Dah Breakfast ke Belum?

resipi avokado
Avokado untuk sarapan rendah kolesterol

Semalam aku tengok avokado yang beli hari Isnin tu dah masak. Cara nak tengok avokado dah masak ialah kulitnya jadi lebih gelap hijau kecoklatan dan buah lembut sikit bila dipicit.

Jadi 'sarapan' pagi semalam aku buat avokado hancur letak serbuk lada hitam dan garam secubit, lepas tu sapu atas roti bakar. Untuk protein, aku letak poached egg sebiji atas tu. Ni antara menu breakfast yang aku suka sebab senang nak buat. Sedap pun sedap.

Avokado beli 3 biji RM10, tapi makan separuh buah sehari, dapat la tahan dekat seminggu. 


Kelebihan buah avokado

Selain dapat menurunkan kolesterol badan, buah avokado mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

1. Mengandungi potassium yang tinggi

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 100 gram avokado mengandungi 485 miligram potassium, hampir 100 mg lebih daripada potassium yang terkandung dalam sebiji pisang.

Mineral ini amat penting untuk sistem saraf manusia. Malah, ia juga amat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah badan.

Menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, potassium akan menyingkirkan lebihan garam dari badan dan menurunkan tekanan darah kita.


2. Buah avokado kaya dengan serat

Sedang menjaga berat badan? Makan sahaja buah avokado! Setiap 100 gram avokado mengandungi hampir 7 gram serat.

Makanan yang mengandungi serat bukan sahaja baik untuk perut. Ia juga membolehkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.

Oleh sebab itu, avokado amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet atau menjaga berat badan masing-masing.


3. Kaya dengan folat

Folat merupakan sejenis vitamin B yang baik untuk perkembangan otak. Ia juga penting untuk memupuk kehamilan yang sihat. Malah, sebiji avokado mengandungi hampir 81 mikrogram folat setiap 100 gram.

Menurut National Institutes of Health (NIH), wanita yang berada dalam usia reproduktif memerlukan 400 mikrogram folat setiap hari. Wanita hamil pula perlu meningkatkan pengambilan folat kepada 600 gram setiap hari.

Folat amat penting untuk menghalang kecacatan semasa hamil, terutamanya yang memberi kesan terhadap otak dan saraf bayi.

Hampir separuh kehamilan tidak dirancang. Sebab itulah, wanita perlu mengambil folat dalam diet seharian.


Kesimpulannya, buah avokado kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia juga kaya dengan lemak tidak tepu yang dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

Bukan itu sahaja, avokado juga mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan kaya dengan vitamin B, C dan K.

Kajian telah menunjukkan kemampuan avokado untuk menurunkan kolesterol. Malah, ia juga mampu mengurangkan risiko strok, kanser serta penyakit arteri koronari.

Disebabkan manfaatnya yang pelbagai, buah avokado sesuai diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Walau bagaimanapun, sebiji avokado mengandungi hampir 200-300 kalori. Oleh sebab itu, pengambilan avokado yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Sumber: Hellodoktor.com

Guna EO Untuk Legakan Senggugut

EO Women balance
Beli kat Shopee, harga dalam RM50+


Aku pernah cerita sebelum ni yang aku jumpa pakar sakit puan dan dia bagitau aku ada dinding rahim yang tebal dipanggil hiperplasma endometrium. Setiap kali time datang bulan tu memang adoi, sengsara jugak la kena senggugut. Memang panadol menstrual dan botol air panas je boleh kurangkan rasa tak selesa tu, biasanya lepas makan panadol aku akan tidur sambil letak botol air panas di belakang pinggang / bahagian bawah perut (depend kat mana rasa sakit mencucuk-cucuk tu).

Anyway, aku tertarik untuk mencuba produk EO (essential oil) yang aku jumpa di Shopee ni sebab salah satu kandungannya ialah Endoflex yang benefit nya ialah mengurangkan sakit waktu datang bulan. Aku bukanlah taksub sangat pun dengan produk EO tapi tak salah mencuba kan, sebab nak elakkan makan panadol kerap sangat. Jadi aku pun beli la sebotol dengan harga RM58+. 

Botolnya datang dengan roller jadi mudah untuk disapu. Cara pakainya cuma calit dan urut pada beberapa point iaitu bahagian kiri dan kanan kepala (temple), belakang tengkuk, bawah perut, bahagian nadi di tangan dan bawah ibu jari kaki.

Alhamdulillah setakat ni EO ni serasi dengan aku. Dapat rasakan sakit dan tak selesa tu dah berkurangan dan efek pun cepat, sampai aku dah tak perlu telan panadol Menstrual lagi untuk redakan sakit senggugut. Rasa tak selesa tu masih ada cuma dah tahap yang masih boleh bangun, buat kerja dan takde la terbaring mengerekot dengan botol air panas je macam sebelum ni. Baunya pun buat mood rasa tenang je.

Ada tak yang selalu senggugut bila datang bulan? Korang selalunya pakai produk apa untuk kurangkan sakit senggugut? Boleh komen sikit 😉

Makan Tengahari Versi Makanan Jepun

Semalam berbuka IF dengan sup miso dan telur & tofu steam. Pes miso aku beli versi halal di Shopee. Semua resipi ni senang dan cepat disediakan. Anggaran masa penyediaan dalam 10 minit je.

 
Sup miso yang sedap dihirup panas-panas

Resipi sup miso

Bahan-bahan:
  • Setengah ketul tofu lembut - potong dadu
  • 1-2 sudu bonito flakes - aku beli yang jual dalam paket kecik-kecik, so aku pakai satu paket je.
  • 1L air
  • 2 sudu besar pes miso
  • Rumpai laut / seaweed
  • 1 sudu besar sos mirin halal
Cara-cara: 
  1. Dalam periuk sup, didihkan air yang sudah dicampur dengan bonito flakes.
  2. Masukkan pes miso ke dalam penapis dan rendam penapis dalam air yang dididihkan tadi, sampai pes larut dan sebati dalam sup.
  3. Masukkan sos mirin dan kacau.
  4. Masukkan tofu dan rumpai laut. Renehkan sup selama 5 minit atas api sederhana / kecil.
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Boleh tabur hirisan daun bawang kalau suka.

Steamed egg & tofu

Resipi steamed egg & tofu

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur - dipukul dengan sedikit air (ratio air dengan telur 1:2 - guna kulit telur untuk sukat air)
  • Setengah ketul tofu lembut - potong dan susun rata di dasar mangkuk
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • Topping - bawang goreng (aku guna bawang merah dan bawang putih goreng) dan bonito flakes

Cara-cara:

  1. Tuang telur yang dipukul atas tofu yang dah disusun di dasar mangkuk, sampai menutupi permukaan tofu
  2. Kukus selama 5 minit atau sampai telur nampak masak dan licin
  3. Tuang kicap cair dan minyak bijan atas telur
  4. Taburkan bawang goreng dan bonito flakes sebagai topping. Boleh hias dengan taburan daun bawang jugak.


Makan dengan buah naga potong dan daging bakar yang bungkus bawak balik dari D'Lala Seafood tempoh hari

Wordless Wednesday: Pemandangan Sekitar Jonker Walk

Jonker Walk Malacca
Gerbang Jonker Walk

Jonker Walk Malacca
Kedai-kedai menarik di Jonker Walk dengan seni bina tradisional Baba Nyonya


Chinese temple
Tokong Cina

Jonker Walk Malacca
Antara produk makanan yang menarik

Jonker Walk Malacca
Cenderahati barangan seramik

baba nyonya beaded shoes
Dulu suka tengok drama The Little Nyonya memaparkan cara hidup masyarakat Baba Nyonya zaman dulu. Anak-anak gadis diajar seni sulaman manik untuk kasut manik. 

Berry's chocolate
Kedai coklat Berry's pun cantik dengan lantai bercorak

Dah Lama Tak Beli Minuman di Mesin Layan Diri...

Semalam Khayla dapat cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah Sabtu lepas. Jadi kiteorang pun keluar tengahari tu naik MRT. Balik tu, kiteorang sekali lagi naik MRT dan singgah di MRT Hospital KL untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah.

Dalam perjalanan pulang Khadeeja tanya boleh ke dia nak beli minuman sebab tekaknya rasa haus sangat. Mula-mula nak singgah di Kafe Mesra tapi takde minuman botol dijual di situ. Terpandang vending machine kat sebelah Kafe Mesra so end up beli air di vending machine je la.

Tak ingat bila kali terakhir beli air di mesin layan diri ni, rasanya masih pakai duit kertas lagi kot masa tu. Sekarang dah ada yang bayar guna kod QR rupa-rupanya. Senang macam tu, takde la kita kena pecahkan duit bagai semata-mata nak beli air. Tapi harga air sekarang - erk, setin air Milo tu RM3.50 ok. Mahal nau huhu...


mesin layan diri
Menu paparan sentuh, lepas pilih minuman yang kita nak tekan 'Buy' dan keluar arahan untuk imbas kod QR e-wallet di tepi mesin

MRT Hospital KL
Boleh bayar guna mana-mana e-wallet dengan kod QR

MRT Hospital KL
Lepas bayar boleh ambik minuman kat bawah mesin macam biasa

Banyak jugak minuman yang out of stock masa kiteorang belek menu di paparan sentuh tu. Bermakna walaupun harga mahal tapi ramai jugak yang sanggup beli. Untung siapa yang buat bisnes vending machine ni.