, tomato panggang, sautéed mushroom dll.

Kalau ikutkan nafsu, memang rasa nak ambik sikit-sikit semua lauk yang ada. Tapi pagi tu aku cuma ambik roti toast, salad, poached egg, omelette, sesenduk nasi goreng dan buah-buahan. Kali ni aku pilih untuk jadi health-conscious sejak mulakan IF bulan lepas, walaupun nasi goreng tu sedap yakmat.

Dengan harga RM55nett sekepala dan 50% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas, peminat sarapan hotel pastinya akan berpuas hati dengan pilihan hidangan sarapan di Courtyard Cafe ni.

Apa Maksud FYP dan Singkatan Lain Dalam Media Sosial


Pernah tak korang terjumpa singkatan-singkatan yang digunakan di sosial media atau perbualan di media sosial di kalangan golongan muda sekarang? As a parent, agak challenging jugak nak memahami mesej dari anak-anak guna bahasa singkatan 🤣. Nampak nau dah tua!

So dekat sini aku senaraikan maksud dari singkatan yang kita jumpa di media sosial:

  • FYP = For Your Page. Merujuk kepada laman utama di akaun Tiktok atau bahagian 'Explore' di Instagram. Konten video atau IG posting yang dipaparkan ialah hasil dari algoritma aplikasi Tiktok / IG berdasarkan video / posting yang pernah disukai ('liked') sebelum ni. Selalunya pembikin konten dan pempengaruh media sosial berusaha untuk menjadikan video / posting IG dieorang muncul di FYP akaun pengguna lain dengan menggunakan hashtag yang popular, membuat konten berdasarkan isu yang trending / viral.
  • DM / PM = Direct Message / Private message. Merujuk kepada permintaan atau perbuatan menulis mesej yang dihantar terus ke inbox pemilik akaun dan bukannya di bahagian komen.
  • RN = Right now. Contoh ayat - 'Boleh turun ke bawah rn?'
  • AFK = Away from keyboard. Merujuk kepada pesanan buat pengguna / kawan-kawan lain yang dia sedang offline. Contoh ayat - 'Aku nak AFK kejap sebab mak panggil makan.'
  • POV = Point of view. Merujuk kepada sudut pandangan seseorang contohnya pembuat konten semasa melakonkan senario dalam video konten dieorang.
  • SMH = Shake my head. Merujuk kepada ekspresi susah nak percaya.
  • ASMRAutonomous Sensory Meridian Response. Merujuk kepada rangsangan deria penonton bila mendengar efek bunyi dari aktiviti harian contohnya memasak, unboxing produk, makan (mukbang) dll.
  • ALR = All right. Bermaksud baiklah atau OK.
  • GRWM = Get ready with me. Merujuk kepada konten video tentang seorang pempengaruh sosial sewaktu bersiap-siap keluar rumah dengan fokus kepada fesyen baju yang dipakai, produk muka dan kosmetik yang digunakan, dll.

Tu la antara singkatan perkataan yang digunakan dalam media sosial sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi sebab bahasa anak-anak zaman sekarang berevolusi dengan cepat sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya ni bahasa apa yang dieorang pakai ye.

Apa lagi singkatan yang anak-anak / adik-adik korang gunakan yang boleh kongsi di komen?

Menyesal Beli Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor!

Bila diet kan, janganlah beli sambal tumis instant sebab nanti menyesal bila diet ke laut! Konon-konon bila beli sambal tumis ikan masin ni, tak payah la susah-susah buat sambal bila masak nasi lemak tapi end up bertambah-tambah nasi bila makan dengan sambal ni. Lagi-lagi ada ikan masin dalam tu, aduiiii habis la naik BP lepas ni!

Sambal ni aku beli dekat pasaraya SOGO minggu lepas. Tertarik sebab ada perkataan ikan masin tu 😂. Padahal sepatutnya dah tak boleh makan benda-benda masin ni.


Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor
Sambal tumis ikan masin Che Nor yang pedas tapi sedap giler!

Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor
Sambal ni memang kena dengan tekak aku sebab tak terlalu manis dan tak terlalu pedas

Aku tak ingat berapa harganya, dalam belas-belas kalau tak silap. Kalau kat Shopee, harganya dalam RM13.50. Tapi memang sedap. Tak de la masin sangat. 

Lepas ni aku taknak beli dah sebab nanti hancuss diet! 🤭