Sambungan dari cerita berkunjung ke Mamee Jonker House.
Since dah terlewat nak join aktiviti di Monster Kitchen, alang-alang dah ada kat situ kiteorang pun bayar RM30 untuk anak-anak join aktiviti DIY cawan mi. Kena pergi ke kaunter, bayar dan dapatkan cawan mi lepas tu baru boleh masuk ke kawasan Noodle Doodle. Cuma orang yang dah bayar je boleh masuk, jadi anak-anak je la masuk while aku dan Suami Terchenta tunggu di luar.
![]() |
Bayaran agak mahal RM15 untuk satu cawan mi, tapi pejam mata je la dah namanya tourist buat macam tourist ek |
Bukan kiteorang je, ramai jugak pengunjung lain yang join aktiviti ni. Pandai betul Mamee Jonker House ni buat duit. Kalau beli satu cawan mi ni tak sampai RM5 pun.
![]() |
Setiap meja diberi pen Sharpie untuk mewarna cawan mi |
![]() |
Perasan tak cawan mi yang menghiasi dinding? Nampak berseni je kan. |
Lama jugak kiteorang tunggu anak-anak habis mewarna. Dekat sejam kot. Sempat lagi berjalan-jalan dekat Jonker Street sementara dieorang siapkan cawan mi masing-masing. Bagus jugak macam tu, parents sebenarnya boleh tinggalkan anak-anak buat aktiviti ni lepas tu berjalan-jalan dengan aman! 😆
Bila dah siap, barulah dieorang ke bahagian mengisi mi dalam cawan. Dekat sini boleh pilih perisa samaada nak perisa vegetarian, ayam, tomyam atau kari laksa. Anak-anak pilih perisa kegemaran dieorang iaitu perisa ayam. Proses terakhir ialah seal cawan dengan penutup mi dan balut dengan plastik macam yang kita tengok yang dijual kat kedai.
![]() |
Sebenarnya staff yang buatkan semua, dieorang cuma perlu serahkan cawan, pilih perisa apa dan selebihnya staff buatkan |
Ta-dah! Inilah hasilnya...
![]() |
Ambik satu gambar untuk kenang-kenangan. Adik muka tak puas hati sebab lukisannya comot hehe |
Sampai rumah lepas menghadap jem 4 jam, jadi dua-dua kelaparan. Nasib baik ada mi dalam cawan ni untuk dimakan. Lepas makan, Khadeeja terus buang cawan dalam tong sampah. Bye, bye RM15. Yang kakak pulak tanggalkan lukisan tu dengan berhati-hati dari cawan lepas tu dia simpan sebagai cenderahati melawat Melaka. Dua beradik ni memang tak sama langsung perangai, walaupun dua-dua lahir tarikh yang sama hihi.