Sambungan dari kisah pengalaman menginap di Hotel Courtyard by Marriott Melaka tempoh hari.

Masa check-in lagi dah diberitahu sarapan hotel disediakan di Courtyard Cafe yang terletak di ground floor, bertentangan dengan lobi hotel. Jadi esok paginya kiteorang turun dalam pukul 8 pagi. Mujur tak turun lebih lambat sebab ramai tetamu hotel yang ambik pakej sarapan jugak jadi restoran hampir penuh.


Courtyard by Marriott Melaka
Sarapan pagi di Courtyard Cafe

Mula-mula sampai, aku dapati servis di restoran ni agak kelam-kabut. Selalunya kalau dekat hotel lain, lepas staff hotel check nombor bilik dalam senarai, dia akan assign meja kosong dan bawak tetamu ke meja. Tapi dekat restoran ni kiteorang end up berjalan sekeliling restoran mencari meja kosong. Akhirnya jumpa meja kosong yang belum dikemas. Lepas tu kena tunggu pulak staff datang kemas dan setting meja. Aku husnuzon je la - mungkin restoran ni tak cukup kakitangan.

Memandangkan hotel ni baru, rekabentuk restorannya nampak moden dan luas. Penggunaan tona warna yang neutral  dalam ruang restoran dan lampu kuning keemasan menampilkan citarasa yang mewah.

Di ruang tengah, terdapat replika batang pokok manakala pembahagi ruang yang melengkung memberikan privasi kepada setiap tetamu semasa menjamu selera.


Courtyard by Marriott Melaka
Ruang tengah restoran


Di Courtyard Cafe, sarapan berkonsepkan buffet-style. Tetamu boleh pilih untuk menjamu selera dengan bermacam-macam jenis menu baik menu lokal seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, bubur nasi berlauk, mi kari dan mi sup; ataupun menu intercontinental seperti salad, buah-buahan,  roti dan pastry, yogurt, bijirin, keju, telur, pancake, waffle dan sebagainya. Untuk minuman pulak, tetamu dihidangkan dengan jus buah-buahan, susu, kopi dan teh.


Courtyard Cafe
Atas - egg station, bawah - minuman berjus

Kalau pergi breakfast buffet tak kira la mana-mana hotel, yang paling popular ialah bahagian egg station. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk pesan hidangan telur mengikut citarasa masing-masing - omelette, sunny side up, poached egg,  scrambled egg dan telur separuh masak (half boiled) antara menu yang popular di kalangan tetamu hotel. Ada satu keseronokan bila tengok chef prepare hidangan telur yang kita pesan di depan mata.


Courtyard Cafe
Bread & pastry

Untuk peminat pastry pulak, bahagian ni jadi tumpuan sebab menawarkan pelbagai jenis roti dan pastry - sourdough, roti penuh gandum, roti putih, bread roll, danish pastry, croissant, scones, muffin dan donut. 

Courtyard Cafe
Atas - kondimen untuk mi rebus dan mi kari
Bawah - buah-buahan dan candies

Courtyard Cafe
Atas - nasi goreng dan mi goreng, bubur nasi, samosa
Bawah - bahan sampingan untuk hidangan telur - wedges kentang, beef bacon, tomato panggang, sautéed mushroom dll.

Kalau ikutkan nafsu, memang rasa nak ambik sikit-sikit semua lauk yang ada. Tapi pagi tu aku cuma ambik roti toast, salad, poached egg, omelette, sesenduk nasi goreng dan buah-buahan. Kali ni aku pilih untuk jadi health-conscious sejak mulakan IF bulan lepas, walaupun nasi goreng tu sedap yakmat.

Dengan harga RM55nett sekepala dan 50% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas, peminat sarapan hotel pastinya akan berpuas hati dengan pilihan hidangan sarapan di Courtyard Cafe ni.

12 comments:

  1. Nampak cafe macam cantik, cosy je sebab ada elemen kayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang cantik cafe ni, nampak moden dan stylish.

      Delete
  2. pastry nya cukup lengkap ya, semoga next bisa cobain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Melaka boleh datang cuba sarapan di sini. Harga pun agak murah untuk hotel 4 bintang.

      Delete
  3. Selalunya omelette la pilihan kitorg dekat egg station tu. Seronok tgk chef flip pan haha...
    Well done sis, still bole kawal nafsu makan tu . Kalau PH buat² lupa sat 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye haha. Dia buat omelette tu siap menjulang2 api masuk dalam periuk 🤭 Hari tu pun sebenarnya tak buat IF sebab kena turun breakfast, rasa bersalah jadi makan sikit je la hehe.

      Delete
  4. Harusnya memang hotel setaraf Marriot buffet sarapannya. Beda dengan Courtyard di DC. Dah pilihan paket 😅. Saya heran mereka tak sama standard nya yaa di tiap negara. Menurut saya sih, mau di negara mana saja, SOP nya ga beda2.

    Ini kliatan sedap pilihan menu nya kak. Dan banyaaak pula 👍❤️. Courtyard di bandung pun bagus hotel dan servicenya. Memang hospitality asia ini nomor 1 dibanding Europe dan US 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu orang Eropah sama US suka datang ke negara Asia, sebab dieorg dapat layanan baik di sini kan 😅

      Delete
  5. Egg station memang tempat pertama kena singgah.. kikiki.. Telur separuh masa dan omelet..

    ReplyDelete
  6. banyaknyaaaa pilihannnnn saya sukaaaaa... sbb jadi rambang mata. kalau boleh nak telan semua hahaha
    tp part org ramai tu mmg tak boleh nak elak. tak boleh ke kita mkn dua tiga org dgn aman damai? hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .