Sejak 6 tahun lepas aku perasan bila aku bendera Jepun, kadang-kadang sakit senggugut tu boleh tahan luar biasanya... 

hiperplasia endometrium
Sumber imej: Freepik.com

Padahal lepas aku beranak sakit senggugut yang aku alami sebelum tu boleh dikatakan hilang beberapa tahun tapi lepas tu muncul balik.

Aku pernah cuba ikhtiar berurut dengan seorang tukang urut ni sebab aku takut rahim aku jatuh. Iyalah bila jadi single parent semua benda kena angkat sendiri berat macamana pun (masa tu duduk jauh dari suami), kemungkinan rahim jatuh tu memang ada.

Tapi lepas berurut, lega tu tak lama. Dalam sebulan dua senggugut tu hilang, tapi lepas tu muncul balik. So setiap kali kena senggugut, mampu berhuhuhuhu dan telan panadol je la. Hot water bag memang kawan baik bila dah sakit sangat.

Fast forward lepas aku keguguran bulan Oktober. Aku pergi jumpa gynae aku masa aku beranakkan si Khadeeja, sebab ada benda yang aku nak dia check. Seperti biasa bila jumpa gynae ni memang kena scan bahagian rahim la. Masa ni dia bagitau aku ni sebenarnya dinding rahim yang tebal atau nama saintifiknya hiperplasia endometrium.


hiperplasia endometrium
Sumber imej: health.compas.com

Apa itu hiperplasia endometrium?

  • Satu keadaan luar biasa yang menyebabkan lapisan uterus atau dinding rahim wanita menebal secara abnormal.
  • Ia berlaku kepada 133 daripada 100,000 wanita di seluruh dunia.

Lapisan dalam rahim (endometrium) ni menebal disebabkan terlalu banyak sel yang tumbuh (hiperplasia). Selalunya bila datang bulan, lapisan dalam rahim akan luruh supaya akan ada lapisan baru untuk kitaran yang seterusnya. Lapisan ni menebal disebabkan hormon estrogen bertujuan untuk menerima kehamilan. Tapi kadang-kadang hormon estrogen ni keluar berlebihan atau hormon progesteron pulak terlalu sikit dan bila tak berlaku ovulasi, lapisan rahim tak luruh dan jadi makin tebal.

 Tanda-tanda Hiperplasia Endometrium

  • Pendarahan yang tidak normal (terlalu banyak / terlalu sikit)
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Senggugut yang teruk
  • Masalah ketika membuang air kecil
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Keputihan yang tidak normal
  • Kitaran haid yang tidak teratur

Golongan berisiko

  • Wanita yang mengambil ubat yang berfungsi seperti estrogen
  • Menggunakan estrogen untuk terapi hormon, tetapi tidak menggunakan progesteron atau progestin jika mempunyai rahim
  • Mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, terutamanya wanita yang menghidap PCOS atau mempunyai masalah kesuburan.
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
  • Penggunaan tembakau.
  • Tidak pernah hamil.
  • Mengalami menopaus awal.
  • Datang haid pada usia yang muda.

Cara Mencegah

  • Menurunkan berat badan jika obes.
  • Mengambil ubat yang mengandungi progestin (progesteron sintetik) jika anda mengambil estrogen.
  • Mengambil pil perancang atau ubat lain untuk meregulasi hormon.
  • Berhenti merokok.

Hiperplasia endometrium ni boleh mendatangkan komplikasi kekurangan sel darah merah dan berkemungkinan jugak boleh menyebabkan kanser rahim. Oh, patutlah bila aku buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun result mesti sama je - low hemoglobin count. 

Sebab tu penting untuk kita buat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali dan rujuk kepada pakar sakit puan kalau mengalami tanda-tanda hiperplasia endometrium. Lepas dapat tau tu, aku terus setuju buat ujian pap smear (alhamdulillah sel normal) tapi yes, aku kena start serius untuk turunkan berat badan dan dapatkan berat badan ideal. 

Ramai orang kata kita kena terima bentuk badan kita seadanya, gemuk is ohsem dsb. tapi di sebalik tu inilah risiko-risiko bila berat badan berlebihan macam aku ni. Yang aku highlight tu ialah apa yang aku tengah hadap sekarang.


Sumber info: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/lapisan-uterus-menebal/

12 Comments

  1. Baru tauk juak pasal dinding rahim tebal tok... bila sakit yg mcm tok mmg mudah nk nyuruh kita ssh hati nk oo? bah, lepas tok work out gik... demi kesihatan di masa dpn... chaiyok²

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok nang susah juak ati ngenang mcm2 dah penyakit sejak kategori obese tok.

      Delete
  2. Semua simptom ni kita hadapi since pertama kali kita period.. Senggugut yg melampau sampai tergolek2... Muntah itu wajib baru perut akan rasa lega! Period mmg tak teratur tp sejak dah tua ni haid makin teratur setiap bulan peruod pain masih ada tp x seteruk masa muda.. Yang pasti kesan kerap sgt makan ponsrant tiap kali period, ha dah tua2 ni terus dpt penyakit buah pinggang tak sekata hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk, makan ponstan tu boleh effect buah pinggang ke? baru tau...

      Delete
  3. Replies
    1. Sama2 uncle. Boleh la share kat aunty & anak perempuan uncle utk kesedaran.

      Delete
  4. Thanks for sharing. Risau juga membacanya walaupun saya kurus. Semoga awak dapat atasi masalah ni OK. Harap ada rezeki pregnant lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Kena jadi kurus mcm Sal huhu...

      Delete
  5. kadang sy lihat anak2 remaja ni bla kena senggugut diorg tak amik kisah sgt. alaa skt sekejap je... kalaulah diorg tahu kesan sampingan akibat senggugut teruk ni tentu mereka tak ambil endah hal ni...

    syafakillah sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anies. klu senggugut tu sampai mengganggu aktiviti harian better gi check dgn doktor takut rahim tak sihat. Saya klu senggugut mesti carik panadol menstrual klu tak nak bangun pun tak boleh.

      Delete
  6. kalau sengugut cuba bertungku utk kurangkan rasa sakit. sejak dh bersalin, guna tungku moden kerap la kurang sedikit sakit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa senggugut mmg saya tekap dgn beg air panas kurangkan rasa sakit. Kalau sakit sgt mmg kena telan panadol jugak baru selesa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .